"Keluarga Aku Teruk!"

DR. NOOROO
DEPRESI
____________________
"A family doesn't have to be perfect,
it just need to be united."

KATA NISTA

"Hei, anak Sameon tu dah khatam lima kali Al - Quran, tau. Kenapalah engkau ni langsung tak ada sedikit pun pencapaian? Malu ibu nak cerita fasal kamu dekat jiran sebelah."

"Kenapa gagal ni? Matematik senang pun boleh gagal. Kau tengok adik beradik kau yang lain. Semuanya pandai - pandai. Kau seorang sahaja yang bodoh!"

"Ayah sibuk ni. Jangan kacau ayah boleh tak?"

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Aku... aku langsung tak dapat capai cita - cita aku. Ibu bapa aku terlalu mengongkong aku. Harapan mereka terlalu besar... hiks. Aku tak mampu tunaikan."

"Aku benci apabila orang kata 'mereka masih keluarga kamu.' Hanya sebab mereka itu keluarga kau tak bermaksud mereka boleh suka hati saja musnahkan hidup kau. Hubungan pertalian darah kadang - kadang tidak bermakna apa - apa."

"Keluarga sepatutnya merupakan orang yang paling kita percayai tapi keluarga saya merupakan musuh dalam selimut saya sela ini."

𖣘-----❀-----𖣘

Hai, hahahaha, lama tidak berjumpa saya.

Aku sangat teruja nak berjumpa dengan kau sebab kau sangat kuat. Yalah, cuba bayangkan. Orang sudahlah stress balik sekolah kemudiannya kena hadap ibu bapa yang perangai tidak seberapa. Tapi, kau kuat dan sabar dengannya. Kau masih lagi bertahan. Sebab itulah aku teruja nak jumpa orang yang tabah macam kuat.

Kau lebih kuat dari apa yang kau bayangkan.

Tanpa melengahkan masa, ayo rakan sepertualang! Menuju ke ruangan tips dan motivasi!

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS/ MOTIVASI

- Maafkan segala kesalahan ahli keluarga kamu. Eh, kenapa pula nak maafkan? Sudahlah dia orang buat jahat dekat aku. Lepas itu nak maafkan pula. Kalau kau tak maafkan mereka, malah berdendam dengan mereka. Jadi, apa beza kau dengan mereka?

- Kita kena maafkan mak ayah kita sebab mungkin mak ayah kita dibandingkan dengan mak ayah dia.

- Kalau kau rasa sakit dengan perangai mereka, jangan ulangi perangai mereka. Balas perbuatan mereka dengan kebaikkan.

- Terima saja keluarga kita seadanya. Ya, keluarga kau tak sama dengan keluarga orang lain tapi kau tak boleh paksa dia orang. Teruskan menjadi baik. Kau solat dan kau capai apa yang kau minat.

- Jangan pernah kutuk mereka. Benci apa yang mereka lakukan tetapi jangan benci si gerangan. Maki mak ayah sendiri pun tak dapat apa, benda dah jadi. Yang kita boleh buat adalah, buktikan bahawa kita boleh berjaya walaupun sering dikongkong dan dikutuk mereka.

- Cari jalan supaya mak ayah kita suka apa yang kita buat. Jangan layan kutukan mereka. Endahkan hinaan dari adik - beradik. Kau tahu siapa diri kau. Kau tahu benda yang kau buat ini benda betul (pastikan benda itu tidak membawa maksiat), jadi teruskan.

- Sentiasa sokong diri sendiri. Bila sedih, peluk diri sendiri. Jangan kutuk diri sendiri. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Sentiasa cakap dengan diri sendiri. Abaikan kata - kata mengatakan kau gila cakap seorang diri. Talk to yourself like you talk to someone you love.

- Aku tengok ramai sekarang yang bunuh diri bukan sebab dia tiada sokongan. Ada. Ada sokongan. Doktor sokong. Ibu bapa dia sokong. Tapi apa yang dia tak ada? Dia lupa untuk sokong diri dia sendiri.

- Cari kawan yang baik. Kalau tidak, kau yang menjadi kawan yang baik. Aku pasti, tidak semua orang dekat dunia ini jahat macam kau fikirkan. Pilih seorang kawan khas untuk dengar semua masalah kau, kawan yang kau dah lama percayakan dia.

- Sentiasa rapatkan diri dengan Tuhan. Kalau kau terlalu takut untuk luah fasal hal keluarga kau, luah, nangis. Luah segala - galanya kepada yang lebih faham kau. Ceritakan semuanya kepada yang menciptakan kau. Insya-Allah, kau akan tenang.

- Jangan pernah takut nak kata 'tidak'. Kalau ada salah seorang ahli keluarga kau dera kau, report polis. Tunjukkan bukti kecederaan kau. Usah peduli pertalian darah yang kau ada dengan dia. Apa guna ahli keluarga kalau darah daging sendiri dicederakan?

- Kalau kau kena ugut, minta tolong Tuhan. Doa orang yang dizalimi sentiasa Tuhan dengar. Allah sentiasa respon doa kita. Sama ada cepat atau lambat. Asalkan kau teruskan perjuangan. Kau akan sampai di tempat yang dituju.

- Selain itu kau boleh cuba benda ni. Tulis atas kertas atau dalam notepad;

Siapa ahli keluarga yang kau paling rapat?

Siapa ahli keluarga yang kau paling tak rapat?

Apa yang kau tak suka dalam keluarga kau?

Apa yang kau takutkan?

- Kau kena tahu, kau paling kuat. Teruskan melangkah dan capai apa yang kau minat. Terus sokong diri kau sendiri. Pedulikan kata mereka kerana kau lebih tahu apa yang kau perlukan.

Jangan tamatkan hidup kau sebab ada banyak benda manfaat sedang depakan tangan, menanti kau. Kalau kau dah mati, kau takkan dapat baca benda ni dan berubah.

- Anggaplah kau sekarang berada di musim sejuk. Banyak pokok mati, haiwan mati. Tapi kau tenang... kenapa? Sebab kau tahu lepas musim sejuk ini, akan ada musim panas... musim luruh dan musim bunga yang menanti.

Kau pasti hendak lihat, bukan?

- Usah pedulikan apa yang keluarga kau anggap pada kau. Kau ada diri sendiri. Kau ada Tuhan kau. Dan kau ada banyak benda. Kau masih ada nafas.

   Dan kau ada kebanggaan aku. Aku bangga sangat sangat sangat dan ifiniti dekat kau. Walau tak pernah jumpa, aku yakin kau boleh dapat lebih dari apa yang kau harapkan.

- Setiap ujian yang datang ini untuk kuatkan kau. Jadi, jangan pernah putus harapan. Kau nak kejar minat kau kan? Kau nak masuk syurga kan? Bangun! Bangkit! Teruskan berjuang! Percaya kata aku, kau akan jadi lebih dari apa yang kau sangkakan.

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK SAHABAT

- Hai! Kau mesti bersahabat dengan orang di atas kan? Ha, di sini saya beri tips untuk kau orang bantu sahabat kau orang!

- Jangan pernah ceritakan kebahagian keluarga kau kepada mereka. Mereka boleh jadi iri hati dan bertambah sedih. Malah mempersoalkan takdir Tuhan.

- Jangan pernah kata 'mereka masih keluarga kau.' Ya, memang mereka masih tapi ianya langsung tak membantu. Jadi, kalau mereka masih ahli keluarga kita, adakah mereka boleh sesuka - hati mendera dan menghancurkan perasaan kita?

- Menjadi pendengar yang baik. Kalau dia nak nasihat, bagi nasihat. Kalau dia nak kau jadi pendengar sahaja, dengar saja. Jangan gatal mulut nak menyampuk. Kalau nak ceritakan pendapat kau, tanya dia dulu. Ini tak, main sembur sahaja dia. Ini kau kata sahabat yang baik?

- Sentiasa gembirakan dia. Bantu dia. Jangan buat dia putus harapan. Selalu bantu dia untuk sayang diri sendiri. Takkan kau tak nak tengok sahabat kau, ibarat adik beradik kau, berjaya?

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

" Don't worry about the people who aren't happy for you. They probably don't happy for themselves either. Just focus on yourself, honey."

"True humility is not thinking less of yourself; it is thinking of yourself less."

"Let go of what you can't change."

"Cry. Forgive. Learn. Move on. Let's your tears water the seeds of your future happiness."
- Steve Maraboli

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top