seven♠️
Cadence dan Nymph tiba dirumah dalam keadaan yang selamat. Cuma korbannya adalah kereta mahal milik Cadence. Ia cukup mencalarkan hati Cadence yang terlalu sayangkan kereta Lamborghini nya.
Cadence keluar daripada perut kereta dan bergerak menuju ke cermin hadapan keretanya. Kaca yang pecah itu disentuhnya. Penumbuk digenggam lalu cermin yang pecah itu ditumbuk sehingga cermin hadapan keretanya pecah berkecai.
Nymph yang melihat penumbuk Cadence berdarah membuat tindakan memberhentikan Cadence daripada terus mencederakan diri Cadence sendiri.
Cadence memeluk Nymph secara tiba-tiba. Gadis itu menangis dibahu Nymph teresak-esak. Tangannya yang berdarah itu tidak diendahkan.
Nymph tidak tahu hendak berbuat apa-apa selain daripada mengurut belakang rakannya. Hendak memujuk, bukannya dia pandai memujuk.
"Heyy, kau kenapa ni budak?" Soal Nymph kasihan melihat Cadence.
Cadence terus berhenti menangis apabila didapati dia sudah keterlaluan. Mata dikesat menggunakan tangannya yang berdarah tapi sempat dihalang Nymph laju.
"Tangan kau cadera tu. Jangan sakitkan tangan tu lagi." Pujuk Nymph.
Cadence memandang tangan kanannya yang cedera itu. Ada beberapa serpihan kaca melekat pada tangannya. Cadence tiba-tiba tergelak.
Nymph yang berada dihadapan Cadence terkejut dan menjadi takut melihat kelakuan Cadence.
Tangan sebelah kanan diangkat tinggi.
"Nymph cantik tak tangan aku?" Soal Cadence sambil memandang tangan kanannya yang diangkat tinggi itu.
Pandangan dialih melihat wajah Nymph. Tiada senyuman pada bibir Cadence cuma mata gadis itu kelihatan basah akibat menangis.
"Ahh, takkan sekali lagi." Keluh Nymph.
Nymph menggenggam penumbuknya.
"Sorry Cadence."
Wajah Cadence menjadi sasaran penumbuk Nymph tetapi dihalang oleh tangan Cadence. Bukan setakat itu Cadence menendang perut Nymph dengan kuat menyebabkan Nymph terdorong kebelakang dan jatuh.
"Erggh, susah ni." Bisik Nymph.
Nymph kembali berdiri membuka langkah untuk melawan kembali rakannya yang mula hilang kewarasannya.
Nymph berlari mendekati Cadence dan melompat. Cadence yang tidak sempat berbuat apa-apa itu menerima tendangan Nymph.
Hentakan kuat sahaja dapat membuatkan Cadence pengsan dan sepakan Nymph cukup membuatkan rakannya untuk pengsan.
Ianya akan melemahkan Cadence yang berada dalam separa sedar itu. Cadence akan menjadi kurang waras apabila mendapat tekanan yang serius. Tambahan pula gadis itu banyak urusan luar sejak kebelakangan ini.
Cadence yang terbaring disimen itu diperiksa. Apabila sudah memastikan Cadence sudah pengsan Nymph cuba untuk memapah rakannya itu.
Cadence dipapah masuk ke dalam rumah dan dibaringkan di sofa ruang tamu. Nymph duduk melepaskan lelahnya selepas memapah Cadence masuk.
"Huh, penat gila." Keluh Nymph.
"Penat?"
"Ha'ah, satu lagi masalah yang paling memenatkan adalah Cade naik gila tadi." Adu Nymph.
"Apa!"
"Ummi tak payah risau. Nymph dah bagi seribu penumbuk supaya dia pengsan."
Perempuan yang dipanggil Ummi itu berjalan mendekati Cadence. Dahi Cadence diperiksa. Tiada sebarang tanda menandakan Cadence demam.
Ummi menyedari sesuatu pada tangan Cadence. Darah mengalir pada tangan sebelah kanan gadis itu.
"Kenapa pula tangan Cadence ni?" Soal Ummi sambil menunjukkan tangan kanan Cadence pada Nymph.
"Dia masa tu dah hilang waras agaknya, tu lah pergi cederakan diri sendiri." Alasan yang langsung tidak munasabah keluar daripada mulut Nymph.
"Ambilkan Ummi kotak first aid." Pinta ummi pada Nymph.
Nymph bangun dari sofa dan menuju ke bilik rawatan untuk mengambil first aid yang diminta oleh ummi.
First aid diberi kepada Ummi sebaik sahaja Nymph berada diruang tamu.
Tangan kanan Cadence yang cedera itu cuba dirawat sebaik mungkin supaya tidak membangunkan Cadence yang pengsan itu.
Setelah selesai membalut tangan kanan Cadence Ummi beralih pula pada pakaian Cadence yang kotor itu.
Cadence yang baring itu didudukkan dan baju gadis itu dibuka. Hanya singlet yang menutupi badan gadis itu.
Nymph dapat lihat segala calar pada badan Cadence. Terutamanya pada lengan gadis itu, terdapat beberapa jahitan baru.
Baju kotor Nymph juga diminta oleh Ummi. Malam-malam Ummi masih lagi menjalankan tugasnya sebagai suri rumah. Beruntunglah ayahanda bersama Ummi cuma tidak dikurniakan cahaya mata.
Apabila kelibat Ummi hilang disebalik pintu dapur kaki Nymph bergerak keatas meja.
Bahu Nymph ditepuk kuat dari arah belakang membuatkan Nymph terkejut.
"Macam mana?" Soal ayahanda.
Cadence di pandang sekilas.
"Macam mana, mana ayahanda. Si Cade naik gila lepas kena kejar dengan musuh. Sepatutnya Nymph yang gila ni bukan, dia pula yang gila."
Cadence yang terbaring diatas sofa itu dilihat lagi. Tangan kanan Cadence berbalut membuat kening lelaki itu bercantum.
"Kenapa dengan tangan Cade?"
"Ayahanda rasa?"
"Cuba cederakan diri sendiri lagi?" Ayahanda cuma meneka.
Nymph mengangguk. Mulutnya tidak henti-henti menguap. Mata pun mula layu.
"Ayahanda Nymph naik dulu. Mata dah berat ni. "
"Haa, yelah. Tidur cukup tau esok nak pergi ke sekolah."
"Yelah, yelah." Kata Nymph.
Cadence di biarkan diruang tamu manakala ayahanda masuk ke dalam bilik.
'biarkan Cade tidur kat situ malam ni.' desis hati ayahanda.
Ayahanda menutup semua lampu ruang tamu setelah isterinya masuk ke bilik tidur.
×××
Seawal pukul 5 pagi Cadence terbangun. Kepala yang pening cuba untuk ditahan.
"Kenapa boleh tertidur kat ruang tamu ni?"
Cadence berdiri cuba mencari suis lampu ruang tamu. Gadis itu meraba-raba segala objek yang berada di ruang tamu itu sebagai panduan mencari lampu ruang tamu.
Apabila tombol suis lampu ditekan, dengan serta-merta rumah itu diterangi lampu. Cahaya itu terlalu terang membuatkan Cadence menutup matanya.
Biasalah apabila mata terbiasa melihat dalam keadaan gelap ia cukup menyakitkan apabila cahaya terang tiba-tiba menyergah mata.
Mata dibuka semula. Langkah diatur menuju ke dapur. Perut tiba-tiba bergendang meminta makanan.
Peti sejuk dibuka melihat segala harta makanan yang masih terhias dalam peti sejuk itu. Air laici kotak diambil lalu dibawa ke meja.
Masa untuk mencari makanan pula. Peti sejuk dibuka untuk kedua kalinya.
"Kek? Tak."
"Buat sandwic? Malas."
Bahagian paling berbahaya dibuka oleh Cadence. Ianya adalah tempat Nymph menyimpan coklat gadis itu.
Coklat Cadbury berada didalam tangan.
"Coklat? Boleh hilang ke lapar aku. Muak adalah, tapi..."
Cadence berfikir sejenak.
"Emm, makan jelah. Lantaklah budak tu nak marah ke tak."
Plastik yang membungkus coklat itu dibuka dan coklat dibawa ke dalam mulut.
Cadence menikmati kemanisan coklat di dalam mulutnya. Air laici diatas meja diteguk beberapa kali menghilangkan rasa kering didalam mulut.
Setelah selesai makan dan minum, bungkusan sampah itu dibiarkan di atas meja.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top