"Tolong Aku, Aku Ketagih!"
DR: NOOROO
DEPRESI
________________
"Berhenti takut dengan apa perkara salah yang akan terjadi nanti, dan mula rasa teruja dengan apa perkara betul yang akan terjadi nanti."
KATA NISTA
"Aku ajak sahaja. Siapa suruh kau terpengaruh?"
"Eee, kau tengok video lucah? Mesti kau pernah merogol atau berzina, kan? Ish, tak nak aku kawan dengan orang yang memang atas dahi dia tertulis ahli neraka!"
"Pergilah. Pergi tengok video lucah itu. Banyak dosa kau ini. Baik pergi mati sahaja!"
𖣘-----❀-----𖣘
LUAHAN
"Ala, ini kan sains."
"Saya bermula dengan ketagihan apabila saya tonton drama Korea yang ada scene cium-cium. Saya terkejut pada mulanya dan saya terus berhenti tengok. Namun, lama-kelamaan, saya asyik terbayang dan ketagih cari dan lihat benda macam itu. Saya cuba lawan... tapi saya tak berdaya..."
"Tolonglah saya... sesiapa... saya mahu keluar dari 'virus' ini. Semua pulaukan saya, macam saya pernah rogol orang. Tiada... hiks... siapa mahu tolong saya. I'm helpless."
𖣘-----❀-----𖣘
Kepada yang pernah ketagih video lucah dan ingin keluar, aku ucapkan tahniah. Tahniah sebab Tuhan telah hadirkan perasaan itu, supaya kamu selamat dari bahaya kesan video lucah.
Kepada yang masih seronok dalam melayan nafsu video lucah, aku harap kamu segera keluar sebelum kamu sendiri merasa bala yang kamu langsung tak jangka.
Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dalam ketagihan ini, kamu akan lalui 4 fasa. Bukan setakat ketagih rokok ada fasa-fasa sakitnya! Ketagih video lucah pun sama!
FASA 1 - PENAFIAN
Fasa ini memang semua orang akan nafi. Rasa geli. Bahkan tengok perempuan pakai bikini pun rasa nak campak telefon ke dalam perigi.
Macam masa kita tengok aksi cium masa sekolah rendah, semua pakat tutup mata, tak nak tengok langsung! Sebab apa? Sebab itu memang fitrah manusia yang bencikan maksiat.
Tapi bila tiap hari tonton macam tengok episod drama, rasa macam biasa. Tengok pun dah tak geli. Bahaya sebenarnya. Kerana sedar tidak sedar, mereka telah masuk ke fasa kedua.
FASA KEDUA - JUSTIFIKASI
Orang yang dah terbiasa tengok cerita lucah ini, akan pandai cari alasan untuk tengok video lucah. Alasan yang diberi dan lapuk biasanya 'apa salahnya, bukan rogol pun' atau 'ala, ini kan sains'.
Tanpa mereka sedar, mereka nampak hina sebenarnya. Bukan jijik di mata manusia yang mengetahui, tapi hina pada malaikat di kiri dan kanan yang mencatat amalan. Juga nampak keji pada Tuhan yang Maha Melihat.
FASA KETIGA - MATA MELIAR
Eh, jangan keluar lagi! Aku tahu kamu rasa tergugat (pada yang rasa resah) bila baca tapi aku minta untuk kamu terus membaca. Takkan rugi, punya!
Macam aku kata, iaitu fasa mata meliar. Orang yang dah tonton filem lucah setiap hari akan bina tabiat yang agak pelik.
Tabiat yang dekat mana-mana sahaja, nampak perempuan atau lelaki seksi... mulalah nak tengok lama-lama. Pemandangan macam langit, kucing dan lantai tak nak tengok pula.
Di sinilah lahirnya masyarakat yang suka tengok anime lucah, hadir perasaan LGBT, suka tengok manga lelaki suka lelaki. Ya, dekat sinilah.
FASA 4 - MELIHAT PEREMPUAN/ LELAKI SEBAGAI OBJEK SEKS
Orang yang suka tengok benda lucah ni, akan tengok orang lain sebagai objek seks semata-mata. Bahkan, kalau mak dia lalu depan mata pun, aura nafsu dia boleh naik. Sebab apa? Sebab tak ada usaha nak keluar dari ketagihan itu.
Sebab itulah ada kes pelik-pelik. Ayah rogol anak 12 bulan, pelajar darjah 6 rogol budak darjah 3, pelajar perempuan raba-raba pelajar lain. Malahan, ada kes atuk rogol cucu yang masih sekolah rendah.
Tak takut ke? Rasa seronok ke, sekarang? Tengok benda lucah sampai tersengih-sengih. Berbaloi ke? Syok ke?
Bagaimana kalau kamu mati masa tonton video lucah, apa tanggapan orang terhadap kematian kamu?
"Eee, tak sangka dia tonton video lucah lepas tu meninggal. Eloklah tu."(Jenis menuduh)
"Patutlah dia mati, manalah tahu dia jenis rogol orang di masa hadapan." (Jenis mulut main lepas, tak nak fikir pakai otak)
Nak ke? Tak nak berubah? Memang tak nak mati dalam khunush khotimah?
Kalau nak berubah, syukurlah. Syukur sebab Tuhan masih sayang kamu. DIA bagi kamu hidup lagi dan kesempatan untuk baca ini. Saya harap, dengan tips saya bagi, akan membantu awak dalam ketagihan video lucah.
Tenang, ya? Aku tak marah. TvT. Aku periang bukan pemarah.
𖣘-----❀-----𖣘
TIPS / MOTIVASI
-Bagi yang Muslim, PUASA. Ya, puasa. Puasa ini bukan engkau tak makan sampai bunyi azan Mahgrib. Puasa itu kau tundukkan pandangan, jaga pergaulan, tidak mengumpat dan sebagainya.
- Puasa selang sehari macam Nabi Daud A.s ataupun puasa Isnin dan Khamis macam Rasulullah S.A.W.
- Buat aktiviti yang memenatkan. Ketagihan vidoe lucah ini melibatkan hormon dop... dop... susahnya nak eja... dophamine dalam otak.
- Dan untuk rendahkan kadar doptimus prime ini, cara paling sesuai adalah dengan buat aktiviti memenatkan macam tolong orang rumah kau kemas rumah, buat latihan Matematik, lari keliling rumah dan sebagainya.
- Kau jangan lari satu Malaysia pula. Menangis Usain Bolt nanti.
- JANGAN SENDIRIAN. Lagi kau sendiri, lagi kau rasa nak tonton video lucah. Kalau kau rasa nak tengok benda seksi itu, kau cakap pada diri kau.
"Aku, (nama penuh kau). Aku nak berubah. Tuhan ada dengan aku. Aku takkan tengok video lucah lagi."
- Ulang banyak kali. Bagi yang Muslim, zikir minta ampun pada Allah banyak-banyak. Ingat, Allah sentiasa mendengar doa hambanya.
- Kalau rasa nak tengok juga, isi masa lapang dengan buat aktiviti lain-lain. Macam lukis komik lawak, tulis novel bermanfaat, buat kerja yang baik macam tolong orang dekat dapur dan seumpama dengannnya.
- Jangan buang masa! Duduk makan choki-choki dalam bilik je buat apa. Kena buat perkara lain juga. Block iklan dan laman web lucah. Kau tulis cerita lucah, aku memang hempuk kau.
- Kalau rasa nak bayangkan benda lucah itu, buat benda lain. Bersenam macam waktu sebelum nak PJ masa sekolah rendah dulu ke. Jangan layan kalau kau betul-betul nak berubah.
- Puji atau bagi ganjaran kalau berjaya tak tengok video lucah selama seminggu atau sebulan. Jangan kau pergi tengok balik sebagai ganjaran sudahlah. Sia-sia sahaja usaha kau selama ini.
- Ganjaran macam beli air Milo tepi jalan, makan maggi (huhuhu), ataupun berikan anda satu pelukan sebagai hadiah buat kamu.
- Denda diri sendiri kalau tengok video lucah. Jangan kau buat benda pelik-pelik macam buka tombol pintu guna mulutlah atau masuk bilik mak kau tiba-tiba menari K-POP.
- Kalau kau buat macam tu, jangan tanya kenapa ada Joker depan rumah kau bawa penyodok.
- Dendalah macam yang agak berat. Kalau denda yang senang, nanti kau akan ambil mudah. Denda jangan cek telefon selama tiga hari, memasak selama seminggu dan sedekah sebanyak 10 ringgit setiap lima minggu.
- Buat jadual. Contoh:
Isnin. | (Tinggalkan atau tak?)
Selasa. | (Tinggalkan atau tak?)
Rabu. |. (Tinggalkan atau tak?)
Khamis |. (Tinggalkan atau tak?)
Jumaat. |. (Tinggalkan atau tak?)
Sabtu. |. (Tinggalkan atau tak?)
Ahad |. (Tinggalkan atau tak?)
- Jadual ini, kalau kamu berjaya seminggu, tambah lagi dua minggu. Kalau gagal, tambah lima minggu. Sampaikan kamu tengok iklan lucah pun kamu akan terus lari dan muntah dekat lubang jamban.
- Dan paling penting, kau kena tahu.
- KEJAYAAN ini bukan MAGIS. Hari ini kau cuba, esok kau berjaya. Tak, memang akan ada perkataan 'gagal' datang sapa kau. Tak kira macam mana kau tak nak sekali pun.
- Sebab itu wujudnya perkataan USAHA dan TERUS PANDANG KE HADAPAN. Kalau kau tak nak gagal, kau tak layak nak dapat kejayaan.
- Akhir kata, aku harap kau berusaha untuk keluar dari ketagihan ini. Daripada kau mati tanpa usaha, baik kau mati dalam keadaan kau sedang berusaha.
𖣘-----❀-----𖣘
UNTUK SAHABAT
- Kepada sahabat yang ada kawan macam ini, mohon share dan paksa dia baca. Kalau dia ada Wattpad, jangan tag, takut mengaibkan dia.
- Jangan pernah tinggalkan dia. Kau patut bersyukur sebab kau baca ini, kau boleh bantu dia orang. Mungkin atas pertolongan kau ini, mereka akan hargai sampai bila-bila.
- Sentiasa di sisi dia tak kira dia gagal ataupun betapa lembiknya sekalipun dia. Jangan. Tolong dia. Mana tahu, dia akan tolong kau di masa akan datang?
𖣘-----❀-----𖣘
QUOTES
"Every day may not be good, but there is something good in every day."
"Untuk berubah, memanglah susah buat kali pertama. Rasa puas akan datang pada kali terakhirnya."
"If the plan doesn't work, change the plan, but never the goal."
"Don't wait. The time will never be just right."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top