"Aku Takut... II"

DR. NOOROO : DEPRESI

————————————

"You are not weak for needing time to rest"

KATA NISTA

Amaran : Kalau takut trigger, scroll sampai jumpa emoji '✌🏻'

"Kenapa nak gelabah sangat? Semua dalam kepala kau je. Tak payahlah fikir sangat."

"Banyakkan beristigfar dan solat, nanti okeylah tu."

"Tu penyakit orang gila je tu. Kau gila ke?"

𖣘-----❀-----𖣘

✌🏻 LUAHAN

"Aku kata okey, tapi aku tak kata ianya tak menyakitkan aku."

"Kenapa tak ada orang tolong aku? Aku ni tak penting ke?"

"Aku dah solat awal waktu dah, mengaji pun dah khatam berkali-kali. Kenapa... kenapa aku masih ada depresi? Aku ni gila ke?"

𖣘-----❀-----𖣘

Hey...

Tak apa, tak apa untuk rasa emosional. Tak apa kalau kau tak boleh menangis. Tak apa kalau dada kau rasa sesak. Ini semua bukan salah kau orang.

Kalau kerja korang tak siap, tak apa untuk siapkan kejap lagi.

Jika kau tak ada orang untuk cakapkan fasal masalah korang, kau tak keseorangan. Terima kasih sebab datang ke tempat ini.

Dark Nooroo : Wah tiber tiber kau cakap lembut-lembut.

Nooroo : Eh, diamlah kau.

Mungkin kau rasa dalam keadaan down sekarang ini, kerja tak sentuh... dah kau betul betul nak keluar dari dunia yang mencengkam ini.

Jadi di sini aku hamparkan karpet merah untuk korang baca tips tips yang pernah membantu aku selama ni. Harap-harap boleh bantu kau orang pula.

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS / MOTIVASI

- [ Kenali trigger kau ]

Apa yang membuatkan kau rasa murung gila-gila? Apa yang membuatkan kau rasa sedih kalau dengarnya? Kenal pasti puncanya akan memudahkan korang tentang musuh peperangan, si anxiety tu.

Salah satu trigger anxiety :
- Masalah kewangan
- Terlalu banyak kerja nak buat
- Masalah belajar
- Rasa terperangkap

- Rasa tak ada orang pun nak bantu
- Gagal
- Masalah rutin
- Terbaca komen negatif

.

- [ Jangan pulaukan suara tu ]

Memulaukan suara itu hanya buat perkara jadi makin teruk. Mungkin tak efek mental kau masa tu, tapi boleh efek fizikal kau masa tu.

Macam orang selalu kata "pulaukan je suara tu, nanti dia berhentilah"

Like, wait... no. Katakanlah ada seseorang ni nama dia Lobak. Lobak seorang yang struggle dengan anemia, eh tu penyakit lain... anoxeria dan insecure sama tubuhnya.

Bila dia keluar rumah dan tengok ramai perempuan yang sama ideologi badan dia, macam mana dia boleh tak rasa sebak, sedih dan terhina?

.

- [ Tulis Perasaan ]

Tak apa kalau kau tak boleh menangis, ada satu cara lain untuk kau luahkan tekanan anxiety kau.

Percaya atau tak, kau akan dapat fokus sekeliling kau dengan lebih senang sebabkan kau sudah luahkan perasaan dan fikiran kau yang serabut tu.

Ambil kertas atau sediakan satu buku, setiap kali kau rasa down, kau tulis apa apa sahaja dalam buku tu. Mahupun benda memalukan yang anxiety itu duk sebut- sebut.

Kalau yang ada keluarga yang tak jaga privasi, kau tulis je dalam aplikasi yang boleh kunci.

Lepaskan geram kau, sama ada koyak kan kertas ke... tumbuk bantal ke, tikam-tikam buku ke. Bolehlah kita hamparkan tikar, bacakan yasin untuk arwah kertas dan bantal.

.

- [ Beri masa untuk diri kau bertenang ]

Tarik nafas.... hembus nafas... tarik nafas... Hembus... (nyenyenye)

Cari perkara yang boleh menenangkan fikiran kau, mungkin tulis perasaan kau? Tengok youtuber kegemaran sambil makan ke? Kalau nak berlengah-lengah (procrastinating) pun boleh. Masa inilah kita hargai usaha arkitek membuat siling rumah kita.

HAHAHA, tidur pun pun bolehlah.

.

- [ Gerakkan badan]

Tidak semestinya bersenam mahupun yoga. Boleh jadi menari dekat lagu kegemaran korang.

Macam lagu kegemaran aku, Detective Conan - Koiwa Thrill Shock Suspense. Ya, aku tahu aku pemikiran Boomer sedikit TvT. Tapi ternaik serotoninlah bila tengok lagu itu!

.

- [ Telefon orang tersayang ]

Tak semestinya bincang fasal anxiety kau orang. Mungkin minat kau orang. Namun, kalau kau orang tak ada semangat untuk buka telefon, itu tak mengapa.

Dinding kan ada.

Nurul : Jadi kan dinding, pisang tu kan... pisang tu warna kuning HAHAHA *tergelak*

Dinding : Kenapalah aku sering dikelilingi badut?

.

- [ Tidur sekejap ]

Masa anxiety itu datang dan kau rasa mengantuk, nak tidur pun tak apa. Kalau terlajak tidur pun, kau orang dimaafkan HAHAHA.

(Tapi kalau tertinggal solat, mohon qadha balik, ya. Tidur pun biarlah lepas solat Subuh.)

Mengikut medical news, tidur menyebabkan otak mengemas kini semula mekanisme dalam tubuh kita termasuklah emosi, merendahkan rasa sebak, mengembalikan tenaga dan melegakan anxiety.

Jadi kalau kau orang tak tidur dua hari itu, sedarlah... kau orang akan makin pelupa TvT - berdasarkan pengalaman

.

- [Basahkan diri dengan air]

Tidak kiralah minum air mahupun mandi. Waktu mandi tu bolehlah nangis ala ala drama Korea. HAHAHA jangan ditiru.

Masalah pada anxiety ialah kau orang hilang punca untuk fokus. Maka, memberi kejutan pada otak kau orang dapat melegakan sedikit anxiety.

Misalnya, letak air sejuk belakang leher kau orang. Auto segar bhai mata. Jangan letak kat muka pula air sejuk, nanti berpeluh muka kau orang nanti.

.

- [ Tidak perlu paksakan diri]

Anggap sahaja kau tengah sakit fizikal sekarang ni.

"Tapi saya layan fizikal saya teruk juga"

Anggap sahajalah macam jaga orang sakit. Orang yang paling kau sayang. Tak perlu pun anggap tu kau orang. Tidak semestinya baring sahaja.

Mungkin makan... buat journal, tengok cerita kegemaran korang atau momen lawak... tambah-tambah lagi melukis bagi orang yang kreatif.

Lukis dan tulis bodo bodo pun ke. Tulis memes dari watak novel korang pun tak apa.

.

- [ Setelah emosi stabil, tulis perkara yang buat kau gembira ]

Tak semestinya tulis memori gembira, mungkin perkara yang boleh buatkan kau tenang semasa anxiety. Dengar lagu favourite kau.

Dark Nooroo : RUMBLING! RUMBLING! IT'S COMING, RUMBLING!

Nooroo :

Nooroo : Nyanyi gitu kenapa? Tak ada tastelah! Kau lupa ke kita ada speaker besar kat bawah tanah?

.

- [ Setiap pagi, tulis 3 perkara kau bersyukur ]

Walaupun sekadar minum air pun kira okeylah. Dapat bercakap. Internet tak lambat.

Umobile : *buat tanda peace kemudian menghilang*

Minum air milo, ada tangan untuk bergerak, dapat rasa emosi. Semuanya perkara yang tak mungkin rasa untuk orang lain, jadi ianya sesuatu istimewa bagi kita walau perkara kecil.

.

- [ Akhir Kata ]

Hari ini mungkin  kau rasa hidup kau paling teruk. Hari ini tak mustahil kau rasa kenapa aku dihidupkan? Atau kau rasa lemah dan tak berdaya dan kau bencikannya.

Macam aku kata... tak apa untuk rasa begitu. Kau patut berbangga kau sekarang dalam medan perang yang besar! Lawan dengan Anxiety. Heh, setakat anxiety tu... kau lagi bergaya dari dia.

Lagipun aku baru lepak dengan future korang semalam. Kita orang makan Burger King sama-sama. Ada satu benda yang dia nak kata pada korang.

Walau kau orang rasa keseorangan, rasa nak tewas dalam medan peperangan korang tu. Korang kena tahu...

Kau berjaya lakukannya.

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK SAHABAT

- [ Kau ialah kawan dia, bukan terapi ]

Kau mungkin tak faham fasal anxiety tapi itu bukan salah kau. Yang salahnya kalau kau dah tahu tapi kau abaikan perasaan kawan kau tu.

Kau tak semestinya jadi terapi. Kau tak semestinya seseorang yang bunuh semua masalah dia. Tapi kau seseorang yang patut berada di sisi dia semasa dalam medan perangnya.

Buat lawak dengan dia. Berminat dengan minat dia. Buat dia ceria walaupun tak seberapa. Asalkan kau me cuba.

Dan jujurlah, usaha kau orang untuk orang anxiety begitu... sangat-sangatlah bermakna. Serta aku berterima kasih sangat sangat sebab kau tolong dia orang.

𖣘-----❀-----𖣘

GAMBAR UNTUK RUJUKAN

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

"If you don't brighten up so soon, you'll get crushed by your anxiety"

"You don't need to do it. You can do it!"

" Kalau tak ada orang yang bangga dengan kau. Ada seorang yang selalu bangga akan korang. Iaitu future korang."

"Kau bukannya gagal, kau sedang belajar."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top