Teaser cemburu😝

Dosa

Teaser 13 ( versi belum edit)

“Jangan sentuh dia!”

Wajah Afiq jelas kelihatan terkejut.

“Abang buat apa dekat sini?” Eryna lekas berdiri dan mendekati Aidil. Dia memandang di sekeliling kafe ini. Takut juga kalau ada mata-mata yang melihat adegan dua beradik ini. Dia tidak mahu kejadian tempoh hari berulang lagi.

“Abang datang ke sini sebab tak nak Ryna terpengaruh dengan godaan lelaki tak guna macam ni.” Hambur Aidil dengan perasaan marah.

Menyirap darah Afiq dengan tuduhan Aidil. Dia terus berdiri dan mencengkam kolar baju kemeja Aidil. Hampir terjerit Eryna melihat situasi itu. Lekas Eryna cuba menolak tangan Afiq dari terus melakukan sesuatu perkara yang tidak wajar.

Aidil menolak kasar tubuh Afiq sehingga lelaki itu terundur ke belakang beberapa langkah. Mahu sahaja dia menumbuk wajah Afiq kerana selalu saja mencabar kesabarannya.

“Abang jangan salah faham. Kami cuma berbual kosong. Kebetulan kami terserempak tadi…” Tangan Aidil digenggam dengan kemas.

Takut juga jika Aidil memang salah faham. Janganlah rancangannya rosak disebabkan tindakan berani Afiq tadi.

“Berbual? Berbual sampai boleh pegang tangan…”Aidil tergelak sinis saat menoleh memandang Eryna.

Tertelan air liur Eryna. Dia tiba-tiba kehilangan ayat. Salah dia juga kerana membiarkan Afiq menyentuh tangannya dengan sesuka hati.

“Kalau aku nak sentuh dia pun, kau masih tak ada hak lagi ke atas Ryna. Dia cuma tunang kau dan bila-bila masa hubungan tu boleh putus.”

Merah menyala wajah Aidil. Disebabkan bengang dengan kata-kata biadap Afiq, satu tumbukan diberikan ke wajah itu. Terjerit Eryna dibuatnya saat melihat Afiq jatuh ke lantai.

“Kau dengar sini baik-baik. Perempuan ni, tunang aku dan bakal isteri aku. Kau jangan berangan nak dapatkan dia. Aku tahu sangat jenis manusia macam kau ni, tak pernah hormatkan hak orang lain.”

Gerun Eryna melihat sisi Aidil sekarang. Pertama kali dia melihat Aidil mengamuk seperti ini.

“Abang, sudahlah. Orang tengok tu…” Cuak juga Eryna. Sudahlah mereka baru sahaja bertunang. Tak pasal-pasal, ada juga gambar mereka tersebar sekali lagi.

Eryna cuba membantu Afiq tetapi lengannya ditarik kasar sehingga keluar dari kafe itu. Terpinga-pinga Eryna mengikut Aidil sehingga ke kereta. Hendak melawan, dia tidak berani.

Tubuhnya ditolak masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja Aidil masuk ke dalam kereta, dia bersandar di kerusi sambil memejamkan mata. Eryna semakin serba salah. Menyesal juga dia kerana sengaja menghantar gambarnya bersama Afiq tadi.

“Abang…”

Mati ayat Eryna apabila wajahnya dipandang tajam. Dia sekadar menikus di sebelah Aidil. Renungan Aidil betul-betul membuatkan Eryna berasa kecut perut.

“Suka sangat ke lelaki sentuh Ryna?”

Kaku tubuh Eryna. Kata-kata Aidil itu sungguh membuatkan dirinya berasa terhina.

“Abang nak cakap apa ni?

“Jujur dengan abang. Ryna masih suci lagi atau…”

Pang!

Terteleng kepala Aidil menerima tamparan Eryna. Tergamak Aidil mengeluarkan kata-kata yang begitu hina itu. Turun naik nafas Eryna menahan rasa marah. Dia terus keluar dari kereta itu tanpa menghiraukan Aidil.

💕

Tau pulak sentap Eryna. Adik nak, abang pun dia nak😅
Alhamdulillah, hampir 200 buah yg order buku ni dgn akak. Melalui penerbit akak tak pasti. Yg berminat blhlah grab buku Dosa ni. Rm38 termsk pos ke sm. Nk jimat,blh kombo dgn buku akak yg masih ready stock.

Last day 25/10. Kalau penerbit nk panjangkan, nnt akak inform. Sbb ramai yg wasap akak nak bank in 26/10. InsyaAllah, akak terima aje lagi.

Kelebihan beli sepanjang preorder, akan diberi free gift(fm+beg cerut comel).

Fm ni dapat jika dibeli melalui akak atau penerbit juga ye.


Besar sangat beg ni😝
(Beg ni dapat jika yg beli dgn akak shj)

InsyaAllah, ada rezeki, akak akan  tambah hadiah khas yg beli utk novel Dosa shj😘 sbb utk Seikhlas Cinta Kayla akak dh buat buku note pad (150 org dan alhamdulillah, dh cukup kouta). So utk novel ni, insyaAllah ada juga cuma tak sure lagi nk bg apa. Tp yg beli dgn akak shj👏👏

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top