"Baik Aku Mati Je!"
DR. NOOROO: DEPRESI
--------------------------------
"Aku tahu kau penat, aku tahu kau berkerja keras untuk hidup sampai sini dan sebab itulah aku bangga dengan kau.
Tetapi, kau kena rehat untuk sebentar. Jadi, tenangkan hati kau, ini bukan salah kau. Apa yang kau takutkan tak akan terjadi macam kau fikirkan...
Aku pasti ada seseorang berterima kasih atas kewujudan kau. Aku mulakan dahulu. Ehem, terima kasih sebab teruskan hidup. Aku sayang kau."
KATA NISTA
"Ha, hina lagi diri itu! Hinalah!"
"Banyak stress itu kebanyakannya sebab tak cukup iman. Yalah, kita ada kefahaman agama tetapi tidak gunakan. Yang kelar tangan itu spesies tempah neraka jugalah itu."
"Mesti kau ikut trend, bukan? Haih, pergi dekat orang lainlah kalau kau nak perhatian!"
𖣘-----❀-----𖣘
LUAHAN
"Kalau aku yang mati, bukannya (nama seseorang), mesti hidup orang lebih bermakna. Aku bukannya bawa erti pun! Kisah apa orang lain kalau aku gores tangan aku!"
"Aku benci diri aku... mungkin sebab itulah semua orang bencikan. Entah-entah, Tuhan pun bencikan aku sebab iman aku lemah. Aku tak layak nak hidup dekat dunia ini. Ini semua salah aku."
"Aku nak hentikan tapi setiap kali benda itu datang, aku selalu tak dapat kawal. Kau tengok? Apa sahaja ada makna pada diri aku?"
𖣘-----❀-----𖣘
Selamat datang kepada rancangan aku sembang, kau sembang dan babi pun terbang. Hari ini kita nak tanya kepada encik babi atau nama samarannya khinzir. Apa perasaan encik bila orang sembang kuat sangat?
Khinzir: Aku pun geram sebenarnya. Aku setakat salah bagi signal sahaja. Tapi manusia ini... agak-agaklah sembang itu...
Nooroo: Hoi, hoi. Bukan aku suruh datang minggu hadapan ke? Dan lagi satu, salah tempat kau ini. Sepatutnya Nooroo: Late Night Talks!
Pengacara: Lah, yakah? *Tengok Kalendar* Tapi kira okeylah, bukan? 5 Jun sama juga dengan 29 Mei kalau mengikut kiraan matematiknya. Minggu hadapan kan 7 hari, jadi 7 hari tolak...
Khinzir: *terbang* Tengok, aku dah kata!
Pengacara: Hey, aku tersembang kencang pula! Encik khinzir, tunggu saya!
Tuuut...
Maaf atas dua penyibuk tadi. Kalau yang tengah berdiri itu, boleh duduk. Kalau atas katil pula boleh baring. Yang tak boleh duduk itu, baca sambil berdiri pun tidak mengapa.
Kepada si suara yang kata budak ini tak berguna, patut mati, semuanya salah dia, hodoh dan sebagainya. Kamu sebenarnya salah seratus peratus!
'Dia' kata kau tak berguna? Dia ternyata salah seratus peratus. Kalau kau tak berguna, kau tak akan diwujudkan ke dunia ini. Tuhan ciptakan kau, bermakna ada sesuatu yang bermakna kamu akan lakukan di dunia ini.
Aku kisah kalau kau nak cederakan diri kau. Aku kisah sangat-sangat.
Menangis. Ya, menangislah. Menangis bukan tanda kau lemah. Sebab kau berani untuk meluahkan kekecewaan kau. Selepas ini, yakinlah kau akan keluar dari depresi ini.
Dan aku di sini ingin mengatakan, kau tidak akan dibiar keseorangan selama-lamanya di dunia ini.
𖣘-----❀-----𖣘
TIPS / MOTIVASI
[ Tenangkan diri ]
- Duduk dan sandar pada dinding. Rehatkan otak selama sepuluh minit. Kalau suara itu tetap salahkan engkau, kau terus ingat fasal memori indah kau.
Contohnya seperti
+ Masa buat benda kegemaran kau
+ Tulis pada kertas tentang perkara menarik fasal diri kau. Apa bakat kau walaupun kau rasa kau kurang mahir. Lawak kau
- Kau boleh dengar lagu. Jangan dengar lagu sedih sebab dia boleh rancakkan lagi suara itu untuk berparti dalam kepala kau. Lagu lagu yang catchy seperti K-POP ke. Alan Walker pun lagu dia best juga ataupun Nightcore.
[ Alihkan perhatian ]
- Kalau cara itu tidak berjaya juga, kau buat-buat sibuk dengan bakat yang kau ada. Kau boleh melukis. Bagi para penulis, jangan tulis saat ini sebab boleh hancurkan jalan cerita kau.
(Ya, aku pernah cuba. Dengan watak aku sekali sedih)
- Buat senaman ringkas ataupun kemaskan rumah. Buka paket maggi atau kau boleh memasak. Makan hadapan cerita kegemaran kau. Fuh, rasa mahu buat maggi tiba-tiba menjengah dalam minda!
[ Gantikan benda lain ]
- Jauhkan benda tajam rasanya tidak sesuai bagi aku. Sebab waktu aku rasa depresi dahulu, aku akan gores kulit aku guna kuku. Tidak mungkin aku mahu potong jari aku pula.
Dan ada seratus peratus kemungkinan dilabel buang tabiat kalau campak gunting dekat ruang tamu. Nanti tiba-tiba Seni nak guna, terpaksa kutip gunting itu balik.
- Kalau kau rasa tidak tahan sangat. Memang rasa hendak nampak darah sangat. Kau ambil pen merah atau marker dan conteng tangan kau. Rasa lebih baik marker sebab marker kan sejuk pen dia.
- Selain itu, kau boleh ambil pensel dan conteng conteng pada kertas. Kalau tahap geram sangat, kau boleh gores kertas itu. Tiada masalah. Kau layak untuk luahkan semua perasaan kau.
- Tumbuk-tumbuk bantal. Koyak tisu. Pada yang feeling macam hendak jadi Titan (menggigit), boleh pergi makan. Kesian perut itu lapar.
[ Bina keyakinan dalam diri ]
- Bina keyakinan bukan bermaksud kau harus positif dua puluh empat jam. Ianya bermaksud kau nampak sisi positif dalam pelbagai hal dan elak pandang negatif.
Tapi kalau orang ajak pergi kelab malam, jangan pergi join pula.
- Pandang sisi positif pada diri sendiri. Kalau kekurangan kau sudah banyak menarik perhatian orang lain, apatah lagi kelebihan kau, bukan? Mustahillah kalau manusia tak ada kelebihan. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
- Kau boleh hasilkan sebuah buku. Di dalam buku itu kau pisahkan pada tengah-tengah. Bahagian kiri buku, fasal gratitude list dan bahagian kanan pula fasal sebab nak hidup.
Tunggu sebentar, aku nak bagi contoh dari buku aku. *Belek buku*
Sebab hendak terus hidup
1. Jadi animator
2. Tolong ramai orang
3. Berjumpa dengan seseorang yang percayakan aku.
4. Buktikan bahawa tanggapan orang pada aku ini salah.
5. Aku (diri masa lalu) tak nak tengok kau mati dan lupakan aku.
Aku bersyukur...
1. Masih boleh bangun dan makan
2. Masih boleh melihat
3. Tidak dijangkiti Covid-19
4. Masih dijadikan Islam
5. Boleh melakukan benda baharu hari ini
- Kau boleh buat buku journal. Biasa-biasa pun tidak mengapa. Buku journal fasal diri sendiri boleh, fasal topik rawak pun boleh, anime dan macam-macam lagilah.
Kau istimewa. Sebab kau boleh lakukan pelbagai perkara.
- Paling penting sekali, kau kena yakin pada kebolehan diri kau sendiri. Kau bukan diciptakan untuk tujuan sia-sia. Kalau kau tak boleh buat itu, kau pasti boleh buat ini.
Tubuh kau bukan untuk disakiti. Nafas kau bukan boleh ditarik sesuka hati. Tiada manusia yang layak menentukan sama ada kau perlu mati atau tidak. Semua terjadi ada hikmahnya dan ini bukan salah kau.
- Boleh cek pada bahagian 'Aku Takut...' untuk positifkan diri dengan lebih baik. Hahaha... *pandang tempat lain* aku malas nak penuhkan bab.
[ Luah pada seseorang ]
- Boleh sahaja untuk luahkan pada yang terdekat pada kau contohnya BFF kau. Yang paling kau percaya sangat. Kalau hendak luahkan pada aku pun boleh.
- Jika kau rasa tidak percaya sangat mereka. Boleh dirikan solat. Tidak, bukan sebab kau tidak cukup iman. Ya, aku adalah fikir benda itu masa aku tengah depresi.
Masa itu aku Isomnia, aku pun tergeraklah hati untuk solat. Mula-mula aku rasa takutlah juga, aku teringat yang kawan aku kata aku ini tak cukup iman. Tapi aku tetap kuatkan hati untuk solat.
Lepas aku luahkan pada Allah segala masalah aku. Alhamdulilah, aku rasa macam apa yang bebani aku, pergi jauh dan terlepas dari bahu aku. Aku siap boleh tersenyum selepas solat itu.
Kepada Muslim, kau tiba-tiba rasa nak solat bukan sebab iman kau lemah tetapi Allah hendak dengar suara kau. Malah, dengan luah pada Allah, iman kau makin bertambah dan bertambah! Allah sayang kau, sebab itu Allah uji kau. Supaya kau makin dekat dengannya.
- Antara semua di atas, kau boleh guna cara ini.
1. Siapa yang kau marah sekarang?
2. Apa yang buatkan kau rasa nak mati?
3. Apa yang kau nak buat untuk kau mati? (Dan tolong elakkan. Jangan pergi cuba pula)
Ataupun ini...
1. Tulis tahap Anxiety (1-10)
2. Senaraikan 5 perkara yang kau...
o Lihat
o Dengar
o Hidu
o Rasa
3. Soalan rawak macam makanan kegemaran, Youtuber kegemaran dan seumpama dengannya.
4. Tulis tahap Anxiety (1-10)
✨ Kalau masih 5 dan ke atas, ulang soalan itu tetapi tukar jawapan.
- Dan marilah kita sedekahkan duit kita pada akak kedai buku untuk tulis diari.
[ Akhir Kata ]
- Setiap nilai hidupan mahal harganya. Kalau diganti dengan harta wang emas pun tidak mampu menghidupkan seseorang yang telah mati. Mereka lebih daripada perkataan 'berguna'. Mereka istimewa.
- Pada akhir kata aku kali ini, aku hendak kata. Aku bangga dengan kau atas usaha kau selama ini. Kau boleh jatuh, kau boleh tersepak batu, kau boleh rehat namun kau tak boleh rehat selamanya. Sesuatu di hadapan yang besar sedang menunggu kau.
- Aku sayang kau sangat-sangat! Nah, online hug! ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️
𖣘-----❀-----𖣘
UNTUK SAHABAT
[ Dengar ]
- Apabila kau ada sahabat yang ada masalah depresi, perkara pertama ialah... jangan jadi anjing. Duduk, bertanya khabar. Bukan main tanya tak bertapis.
- Bila kawan itu dah tenang, dah boleh buat lawak masuk air dengan dia... barulah kau tanya apa yang menganggu dia. Kalau nak bagi pendapat, tanya dahulu. Bukan suka hati kata apa yang kau suka. Kau pun tidak suka kalau kata-kata kau dipotong orang, bukan?
- Dan, depresi itu bukan sebab tidak cukup iman sahaja. Macam orang itu patah kaki. Kau pun kata...
Kau: Eh, kenapa nangis ini?
Orang: Kaki aku patah... aku sakit sangat-sangat.
Kau: Eh, orang lain kena lagi teruk dari kau. Ada yang patah tulang belakang. Ada yang patah dua tangan. Ha, ini pun jadi sebab kau tak cukup iman. Kalau cukup iman tak patah kaki itu. Sudah, cepat bangun!
Orang: *cucuk mata kau guna tongkat*
- Fahami dia kalau tak aku gali kubur siap-siap untuk kau.
[ Sokong dia ]
- Sokong bukan bermakna kau pergi sokong dia bunuh diri. Bak kata netizen, kepala otak engkau! Kau berikan kata-kata semangat. Quoteslah kiranya. Buat lawak fasal cerita kegemaran dia.
- Kau bagi dia harapan. Sebab orang yang ada depresi, dia rasa dia tiada harapan mahupun erti untuk hidup. Kalau kau perlekehkan dia dan hina dia, silap silap kau berdosa sebab buatkan orang hendak bunuh diri.
- Kalau kau sayang dia, kenapa tak usahakan sesuatu untuk dia?
Cewah, ayat dia macam dalam drama pukul tujuh pula.
𖣘-----❀-----𖣘
QUOTES
"You are the artist of your own life. Don't hand the paintbrush to anyone else."
"Allah ada."
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..."
(Surah Al-Qāf, 50:16)
"No matter how hard today is, remember you have a change to write your story tomorrow and now."
Love you!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top