"Mereka Semua Pembuli Aku!"

DR. NOOROO:
DEPRESI
________________
"Don't worry your pretty little mind, people throw rocks at things that shine."

KATA NISTA

"Gemuk macam gajah! Eh, gajah dah bangun! Lari! Selamatkan diri!"

"Terlebih jonganglah kau ini. Tak ada nak pakai braces ke. Ke kau miskin? Kesiannya. Dahlah hodoh. Lepas tu miskin pula."

"Eh, kau tak serik - serik ke dapat nombor last. Oh, lupa. Mesti cita - cita kau jadi tukang kutip sampah tepi jalan. Hahahahaha, maaf ya, 'mak cik' / 'pak cik'."

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Aku tak faham... kenapa mereka mahu mengganggu aku sedangkan aku tak kacau pun periuk nasi mereka?"

"Dah lebih dua kali aku jumpa pakar kaunseling tapi apa yang mereka suruh aku hanya untuk bersabar. HEY, SELAMA INI AKU LANGSUNG TIDAK BERSABAR KE?"

"Betullah apa yang mereka katakan itu. Aku bodoh, aku gemuk. Aku hodoh. Aku... tak ada masa hadapan."

𖣘-----❀-----𖣘

Hai dan assalamualaikum semua!

Saya faham perasaan kamu semua. Yalah, datang sekolah sahaja, kena buli. Menghadap gajet sahaja, kena buli. Kalau membunuh itu bukan satu dosa, mesti kita semua dah bunuh semua pembuli yang mengata kita.

Tapi yang perlu kamu tahu, segala kata - kata mereka itu tidak benar. Kalau mereka kata kamu gemuk, hodoh, jongang atau sebagainya. Mungkin mereka terlalu dengki dengan apa yang kau ada dan mereka tiada.

Tapi kesemua itu bukan salah kamu. Kamu lebih kuat dari apa yang kamu sangkakan. Walaupun kamu rasa semua benda dekat dunia ini membenci dan menghina kamu. Kamu hampir terlupa masih ada yang mencintai kamu. Allah merindukan rintihan suara kamu. Allah memberikan ujian untuk kamu dekat, kembali dan bersujud padanya.

Bangunlah. Teruskan perjuangan. Ini bukan salah kamu.

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS/MOTIVASI

- Bina keyakinan diri. Pembuli - pembuli suka membuli orang yang langsung tiada keyakinan diri kerana mereka tidak berani membalas. Jadi, bina keyakinan diri.

- Kau gemuk? Tak apa, boleh diet. Kau hodoh? Kau ciptaan Tuhan, bagaimana boleh hodoh? Dia orang itu siapa nak kata ciptaan Tuhan tu buruk atau tidak. Suka - suka menilai ciptaan Allah. Haish...

- Selain itu, kau boleh cuba tips di bahagian "Aku Takut". Ambil sticker note atau kertas mengandungi kata - kata semangat di tempat yang kau mudah nampak. Selalu buat sebelum tidur, jadi bila kau bangun nak pergi sekolah, kau akan terus bersemangat.

- Kalau kau rasa tak ada semangat, kau buat butterfly hug. Macam mana itu? Letak tangan kiri kau atas bahu kanan manakala tangan kanan kau atas bahu kiri. Kemudian, tepuk - tepuk bahu kamu sambil zikir (bagi muslim) atau dengar lagu yang menenangkan.

- Bila kau stress asyik kena buli, buat apa yang kau minat. Macam melukis, buat muzik, fotografi atau menulis.

- Zaman aku sekolah rendah dahulu, aku selalu kena ejek. Jadi bila aku jadi stress, aku terus tulis novel dan ianya menyeronokkan. Buatkan aku terlupa masalah yang aku hadapi. Hahahaha, setiap hari beratur kat kedai buku, semata - mata nak beli buku tulis.

- Pandang cermin dan selalu motivasi diri sendiri. Kata, "kau tak buruk. Sebab Tuhan yang ciptakan kita. Jangan pernah rasa keseorangan, wahai diriku. Sebab Allah mendengar dan melihat setiap apa yang kita lakukan."

- Bila kau hadap pembuli, jangan layan mereka. Biarlah dia orang kata kau pekak atau apa. Dia orang itu yang gila cakap seorang diri. Orang bodoh menunjukkan kemarahan dengan terang - terangan dan orang bijak bersabar dan menahan kemarahan. Kalau kau buat tak layan dia orang, memang dia orang akan cari mangsa buli lain.

- Jangan membalas. Biarlah dia orang nak kata kau gemuk, hodoh atau apa - apa sahajalah yang menyakitkan hati sebab kau lebih tahu siapa diri kau. Doa pada Allah. Doa orang yang dizalimi mudah dimakbulkan.

- Elakkan dia orang membuli kau. Kalau dia orang nak tumbuk atau perkosakan kau, sepak muka diorang. Sepak kelangkang dia orang. Yang penting, kau kena belajar seni pertahankan diri. Boleh tengok Youtube. Berlambak ada.

- Kalau kau tak layan, tapi dia orang masih lagi buli kau. (Babun betul. Babun pun perangai lebih elok dari dia orang.) Balas dengan lawak jenaka. Jawapan yang lembut dapat meredakan kemarahan.

- Contohnya, jika si pembuli kata kau gemuk. Kau balaslah balik dengan nada lembut, 'betul kata kau, nampaknya aku kena dietlah ini?' Kemudian, buat tak layan.

- Atau kau boleh balas balik macam ini...

"Hahaha, tengok rambut kau buruk betul."

"Ha'ahlah. Aduh, kan? Nampak macam rambut Mop sahaja. Lainlah kau. Rambut kau bergaya."

Dan ya, mereka tak akan idea nak ejek kau lagi. Sebab jenis mereka ini suka ejek orang yang tiada keyakinan diri.

- Tinggalkan mereka. Dengan berdiam diri, kau menunjukkan kau lebih matang daripada dia orang dan jauh lebih kuat dari mereka. Kamu memiliki sifat untuk mengawal diri yang langsung tiada pada si pembuli.

- Maafkan mereka. Ya, mereka masih belum matang. Jadi, maafkan mereka. Tunjukkan kematangan kamu dengan memaafkan dan tidak membalas balik ejekan mereka dengan ejekan.

- Beritahu seseorang kalau kau ada masalah. Ya, macam mana kau tahu mereka tak pedulikan kamu kalau kamu tak ceritakan sesuatu pun kepada mereka? Cerita masalah kamu dibuli. Cerita juga masalah itu pada Tuhan. Insya-Allah, kamu akan tenang.

- Pada akhir kata, aku nak kau tahu. Kau sangat kuat. Kau tak keseorangan sebab kau dicipta bukan berada di atas pulau yang tiada langsung penghuninya tetapi kamu dicipta di tempat yang ada ramai manusia macam kamu. Jadi, jangan pernah rasa keseorangan.

- Percaya, masih ada orang yang baik daripada mereka. Atau, kamu yang menjadi orang yang baik itu.

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK SAHABAT

- Kepada sahabat mangsa buli, hahahaha. Kenapa begitu formal ni?

- Sentiasa dengan mereka. Bantu mereka membina keyakinan diri. Sekarang ini, tiada masa nak berkias - kias. Kata diri mereka cantik bukan kutuk mereka dengan alasan untuk gurauan. Itu akan merendahkan lagi mereka.

- Kalau mereka tak berani untuk laporkan pada pengetua atau guru, kamu sendiri yang pergi laporkan untuk sahabat kamu. Sesungguhnya, itulah perkara kedua terbaik yang kau pernah buat antara semua sahabat di dunia ini.

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

"If people trying to bring you DOWN, it only means that you are above them."

"Percaya. Akan ada satu hari itu awak akan tersenyum terharu dengan air mata yang mengalir."

"Everything will work out in the end. You don't need to know how. You just have that it will. Never let a bad situation bring out the worst in you. Be strong and choose positive."

"Kita tak boleh kawal apa yang orang nak kata pada kita tapi kita boleh pilih apa yang kita hendak percaya."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top