" Susah Gila Nak Tidur! "
DR. NOOROO: DEPRESI
--------------------------------
"Kau adalah satu-satunya orang yang kena, tak... kau boleh hentikan suara itu pada 4 pagi itu."
KATA-KATA NISTA
"Isomnia, isomnia, isomnia. Itu sebab kau tak tidur malam. Tidur siang. Kau ingat, bagus ke perangai kau macam ini?"
"Tidak payah salahkan orang lain. Asyik-asyik salahkan Isomnia padahal kau sendiri yang bersalah."
*Pandang dengan muka kecewa*
𖣘-----❀-----𖣘
LUAHAN
"Aku akan baring di katil, dan akhirnya akan tidur waktu siang."
"Aku terlalu sedih sampaikan tak boleh nak tidur."
"Seberapa kali aku pejamkan mata, suara itu akan ingatkan aku benda yang aku tak nak ingat. Ianya menyakitkan untuk menangis tiap malam dan tak boleh tidur langsung."
𖣘-----❀-----𖣘
Selalunya Isomnia ini dikenali sebagai penyakit susah nak tidur. Bahkan kalau tutup lampu atau buka lampu sama sahaja. Mata itu degil tak nak tidur tapi suara dalam otak tu banyak pula tenaga nak bercakap.
Otak: Kau rasa mak kau sayangkan kau tak?
Me: Diamlah... Dah pukul 1 pagi dah ini.
Otak: Eh, eh... dengar dulu. Aku rasa tak sebab mak kau mesti akan padang hina kalau tahu kau ada depresi. Siapa sahaja nak anak dia jadi...
Me: *scroll Instagram* Senyap pun.
Jadi, sepanjang aku ada Isomnia, aku akan main telefon supaya suara itu tidak menjengah. Mesti suara itu macam. Budak ini, tak guna betul, tak apa. Esok masih ada.
Dan kalau aku baring sahaja, aku akan akhirnya menangis atau cederakan diri waktu malam.
Orang-orang yang berada di bawah tempurung hanya akan ingat Isomnia ni, orang yang suka berjaga waktu malam. Orang yang pemalas dan orang yang suka tidur.
Dan aku yang malas bergaduh, aku hanya iyakan sahaja.
Eh, panjang pula intro.
Sampailah youtube recommend aku video seorang yang produktif. Semangat nak cuba benda baru semakin membuak pada aku. Rasa macam nak buat juga.
Jadi, aku pun semangatlah nak sembuhkan Isomnia, nak jadi macam orang produktif versi aku. Alhamdulilah... adalah juga sembuh sedikit-sedikit.
Jadi, aku tak nak simpan untuk aku seorang sahaja. Taipnya aku di sini, untuk menolong kau orang dari encik Isomnia.
𖣘-----❀-----𖣘
TIPS / MOTIVASI
[ Letak barang atas katil ]
- Eh, pasai apa kena letak barang atas katil ini? Bukan nak cerita fasal cara nak tidur ke?
- Yalah, mata kita ini bukannya betul sangat. Jadi kita kena elakkan dia tertidur waktu tak sepatutnya.
- Letak apa sahaja atas katil. Aku biasanya letak buku, bagi adik aku masuk dan main atas katil bilik aku. Kadang-kadang sampai aku letak kerusi dekat atas katil.
- Elakkan buat kerja atas katil. Biasakan diri duduk bersandar pada dinding dan duduk atas kerusi.
- Kalau tiba-tiba kau rasa sedih sangat sampai kena tidur siang juga, kau makan. Tak, aku tak gurau. Pergi makan. Waktu itu jangan gatal nak buat kerja, kau makan sahaja. Bila kau makan, automatik suara itu terganggu.
- Namun, kau orang jangan bawa selimut pergi tidur ruang tamu pula. Memang tak bolehlah TvT.
.
[ Jangan asyik scroll sosial media ]
- Sepanjang hari kau asyik tengok je Instagramlah... twitterlah... tiktoklah. Memang tak elok juga kau tatap skrin hari-hari.
- Kalau kau asyik scroll telefon, ada kemungkinan untuk kau tertidur siang hari asyik terjadi sebab otak kau ingat kau tengah berehat.
- Jadi selain dari tengok telefon, kau orang boleh buat kerja sekolah sambil tengok Youtube. Biasanya aku akan dowload gameplay horror orang lain sambil buat kerja sekolah. Saluran agak terkenal seperti Pok Ro dan Rezzadude.
- Kau orang juga boleh kemaskan rumah, buat DIY, mulakan tulis journal, melukis, baca buku dan kemas sikit bilik kau orang itu.
.
[ Puasa ]
- Bagi umat Islam, kau orang disunatkan untuk berpuasa. Selalunya orang akan pandang remeh akan puasa. Aku sakit Isomnia, tak boleh tidur. Apa kena mengena dengan Isomnia pula?
- Okey, begini.. kau orang akan sahur waktu pagi dan menunaikan ibadat pada jam seterusnya. Contohlah kalau kau orang tak tidur waktu petang itu, kau orang pun berbuka waktu Mahgrib, solat Mahgrib dan terus sembahyang Isyak.
Badan kau akan terasa penat dan Insya-Allah, akan tertidur selepas itu.
- Kau boleh cuba puasa selang sehari atau puasa Isnin dan Khamis. Hahaha, boleh ganti puasa bagi yang perempuan!
.
[ Jangan bersenam tiga jam sebelum tidur]
- Selalu sangat orang buat. Yalah, kita kan fikir... kalau badan penat, mesti kita akan tertidur. Tetapi pada bersenam, tidak sesekali!
- Apabila kau orang bersenam, badan kau orang akan jadi bertenaga. Sebab itulah PJPK selalu dibuat awal-awal sebelum perhimpunan.
- Kalau kau orang bersenam waktu malam, otak kau orang ingat dia perlu berkerja lagi. Jadi, memang tak tidurlah kau orang malam itu.
- Seeloknya kau orang bersenam waktu pagi, lepas mandi. Kau orang sediakan senarai main lagu yang rancak. Boleh ajak adik-beradik bersenam robik sekali.
.
[ Beri isyarat pada otak untuk tidur ]
- Beri isyarat itu bukan sekadar tutup lampu sahaja. Cipta rutin tidur pun kira salah satu caranya.
- Elakkan tengok Instagram atau macam-macam lagi sebelum tidur. Isikan masa kau orang dengan gosok gigi, minum air, dan baca buku.
- Kau orang boleh sejukkan bilik kau orang. Kalau yang tiada aircond, pasang kipas nombor 4 ke 5 pun tak apa.
- Bagi yang Muslim, baca 3 Qul, selawat pada Nabi dan baca doa tidur. Minta pada Allah untuk memudahkan kau orang tidur. Sesungguhnya, Allah tak akan bagi seorang hambanya terjatuh macam daun yang jatuh berguguran.
.
[ Pasang music box / ayat Al-Quran]
- Awal-awal lagi kau orang dowload music box atau ayat Al-Quran dari Youtube.
- Music box? Ya. Contohnya My R music box, Tokyo Ghoul opening music box. Music box ini boleh tenangkan fikiran kau orang dan memudahkan kau orang tidur.
- Masa kau orang nak tidur, pasang music box atau ayat Al-Quran itu. Mula-mula, memang kau lambat sikit nak tidur. Tapi kalau dah jadi kebiasaan, dengar satu ayat sahaja kau dah tertidur.
Teringat pula Nobita.
.
[ Pasang alarm ]
- Kalau setakat alarm dalam telefon kau orang. Memang kau orang senanglah tutup dan sambung tidur balik.
- Ada satu aplikasi namanya Alarm: I can't wake up!
Alarm ini akan suruh kau bangun dari tidur buat task. Contohnya goncangkan telefon kau orang selama 5 saat. Buat soalan matematik (yang mudahlah), suai dan padan.
Otak kau orang akan terus segar. Jangan kau orang pergi delete sebab annoying sudahlah.
- Tetapi, kalau kau orang letak dekat sebelah telinga kau orang. Memang eloklah. Memang elok tidur balik. Kau orang letak sahaja atas meja kau orang.
.
[ Baca buku sebelum tidur ]
- Seeloknya baca buku Sejarah. Uhuk! Uhuk!
- Macam aku kata, bila otak kau orang relax, suara itu pun menghilang dalam petikan jari Thanos.
.
[ Buat to-do-list ]
- Rancang apa yang kau orang nak buat esok. Ini untuk bagi kau sebab untuk cepat tidur dan bangun awal.
- Kalau kau masih ada anxiety, jangan letak masa. Takut-takut kau orang akan berputus asa dan akan layankan sahaja suara itu katakan. Silap-silap, boleh langgar waktu tidur kau orang.
Top three priorities
Morning routines
Evening routines
Night routines
Reminder
Contoh to-do-list aku di bawah.
.
[ Tidur sebelum 12 tengah malam ]
- Aku faham, sebagai pelajar. Mesti kita akan isikan masa Isomnia itu dengan buat kerja sekolah. Sebenarnya seeloknya kita jangan buat kerja sekolah lewat malam sangat. Esok pagi pun boleh.
- Sekarang ini pun aku tidur pukul 1 pagi sebab... hehehe pukul 12 itu baru siap-siap untuk tidur. Tetapi jangan risau, aku tetap bangun awal.
.
[ Akhir Kata ]
- Yang penting sekali kau orang kena bersemangat, kau orang kena yakin kau orang boleh buat semua ini. Kalau kau orang tak buat, siapa lagi yang akan buat?
- Cari semangat kau orang. Tengok Youtube atau sosial media orang yang produktif. Kalau Youtube contohnya Maya Lee manakala Instagram pula gunakan tanda pagar #studygram
- Ubah perkataan. Ah... aku kena buat semua ini kepada... ya! Aku boleh buat! Aku boleh sembuhkan Isomnia ini! Suara itu langsung tiada kuasa pada aku! Akulah pemilik tubuh ini!
- Aku harap sangat tips aku membantu kau orang. Mari kita semangat untuk lawan Isomnia itu! Kita tak lemah atau mudah dikalahkan. Kita boleh, kau pun boleh.
𖣘-----❀-----𖣘
UNTUK SAHABAT
[ Jangan paksa berjaga ]
- Jangan paksa kawan kau orang berbual sampai tengah malam bersama kau orang. Kalau kau nak berjaga, berjaga seorang-seorang. Jangan paksa family aku yang cuba nak berubah.
Dom Torretto: Did you say... family?
Me: Tak, tak... aku sebut keluarga.
.
[ Cuba tolong ]
- Tolong itu bukan pakai mulut sahaja. Macam cuba cari tips untuk dia kalau dia mahu. Esok-esok, dia akan tolong kau. Hidup kita seperti roda yang bulat, bukan berpetak-petak. Hari ini kita kat atas, esok mana tahu kita kat bawah pula.
- Kau orang jangan hina dia pula. Kata aku boleh berjaga, tidur malam elok sahaja. Takkan kau tak boleh? Itu buatkan hati kawan kau boleh terluka.
Ataupun kau orang rasa Isomnia ini menipu.
BANYAK BUAT KAJIAN.
Bukan jadi mak cik bawang sahaja tapi tiada satu pun ilmu ada di dada. Ibarat orang tu ada kanser otak tahap pertama, lepas itu kau orang cakap macam ini.
"Menipu sahaja kanser otak. Aku pun sakit kepala juga. Tak ada pula kanser otak."
Sah, sah ahli keluarga dia hempuk kepala kau.
𖣘-----❀-----𖣘
QUOTES
"If you're going to do something tonight that you'll be sorry for tomorrow morning, sleep late." - Henny Youngman
"Kalau kau tak mahu buat... siapa lagi?"
"Sleep is like a cat: It comes to you if you ignore it." - Gillian Flynn, Gone Girl
"Kau boleh lakukannya."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top