Forgive Us
"Jadi? Apa yang korang semua nak buat hari ni? "
Gempa melihat wajah keenam lelaki di hadapannya. 3 wajah yang berharap dan 3 lagi wajah datar sedatar tubuh Gempa.
"Kami bawa kau datang sebab nak ajak main game lah! Kau kan tak bersama dengan kitorang dah? "
"Jadi? " Gempa bertanya dengan nada yang malas.
"Jadi, kitorang ambil inisiatif untuk cuba pujuk kau! Dan kami yakin kau pasti akan maafkan kitorang lepasni! " Thorn menerangkan dengan nada suara yang bersemangat.
"Tu pun sebab kitorang terpaksa je. " Halilintar menambah lagi ayat Thorn yang akhirnya dia mendapat jelingan maut dari Taufan dan Blaze. Ralat, dia abaikan sahaja pandangan itu.
Gempa menatap wajah trio tadi satu per satu. Begitu bersemangat sekali wajah Taufan, Blaze dan Thorn untuk cuba memujuknya supaya dirinya dapat bersama dengan mereka. Walaupun Gempa sendiri tidak tahu kenapa watak dia begitu penting sekali untuk bersama dengan mereka, tapi nampaknya kali ini dia terpaksa mengalah.
"Haih... Baiklah. " Gempa berkata sembari menghela nafas lelah.
"Yaaayy!! " Wajah trio tadi terus berubah menjadi teruja. Mereka melompat dengan riang sekali seperti kanak-kanak yang teruja apabila permintaan mereka ditunaikan. Gempa yang melihat kegembiraan mereka terus tersenyum.
"Mungkin tak salah kalau aku berikan mereka peluang. "
Lalu, Taufan dan Thorn memegang kedua belah tangan Gempa dan mereka bersama-sama menarik gadis itu untuk menuju ke hadapan dan mengekori Blaze sebagai pemandu arah untuk mencari destinasi mereka. Manakala trio cool tadi hanya mengikuti mereka berempat dari belakang sahaja.
"Apa yang diorang bertiga ni plan sebenarnya? " Ais bertanya dengan nada yang malas.
"Hmm.. Aku rasa diorang pun ikut suka dengan Gempa. Tapi aku tak rasa yang diorang ada niat nak dapatkan syarikat tu dah lepasni. " Solar menjawab.
Ais menoleh ke arah Solar. "Maksud kau, diorang dah tak nak ke syarikat ayah Gempa? "
"Lebih kurang? Sebab diorang dah anggap Gempa sebagai kawan diorang, mestilah diorang tak nak sakiti Gempa, kan? " Solar menoleh ke arah Ais.
"Hmm... Betul juga tu. Jadi nampaknya, kita bertiga sajalah yang akan bersaing? " Ais bertanya diselang dengan senyuman bermakna nya.
Solar tersenyum sinis. "Aku tak kisah berapa ramai pun. Asalkan syarikat ayah Gempa tu jadi dapat dimiliki, aku akan lawan. "
Ais dan Solar saling berbalas pandangan antara satu sama lain sebelum mereka berdua semakin mempercepatkan langkah kaki mereka ke hadapan.
Sementara itu, Halilintar hanya mengekori mereka tanpa berkata apa-apa. Di dalam fikiran Halilintar ligat dia memikirkan tentang apa yang sedang dibualkan oleh Ais dan Solar tadi. Banyak perkara yang sering difikirkan olehnya terutama tentang topik untuk memilik syarikat milik ayah Gempa.
Halilintar mula mengimbas kembali akan situasi di mana Gempa tidak pernah lagi hadir di dalam hidup mereka 6 sekawan. Mereka sudah sering bersaing kerana masing-masing adalah peneraju untuk syarikat tersendiri. Tetapi mereka sering bersaing secara sihat dan walaupun ada yang kalah, mereka tidak akan saling membenci antara satu sama lain. Mereka juga sudah lama menargetkan syarikat Amato iaitu syarikat ayah Gempa kerana syarikat beliau sangat berpotensi untuk kekal beroperasi. Ditambah pula bukannya senang untuk menghasilkan sebuah syarikat yang boleh menguruskan pesawat untuk Angkasa dan angkasawan.
Selepas mendapat tahu bahawa Amato mempunyai seorang lagi anak gadis tunggal yang ternyata adalah anak kandungnya, mereka berenam mula membuat perancangan untuk menyerang hendap gadis itu. Mereka masing-masing akan membuat kemunculan tersendiri pada Gempa supaya gadis itu akan sentiasa ingat akan mereka.
Walaupun keadaan terus jadi terbalik di saat Halilintar mendapat laporan bahawa anak-anak buahnya ditembak oleh Gempa sewaktu kejadian di stesen kereta api tempoh hari, ia sama sekali tidak mengugurkan niat mereka untuk terus meneruskan perjuangan mereka.
Segalanya mengikut perancangan mereka berenam walaupun mereka juga agak terkejut kerana Gempa bertindak agresif di pertemuan pertama mereka. Namun, siapa sangkakan bahawa di malam mereka diserang di rumah Gempa, mereka terus mengubah persepsi mereka terhadap gadis itu. Gempa memang bukan gadis biasa. Gempa mempunyai skill lawan yang hebat dan mempunyai intelektual yang tinggi. Mungkin IQ gadis itu melebihi 140 tetapi memang Halilintar sendiri terpaksa akui bahawa dia pernah 'ter'kagum akan Gempa. Terutama di saat Gempa tiba-tiba mengacukan pistol ke arah mereka berenam pada malam itu.
Dan bermula dari malam itu juga la, segalanya mula menjadi kucar-kacir. Perancangan mereka sudah tidak dapat diuruskan dengan baik. Lebih-lebih lagi trio yang bising itu semakin lama ingin semakin mendekati Gempa tanpa ingin mengambil kesempatan ke atas gadis itu. Dan secara perlahan-lahan, Halilintar sedar mereka seolah-olah semakin lupa dengan apa yang ingin dicapai.
Tambahan pula, melalui situasi sekarang, Halilintar dapat merasakan yang segalanya telah berada di luar kawalan mereka berenam termasuk dirinya sendiri. Mereka kini seolah-olah telah berada di bawah kawalan Gempa. Ke mana sahaja yang gadis itu akan pergi mereka akan mengekorinya dan apa sahaja yang Gempa lakukan mereka akan mengawasinya. Boleh katakan yang mereka ini seram seperti psiko kerana mereka seolah-olah 24/7 jam memerhatikan Gempa dari jauh.
Dan Halilintar sendiri tidak dapat percaya bahawa dia akan menguruskan tentang hal pendaftaran universiti untuk Gempa. Paling menyakitkan hati adalah Gempa yang mengigit telinganya langsung dia tidak membalas apa-apa melainkan hanya memberikan jelingan sahaja. Padahal sakit gila Gempa gigit telinga dia! Mahu dia biarkan Gempa gigit lama pastinya sudah berdarah telinga Halilintar!
"Yaaayy!! Aku memang! "
"Tak aci! Korang tolak aku tadi! "
"Hahahaha! Inilah kelebihan kami! Kami takkan kalah dengan mudah! "
"Dengan main tipu?! Apa jenis CEO korang ni, hah?! "
"CEO Penipu! Wahahaahahaha!! "
Lamunan Halilintar terhenti begitu sahaja di saat dia mendengar suara teriakan riang oleh ketiga kawan-kawannya dan diikuti dengan Gempa. Nampaknya mereka sekarang sedang berada di ruang arked yang mana Gempa dan Blaze sedang berlawan dalam permainan perlumbaan berbentuk VR.
"Dah! Dah! Sekarang giliran aku pulak! Gempa, kau dan aku, kita lawan dan tengok siapa dapat tembak zombi paling ramai! " Kini Solar mula bersuara juga. Nampaknya lelaki itu sudah mula berjinak-jinak dalam meminati permainan di dalan arked tersebut!
"Main menembak? Heh, senang je! Jom! " Dan nampaknya Gempa juga tidak segan silu menolaknya.
"Alah, Thorn nak main jugak! " Thorn mula menayangkan wajah sedihnya kerana sedari tadi lagi dia tidak dapat bertanding apa-apa pun bersama Gempa.
"Ceh, Thorn kecik lagilah! Mana boleh main! " Blaze mencebik ke arah Thorn.
"Eh?! Thorn dah besarlah! Apa Blaze ni?! " Thorn mengembungkan pipinya geram. Ada ke patut mereka berenam yang sama tua belaka tu katakan dirinya itu masih kecil?!
Blaze memutarkan bola matanya malas. Dia mengabaikan Thorn lalu kembali fokus pada Gempa.
"Jom, Gempa! Aku pun akan lawan kau jugak! "
Senyuman Gempa kembali terukir. "Jom! Ah, kejap. " Gempa menghentikan yang lain lalu berjalan menghampiri Thorn. Di saat dia berdiri di hadapan Thorn, tangannya pun mula mengusap kepala Thorn. "Thorn tunggu dulu, ya? Lepasni Gem lawan dengan Thorn! Kita lawan 2 game! Setuju? " Tawaran Gempa membuatkan wajah Thorn terus kemerahan.
"Y-ya.. " Thorn menjawab dengan gugup. Dalam tidak sedar jantungnya sudah pun berdegup laju dan yang lain yang memandang mula rasa cemburu.
Gempa tersenyum. "Ok! Jom sambung main game! "
💖✨💖✨💖✨💖
"Haahh!! Hari ni memang terbaik! " Gempa berkata diselang dengan menggeliatkan badannya dan menarik nafas sambil berjalan keluar dari kawasan arked. Wajah gadis itu cukup bersinar dan segar seolah-olah baru sahaja selesai bangun dari tidur lenanya dan mandi dengan air yang bersuhu hangat.
Berbeza pula dengan 6 orang lelaki yang berada di belakangnya. Seorang menayangkan muka datar seolah-olah tidak merasai apa-apa keseronokan yang ada di dalam arked tadi. Seorang lagi matanya lebam seperti tidak tidur semalaman tapi sebenarnya kelelahan kerana terpaksa dipaksa main walaupun dia tak nak. Dan 4 orang lagi pula menayangkan muka yang mana mereka seolah-olah tak boleh terima dengan apa yang baru sahaja terjadi tadi. Muka kekalahan tu.
"Terima kasih semua! Hari ni aku rasa saaaangat gembira! " Gempa berkata diselang dengan tawa manisnya.
"Heh, baguslah kalau kau suka. " Taufan cuba mengawal perasaan kekalahannya yang masih tidak boleh diterimanya itu. Jatuh saham dia hari ni sebab kalah dengan perempuan!
"Ahh... Thorn lapar! Kita makan dulu boleh tak, geng? " Thorn memanggil yang lain sambil satu tangannya melambai-lambai ke arah yang lain dan sebelah lagi memegang perutnya yang sudah berkeroncong kerana kelaparan.
Gempa menoleh ke arah Thorn. Dia juga rasa lapar. Namun, dia terus melihat waktu di jam yang dipakainya di tangan. Pukul 5 petang. Lama juga mereka di sana. Sejak dari pukul 11 sehingga pukul 5. Padahal bukannya shopping pun. Main game je kot.
"Oklah, kalau macam tu apa kata kita pergi mana-mana restoran dan makan? " Gempa menawarkan kepada 6 lelaki tadi.
Pelawaan Gempa terus mendapat anggukan setuju dari Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Mereka nampaknya sudah tertunggu untuk makan.
"Tunggu dulu. "
Namun, suara Halilintar menghentikan mereka. Masing-masing menayangkan muka tidak puas hati apabila Halilintar tiba-tiba menghalang mereka untuk makan. Namun Halilintar mengabaikannya. Dia berjalan mendekati Gempa dan menatap wajah gadis itu lurus.
"Aku rasa kau sudah lupa kenapa kita datang ke sini, kan? " Soalan Halilintar kedengaran dingin dan kurang menyenangkan.
"Psst! Woi, Hali! Ni bukan masa yang sesuai lah!" Taufan memanggil Halilintar dengan nada yang berbisik.
"Ha'a! Kita tanya lepas makan lah! " Blaze juga melakukan hal yang sama.
Jelas sekali ia menunjukkan bahawa 6 lelaki tadi masih tetap dengan niat asal mereka tentang kenapa mereka ingin membawa Gempa kemari. Namun kerana keadaan semua orang sedang lapar, mereka merancang untuk menangguhkannya dahulu. Tetapi nampaknya Halilintar sudah bergerak di luar kawalan dan perancangan.
"Oh? Jadi... Korang masih ingin bersama dengan aku, ya? Walaupun tadi sudah kalah berkali-kali? " Gempa menyoal sambil membalas pandangan dingin Halilintar dengan senyuman sinis.
Sudah tentu. Gempa mana mungkin melupakan sebab kenapa dia diheret ke sini. Tetapi kerana dia tidak mahu merosakkan suasana dengan memberikan layanan dingin kepada yang lain, jadi dia berpura-pura melupakan sahaja. Dan nampaknya, sekarang dia sudah boleh kembali ke diri dia yang asal.
"Jangan buang masa kitorang dan berikan jawapan kau. Kami tak nak habiskan wang dan waktu dengan orang macam kau. " Halilintar membalas dengan nada kurang sabar.
Gempa tersenyum. "Betul korang nak tahu sekarang? " Gempa memandang yang lain di belakang Halilintar.
Yang lain nampaknya sedang ragu-ragu. Mereka seolah-olah dapat meneka apa yang akan dijawabkan oleh Gempa tetapi mereka ingin mendengarnya sendiri. Tetapi pada masa yang sama juga mereka tidak sanggup kerana takut ia akan melukakan perasaan diri mereka sendiri.
"Baiklah, aku akan katakannya. "
"Tunggu, Gempa. K-kau... Betul-betul akan maafkan kitorang ke? Ka-kami tahu yang kami ni menjengkelkan tetapi tolong maafkan kami dan berikan peluang kepada kami! Kita akan bekerjasama bersama-sama! " Taufan cuba untuk meminta Gempa untuk berfikir dua kali. Dia takut jika Gempa masih tidak ingin memaafkan mereka dan selepas ini, Gempa akan mengelakkan diri dari mereka dan menghilangkan diri sekali lagi. Walaupun dia pasti Gempa akan duduk di rumah sepanjang masa tetapi tidak meluangkan masa bersama gadis itu walau sehari perasaannya cukup kosong.
Gempa menghela nafas. Dia pun berjalan mendekati Taufan lalu meraih tangannya.
"Eh? G-Gempa? " Taufan terkedu.
"Korang semua ni terlalu risau sangat kalau aku takde bersama korang. Apa yang istimewanya aku bila bersama korang, hah?" Gempa memandang setiap wajah di sana sambil tangannya masih lagi belum lepas dari tangan Taufan.
"Ah... Itu... " Blaze tidak dapat menyatakan apa yang ada di dalam fikirannya pada waktu itu.
Namun Gempa nampaknya tidak ingin memaksa. Jadi, senyuman manis terus terukir di bibirnya. "Baiklah, aku maafkan korang. " Gempa memberi kata putus.
"Apa?!" Taufan, Blaze dan Thorn separuh menjerit apabila mendengarnya. Wajah mereka menunjukkan seolah-olah mereka baru sahaja bangun dari disimbah air secara mengejut.
"Aku cakap.. Aku maafkan korang. Aku akan lupakan apa yang pernah korang buat selama ni pada aku. Lagipun... Aku tak rasa yang perbuatan korang tu kejam walaupun mengganggu ketenteraman aku. " Gempa berkata.
"B-betul ke ni?! Kau maafkan kitorang?! " Soalan teruja Blaze mendapat anggukkan dari Gempa.
"Yaaaayyy!!! " Taufan, Blaze dan Thorn bersorak riang.
"Baiklah! Jom kita raikannya! Kita pergi makan masakan barbeque dan aku akan belanja! Joommm!! " Blaze menjerit teruja lalu dia bersama yang lain pun mula mencorak langkah untuk pergi ke restoran yang khas masakannya berlandaskan masakan barbeque.
Nampaknya hari ini adalah hari yang paling menggembirakan buat semua termasuk Gempa.
TBC(?)
Here will comes the new extreme part!
Hahahaah! Tak lama lagi Gempa akan berdepan dengan cabaran yang besar dan macam mana dia akan selesaikannya?
.
Oklah! Ani takde ayat nak cakap banyak so korang tunggu jelah next chap! Bye! 😆
.
Btw maaafff sangat sebab lambat update, ya? Ani memang susah nak dapatkan mood sekarang. 😭 Harap korang tak kisah yaaaa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top