"Panas Baran Melampau!"
DR. NOOROO :
DEPRESI
——————————
"Kemarahan ibarat meminum racun,
sambil mengharapkan orang lain
akan mati."
KATA NISTA
" Kau ni tak pandai kawal emosilah! Lepas tu minta maaf, buat lagi? Sampai bila?"
"Kalau kau teruskan perangai macam ni... bukan setakat aku je, orang lain pun tak nak dekat dengan kau dah."
"BERANI KAU TINGGIKAN SUARA KAT AKU? AKU NI KELUARGA KAU, KAU TAHU TAK! BERMASALAH BETUL KAU NI!"
𖣘-----❀-----𖣘
LUAHAN
"Semua orang nak kisahkan perasaan dia! Tak pernah kisahkan perasaan aku!"
"Macam mana ni? Aku dah tertengking adik aku tadi. Mesti adik aku rasa bersalah. Aku tak nak dia rasa bersalah. Kalau minta maaf tapi nanti buat lagi. Semua ni salah aku!"
"Ingat aku tak nak ke jadi penyabar!"
𖣘-----❀-----𖣘
Kemarahan...
Selalu orang bagi nasihat suruh sabar, suruh diam bila marah. Maka aku yang dah tenang dari kemarahan hanya terangguk-angguk sahaja.
Tapi bila marah, rumus matematik algebra pun aku tak ingat. Yang cepatnya suara dengan tanganlah! Memang bermasalah betul!
Kadang-kadang teringat masa lalu pun boleh marah dan badmood seharian. Kerja tak jalan, orang tak buat kerja dengan betul. Aduh betul betul menguji kesabaranlah!
Lagi-lagi bila orang suruh kita sabar. Ya memang kita tahu marah kena sabar. Marah kena diam. Tapi bila marah tu, satu benda pun tak ingat sebab dikuasai emosi.
Lepas marah itu, terus overthinking fikir perasaan orang yang ditengking kita tu. Sampai marah tu teralih dekat diri sendiri. Sampai benci emosi sendiri. Siap menangis lagi!
Tetapi setelah menjadikan aku sebagai mangsa ujikaji sendiri, aku berhasil jumpa formula mengatasi kemarahan! Formula setaraf kereta terbang abad 2022!
Dark Nooroo : Apa benda kau merepek ni?
Tanpa melengahkan kesabaran korang, mari kita baca tips-tips yang aku jumpa dan cipta ni! Ada yang aku tak pernah jumpa lagi tau!
𖣘-----❀-----𖣘
TIPS / MOTIVASI
[ Tulis memo peringatan ]
- Tulis tips-tips kau dengar pada kertas, telefon ataupun dalam buku tulis. Pastikan ianya merupakan tempat yang kau selalu lihat misalnya sebelah cermin ke
- Sebabkan otak kita terjatuh masa kita tengah marah, rasanya lebih baik kita bagi peringatan kat diri sendiri supaya terlekat sikit otak itu.
- Contohnya... bila marah, mandi. Bila marah, diam atau bila marah makan. Ush, aduh rasa lapar pula tiba-tiba tetapi malas nak masak.
[ Lepaskan marah pada benda lain]
- Bukannya kau pergi dekat satu budak lepas tu tampar dia. Nanti tak fasal-fasal, kau kena kejar oleh mak budak tu dengan kontraktor.
- Mungkin koyakkan kertas, bakar sesuatu. Tumbuk bantal salah satunya. Dan ingat! Jangan sesekali cederakan diri sendiri!
Biasanya aku akan conteng-conteng atas kertas dengan pen marah. Biarlah sampai koyak pun, dah marah kan.
[ Tulis 3 kau benda bersyukur setiap hari]
- Antara hinaan paling popular di sekeliling aku tentang isu panas baran, yang kita ni tak bersyukur. Sebab tu asyik marah-marah.
Masalahnya ajarlah cara nak bersyukur tu. Ni suruh suruh je, cuba cakap macam tu dekat budak kecil. Mesti dia orang ternganga macam mana nak bersyukur sebab tak diajarkan.
- Jadi, aku dapat idea ini yang kita kena sediakan buku bersyukur.
Tulis 3 perkara kau bersyukur setiap hari dalam buku itu. Walau perkara itu sekecil kau dapat coklat sekalipun. Ianya buatkan kau rasa lega dari hari ke hari kerana masih ada banyak perkara baik dialami.
Bersyukur bukan setakat dapat benda je. Pengalaman. Dapat tengok cerita kegemaran, dapat faham buat kerja Addmath. Kita berterima kasihlah!
[ Luangkan masa dengan hobi ]
- Kalau kau marah, kau boleh buat perkara hobi kau, bukannya perkara kau suka. Kalau tengah marah ni, benda yang kau suka tulah boleh tukar jadi serabut.
- Macam main game ke. Aku boleh matikan watak aku secara sengaja sebab marah sangat.
Oc Nooroo : *tepuk bahu watak game*
Watak game :
Oc Nooroo : Bertabahlah.
Melukis, tulis karangan watak kena bunuh ke. Lepaskan kau punya kemarahan seperti menjaga seorang budak kecil yang marah.
[ Lihat benda menenangkan ]
- Waktu ini tengok Instagram dengan YouTube pun rasa nak marah. Burung biru apatah lagi! Silap-silap jadi keyboard warrior tak bertauliah!
- Jadi cadangan aku kau boleh tengok langit, berjoging kawasan perumahan kau tanpa bawa telefon ke. Beri kebebasan kemarahan kau dengan lihat alam sekitar.
- Misal kata kau tenang tengok dinding bilik air, maka pergilah mandi. Sejukkanlah kemarahan tu.
Sepupu aku pun kebanyakkan mandi bila dia orang emosi dia tak betul. Dan bila teringat dia mandi 5 kali sehari buat aku rasa berpeluh pula.
[ Asingkan diri ]
- Duduk kejap dalam bilik, kosongkan fikiran. Tetapi kalau yang ada kongsi bilik itu mungkin duduk dekat luar sekejap.
Dengar-dengar lagu ke. Buang segala fikiran fasal orang lain. Fokuskan dekat diri sendiri buat masa dulu, demi mengelakkan kemarahan tu membuak-buak pula.
Dark Nooroo : *asingkan diri*
A : Apa fasal dia tu... *intai Dark Nooroo yang patah-patahkan tangan* Ah... MAAAAAAK! *lari*
Dark Nooroo : *toleh sambil pegang tangan patung*
[ Memaafkan dan minta maaf ]
- Yang ni aku jumpa di internet. Dia kata... bayangkan yang kita berhadapan orang yang kita marah itu, dan kita maafkan dia.
Bayangkan dia orang minta maaf pada kita, walaupun itu tak terjadi tapi tetap bayangkan. Dan dalam bayangan kita tu, kita maafkannya.
- Kalau kita marah pada diri sendiri, agak sulit juga sebab kita tahu akan diri kita. Namun, untuk maafkan diri sendiri, kau kena lepaskan perkara yang kau terlampau harapkan dari diri kau.
Contoh kau harap kau dapat 100 dalam matapelajaran. Kurangkan harapan terlalu tinggi tu. Ingat, kau dah buat semampu yang kau boleh.
- Juga, kembali pada yang paling memahami kita. Iaitu Tuhan yang menciptakan kita. Menangislah semahu yang boleh.
Orang tak faham kemarahan kau. Orang ejek kemarahan kau. Tapi bagi Tuhan yang selalu tahu dan dengar luahan kau, dia tak kisah dan sentiasa mahu ampunkan kau.
[ Akhir kata ]
- Sebenarnya ada satu ayat yang buat seorang Nooroo ini terpaku, terduduk, terperanjat, tergamam... ah semua istilahlah!
Bila bermunasabah dengan diri sendiri.
Dark Nooroo : *tengok Nooroo termenung jauh*
Dark Nooroo : Biarlah sekurangnya tak menyusahkan aku.
- Bukankah Allah Maha Pembalas?
Setiap perbuatan, mesti akan dapat pembalasannya bukan? Jadi orang yang buat jahat dekat kau, mesti dapat balik kifarah yang dia buat kat kau.
Sedangkan menipu pun dapat penyesalan kerana kata-kata mereka. Apatah lagi yang buat pada kau, kan?
Sebabkan itulah, orang itu takkan pengaruhi pun sama ada kau berjaya atau tidak. Tapi diri kau sendiri.
- Di akhir perenggan ini, aku harap tips-tips bantulah juga kau orang meleraikan emosi kau orang tu. Emosi kau orang tak salah, malah menjadikan kau manusia yang dapat memahami antara satu sama lain.
𖣘-----❀-----𖣘
UNTUK SAHABAT
[ Biar dia lepaskan marah dulu ]
- Janganlah member tengah marah, kau pergi beri nasihat. Rasanya nanti dia lepaskan kemarahan dekat kau pula. Lepas tu kau terasa lalu pergi tempat lain.
- Biar dulu dia taip segala kemarahan dia dekat acik jiran kucing sebelah dia. Nak ikut marah pun boleh. Tetapi jangan sampai kau orang dua mengstress pula.
[ Tenangkan dia bila marah ]
- Tenangkan bukan setakat segi nasihat je. Tanya tanya soalan biasa kau bercakap dengan kawan kau lain. Cerita dia suka ke. Isu politik ke. Buku ke.
- Atau kau sebut je benda merepek. "Wey, kenal tak duyung yang boleh menari zapin?" Auto kemarahan dia garu kepala dan menghilang dari tuannya.
- Biar kita fikir benda lain, automatik kemarahan ke laut.
𖣘-----❀-----𖣘
VIDEO TAMBAHAN
Kenapa kita cepat marah?
Asmr - tenangkan kemarahan dengan cepat!
22 Tabiat Hidup Yang Mengubah Hidup Kau Orang!
𖣘-----❀-----𖣘
QUOTES
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan daripada api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk.
"You will not be punished for your anger, you will be punished by your anger."
"Kalau kau benci seseorang, bermakna kau dah dikalahkan oleh orang yang kau benci tu."
"Do not let your anger lead to hatred, as you will hurt yourself more than you would the other."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top