v 。bahagian kelima, jake.
matahari sudah mula naik. perkarangan sekolah juga sudah mula dipenuhi dengan pelajar pelajar, jake juga tidak ketinggalan
seawal pagi lagi dia sudah berada di dalam kelas. kedua-dua rakannya heran, padahal kebelakangan ini, jake selalu hadir ke sekolah lambat.
sunghoon bergerak menuju ke meja jake diikuti dengan jay dibelakangnya,
" kau demam ke ni " soal sunghoon sambil meletakkan tangan di dahi jake.
" memandai saja kau ni" balasnya sambil menepis tangan sunghoon.
" kau ni kena rasuk ke? tiba-tiba datang awal dari kitaorang. dah habis dah insomnia tu?" giliran jay pula pelik bertanya. 3 minggu lalu, jay mula nampak perubahan tentang jake namun hanya mengendahkannya.
" ayat last tu macam salah je. kalau tak insomnia pun, dia yang paling lambat jugak-- aduh" sunghoon mengaduh kesakitan kerana ditampar oleh jay. maju sahaja dia gamkan mulut sunghoon.
" aku try dreamland tu start bulan lepas "
" SERIOUSLAH??!" jerit kedua dua rakan baiknya itu serentak. runtuh juga bangunan sekolah ni lama lama.
★
malam ini, jake masih lagi chatting dengan lilith, jake berada nyaman dengannya.
secara tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh sang adik.
" bang jake, abang jay ada " katanya lalu beredar dari bilik kepunyaan jake.
tanpa melengahkan masa, jake mengorak langkah untuk turun dari lantai atas menemui jay.
jay berada di atas motornya dengan helmet yang masih tersarung di kepala. kemudian, jay membuka helmetnya supaya wajahnya dapat dilihat oleh jake.
"kau..kau masih chat lagi ke dengan lilith tu?" tanya jay dengan nada yang teragak-agak.
jake memandang jay heran. kenapa dengan budak ni?
jake hanya menganggukkan kepalanya tanda ya. sudah genap sebulan dia mula mencuba service insomnia itu.
jay menelan air liurnya kasar. aduh bagaimana ni?
"takpelah aku balik dulu"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top