Teaser lgggg💞

DOSA - Mia azwari

Teaser...(versi belum edit)

Sudah lama dia tidak membeli pakaian baru untuk Adira. Gajinya sudah dinaikkan oleh Kak Ros sejak dia melahirkan Adira. Dengan gaji sebanyak RM1000 sebulan, cukuplah dia menampung kehidupannya bersama Adira dan Mak Intan.

Walaupun Mak Intan selalu melarang Eryna menghulurkan wang kepadanya, dia masih bertegas untuk memberikan sebahagian gajinya kepada wanita itu. Hampir dua tahun duduk bersama Mak Intan, Eryna sudah mengagap wanita itu seperti ibu kandungnya.

Eryna masuk ke dalam sebuah kedai pakaian bayi. Dia mahu mencari beberapa pakaian yang sesuai untuk anaknya. Rambang juga matanya saat dia terpandang beberapa gaun comel yang terpamer di kedai itu.

“Eh, itu ke perempuan yang duduk dengan Kak Intan tu…”

Keras kejung tubuh Eryna. Dadanya berdebar kencang. Dia tidak berani menoleh ke belakang.

“Yalah… betullah budak tu. Muka aje lawa tapi ada anak luar nikah…”

Menggigil tubuh Eryna. Ini bukan kali pertama dia dihina. Ramai yang menganggap dia seorang perempuan yang kotor hanya disebabkan dia tidak bersuami.

“Kasihan anak dia. Disebabkan perbuatan mak dia yang tak senonoh, anak jadi mangsa. Bila anak dah besar nanti, mesti dia malu ada mak macam tu…”

“Si Intan tu pun satu, nak sangat jaga perempuan tak senonoh tu…”

Eryna yang tidak tahan mendengar kata-kata itu, segera beredar. Laju kakinya melangkah keluar dari kedai itu. Tidak jadi dia mencari pakaian untuk Adira. Sepanjang dia berjalan pulang ke rumah, hanya air mata yang menjadi teman setianya.

Sebaik sahaja dia tiba di rumah, Eryna lekas masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Perlahan-lajan Eryna mendekati tubuh anaknya yang sedang terlena itu. Teringatkan kata-kata hinaan yang dilemparkan kepada Adira, membuatkan perasaan Eryna semakin sebak. Berdosakah dia hanya disebabkan menjadi ibu tunggal?

Tubuh Adira dipeluk erat. Tangisan dihamburkan dengan semahu-mahunya. Disebabkan dosa lamanya, Adira yang menjadi mangsa.

BERMINAT?BOLE WASAP
www.wasap.my/60129284568/dosa

Senpena bulan besday akak, buku ni akan diberi diskaun 10% utk single pembelian.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top