"Nak Putus Asa Sahajalah!"

DR. NOOROO : DEPRESI
---------------------------------
" You don't have to be great to start. But you have to start to be great. "

KATA-KATA NISTA

"Kalau kau nak baring atas katil, tak nak buat kerja... baik kau mati sahajalah."

"Apa guna kau hidup?"

"Belajar malas. Itu malas. Semua malas. Apa nak jadi dengan kau ini? Menyesal betul aku lahirkan kau dengan perangai kau macam ni."

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Aku nak sangat buat, tetapi aku rasa macam bernafas dalam penjara. Otak aku macam dah mati je."

"Dia orang kata badan aku bukan robot, tapi dunia ini macam buatkan aku rasa aku ini memang robot."

"Aku langsung tak boleh buat apa-apa. Aku bodoh, pemalas, tak bertanggungjawab. Lebih baik aku tak ada je kat dunia ini!"

𖣘-----❀-----𖣘

Hai, semua!

Sekejap, aku cuba teka apa yang kau orang tengah buat. Mesti kau orang tengah duduk atas katil atau bersandar pada sesuatu. Ha, ada yang belum mandi lagi tak?

Kalau betul, nampaknya firasat aku masih kuat lagi. Betullah kata orang, perempuan lahir bulan Oktober ini...

Dark Nooroo: Kau percaya benda alah itu?

Kadang-kadang kita rasa macam putus asa nak buat itu ini. Rasa penat sangat sampai tahap nak baring sahaja atas katil untuk satu hari. Tetapi tak akan nak baring seumur hidup kita?

Kena buat kerja sekolahlah... nak siapkan itulah... nak siapkan inilah.  Ah, malasnya nak buat semua tu. Hahahaha...

Kita kadang-kadang malas atau tak ada motivasi untuk buat semua itu sebab benda itu langsung tak seronok. Macam parkour. Tak adanya orang nak lompat dari bangunan ke bangunan kalau itu tak seronok. Nanti jadi tak ada kerja pula.

Jadi, macam mana nak wujudkan rasa seronok itu?

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS / MOTIVASI

[ Cakap dengan diri sendiri ]

- Banyak orang selalu fikir, cakap dengan sendiri itu... maknanya orang itu cakap dengan saka. Inilah fikiran orang zaman sekarang, selalu bersangka buruk!

- Sebenarnya bermonolog sendiri ni bawa kebaikkan dan nilai positif pada tubuh. Kira macam ianya dapat menambah rasa percaya pada diri sendiri.

- Jadi, kalau kau orang datang rumah aku... tak payah pelik kalau aku tiba-tiba cakap seorang-seorang. Best sebenarnya kalau cakap diri sendiri... aku rasa macam cakap dengan kembar yang memahami aku.

   Lagi-lagi mengetahui, ada yang Maha Esa yang mendengar setiap kata-kata kita.

   Kau orang kena cubalah kalau nak tahu best macam mana.

   Tak, jangan pernah terfikir nak telefon Hospital Tanjung Rambutan untuk aku. Aku masih waras lagi. Aku masih dapat kira satu tambah satu berapa. Jawapannya dia awak dengan kita, bukan?

   Eceh...

- Elakkan dari kutuk diri kau orang. Kau orang pun tak akan sesenang hati ejek orang lain. Diri kau pun tak layak untuk terima hinaan itu.

   Tukar ayat dari.

   "Ah, aku kena buat semua ini!"
   "Yes! Aku boleh buat semua ini."

   "Aku tak berjaya! Aku minta maaf... aku minta maaf... maafkan aku."
   "Aku dah lakukan yang terbaik..."

   "Aku tak perlukan rehat."
   "Aku dah banyak buat kerja hari ini, apa salahnya lepaskan stress sedikit."

   Anggap sahaja tubuh kau orang seperti anak kau orang sendiri. Cewah, ayat.

.

[ Tulis matlamat ]

- Apa sebenarnya yang kau orang nak capai? Apa yang kau nak dalam hidup kau orang selama ini? Apa yang kau nak jayakan?

   Apa yang kau nak buat yang orang lain tak akan buat kalau kau sendiri tak buat?

- Tulis sekurang-kurangnya empat matlamat untuk kau orang capai tahun ini ataupun bulan ini mahupun hari ini. Ini membuatkan kau orang ada harapan untuk teruskan bernafas.

   Matlamatnya pun tak payahlah tidak logik dan tak ikut kemampuan. Macam matlamat bulan ini nak cipta Myvi yang boleh terbang. Ikut kemampuan sendiri.

   Dan kalau kau orang terfikir pun, jangan lupa ajak aku sebagai pencuba pertama kereta kau orang.

.

[ Buat to-do-list ]

- Rancang hari ini hendak buat apa. Tak adalah kau orang akhirnya akan pilih tidur memanjang atas katil.

- Kalau orang yang ada anxiety, tak payah susah-susah letak masa. Tulis sahaja perkara yang kau perlu buat hari ini mengikut waktu (pagi, petang, malam).

   Boleh rujuk di bab 'susah gila nak tidur'. Ada aku letak contoh to-do-list aku, memandangkan aku akan mudah putus asa kalau tak ikut jadual mengikut masa.

3 Matlamat
(Senaraikan tiga benda kau orang kena buat hari ini)

Rutin Pagi
( Lapan perkara)

Rutin Petang
(Enam Perkara)

Rutin Malam
(Enam Perkara)

Peringatan
(Tulislah macam hari ini kelas apa dan catatkan masa.)

- Dan bila kau orang nak buat kerja. Guna cara ini. Sebut '5, 4, 3, 2, 1... mula!' dan terus buat kerja. Ibarat macam cikgu cakap dalam dewan peperiksaan, kau orang dah boleh jawab kertas sekarang.

   Dalam otak murid mesti tersimpan kemas yang dia sudah BOLEH buat jawapan pada kertas ini. Jadi, bolehlah kita gunakannya dalam kehidupan seharian.

- Jika kau tak mampu ikut semua, kau orang langsung tidak dipersalahkan atas hal itu. Kau orang pun manusia. Ada kemampuan masing-masing. Dan itu perkara yang indah.

.

[ Dengar lagu ]

- Untuk menambahkan semangat kau orang buat kerja, kau orang boleh dengar lagu rancak. Kalau dengar lagu slow, memang kau orang pun ikut tak bersemangat dengan lagu tu.

   Hahaha, boleh tulis dekat sinu kalau kau orang ada senarai lagu rancak untuk didengar.

  Macam yang aku dengar masa taip sekarang ini. Lagu opening The Ancient Magus's Bride.

.

[ Buat aktiviti yang menenangkan diri ]

- Kita tidak perlulah asyik menghadap kerja dua puluh empat jam. Kalau monyet bergayut dari pokok ke pokok sepanjang hari, dia pun boleh mati kepenatan.

- Kau orang boleh cakap dengan kawan-kawan. Buka mesej yang lama kau orang abaikan ataupun video call dengan mereka.

- Kau orang juga boleh cuba tulis tiga perkara yang kau orang bersyukur hari ini... setiap kali kau orang tidur. Insya-Allah, kau orang akan rasa kau orang akan lebih bersemangat dalam melindungi perkara yang kau syukuri.

- Ha, kalau rajin. Boleh buat diari. Hehehe.

.

[ Berehat ]

- Setelah setengah hari kau orang kerahkan tenaga kau orang, apa salahnya untuk bagi tubuh kau orang berehat. Berehat itu bukan hanya tidur sahaja.

-  Basuh tubuh sebelum Mahgrib. Jangan sebelum tidur takut bantal busuk sebab kena air.

- Tengok drama / anime, main game. Seeloknya dibuat pada waktu malam. Bila kita wujudkan satu sesi merehatkan untuk kita, kita akan rasa bersemangat nak buat kerja keesokan harinya.

   Nanti mesti terfikir. Kalau aku berusaha keras, malam ini boleh buat ini. Boleh buat itu. Kau orang tengok benda tak elok waktu malam, malam ini juga aku bungkus kau orang dalam guni. Campak dalam sungai. MUAHAHAHAHA.

Dark Nooroo: Nampaknya inilah kesan bila jadi penulis dark genre.  Terus putus suis otak.

.

[ Akhir kata ]

- Ada masanya, kita akan rasa penat sangat sampai tangan pun tak tahu nak buat apa. Mungkin maknanya kita memang perlukan rehat. Tetapi jangan rehat terlalu lama sampai lupa nak bangkit.

- Kau rasa benda yang kau orang buat ini langsung tak berbaloi bahkan ianya seratus peratus salah. Satu hari nanti, kau orang akan berterima kasih pada diri kau sendiri atas usaha yang kau lakukan.

   Walaupun apa pun usaha kau orang, aku bangga dan gembira dengan kau orang. *senyum sambil buat muka swag*

Dark Nooroo: *pukul Nooroo* Cubalah serius sikit!

   Yalah, yalah! TvT

- Maaf kalau tips ini agak membuatkan kay orang mengantuk sebab orang yang taip kerap kali menguap. Harap kau orang dapat capai matlamat kau orang!

   Kau orang boleh! Kau orang akan berjaya!

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK SAHABAT

[ Jangan kutuk dia ]

- Mulut itu tak payahlah gatal nak bagi pendapat itulah. Nak bagi pendapat inilah. Kalau gatal sangat nak bagi pendapat, tulis sahaja pendapat kau orang.

   Dan pastikan tak merepek kalau tak nak kena kecam. Kau bagi pendapat guna Milo dalam Maggi, memang aku sumbat kicap bersama aiskrim dalam mulut kau.

- Kadang-kadang kau kata dia pemalaslah... dia tak ada usaha nak berjayalah membuatkan kau jadi salah satu punca dia tak ada semangat. Kau jatuhkan semangat dia.

   Ingat seronoklah? Kalau kau rasa ya, maknanya kau lagi teruk dari binatang. Sekurangnya binatang ada juga rasa mahu menolong spesies dia yang lain.

[ Berbual dengan dia ]

- Cakap-cakap, borak-borak dengan dia. Tambahkan motivasi dia yang hilang. Berikan dia harapan untuk teruskan hidup. Berikan dia sebab untuk tersenyum hari ini. Biarkan penyebab angin sayu itu pergi dari dia.

-  Kau tengok orang di luar sana. Ramai yang hilang harapan. Ramai yang hilang punca. Tak akan kau nak sanggup biarkan orang terdekat kau orang, jadi salah satu darinya?

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

"Kau hanya akan gagal kalau kau berhenti mencuba."

"Don't wish for it. Work for it."

"Jangan putus asa sebab hari ini kau rasa gagal. Maafkan diri kau dan cuba lagi esok."

"Don't compare yourself to others. There's no comparison between the sun and the moon. They shine when it's their time."

"Selagi mana kau bernafas, kau boleh lakukannya."
  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top