"Aku Tak Pandai"

DR. NOOROO :
Depresi
______________
Tiada satu pun ciptaan Tuhan yang sia - sia.
Termasuklah kamu.

KATA NISTA

"Kau ni, aku ajar ni banyak kali pun tak faham. Otak apa kau ni sebenarnya?"

"Baik tak payah ada otak sahaja. Bukan pandai pun."

"Bila besar kau nak jadi apa, ha? Adik - adik kau, pandai. Kau? Cerdik pun jauh sekali!"

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Kenapa aku ni tak pandai macam kawan - kawan aku?"

"Betul ke aku tak ada masa hadapan?"

"Lebih baik aku mati. Tak adalah menyusahkan semua orang."

𖣘-----❀-----𖣘

No, you're wrong.

   Kau ini sebenarnya pandailah. Mungkin kau tak pandai Matematik, tetapi kau ada kemahiran menulis sama macam novelis Malaysia, Ain Maisarah!

   Aku ada seorang sepupu ini. Muda lagi. Dia ini, tak belajar tinggilah. Tetapi, dia ada kemahiran baiki motor.

   Kau rasa boleh ke kau nak cabut satu - satu bahagian motor lepas itu kau cantum balik semuanya. Aku tengok pun macam... Woah, how you like that?

   Semua manusia ada kelebihan. Kalau kau tak pandai itu, mesti kau pandai ini. Eh, eh, jangan kata tak ada! Kita semua ada kelebihan dan kekurangan.

   Kalau kelebihan kau menulis dan kelemahan kau Matematik. Bayangkan kalau kau dapat perbaiki kelemahan itu, mesti kau pandai menulis dan pandai Matematik. Tidakkah menarik itu?

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS / MOTIVASI

O Tetapkan matlamat. Apa sebab kau nak belajar sebenarnya? Tulis dalam kertas dan tampal dekat meja. Bangun dan baca setiap hari.

  Kau hendak jadi (cita-cita kau)? Kau hendak banggakan ibu-bapa? Kau hendak masuk syurga? Kau hendak sebarkan ilmu? Tulis.

   Dan bagi Muslim, kita belajar kerana Allah! Tetapkan, semakin kita belajar, semakin dekat kita dengan syurga sebab kita kumpul ilmu! Dan waktu tu kita sedar, kita ini bukan pemalas cuma kurang rajin sahaja. Hehehe...

O Kau kumpullah segala buku rujukan ataupun kau muat turun saluran video pembelajaran. (Dengar kata kalau Pak Cik berbangsa India tu ajar Matematik, terus faham). Aku nak promosi korang saluran video AJAR MALAYSIA. Beliau memang ajar pendidikan di luar buku teks yang sangat menyeronokkan. Dapat kumpul banyak ilmu!

    Psst! Dekat Youtube banyak. Belajar Addmath sekali, terus faham!

   Kalaulah cikgu Matematik Tambahan aku, cikgu dekat Youtube.

O Gunakan kemahiran

- Kalau kau tak faham nota yang panjang lebar meleret dekat buku, mungkin kau boleh tafsirkan nota itu pada komik untuk mereka yang pandai melukis.

Nooroo : Ya Allah... Kenapa aku tak pernah terfikir nak buat benda tu?

- Kalau mereka yang jenis lebih fokus belajar dengan mata, mungkin kau boleh buat nota sendiri. Kau hias - hias sedikit. Tambah bunga. Tambah pelekat spiderman. Asalkan sedap mata memandang.

- Kalau jenis lebih fokus belajar melalui pendengaran, kau ringkaskan nota dan salin. Kau record suara kau, lepas tu dengar. Kalau kau rasa suara kau tak sedap, kau guna suara orang lain. Dia tak nak, kau bakar rumah dia. (Gurau)

Nooroo : Okay, jangan bakar. Nanti aku kena tahan dengan polis sebab dipersalahkan.

Nooroo : Wey janganlah bakar rumah dia betul - betul.

O For Muslim, sebelum belajar, kau boleh baca doa sebelum belajar dan doa penenang hati seperti dalam gambar yang ditunjukkan di bawah;

O Selain itu, kau boleh dengar soundtrack music yang menenangkan semasa ulangkaji pelajaran. Kau pasang lagu Korea, satu pun tak jalan.

O Sediakan jadual belajar. Sediakan satu hari tu untuk rehat, contohnya hari Sabtu. Belajar setiap hari matapelajaran yang paling kau lemah. Belajar tiga kali seminggu matapelajaran kedua yang kau lemah dan diikuti matapelajaran yang lain.

- Contoh,

ISNIN (Matematik, RBT)
SELASA (Matematik, Sejarah)
Rabu (Matematik, Pendidikan Islam)
KHAMIS (Matematik, Sejarah)
JUMAAT (Matematik, Geografi)
SABTU (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris)
AHAD (Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris)

ISNIN - JUMAAT
(3:30 minit petang - 4:15 minit petang)
(9:30 minit malam - 10:15 minit malam)

SABTU - AHAD
(9:00 pagi - 10:30 minit malam)
(9:30 minit malam - 10:35 minit malam)

- Jangan lupa buat kerja sekolah juga!

O Boleh tanya lebih lanjut pada orang yang dipercayai. Aku percaya, tak semua orang pandang rendah pada kau.

O Kau peduli je suara - suara sumbang yang mengata kau tak pandai tu. Aku tahu, walaupun hakikatnya sakit kau kena tahan juga.

O Kalau kau pernah dengar kisah katak (mohon leret ke bawah untuk membaca) , kau anggap lontaran kata nista yang dihadapkan pada kau satu kata - kata semangat untuk kau terus bangkit.

O Dulu aku pun tak pandai juga. Waktu darjah 6, dua kali fail Math pun tenang dan redha sahaja muka. Bila dia orang kata aku ini tak cerdik, aku jadi sedih dan rasa marah dalam masa yang sama.

O Tetapi, ambil kau! Aku masuk kelas pertama berturut - turut setahun. (Huhuhu, maaf kalau riak.)

O Jangan putus asa kalau kau gagal. Contohlah... kalau kau boleh gagal dalam Addmath, tidak mustahil kau boleh lulus bahkan dapat A, bukan? Semuanya tidak mustahil!

O Ha, kalau kau dah pandai. Kau jangan pula abaikan orang yang tidak bijak dari kau. Mereka juga sama seperti kau dulu. Treat they like a human, not like a rubbish.

O Oh, ya! Dan penting lagi! Bersungguh-sungguh tau! Kau kan nak gunakan ilmu untuk sebaik mungkin! Tak sabar aku nak tengok kau berjaya! Sayang anda! 😔❤️

   (Aku bangga siot dengan kau.)

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK SAHABAT

- Untuk kau orang yang ada rakan masalah begini, kau sabarlah dengan dia. Mana tahu, dia akan tolong kau bila kau susah nanti. Kita tak tahu apa yang jadi di masa hadapan, bukan?

- Kau boleh tolong carikan maklumat belajar untuk dia. Kalau dia tak mampu belikan buku rujukan, kau belikan untuk dia.

- Kau janganlah menghina dia, kata dia tak pandai bagai. Sekali dia bunuh diri, terzip mulut kau jawabnya. Kau nak ke bagi semua pahala kau dekat dia setiap kali kau hina dia?

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

"Sebaik - baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia"
(Hadis Riwayat Ahmad)

"Saat manusia itu merasa mereka pandai, mereka sebenarnya sudah menjadi bodoh."

"Kebijaksanaan manusia itu bukannya sebuah kulit buku. Jangan menilainya."

"Janganlah kamu berbangga diri mengatakan ilmu kamu sudah cukup. Sampai satu saat nanti, kamu akan rasa hina dengan tanggapanmu."

...

KISAH KATAK

Ada sekumpulan katak ini, dia jatuh
ke dalam lubang. Entah apa yang dia
orang buat sampai terjatuh sek sek
mereka dalam longkang. Ramai cuba
keluar dari lubang dalam tu tapi tak
ada seorang pun berjaya keluar.

Kemudian, ada seekor katak cuba
lompat keluar daripada situ. Hrm, sama
sahaja. Asyik jatuh sahaja. Sampai katak-katak lain kata macam-macam
kat dia.

"Turunlah, wey. Buat penat badan sahaja!"

"Kau tak akan berjaya naik atas itu."

Beberapa minit kemudian, katak itu
pun berjaya naik ke atas. Terkejut
semua katak dalam itu atau dalam
bahasa orang putih, speechless.

Kawan katak itu tanyalah.

"Gano mu boleh sapa situ? Kito
duk hinomu kot. (Macam mana kau
boleh sampai situ? Kita tengah hina
kau kot.)

Setelah membaca gerak bibir mereka, katak itu pun jawab;

" Pasi pi pasi baga pi.  Pasi pasi
baga. (Aku ingatkan kau orang bagi aku kata-kata semangat tadi. Sebab itu aku bersemangat untuk naik ke atas ini."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top