eight♣️
" Siapa yang makan coklat aku ni!"
Awal pagi lagi suara Nymph menghiasi rumah agam itu. Ayahanda dan Ummi segera ke dapur.
"Kenapa ni Nymph, awal pagi dah menjerit macam hilang anak." Tegur ayahanda.
Nymph menjeling ayahanda.
"Ayahanda kah yang makan coklat Nymph?" Tuduh Nymph.
Ayahanda menggelengkan kepalanya.
"Ummi?!"
Ummi turut menggelengkan kepalanya.
Suspek ketiga, tidak lain tidak bukan adalah Cadence. Nymph berlari menuju ke tingkat tiga dimana tingkat itu menempatkan bilik Cadence.
Tombol pintu cuba dipulas. Terkunci. Pintu diketuk kuat supaya Cadence segera membuka pintu.
Pintu terbuka secara mengejut membuatkan Nymph terjatuh. Nymph cuba berdiri semula. Awal pagi lagi sudah melihat wajah Cadence yang tegang.
"Kenapa dengan tangan aku?" Soal Cadence terketar-ketar.
"Macam tak biasa." Balas Nymph membetulkan uniformnya.
Kalau bukan disebabkan Ummi, Nymph tidak akan memakai pakaian uniform sekolah itu.
Buruk!
"Apa aku dah buat malam tadi?" Soal Cadence lagi.
"Kau rasa?"
"Aku tak ingat apa aku buat malam tadi, cuma perkara yang aku ingat adalah aku ambil kau kat Villa. Tu je."
Nymph mengetuk kepala Cadence beberapa kali memeriksa sesuatu.
"Apa kau buat?" Soal Cadence pelik.
"Aku nak periksa otak kau masih kat tempat yang betul atau tidak." Balas Nymph selamba.
Tangan Cadence beralih menepis tangan Nymph. Sudahlah menjerit awal pagi, merapu awal pagi apa lagi dia buat awal pagi?
Cadence bergerak menuju ke lif meninggalkan Nymph.
"Oh sebelum aku lupa, sebenarnya aku yang makan coklat kau." Pintu lif terus ditutup.
Mata Nymph terbuntang mendengar kata-kata Cadence. Nymph berlari menuruni tangga.
"Budak tak guna!" Jerit Nymph dari arah tangga.
Cadence yang baru keluar daripada lif dikejar oleh Nymph dari arah tangga.
"Ayah, bonda, ibu, mak, bapa, ummi... Tolong Cade!" Jerit Cadence sambil berlari dikejar oleh Nymph.
Cadence berlari keluar daripada rumah. Nymph masih setia mengejar Cadence dari arah belakang. Cadence menukar arah lariannya apabila Nymph semakin dekat.
Cadence berhenti secara tiba-tiba dan Nymph...
Shusssss...
Terlebih lari. Cadence pula lari semula ke dalam rumah. Ayahanda yang berada didepan pintu tidak sempat menghalang Cadence tetapi sempat mencapai lengan Nymph.
Telinga Nymph dipulas. Cadence yang tercungap-cungap berlari itu tergelak melihat ayahanda mengheret Nymph sambil menarik telinga gadis itu.
"Ayahanda sakit, sakit. Ummi..." Nymph meminta simpati daripada ummi.
Tetapi Ummi tidak menghiraukannya. Ummi mementingkan uniform Nymph. Tiada sebarang kekotoran yang tercalit pada pakaian Nymph.
"Duduk diam kat tempat kau Nymph. Kalau tak nak ayahanda kau pulas lagi telinga kau." Bebel Ummi.
Cadence berjalan sambil menahan perutnya yang senak ketawa. Air mata mengalir kerana terlalu kuat ketawa.
"Kau Cade, kenapa tak pakai baju sekolah?" Soal Ummi menyediakan sarapan pagi mereka.
"Apa?" Cadence masih belum berhenti ketawa.
"Ummi tanya, mana baju sekolah kau?"
"Oh, manalah Cade tahu." Balas Cadence selamba.
Cadence mengambil salah satu tempat duduk berhadapan dengan Nymph. Nymph menunjukkan Cadence bungkusan coklat yang sudah habis dimakan kemudian melagakan penumbuknya pada Cadence.
Cadence menghadiahkan sebaris senyuman.
"Ada aku kesah?" Soal Cadence.
"Kesah apa lagi Cade. Tukar pakaian kau tu nanti." Kata Ummi.
Ummi mengambil tempat disebelah ayahanda. Mereka berempat menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh Ummi.
Selesai makan Cadence dan Nymph bersedia ke sekolah. Cadence hanya memakai pakaian biasa dan Nymph masih setia memakai baju sekolahnya.
Malas hendak berdebat mulut dengan Ummi sekiranya dia menukar baju sekolah. Baik guna sahaja.
Kedua-duanya sudah memakai helmet dikepala. Motorsikal berkuasa tinggi milik Cadence dan Nymph mengeluarkan bunyi yang amat bising. Lagi-lagi mereka berdua memang sengaja membuat bising.
Motorsikal berkuasa milik dua orang gadis itu meluncur laju keluar daripada garaj dan menuju ke sekolah.
Dalam perjalanan iPod Cadence tiba-tiba menangkap isyarat panggilan masuk. Panggilan bersambung.
"Apa?"
"Cade aku tak nak sekolah."
"So? Aku ada benda nak buat kat sekolah tu, lepas habis benda yang aku nak, aku cau lah."
"Apa benda yang kau nak kat sekolah tu?"
"Adalah. Kau sendiri akan tahu satu hari nanti."
Panggilan dimatikan. Motorsikal mereka berdua memasuki kawasan sekolah. Motorsikal mereka berdua diparkir bersebelahan dengan motorsikal pelajar di sekolah itu.
"Belum masuk kelas ke pelajar masa ni?" Soal Nymph.
Jam tangan ditilik. Masih pukul 7: 30 pagi. Masa perhimpunan kebiasaannya waktu itu.
"Aku rasa belum, sebab masa sekolah rendah dulu jam ni kan pelajar ada perhimpunan?" Balas Cadence.
Masa terakhir mereka berdua sekolah adalah sekolah rendah dan mereka berdua mula mencuri, membunuh, dan bekerja sebagai pembunuh upahan.
"Dasyat, lama dah tak sekolah." Kata Nymph.
Cadence hanya tersenyum. Dia tidak selesa dipandang oleh pelajar-pelajar di sekolah itu.
Apa? Pelik sangat ke tak pakai uniform sekolah? Tak kan.
"Kita masuklah, cari bilik Difen." Kata Cadence.
Nymph disebelah Cadence pelik melihat Cadence.
"Apa lagi?" Soal Cadence.
"Macam mana kau tahu Uncle Difen pengetua kat sekolah ni?"
"Lantaklah aku tahu dari mana. Bukan Uncle Ok, Difen je. Aku benci dengar kau panggil dia Uncle bagai. Naik bulu roma aku." Kata Cadence keras.
Nymph hanya ketawa melihat cara Cadence yang amat membenci Uncle Difen. Opss salah Difen.
Mereka berdua berjalan beriringan. Mata meliar mencari tanda-tanda yang ada di sekolah itu. Loceng sekolah berbunyi menandakan sudah masuk waktu kelas.
"Hishh, mana bilik orang tua ni!" Keluh Nymph.
Cadence hanya diam disebelah Nymph.
"Maafkan saya, awam berdua cari siapa ya?" Soal seorang lelaki.
"Mana bilik Uncle Difen? Eh salah bilik pengetua." Balas Nymph.
"Saya boleh tolong tunjukkan. Ikut saya." Pinta lelaki itu.
Nymph memandang Cadence, Cadence memandang Nymph. Mereka berdua saling berpandangan. Kemudian ketawa.
"Lawak." Bisik Nymph pada telinga Cadence.
Kepala Nymph ditolak menjauh.
"Jangan buat aku ketawa lagi." Kata Cadence keras.
"Ok, ok." Nymph akur mendengar arahan Cadence.
Mereka bertiga tiba didepan pintu bilik pengetua. Selepas mengetuk pintu mereka bertiga masuk ke dalam.
"Nymph dan Cadence, akhirnya."
"Shut you mouth!" Kata Cadence.
Nymph menyiku Cadence supaya diam. Cadence memutarkan bola matanya ke atas.
"Sit down." Arah pengetua itu.
Mereka berdua duduk setelah menerima arahan. Wajah Cadence dan Nymph diperhati.
"Kehadiran awak berdua dialu-alukan disekolah ini. Saya berterima kasih kerana awak berdua menerima tawaran untuk masuk ke sekolah."
"Huh, terima dalam paksa. Kalau tak, tak ada aku nak kesekolah miskin kau ni." Balas Nymph.
Lelaki yang membawa mereka berdua ke bilik itu tidak senang duduk mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Nymph.
Cadence disebelah tersenyum sinis.
"Kau sebenarnya tak layak nak ajak kami berdua ni masuk sekolah kau ni. Sudahlah..." Nymph berhenti tangan kanan Cadence terangkat menandakan berhenti.
Cadence hanya duduk diam sambil memerhati wajah Difen tajam seperti hendak menerkam orang tua itu. Tangan kiri Cadence menggenggam penumbuknya.
"Apa yang awak berdua fikir nak buat baik berhenti. Awak berdua disekolah sekarang." Ugut Difen.
Cadence ketawa mendengar ugutan Difen. Nymph disebelah Cadence menggenggam penumbuk apabila diugut sebegitu.
"Jadi betullah." Bisik Cadence sendiri.
Nymph berdiri dan mencekak kolar baju milik Difen.
"Jangan fikir kau tu bijak sangat Uncle Difen. Ugut aku bukanlah satu benda yang bijak. Kau tempah maut." Kata Nymph.
Lelaki yang mengiringi Cadence dan Nymph bertindak menghalang perbuatan Nymph. Nymph melepaskan kolar Difen kasar.
"Cikgu... Kami masuk kelas mana?" Soal Cadence mengejek.
Sebenarnya hati dia sudah panas menggelegak ketika itu. Marahnya harus cepat-cepat dibuang sebelum perkara yang tidak diinginkan berlaku.
"Follow me!" Arah lelaki itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top