four♣️
"Cade balik sekarang!"
"Kenapa?"
"Balik!"
"Ok."
Talian terus dimatikan. Nymph ketika itu berasa risau terhadap Cadence. Anak buahnya sebentar tadi ada menelefonnya, memberitahu bahawa Cadence diserang hendap musuh dan mengalami kecederaan.
Nymph berlegar-legar di ruang tamu menanti Cadence pulang. Ayahanda keluar daripada bilik bacaannya dan melihat Nymph sedang berulang-alik diruang tamu.
"Kenapa dengan kau Nymph?"
"Oh, ayahanda. Nymph tak ada apa-apa, cuma tunggu Cadence balik."
Kerisauannya cuba untuk ditutup daripada penglihatan ayahandanya.
"Oh, tolong ye bagitahu Cadence yang ayahanda minta maaf."
"Baiklah ayahanda."
Ayahanda terus masuk ke dalam bilik tidurnya.
Tidak lama selepas itu kereta Lamborghini milik Cadence diparkir dihadapan rumah. Cadence keluar dari perut kereta diperhati.
Gadis itu berjalan terhincut-hincut masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja pintu dibuka wajah Nymph kelihatan.
"Kenapa terdesak sangat suruh aku balik?"
"Kenapa dengan kaki kau?"
"Kalau nak tanya benda tak berfaedah tu, bagus tak payah paksa aku balik."
Tak berfaedah?
Deyy kita prihatin kot tanya kenapa dengan kaki dia.
"Kau kena serang kan?"
"Aku nak masuk, penat. Nak tidur." Cadence cuba untuk berdalih.
Cadence melangkah masuk. Langkahnya cuba untuk dikawal supaya tidak terlalu kelihatan dia sedang tercedera.
Sampai satu tahap gadis itu hampir sahaja terjatuh tapi sempat ditahan Nymph. Cadence dipapah ke sofa.
"Lepas lah. Tak perlu bantuan kau pun."
"Ego betul." Kata Nymph kepada Cadence.
Cadence dilepaskan sebaik sahaja punggung gadis itu mencium permukaan sofa.
Nymph duduk berhadapan dengan gadis itu.
"Sekarang bagitahu aku kenapa dengan kaki kau."
Cadence merengus malas kemudian menggeleng.
"Aku tak apa-apa. Kau tengok aku sihat je kan.
"Kaki kau tak sihat."
"Err, tu kebetulan je aku hampir jatuh silap langkah apa."
"Yelah tu. Tak payah tipu. Kau kena serang hendap tadi kan?"
Mata Cadence sudah memerhati Nymph tajam.
"Mana kau tahu?" Soalan Nymph dijawab soalan.
Nymph hanya buat muka bodoh. Malas menjawab soalan Cadence. Jujur je, tu pun susah ke?
"K, fine. Aku tak tahu siapa serang hendap aku. Tapi dua mati, lebih kepada tak sengaja."
"Tipu."
Cadence tercengang. Wajahnya diraup.
"Kau bunuh semua buka dua. Masa kau serang mereka kau sempat kena tembak. Betul tak?"
Nymph menyoal Cadence seperti seorang inspektor yang sedang menyoal penjenayah.
Inspektor Nymph.
"Tahu pun. Budak kau bagitahu kat kau kan?"
"Err, mana ada." Nymph menafikan perkara sebenar.
Cadence tergelak.
"Aku tak bodohlah. Aku nampak budak-budak kau tengah telefon seseorang lepas aku kena serang. Lepas selesai mereka menelefon seseorang, kau terus telefon aku. Siap dengan nada cemas lagi tu." Cadence tersenyum sumbing.
"Kau suka psiko aku kan." Kata Nymph akhirnya mengalah.
Kaki Cadence disepak Nymph kuat. Wajah gadis itu berkerut menahan sakit.
"Bodoh lah kau. Sakit."
Nymph tergelak. Bukannya sengaja dia hendak menyepak kaki Cadence.
Nymph bangun daripada duduknya menuju ke bilik tempat menyimpan ubat-ubatan. First aid diambil dan dibawa menuju ke ruang tamu.
"Bak sini kaki kau." Pinta Nymph dengan berlagak.
Tak jadi inspektor nak jadi jururawat pula. Layak, layak.
Kaki kanan diletakkan diatas meja. Seluar jeans yang menutupi kaki gadis itu cuba dilipat ke atas tapi payah. Jeans itu terlalu ketat. Gunting diambil kemudian seluar itu digunting sehingga ke lutut.
Cadence tercengang melihat perbuatan Nymph. Wajah terus berubah marah.
"Suka-suki kau je nak gunting seluar aku kan."
"Balasan kau tekan luka kat kepala aku."
"Cade duduk diam aku nak keluarkan peluru daripada kaki kau ni."
Cadence hanya merengus apabila dipaksa Nymph supaya duduk diam. Sesekali kaki Cadence tersentak mendapat rawatan kerana sakit.
Setelah selesai mengeluarkan peluru daripada kaki Cadence. Kaki itu disapu dengan iodin dan sebagainya kemudian barulah dibalut.
"Tak payah banyak bergerak." Kata Nymph.
"Kau fikir aku kisah?"
"Jangan nak degil budak. Oh by the way ayahanda ada minta maaf."
Sebelah kening Cadence dijongketkan.
"Kenapa pula?"
"Mungkin sebab tertampar kau kot. Kau pun perlu minta maaf kat dia."
"Dah, aku dah maafkan dia. Cuma aku masih belum ada mood. Problem tiba-tiba je merusuh kat budak-budak aku."
"Kenapa?"
"Entah berani betul ganggu tempat aku. Mereka terima padah setimpal lepas serang tempat aku."
"Kau bunuh ke?"
Cadence mengangguk.
"Aku pun nak juga. Tapi ajar aku." Pinta Nymph.
Nymph dipandang menggunakan ekor mata.
"Ayahanda kan dah ada ajar." Kata Cadence.
"Kau pernah bunuh orang tak?" Soal Cadence lagi.
Nymph menggeleng. Cadence menepuk dahi.
"Jadi tangan kau masih clear dari bunuh seorang manusia pun?"
Nymph mengangguk.
"Aku tak larat nak ajar kau. Cukup kau tumbuk orang tahap nazak pun dah ok. Tak kurang hebatnya."
Padu siot apabila Nymph menumbuk musuhnya. Sampai ada suatu ketika mereka berdua masih dibawah pemerhatian ayahanda Nymph menumbuk seorang musuh sehingga patah riuk.
"Dah lah. Tak payah bincang hal ni. Kacang je tu. Aku nak rehat."
Cadence bangun daripada duduk dan menuju ke lif. Kelibat Cadence hilang sebaik sahaja pintu lif tertutup.
Nymph menuju ke bilik ayahanda. Pintu diketuk.
Pintu bilik itu langsung terbuka. Wajah ayahanda terpampang dihadapan pintu.
"Dah, ayahanda dah dengar semuanya kan."
Ayahanda mengangguk. Rancangan mereka berdua berjaga kecuali Cadence diserang.
Semuanya diatur oleh Nymph.
"Ayahanda, kalau Cade dah balik nanti, ayahanda dengar disebalik pintu kalau ayahanda mahukan kepastian."
"Baiklah."
Nymph sedikit merasa lega melihat senyuman ayahandanya. Semuanya dalam keadaan baik.
Kecuali, Cadence kena serang dengan siapa? Tiada pula budak-budaknya memberitahunya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top