"Aku Nak Move On!"
DR. NOOROO:
DEPRESI
________________
"Cakap pada diri kamu sendiri seperti berbual dengan orang yang kamu cintai."
KATA NISTA
"Ha, siapa suruh couple dengan Kobis tu? Dah tahu perangai dia begitu, nak juga terima dia."
"Tak payahlah sedih - sedih. Dahlah buat maksiat nak acah tersakiti pula."
"Memang tak bergunalah kau ini! Beriya - riya couple. Lepas tu putus, terus meroyan. Tolonglah hentikan drama kau yang tak seberapa itu. Meluat aku!"
𖣘-----❀-----𖣘
LUAHAN
"Aku... semua orang maki aku. Semua orang benci kan aku. Dia orang kata semua salah aku. Buatkan makin membuak - buak rasa aku nak bunuh diri. Tak ada orang... hiks... hiks... sokong aku."
"Aku ini terlalu hodoh untuk 'dia' ke? Sebab tu ke dia tinggalkan aku?"
"Baik aku mati saja dari menanggung malu menahan cacian tersebut. AKU NAK MATI!"
𖣘-----❀-----𖣘
*Lap peluh*
Hai, hahahaha.
Apa fasal tiba - tiba jadi janggal ini?
Aku sebenarnya dalam seumur hidup aku, aku tak pernah couple. Hahahaha jadi kekok sikit untuk bercakap hal move on ini. Jadi sebab aku nak bantu kau orang. Aku sanggup merentas laut pedalaman (cari dekat Google) dan menaiki Gunung Kinabalu (cari dekat Instagram) semata - mata untuk kau orang.
Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita menuju ke bahagian tips dan motivasi!
𖣘-----❀-----𖣘
TIPS/MOTIVASI
- Menangis. Ya, menangis. Menangislah kerana kecewa ditinggalkan. Menangis kerana marah. Menangislah untuk dia. Tak salah kau menangis kerana itu satu perasaan. Tetapi, janji. Itulah kali terakhir kau menangis untuk dia.
- Sediakan sebuah kotak. Kau letak SEMUA barang pemberian dia ke dalam kotak itu. Tulis dekat sisi kotak itu, 'breakup box.' Lepas itu kau campak dekat dalam stor. Ini penting supaya kau dapat lepaskan dia perlahan - perlahan.
- Jangan mengumpat dia dekat depan kawan - kawan kau. Kebaikkan pertama, boleh hindari kita daripada dosa - dosa mengumpat. Kebaikkan kedua, tidak elok untuk mental kita. Nanti selepas kau mengumpat dan cerita keburukan dia, memang kau akan selalu teringat - ingatkan dia.
- Block akaun media sosial dia. Kalau dia ada akaun YouTube, block. Kalau dia ada akaun Instagram, block. Semua blocklah. Jangan pernah cari dia dalam media sosial atau stalk dalam bahasa orang putih. Nampak sangat kau tak move on lagi dengan dia.
- Luangkan masa dengan keluarga dan kawan - kawan. Lebihkan masa dengan dia orang. Contoh, kau selalu keluar dengan boyfriend atau girlfriend kau jadi kau bolehlah tolong mak kau dengan urutkan badan beliau atau tolong buatkan ayah kau, air Milo. Adik pula... tolong bantu dia buat kerja sekolah. Sumpah, memang kau akan lupakan 'dia'.
- Kalau adik kau tanya, "Kau ni dah buang tabiat ke apa?" Katalah kau nak berubah. Bukan terus berlepuk adik kau.
- Love yourself. Sayangkan diri kau lebih dari kau sayangkan 'dia' masa kau orang couple dulu. Cakap dengan diri sendiri. Tak apa. Cakap seorang diri bukanlah bermasuk kau gila tetapi bermakna kau sayangkan diri kau. Ramai sekarang bunuh diri kerana tidak pernah seumur hidup mereka menyokong diri sendiri.
- Jangan salahkan diri. Sayang diri kau. Jangan kata kau punca putus perhubungan ini. Percaya ada hikmah di sebalik semua ini.
- Cinta bukan sia-sia. Tapi Tuhan simpan untuk masa akan datang. Satu hari nanti, akan ada seseorang yang akan memulihkan hati kau yang retak berkecai. Dan kau kena hidup untuk menemui seseorang itu.
- Kembalikan hubungan kau dengan Allah. Ketahuilah, kau bertuah sebab putus dengan 'dia'. Sebab mungkin Allah rindukan luahkan cinta kau pada DIA. Minta pada Allah supaya bantu kau untuk move on. Solat awal waktu. Jangan pernah tinggal baca Al - Quran kecuali kau perempuan. Mesti ada yang tertinggal. Ehem ehem.
𖣘-----❀-----𖣘
UNTUK SAHABAT
- Jangan terus salahkan kawan kau. Sokong dia untuk move on. Bantu dia untuk bangkit. Jangan pernah tinggalkan kawan kau walaupun satu dunia itu bencikan kawan kau.
- Jangan pernah sebut nama bekas kekasih dia depan kawan kau. Kata nak bantu dia move on. Tapi kau asyik seru - seru nama ex dia, baik tak payah. Bila nampak ex dia. Buat muka biasa sahaja. Tak payahlah tunjuk muka benci tu keterlaluan sangat. Nanti bekas kekasih kawan kau takut nak datang sekolah pula.
𖣘-----❀-----𖣘
QUOTES
"Promise to yourself, you will get better than yesterday."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top