AHARON DJINN TERBUANG
Aharon... Tubuhnya dipasung. Berlilitan dengan rantai besi. Pandangan matanya ditutup dengan kain tebal yang bewarna hitam. Sehitam kegelapan yang menyelubungi minda dan jiwanya.
Telinganya ditutup dan turut diikat dengan kain yang tebal. Tiada sebarang bunyi mampu singgah dan menyentuh gegendang telinganya.
Pada bahagian kepalanya kelihatan sepasang tanduk yang sudahpun patah.
Tanduknya telah dipatahkan suatu ketika dahulu. Sebagai tanda disisih oleh masyarakat.
Aharon adalah bangsa Djinn yang cela di mata dunia Ghais Lavanark.
Mindanya tidak mampu mengawal debu-debu genma seperti majoriti bangsa Djinn.
Saat jiwanya diasak dengan emosi pilu dan menyesakkan debu-debu genma akan menguasai dirinya. Aharon tergolong dalam bangsa djinn yang jarang ditemui iaitu bangsa yang mengawal genma dengan menggunakan emosi.
Namun, Aharon juga jauh berbeza dengan golongan bangsa djinn minoriti yang mampu mengawal debu genma dengan menggunakan emosi.
Apa yang berada di dalam jiwa dan perasaan Aharon mampu dirasai dan dijiwai oleh mereka yang dikehendakinya. Inilah kelebihan dan keistimewaan yang digeruni dimiliki Aharon. Hanya Aharon memiliki kelebihan ini.
Seandainya jiwanya berhasrat agar seseorang itu mati, maka dia akan mati atas kehendak jiwanya.
Aharon adalah djinn yang digeruni. Kematian buat dirinya adalah impian buat orang ramai.
Namun, tiada siapa sanggup menghampiri dan membunuh Aharon.
Kerana itu Aharon dipasung dan dirantai. Penglihatan dan pendengarannya disekat. Dihumban jauh di dalam penjara bawah tanah.
Kewujudannya harus dipisahkan.
Aharon adalah Djinn yang terbuang.
✳
Anda berkerut seribu melihat René yang sedang menikmati minuman jus tembikai. Agaknya dia baru beli di gerai hujung sana. Asyiknya dia minum sehinggakan dia tidak sedar akan kehadiran anda.
René menoleh. Sedikit tersentak agaknya melihat kehadiran anda. "Oh?! Kau..." René tersenyum.
Anda ternyata bengang. Tergamak dia bersantai di sini saat anda sedang bergelut dengan Lyno sebentar tadi. Si siluman yang luar biasa gilanya.
"Kau hidup lagi rupanya." René ketawa. "Kau mesti handal berteka-teki kan? "
Biadab sungguh! Panas pula hati anda mendengar René berkata sedemikian. Nampaknya René tidak peduli tentang nyawa anda!
"Aku nak pergi ke Daerah Nagda. Kau nak ikut?" Tanya René. Memecahkan suasana tegang.
Anda terpinga-pinga. "Nagda? Apa tu?"
"Daerah Nagda salah satu daerah buat Kerajaan bangsa Djinn." René memberitahu.
"Buat apa pergi sana?" Anda bertanya.
"Ada misi khas yang dikeluarkan oleh Raja Djinn. " René menjongketkan keningnya.
"Misi khas?"
"Sekiranya misi khas ini berjaya dilunaskan Raja Djinn akan hadiahkan sekalung debu genma. Aku nak kalung debu genma tu."
"Kalung debu genma? Nak buat apa?" Anda masih lagi terpinga-pinga.
"Kau banyak tanya kan? Sekarang ni kau nak ikut atau tidak?" René memutarkan bola matanya. Meluat dengan soalan-soalan yang anda berikan.
"Urmmm...boleh juga. Kalau tak aku bukannya tahu nak buat apa pun. Ke mana pergi pun anda tidak tahu." Anda menggaru kepala anda yang tidak gatal.
"Baiklah jum kemas barang!" René memaut bahu anda.
Urr.. anda mula gugup. "Misi apa agaknya, ya?"
"Entah. Aku pun tak tahu. Rasanya ada banduan penjara bawah tanah yang terlepas. Mungkin kita perlu menangkapnya hidup-hidup atau mati. Entah. Aku pun tak tahu. Apa-apa pun kita perlu menghadap Raja Djinn dulu." Terang René sambil merenung langit.
"Sampai perlu menghadap Raja Djinn sekali? Mesti banduan tu bukan banduan sebarangan.." Anda mengemukakan pendapat suara hati anda.
"Kenapa? Kau takut? Nak balik ke? Aku boleh hantar kau pulang..." Tanya René dengan nada sinis.
Anda terkedu dan terdiam sebentar. Balik-balik ugut nak hantar anda pulang. Tak guna. Anda kemudian menarik nafas sedalam-dalamnya. Keluhan dihembuskan.
Anda menasihati René supaya membatalkan niatnya kerana anda merasakan sesuatu yang kurang enak bakal berlaku...
atau
Anda bersetuju ingin turut serta Rene ke Daerah Nagda.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top