Teaser 💓
Eryna menarik nafas lega sebaik sahaja melihat Adira diterima dengan baik di sini. Mujurlah Adira mudah mesra walaupun baru pertama kali mereka bertemu. Hanya Aidil sahaja yang masih melayan anak mereka dengan dingin.
Secara jujunya, dia sangat berkecil hati dengan layanan Aidil terhadap Adira. Ketika di meja makan tadi, Aidil langsung tidak memandang ke arah mereka berdua. Kasihan Adira yang menjadi mangsa disebabkan masalah rumah tangga mereka.
“Kenapa mengeluh ni?”
Terkejut Eryna kerana tidak sedar Puan Zawiyah sudah berada di sebelahnya. Malu juga dia kerana terlalu ralit termenung.
“Err… tak ada apa, umi. Mana Dira?” Baru dia perasan anaknya sudah tidak ada bersama mereka.
“Walid bawa di ke dapur. Dahaga agaknya cucu umi tu. Kenapa termenung ni? Fikirkan Aidil?” teka Puan Zawiyah.
Eryna tersenyum kelat. Puan Zawiyah segera meraih tangan menantunya. Wajah manis Eryna ditatap dalam. Semakin manis wajah menantunya sejak mengenakan hijab.
“Umi minta maaf. Umi gagal untuk jadi ibu mentua yang baik kepada Ryna sebelum ni…” Ada nada sebak di hujung ayatnya.
“Umi…”
“Memang dulu umi susah nak maafkan Ryna. Umi fikir… Ryna memang tak ikhlas untuk bersama anak umi. Sebab tu bila Aidil nak kembali di sisi Ryna, umi…” Puan Zawiyah tidak sanggup menghabiskan ayatnya. Dia berasa berdosa kerana terlalu cepat membuat kesimpulan.
“Ryna faham umi. Umi tak perlu jelaskan,” celah Eryna.
“Tak… Ryna kena dengar penjelasan umi. Umi tak nak Ryna tinggalkan anak umi lagi.”
Eryna menggeleng perlahan.
“Abang Aidil berhak dapat isteri yang lebih baik, umi. Ryna balik ke sini untuk selesaikan masalah kami. Mungkin ada baiknya kami…”
“Kami apa?”
Tersentak mereka berdua saat mendengar suara Aidil yang agak keras itu. Pucat wajah Eryna. Wajah Aidil jelas kelihatan sangat tegang. Afiq yang berdiri di sebelah Aidil sudah mula berasa seram sejuk. Jarang Aidil mengamuk seperti ini.
“Abang tanya… apa maksud Ryna tadi?”
Eryna lekas melarikan anak matanya ke arah lain. Tidak berani dia memandang wajah tegang itu. Pertama kali mereka berbual setelah hampir dua tahun berpisah.
“Aidil… kenapa berkasar sangat ni? Cuba berbincang dengan baik,” celah Encik Adnan yang baru muncul bersama Adira.
Aidil segera mendekati Encik Adnan. Tubuh kecil Adira sudah selamat berada di dalam pelukannya. Adira yang tidak tahu apa-apa hanya terkebil-kebil memandang wajah Aidil. Hati Aidil bertambah sebak kerana baru hari ini dia dapat memeluk anak kandungnya sendiri. Bertubi-tubi pipi itu dicium dengan penuh kasih.
Tersentuh hati Eryna dengan adegan itu. Dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya Aidil masih sudi melayan anak mereka dengan baik.
“Abang tak akan benarkan Ryna bawa anak kita pergi dari sini…”
Eryna terus berdiri tegak. Terkejut dengan amaran Aidil.
“Apa… apa maksud abang?”
💓
St0 ck ni makin terhad. Yg belum beli, cepat2 sambar naaaa🥰🥰🥰
Berminat wasap 0129284568
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top