kombo baru🥰

Teaser Dosa💗

DADANYA digosok perlahan. Sejak dari semalam lagi hati Eryna tidak tenang. Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Baru sebentar tadi dia menghubungi Mak Intan. Lega setelah mendengar Adira berada dalam keadaan yang baik. Mungkin hanya mainan perasaannya saja.

“Ryna, okey tak ni?”

Terhenjut bahu Eryna dengan kemunculan Kak Ros. Tidak sedar sejak bila majikannya itu sudah berdiri di sebelahnya.

“Kak Ros… maaf, Ryna tak sedar.”

“Mana tak sedar kalau termenung aje. Kalau Ryna risaukan Adira, baliklah. Lagipun tempahan customer, banyak yang Ryna dah siapkan.”

“Eh, tak apa Kak Ros. Dira dah sihat. Baru tadi Ryna call Mak Intan.” Laju Eryna menjawab. Segan juga kerana majikannya itu terlalu baik.

“Alhamdulillah. Baguslah dia dah sihat. Rindu pula Kak Ros nak gomol si bulat tu. Suka betul tengok mata bulat Dira. Mesti mata tu ikut babah dia.”

Mati senyuman Eryna. Bibirnya digigit perlahan. Terasa menebal perasaan bersalahnya kerana memisahkan Adira dengan ayah kandungnya sendiri. Adira sepatutnya mendapat kasih sayang dari seorang ayah dalam usia yang masih kecil.

“Err… maaf. Kak Ros tak sengaja.” Melihat raut wajah Eryna yang berubah itu membuatkan dia menjadi serba-salah. Tidak sepatutnya dia menyebut tentang isu babah Adira.

“Tak ada apalah Kak Ros. Memang betul pun apa yang Kak Ros cakapkan tadi. Mata Dira, memang ikut babah dia.”

Walaupun sudah lebih setahun dia bekerja di kedai bunga Kak Ros, dia tidak pernah menceritakan tentang masalah rumah tangganya. Mujurlah Kak Ros tidak pernah bertanya.

“Ryna sambunglah buat kerja. Kak Ros nak tengok bunga yang baru sampai hari ni.”

Eryna mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis. Melihat bunga mawar yang berada di tangannya, dia tiba-tiba teringatkan Hajah Mashitah. Perasaan rindunya semakin mendalam buat wanita itu.

Tidak mahu membuang masa, dia segera menyiapkan tempahan jambangan bunga yang diminta oleh pelanggan. Dia bersyukur dengan kelebihan yang ada pada dirinya, dia mampu bekerja di sini untuk menyara kehidupannya bersama Adira.

Semasa dia melarikan diri, kad bank yang pernah diberikan oleh Aidil telah dipulangkan. Biarlah dia berusaha mencari rezeki sendiri. Dia tidak mahu mengharapkan bantuan daripada sesiapa lagi.

🥰

Eryna ni suka sangat bunga. Sbb tu cover buku Dosa designer pilih bunga mawar. Simbolik kepada diri Eryna💗💗💗💗 tq sgt yg dh grab kombo ni. Berminat blh piemmm tepi ya.👏🏼👏🏼

Harga single rm38 sm/ rm43 ss

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top