"Anak Kau Anak HARAM!"
DR. NOOROO: DEPRESI
--------------------------------
"Hidup kau bermula sekarang, bukan dah tamat atau sekejap lagi. Kau akan jumpa kegembiraan kau, apa yang kau nakkan, makanan kegemaran kau, orang yang hendak membantu kau..."
"... kau akan jumpa sekejap sahaja lagi."
"Jadi kau kena teruskan hidup untuk lihat semua itu."
𖣘-----❀-----𖣘
KATA NISTA
"Tengok, aku dah kata dah. Jangan couple dengan dia. Buat pekak sahaja. Tengok, kau dah terlanjur. Malu betul aku dengan kau ini."
"Ini mesti perempuan tak tutup aurat. Ya, ya memang dia dah tutup aurat. Sebelum ini siapa tahu?"
"Aku tak nak terima pelacur macam kau!"
𖣘-----❀-----𖣘
LUAHAN
"Saya dengan lelaki yang dah terlanjur bercadang untuk berkahwin namun keluarga kami semua menolak. Saya rasa stress dan benci pada diri sendiri tetapi tiada yang langsung memahami."
"Saya dirogol oleh *** sendiri. Tiada sesiapa percayakan saya. Saya beritahu kakak saya bahkan balasan maki yang saya dapat. Saya rasa bunuh diri sahaja."
" Saya mengandung anak luar nikah tapi saya takut ibu bapa saya tak akan terima saya. Saya bayangkan ibu bapa saya akan marah dan halau saya keluar... saya takut..."
𖣘-----❀-----𖣘
Hey, hey, hey...
Tenangkan diri. Stabilkan pernafasan. Senyum, walau rasa macam tak dapat senyum. Senyum sampai naik ke telinga. Ingat memori lalu yang gembira dan senyum untuk beberapa saat.
Memori bermain bersama kawan-kawan. Tak kira dekat sekolah ataupun di rumah.
Perkara nakal yang kau orang pernah buat masa kecil-kecil.
Perkara lucu pernah kau orang buat. Macam aku, aku jilat tangan aku fasal ingat ada air terlekat waktu kecil. Rupa-rupanya sabun.
Bila aku letakkan tempat aku dekat kau orang, aku dapat rasa keperitan yang kau orang rasakan sampai tak tahu nak buat punchline apa.
Meskipun begitu, kau orang wanita yang sangat kuat. Kau dapat gagahkan diri, kau masih lagi bernafas, kau masih kekal berdiri untuk kandungan itu. Kalau aku, aku tidak tahu apa yang mungkin aku lakukan.
Tanpa melengahkan masa, mari kita membaca kepada solusinya.
𖣘-----❀-----𖣘
TIPS/MOTIVASI
[ Beritahu Ibu Bapa ]
- Lebih patut kamu beritahu ibu bapa atau keluarga terapat kamu. Ya, memang mereka akan marah namun ianya tidak lama. Lebih baik beritahu sekarang dari hadap kemarahan mereka di masa hadapan.
- Bagi yang Muslim, doa. Taubat sungguh-sungguh hati kepada Allah. Allah tidak benci kamu, sayang. Allah tidak akan sesekali membiarkan hambanya jatuh bagai daun yang gugur.
Minta pada Allah, semoga lembutkan hati mereka untuk mendengarnya. Yakin dan percaya, Allah akan makbulkan. Allah pasti akan makbulkan doamu, teman!
- Simpan ayat ini. Mereka akan terima anak kau. Mereka akan terima kau. Mereka akan jaga kau. Mereka akan peluk kau dan belai kepala kau. Kalahkan suara dalam kepala itu!
[ Mulut Orang? ]
- Setiap kali ada orang kata buruk, balas dalam hati, 'aku akan jadi lebih baik daripada apa yang mereka katakan'. Dan percaya dengan sungguh-sungguh hati, kau akan jadi luar biasa bahkan jauh dari apa yang kau sangkakan!
[ Nak Bunuh Diri? ]
- Jangan sesekali cuba untuk menggugurkan bayi atau membunuh diri. Jangan benci anak.
- Ingat, anak ini akan lahir. Anak ini akan menjaga kamu. Anak ini akan mengubati kamu. Anak ini akan punya masa hadapan yang sangat cerah. Anak ini akan mengubah masa hadapan!
- Anak ini tidak bersalah. Siapa kata kau tak berguna? Anak ini dalam kandungan, percaya mereka akan dilahirkan ke dunia dan akan dijaga oleh wanita yang luar biasa.
Dan wanita itu ialah kamu.
- Letakkan pisau atau pil. Letakkan benda yang mampu menyakitkan kulit yang berjasa untuk kamu. Ini hanya musim sejuk. Kau akan jumpa musim bunga, musim luruh dan musim panas sekejap lagi!
- Ya, kau belajar dari kesilapan. Kau janji kau tak akan ulang kesalahan ini. Kau dan membesar. Kau akan jadi lebih baik dari semalam.
Jadi, berusahalah untuk terus hidup! Syurga menanti kamu!
- Tebus kesilapan dengan menjaga bayi ini. Kalau kamu membuang bayi, mungkin kamu rasa puas serta lari daripada masalah. Tapi esok, siapa tahu?
- Kalau tidak mampu, bagi JKM jaga atau letakkan di pusat 'baby hatch'. Ada dekat Malaysia. Jadi tak perlulah cari jauh sampai ke Amerika sana nuh.
- Baby Hatch tak akan mengundang bahaya pada bayi kecil itu. Akan ada pihak uruskan siapa penjaga bayi itu. Tapi macam menyusahkan jugalah sebab kena ada prosuder untuk jaga bayi itu (untuk penjaga bayi angkat).
Jangan risau, tak ada pasang CCTV berdekatan bagi menjaga maruah seseorang tersebut.
Jangan pula kau orang jadikan hobi pula. Pergi buat lagi dengan lelaki lain lepas itu letak bayi dekat situ. Itu buat aku marah. Memamg jangan tanya kalau ada bom nuklear depan rumah kau atau jadi mangsa Hitman esok harinya.
[ Kahwin ]
- Kalau yang lebih 18 tahun itu, lebih baik untuk kahwin dengan orang yang buat kau mengandung itu. Kalau dia tak nak, tak apa. Lantak lelaki itulah. Kau akan jumpa lelaki lebih baik daripada dia.
[Akhir Kata]
- Kau boleh lakukan semua ini! Sempat, masih lagi sempat untuk mulakan hidup sekarang. Buka buku baru dan jadilah wanita yang luar biasa.
- Kepada Muslim, ingat Allah ada dengan kamu, malah lebih dekat daripada urat tengkuk kamu. Cuba sentuh tengkuk, kemudian urat lagi. Tidak terbayang betapa dekatnya Allah dengan kamu!
Allah cintakan kau. Kalau tidak kau tak akan rasa berdosa atau tergerak hati untuk bersujud kepadanya. Kalau segelintir, dia orang terus gugurkan dan hidup seperti biasa. Gembiralah hatimu dan bersyukurlah kerana Allah cintakan kau, teman!
- Pada penghujung ayat ini, kalau ada orang masih mengumpat apa kau buat, pahala terus mengalir daripada apa yang mereka umpatkan
Kalau ada apa-apa, boleh mesej aku. Insya-Allah, aku akan bantu apa yang aku mampu. Jadi pendengar pun kira okey.
Kau kuat. (Nama kau), perempuan yang sangat kuat.
𖣘-----❀-----𖣘
UNTUK SAHABAT
[ Hina ]
- Jangan ejek mahupun ingatkan semula apa yang mereka lakukan walaupun kamu fikir itu hanya gurauan. Jangan. Kata kawan, tapi kenapa perangai macam syaitan?
- Pujuk dia, tenangkan dia. Selalu ada dengan dia malah, sokong dia. Jadi sahabat yang baik.
- Kalau kamu ahli keluarga dia, ya memang kita rasa marah dan malu dengan dia. Tapi dia masih lagi darah daging kita. Sentiasa letakkan diri di tempat dia.
Kalau bukan kita yang hendak kisahkan darah daging sendiri, maka manusia mana lagi yang akan pedulikan?
[ Bantu dia ]
- Daripada kau tunding kesalahan kepada mangsa, cakap tidak tutup aurat bagai, baik bantu dia bangun. Perbuatan kau hanya umpama mengotorkan diri kau dengan najis yang kau calit sendiri pada badan kau.
- Yakinlah. Kau dapat tolong dia. Kau akan saksikan dia menjadi kuat. Kau akan kuat sama-sama dengan dia.
Kalau kau bantu dia, kau pun akan dibantu orang lain di masa hadapan. Kau, sahabat yang hebat! Kau mampu tolong dia!
𖣘-----❀-----𖣘
QUOTES
"It's okay to begin your story now. Those mistakes you are made along the way are lessons, not faillures.
You are meant to get back up and find a way resonates with you. There is no expiration date to reinventing yourself."
"Bagaimana kalau semuanya akan okey? Bagaimana kalau kau boleh hadapi semua konflik lepas ini? Bagaimana kalau lepas ini kau akan tersenyum?
Bagaimana kalau kau berjaya?"
"Better an oops than a what if."
"Percaya, kau akan bertemu musim bunga sekejap sahaja lagi."
Youtube
- Tarbiah Sentap -
- Cara Taubat Dari Dosa Zina?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top