"Aku Kejam Ke?"
DR. NOOROO:
DEPRESI
______________
"Putting people down does not make you a powerful or strong person. It makes you a bully, a coward and eventually Alone In Life."
- Tess Calomino
KATA NISTA
"Hish, tengok dia itu. Budak kurang kasih sayang mak dan ayah. Sebab apa? Sebab membuli."
"Aku sebenarnya sahaja tumpang populariti dia. Yalah, tetapi aku tidak suka betul dia membuli. Gurau kasar. Haih, macam tidak ada otak."
"Manusia letak otak dekat lutut ini sahaja membuli. Memang patut masuk neraka! Banyak dosa sakitkan hati orang lain. Babi pun lagi elok daripada dia orang!"
𖣘-----❀-----𖣘
LUAHAN
"Aku gurau sahaja. Tidak perlu kata aku kurang kasih sayang mak dan ayah!"
"Aku... aku tidak tahu apa dengan diri aku. Aku sering terlepas kata. Bila aku ingin meminta tolong mereka, mereka semua memandang aku dengan penuh keji. Aku jadi... takut. Jadi aku pertahankan diri aku dengan membuli."
"Aku tahu aku berdosa. Aku ada harapan lagi ke? Mana lagi aku nak cari orang yang aku buli? Semua sudah berpindah lepas sekolah rendah. Aku... hiks... hiks..."
𖣘-----❀-----𖣘
Aku sebenarnya mahu marah kau orang tetapi bila fikir balik. Aku tahu, kau orang pun ada masalah sama macam kita orang sebab kau juga manusia.
Manusia tidak pernah lepas daripada kesilapan apa yang mereka lakukan. Yang menjadi kesalahan apabila mereka tahu benda itu salah, meneruskan lagi perbuatan itu malah tidak pernah rasa terdetik dalam hati untuk berubah.
*Kata dengan penuh lembut* Dah, dah... meh kita pergi ke ruangan tips dan motivasi, en?
𖣘-----❀-----𖣘
TIPS/MOTIVASI
- Sebelum kita berikan tips, kamu kena faham apa beza bergurau dengan buli. Bergurau bermaksud percakapan, perbuatan untuk bermain-main saja dan menggembirakan hati kedua belah pihak.
- Saya ulang lagi, kedua belah pihak. Kalau sebelah pihak gembira, sebelah pihak sakit hati. Itu sudah dikira bergurau kasar atau lebih tepat lagi... menghina seseorang itu.
- Mari kita lihat situasi ini.
Situasi Pertama
Kobis: Eh, ini hari jadi kau ke? Lah... tak ingat pula aku.
Lobak: *bernada sedih* Tak apalah. Eh, erm... kau makanlah kek itu.
Kobis: Oh, terima kasih Lobak! Uuu, tidak sabar mahu makan kek!
Lobak: *muram*
Kobis: Sebelum makan kek, aku nak pulangkan buku latihan yang aku pinjam semalam. Nah. *hulur hadiah dengan buku latihan*
Lobak: Terima ka... eh?
Kobis: Hehehe, aku tak lupalah. Ambillah.
Lobak: Huhuhu, terima kasih Lobak!
- Tengok, kedua - dua pihak gembira dan berpuas hati! Mari kita tengok ke situasi kedua pula.
Situasi Kedua
Pizza: Hai, Lobak. Nah, ni hadiah kau.
Lobak: Wah, terima kasih! *buka hadiah*
Beberapa ekor lipas keluar daripada hadiah
Lobak: AHHH *undur ke belakang*
Pizza: Hahahaha, selamat hari jadi! Eh? *nampak semua berkerumun ke arah Lobak*
Kobis: Kau sudah kenapa, ha? Lobak fobia akan lipaslah!
Pizza: Tapi... aku cuma mahu bergurau sahaja.
- Ha, jadi lain, bukan?
- Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.
- Kebiasaannya tindakan membuli yang mengakibatkan kecederaan boleh dituduh mengikut Seksyen 323, 324.
- Kesalahan berkaitan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang di bawah seksyen 509 Kanun Kesiksaan.
- Kepada para pembuli ataupun orang yang suka gelar kawan - kawannya, 'gemuk', 'hodoh', 'bodoh', 'anjing' dan seumpama dengannya. Malah ejek nama bapa dia pun. Kalau dia lapor polis, kau orang boleh dikenakan hukuman penjara di bawah seksyen 509 Kanun Kesiksaan.
- Bila kau orang kena penjara, kau orang lepas keluar daripada penjara itu, kau orang akan dapat kad pengenalan warna coklat. Kad pengenalan itu bermaksud, kau orang tidak diterima mana - mana pekerjaan di kerajaan. Memang kena kerja dekat Bangladeshlah jawabnya.
- Walaupun kau rasa kawan kau itu menggelabah, tidak rilex bak kata orang zaman sekarang tetapi hal ini hal yang serius. Sebab itulah orang kata, kalau tidak tahu apa yang mahu dikatakan, diam. Jangan sesekali ejek orang lain. Berdosa.
- Bagaimana untuk mengawal diri daripada terus membuli orang lain? Ha, soalan ini aku suka.
- Kalau rasa mahu membuli itu, cepat - cepat tahan keinginan diri. Berzikir di dalam hati bagi bukan Muslim atau melakukan aktiviti lain yang menyeronokkan seperti melukis, menulis, membuat komik ataupun makan.
- Hehehe, makan.
- Kalau kau rasa bosan di sekolah sekalipun, jangan pernah terfikir untuk membuli.
- Buatlah permainan ke. Macam sekolah aku dulu. Aku bawa dadu dan buat cabaran. Tulis cabaran satu hingga enam dekat kertas dan pilih orang untuk dicabar dan baling dadu. Pastikan cabaran itu tiada unsur buli. Buatlah kena baca lima perenggan buku teks ke, nyanyi lagu ke.
- Tetapi itulah, aku yang cipta permainan ini. Aku juga kena buli. Sedih betul.
- Kalau kau ada masa silam yang amat teruk, jangan gunakan ianya sebagai alasan untuk membuli. Umar Al-Khatab mempunyai masa silam yang amat buruk, tetapi dia masuk ke dalam Islam dan menjadi orang paling digeruni pada musuh Islam. Keep Moving Forward!
- Jadikan masa silam itu untuk tolong orang lain. Jangan biarkan orang lain tersakiti sama macam kau tersakiti.
- Jika kau buli orang lain sebabkan masa silam kau. Mereka juga akan membuli orang lain sebab kau buli mereka. Ianya akan menjadi seperti rantaian yang tidak akan berhenti. Macam mana mahu hentikan? Kau ada kuasa untuk hentikanya dengan tidak membuli!
- Kalau kau rasa nak membuli sahaja, kau diam dan cuba endahkan nafsu kau itu. Membuli tidak memuaskan nafsu kau malah ia akan merendah - rendahkan martabat kau di depan orang lain.
- Jangan takut untuk kehilangan kawan kalau tak membuli. Seorang pergi, akan ramai datang lain. Aku bukan main cakap sahaja. Percayalah, kalau kau tak membuli, pasti kau mempunyai ramai kawan. Mungkin bukan sekarang tetapi di masa akan datang.
- Daripada kau sibuk membuli orang lain, apa kau kejar apa yang kau mahukan. Kalau kau ada bakat dalam bertukang, boleh buat sangkar kucing untuk orang ke. Minat melukis komik? Ha, buat komik. Mana tahu kau boleh capai impian kau untuk menjadi pelukis komik sama macam Keith?
-Akhir kata, jangan pernah sesekali buka mulut jika perkataan yang ingin dikeluarkan itu menyakitkan hati orang lain. Lebih baik diam. Jangan gatal tangan mahu pukul orang. Jangan gatal tangan mahu peras ugut orang. Diam.
- Dan jangan pernah membuli. Dengan tidak membuli, kau sebenarnya sudah menyelamatkan ramai nyawa.
- Kau bukan teruk. Kau sedang berubah kepada yang lebih baik. Yakin dengan itu!
𖣘-----❀-----𖣘
UNTUK SAHABAT
- Sekiranya kau mendapati sahabat kau membuli, jangan pergi sertai pula. Nasihatkan dia. Memang lama - lama dia keras kepala tetapi nasi yang keras pasti juga akan lembut, bukan?
- Kalau dia mahu berubah, sokong dia. Bukan sindir. Bukan hina. Mereka juga manusia sama macam kau. Tidak perlu untuk dibanding - bandingkan.
𖣘-----❀-----𖣘
QUOTES
"Judging a person does not define who they are but it define who you are."
"Kalau kau tidak tahu mahu mengatakan apa... DIAM!"
"It's okay to dislike someone or even dislike someone for no reason. But it's not okay for direspect, degrade and humiliated that person."
"Minda yang sihat tidak pernah berkata buruk kepada orang lain."
"Being nice to someone you don't like doesn't mean you're fake, it means you are mature enough to tolerate your dislike to them."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top