Teaser🙈

Dosa

Teaser 11 ( versi belum edit)

“Ehem…”

Terangkat bahu Eryna. Dia berpaling ke belakang. Afiq sedang memandang ke arahnya sambil memeluk tubuh. Tubuhnya bersandar di kabinet dapur.

“Awak nak air ke?” Eryna cuba berlagak tenang. Dari renungan lelaki itu dia sudah dapat mengagak yang Afiq inginkan penjelasan darinya

“Abang saya tahu ke siapa diri awak sebenarnya?”

Ternaik kening Eryna. Nafasnya ditarik kasar.

“Awak rasa?” Sengaja Eryna berteka teki. Bagi Eryna, Afiq tiada hak untuk menghakimi dirinya.

“Saya kenal abang saya. Tak mungkin dia akan terima bakal isteri dia yang terlalu sosial.” Afiq melihat tubuh Eryna dari atas hingga ke bawah dengan pandangan penuh nakal.

Eryna tergelak lucu. Mangkuk yang sudah penuh diisi dengan lauk, dibawa bersamanya menuju ke meja makan. Dia memberanikan diri berhadapan dengan Afiq.

“Jadi awak nak cakap yang saya tak layak untuk Aidil?”

Kelu lidah Afiq. Tiba-tiba dia menjadi sukar untuk berlawan kata saat berhadapan dengan Eryna.

“Jangan disebabkan saya tolak awak, awak boleh hina saya sesuka hati.” Sengaja Eryna membisikkan ayat itu di telinga Afiq sebelum menjarakkan tubuhnya kembali.

“Bukan macam tu, saya…”

“Kenapa ni?” Muncul Aidil dengan tiba-tiba di belakang Afiq.

Wajah Afiq berubah riak. Tidak mahu membuat kecoh, Afiq terpaksa berpura-pura tidak mengenali Eryna.

“Tak ada apalah. Afiq tanya Ryna tandas dekat mana. Ryna nak hantar lauk ni dulu ye…”

Eryna lekas meninggalkan dua beradik itu di dapur. Sempat dia memberikan jelingan nakal kepada Afiq. Aidil berasa curiga dengan reaksi Afiq. Semasa dia ke sini, dia nampak dengan jelas seolah-olah Eryna sedang memarahi Afiq.

“Kau buat apa tadi?”

Afiq tergelak sinis.

“Aku cuma nak berkenalan dengan bakal kakak ipar aku. Tak sangka citarasa kau memang dah berubah.”

😅

Bergaduh lagilah dua beradik ni🙈
Tinggal 5 hari lg pratempahan. Buku ni hanya blh dibeli secara 0nline shj👏

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top