Teaser kantoi😭

Eryna menarik nafas lega saat melihat setiausaha Aidil masih belum tiba lagi. Lekas dia masuk ke dalam bilik Aidil dengan menggunakan kunci pendua yang ada padanya. Kunci ini diberikan oleh Aidil kepadanya dulu sekiranya berlaku kecemasan di sini. Tanpa membuang masa, Eryna lekas mencari dokuman itu di dalam bilik Aidil.

Kesemua laci di dalam meja kerja Aidil dibuka. Dia masih gagal menemui dokumen itu. Hanya tinggal satu laci di kabinet buku yang masih belum dibuka. Dia sangat berharap dokumen itu ada di situ.

Sebaik sahaja laci itu dibuka, Eryna tersenyum lega. Ternyata dokumen itu ada di dalam laci kabinet buku. Dokumen itu dikeluarkan dari laci itu. Belum sempat dia ingin beredar, ada beberapa orang pegawai keselamatan termasuklah Afiq masuk ke dalam bilik itu.
Menggigil tubuh Eryna. Laju dia menyembunyikan dokumen yang dicurinya tadi di belakang tubuhnya.

“Awak buat apa dekat sini?” soal Afiq.

“Err... saya... saya ada tertinggal barang...”

“Barang?” Afiq berjalan perlahan-lahan mendekati Eryna. Semakin berdebar dada Eryna melihat wajah tegang Afiq.

Terkejut Eryna apabila lengannya ditarik kasar. Dokumen yang dicurinya tadi turut dirampas.

“Apa yang awak cuba buat ni? Awak nak khianati abang saya?” Sungguh dia kecewa dengan perbuatan Eryna yang langsung tidak masuk akal. Perkara yang dilakukan oleh Eryna ini agak keterlaluan.

“Tak... tak... bukan...” Eryna semakin takut. Dia tidak sangka perbuatannya akan terdedah dengan begitu mudah.

“Pegawai! Bawa dia ke bilik security,” tegas Afiq memberikan arahan. Dia terpaksa berbuat demikian demi memastikan Resort Bayu tidak mengalami masalah buruk. Tindakan Eryna ini boleh dianggap satu kesalahan jenayah.

Tergamam Eryna. Lekas dia mencapai lengan Afiq. Dia tidak dapat membayangkan jika dia ditangkap oleh pihak polis.

“Tolong Afiq. Tolong saya... saya tak ada niat nak curi dokumen ni. Ada sebab saya terpaksa buat semua ni...” Air mata Eryna sudah mengalir deras. Pandangan beberapa pekerja yang ada di situ tidak dihiraukan.

“Maaf, Ryna. Walid yang arahkan saya untuk tangkap awak. Bukan sebab dokumen yang awak curi ni, tapi awak dituduh kerana cuba mencairkan cek tanpa kebenaran syarikat...”
Terus terlepas cengkaman tangan Eryna. Cek syarikat?

“Awak mungkin tak tahu Eryna. Hanya dua orang sahaja yang boleh luluskan pengeluaran duit dari akaun Resort Bayu. Selain Aidil, walid saya masih berhak untuk tahu hal berkaitan dengan kewangan syarikat.”

Kini barulah Eryna faham punca Encik Adnan bersikap dinginnya dengannya. Patutlah ketika dia ke bank semalam, dia diminta bersabar dalam beberapa hari. Rupa-rupanya dia sudah ditangkap bersalah sejak dari awal lagi. Bodohnya Eryna kerana tidak tahu tentang hal ini.

Saat dirinya diheret keluar dari bilik Aidil, Eryna terpaksa menebalkan wajahnya. Semua pekerja yang ada di Resort Bayu sudah mula berbisik-bisk. Perkara yang paling ditakuti oleh Eryna, akhirnya terjadi juga.

😢

Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga😌 buku ni dh semakin susut. Berminat blh wasap sy di 0129284568. Hanya jualan online shj.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top