"Aku Miskin!"

DR. NOOROO:
DEPRESI
______________________________
"Semua orang dekat dunia ini langsung tidak miskin. Ada yang kaya penglihatan. Ada yang kaya dengan punya pendengaran. Dan ada yang kaya kerana masih sihat."

KATA NISTA

"Kesian aku tengok kau. Tak ada duit. Nak pergi - pergi mana pun susah. KLCC? Jarang sekali. Haih..."

"Lah, takkan tak ada duit. Mak ayah kau tak kerja ke? Itulah. Siapa suruh lahir dalam keluarga miskin. Tengok aku, mak dan ayah aku kaya."

"Budak tak berduit macam kau tak layak untuk berborak  dengan orang macam kami!"

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Saya keliru. Yuran pun selalu tertangguh sebab saya tidak punya cukup duit. Saya tak tahu macam mana lagi hendak buat."

"Aku... aku tak pernah benci keluarga aku. Aku cuma benci kerana kami hidup dalam keadaan miskin."

"Buat apa lagi aku nak hidup kalau duit nak sara diri pun tiada?"

𖣘-----❀-----𖣘

Hai dan assalamualaikum semua!

Pernah tak kau rasa hidup kau ini susah, rasa macam sesak, tak ada duit, terpaksa hutang, tak dapat kerja dan ditambah pula dengan tiba - tiba ahli keluarga kau jatuh sakit yang memerlukan wang yang banyak? Adakah kau pernah putus asa dengan rezeki?

Kalau kau pernah rasa begini, kau kena tahu satu benda. Bukan salah kau menjadi miskin. Bukan salah kau. Hakikatnya kau terlupa satu benda yang ramai juga manusia lupakan.

Iaitu mereka hampir terlupa Tuhan itu Maha Pemberi Rezeki.

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS/MOTIVASI

- Untuk mendapatkan rezeki, kau kena banyakkan sedekah.

- Dan semua orang akan pelik. Eh, Nooroo ini makan ke tidak sarapan tadi? Tiba - tiba suruh sedekah. Kita orang duit pun tiada, celah mana mahu sedekah?

- Ha, itulah kau orang tidak tahu! Rezeki itu bukan datang dalam nilai duit semata - mata. Rezeki itu datang dalam bentuk pelbagai cara iaitu kesihatan, kepandaian, bakat serta lengkap anggota badan. Bernafas juga satu rezeki!

- Sedekah bukan dengan keluarkan duit sahaja. Bukan! Sedekah boleh dibuat dalam pelbagai cara. Beri makanan kepada kucing itu sedekah. Ajar kawan matematik lima minit sebelum ujian itu sedekah. Alihkan kayu dari jalan itu pun sedekah. Senang kata, semua perkara baik yang kita lakukan itu sedekah!

- Dekat dunia ini, kita target untuk tak jadi orang yang meminta - minta. Kita jangan menjadi orang yang menunggu rezeki. Tapi, kita jadilah orang yang menjadi asbab orang lain dapat rezeki. Kita jadilah orang yang banyak memberi sedekah dan kita doa pada Tuhan agar gunakan diri untuk sampaikan rezekiNya dari orang ramai.

- Pernah dengar perkataan ini? Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikkan. Setiap kebaikkan yang kau lakukan pasti ada balasan yang baik untuk kau pada masa akan datang. Yang penting kau kena lalui hidup kau dan hidupkan jalan cerita kau.

- Kalau kau ada bakat dalam melukis, menulis, bertukang, membuat muzik dan macam - macam bakat lagi, kau boleh gunakan bakat itu untuk membuat wang.

- Contoh kalau kau melukis, kau boleh ambil upah melukis. Pandai buat muzik? Ha, buat soundtrack dan postkan di media Youtube.

- Tapi, buat itu jangan terlalu mengharapkan rezeki. Takut - takut kau akan hilang dalam minat kau. Buat sekadar suka - suka. Kalau tak ada orang beli, tak apa. Mungkin ada rezeki kau di masa akan datang.

- Bagi pelajar, jangan pernah berhenti untuk belajar bersungguh - sungguh. Tidak kisahlah kalau kau tak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara pun. Kau masih dapat lagi belajar.

- Jangan pernah berhenti berusaha. Macam aku cakap beberapa saat tadi, kalau kau melukis atau buat sesuatu tetapi tiada sambutan, buat lagi. Bagi yang pekerja, jangan malu kalau gaji kau setakat seribu sahaja. Seribu ringgit itu juga satu rezeki. Asalkan dapat kerja tu, kau amanah dan jujur dalam melakukan pekerjaan itu.

- Bagi Muslim, kau orang digalakkan malah wajib mengawalkan solat lima waktu. Aku tahu mungkin dengar macam klise. Ramai orang abaikan solat dan doa. Bila diulit kesempitan, mereka lebih banyak sibukkan diri dengan meminta pada makhluk, berbanding meminta dengan Khaliq, yang Maha Pencipta, iaitu Allah S.W.T.

- Mereka lupa, yang beri rezeki itu Allah bukan manusia. Allah S.W.T tidak meminta rezeki kepadamu bahkan Allah yang memberikan rezeki kepadamu.

- Kerana itu, orang yang menjaga solat 5 waktu adalah orang yang paling kaya di dunia. Apatah lagi solat sunat. Nabi saw pernah bersabda bahawa orang yang solat sunat sebelum subuh. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya!

- Orang yang jaga solat, yang berdoa pada Allah, meminta pada Allah. Allah takkan sia - siakan. Kerana hakikatnya, kita kena tahu, semua rezeki, semua yang kita nak, semuanya ada di sisi Allah.

- Selain itu, kita kena bersangka baik dengan Tuhan dan sentiasa bersyukur. Jangan pernah pandang pada nilai duit yang kita ada, tapi pandang rezeki lain yang kita ada. Bak kata Alicia, "jangan asyik tengok apa yang kau hilang. Ali. Tengok apa yang ada depan mata."

- Kau masih bernafas. Itu rezeki. Kau masih dapat berkata, itu rezeki. Kau tak pernah bunuh orang, itu rezeki. Setiap langkah yang kau orakkan juga satu rezeki. Jadi, apa lagi yang kau masih tidak bersyukur?

- Yang paling penting, kau jangan berhenti berusaha. Pedulikanlah orang yang asyik mengata kau miskin. Bila mereka galak mengejek kau, dalam tidak sedar mereka sedang merendahkan martabat mereka sendiri.

- Kau kena berjuang. Kisah hidup kau bukan setakat di sini sahaja tapi masih panjang lagi. Usap air mata dan bangkit. Apa yang buatkan kau masih bertahan di dunia ini? Kejar apa yang kau hendakkan dan kau akan jadi lebih baik dari kau sangkakan.

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK SAHABAT

- Kalau kau ada kawan yang diulit dengan kemiskinan, bantu mereka. Jangan biarkan mereka tenggelam dengan rasa putus asa. Galakkan mereka untuk bangkit.

- Kalau mereka buat bisnes, jangan gatal mulut minta diskaun. Bayar sahaja dengan harga mereka tetapkan. Kalau kau minta diskaun, kau orang yang kejam pada dia. Kau tahu dia susah, masih lagi nak minta diskaun. Apa hal? Muhasabah.

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

Ibnu 'Abbas ra pernah berkata;
" Seorang mukmin dan seorang fajir (yang gemar maksiat) sudah ditetapkan rezeki baginya dari halal. Jika ia mahu bersabar sehingga rezeki itu diberi, nescaya Allah akan memberinya. Jika ia tidak sabar lantas ia tempuh cara yang haram, nescaya Allah akan mengurangi jatah rezeki halal untuknya."
(Hilyatul Auliya')

"Not all storms come to distrupt your life, some come to clear your path."

"There is no 'right time', there is just a time and what you choose  to do with it."

"Work on you, for you."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top