"Aku Bukan Gila!"

DR. NOOROO
DEPRESI
------------------
"Your not sick"
"You need help"

KATA NISTA

"Ngada - ngada. Tak payahlah acah depress sangat. Nabi dulu tak depress sampai kena jumpa doktor macam kau."

"Tak payah Pian nak mengarut. Mama sibuk ini. Tak ada masa nak jumpa doktor."

"Kau gila ke?"

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Aku tak tahan... Aku nak jumpa pakar. Tapi... Aku tak sakit, bukan?"

"Mama kata aku okay. Tapi kenapa aku rasa tak okay?"

"Aku tak sakit... Aku tak mental... Aku tak nak jumpa doktor..."

𖣘-----❀-----𖣘

[Error because Nooroo doesn't know what she going to talk]

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS/MOTIVASI

-Buat semua orang yang membaca ini, ketahuilah, DEPRESI dan ANXIETY bukannya gila tetapi masalah mental.

- Gila itu bermaksud satu gejala atau tanda kurang siuman yang merujuk kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa.

- Kau orang masih tahu mana baik dan mana buruk, kan? Masih ingat nama ahli keluarga, kan? Masih kenal diri kau, kan? Itu bermaksud kau tak gila.

- Untuk kamu semua yang ada masalah depresi, boleh jumpa sama ada doktor psikiatri ataupun pakar perubatan Islam.

- Ada orang, dia sudah jumpa doktor psikiatri tetapi tidak sembuh. Tetapi lepas dapat rawatan perubatan Islam, terkejut dia bila dapat tahu dia terkena sihir. Sama - sama kita doakan jauh dari perbuatan orang yang jahat seperti itu. Akhirnya setelah dirukyah dan sebagainya dan lain - lain, dia sembuh serta - merta.

- Eh, eh, jangan tekan butang keluar lagi. Jangan alihkan cerita ini keluar dari library anda lagi. Ya, aku tahu korang tak sakit.

- Siapa kata korang sakit tu meh aku tibai (pukul) dia. Berani dia kata korang sakit. Korang tidak sakit, korang cuma perlukan bantuan (Guna tagline sebentar).

- Cuma, korang boleh jumpa doktor psikiatri sebab diorang lebih berpengalaman. Mesti diorang sudah jumpa bermacam - macam pesakit. Jadi, dia akan faham kalau kau cerita masalah kau pada dia. Tetapi kalau boleh aku sarankan dua - dua.

- Jangan malas - malas mahu jumpa doktor. Ini pun untuk diri korang juga. Bukan untuk diri orang lain. Korang tidak mahu ke hidup seperti orang lain?

- Tetapi jangan takut ditafsir sebagai orang gila dari masyarakat. Orang yang jumpa doktor dia tidak gila tetapi perlukan bantuan. Masyarakat yang kata kau mental sebab jumpa doktor psikiatri adalah sangat tidak matang.

- Kalau orang gila sahaja jumpa doktor psikiatri memang goyang kaki sambil makan gajilah doktor itu.

- Boleh ajak ibu atau ayah atau keluarga untuk jumpa doktor. Buat temujanji. Kalau dia orang tak percaya, kau nak menangis minta tolong pada diorang pun boleh. Ini untuk kepentingan kau juga.

- Kalau nak mesej aku pun boleh. Jangan risau, aku ini peramah. Cuma tidak suka seen orang dalam perbualan.

- Dan ada satu perkara menarik, dalam wad psikiatri itu... langsung tidak seperti yang kau orang bayangkan. Menjerit sana sini macam tarzan. Tak ada.

Dia orang akan ditempatkan dalam satu wad. Macam wadlah. Seronok duduk situ. Borak-borak macam biasa, makan dan... ada sesetengah baca buku dekat katil. Memang macam dekat bilik asrama sekolah.

Ada kalanya duduk dalam satu bulatan dan cerita fasal kejadian masing-masing. Kita rasa boleh luahkan sebab semua orang dekat situ sama macam kita. Ini sumber dari doktor praktikal psikiatri tau!

- Jadi, janganlah sangkakan jumpa doktor gila. Malah, kau orang yang berani! Kau orang cuma perlukan bantuan dan percayalah. Dengan penyakit ini, kau akan dapat tolong ramai orang yang senasib dengan kau.

- Aku harap hidup kau semakin baik daripada hari ke hari! ✨😉

𖣘-----❀-----𖣘

UNTUK KELUARGA/SAHABAT

- Kalau ada di antara kau semua ada kawan yang depresi, kau sokonglah dia kalau dia mahu jumpa doktor. Ini tidak, kau makin jatuhkan dia membuatkan dia rasa makin takut ingin jumpa doktor.

- Kepada para ibu bapa atau keluarga yang mempunyai kenalan rapat dengan mereka seperti ini, bawa mereka jumpa doktor untuk keluarkan mereka dari kegelapan depresi tersebut. Ini tidak, kalian tidak percayakan darah daging sendiri. Bila dia bunuh diri barulah mahu menyesal.

- Untuk yang tidak mampu bawa orang di atas jumpa doktor, bolehlah cari cara untuk bantu dia keluar dari depresi. Kata sayang dia kenapa tidak melakukan yang sepatutnya? Atau kau hanya musuh dia yang berada dalam selimut?

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

"Kau mempunyai kuasa untuk menghidupkan jalan cerita kamu. Jadi jangan berputus asa dan hidupkannya."

"Kenapa Tuhan banyak bagi pilihan dekat hidup kita? Kenapa tiada satu pilihan sahaja? Sebab Tuhan tak mahu kau putus asa dalam hidup ini. Kalau kau tersilap pilih, beribu peluang akan datang hari ini."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top