chapter 7

Yusrina yang sedang baring di katil hospitalnya,tetmwnung menembusi dinding.kepalanya terasa ringan setelah berehat sehari suntuk.matanya yang sudah kuyu hendak lelap terjaga semula apabila nada dering handphonenya berdering kuat.

@Mr_Sarcastic
:assalamualaikum yusrina,esok kau dah boleh keluar wad kan? Apa kata aku nak ajak kau keluar esok?amacam?

Terukir senyuman di bibir manis yusrina.sempat lagi dia ingat tarikh aku keluar walaupun dah nak spm ni?

@psychotic_girl
:waalaikummussalam, ingat jugak kau dekat aku rupanya eik...anyway sape je yang pergi.

@Mr_Sarcastic
: takde orang lain selain kita.nak aku ajak atok nenek cucu cicit paksu paklong pakngah cik su cik na pakcik jaga punya isteri apa semua ke?

@Psychotic_girl
:kalau rasa kerwta tu besar sangat bawak lah😛

@Mr_Sarcastic
:ok ok.just the two of us.on?

@psychotic_girl
Insyaallah,dekat mall biasa kita outing ei?

@Mr_Sarcastic
:tak kisahlah..asal kau makan banyak banyak sampai kau kenyang dan puas hati aku tinggal bayar je.assalamualaikum

:waalaikummussalam.

Handphonenya kembali diletakkan di atas meja.matanya kembali termenung mrlihat dinding.senyum di bibir masih tidak lekang dari tadi.irfan.satu nama yang sinonim dengan kebencian aku,tapi now cukuplah dia ada aku dah rasa tenang.sarcastic sarcastic dia tu jugaklah boleh buat orang melting.

****
"Nak pakai baju apa je ah?"soal yusrina kepada dirinya.almarinya yang penuh dengan baju berjenama dan anggun tersusun di tenung lama.ni lah perempuan..susah nak buat pilihan lagi lagi baju.sehelai demi sehelai baju dan seluar di camoak ke katil.kepalanya yang tidak gatal digaru.tanganya masih bergerak di pipi untuk berfikir.ni?nampak ovr sangatlah pulak nak berblouse blouse.baju kurung? Nanti dia kata aku hipokrit pulak.perangai macam hantu pakai jubah atau baju kurung?hmm..kasik tutup itu muka kene bahan sama mamat tu.lahai baju lah baju.hmm..matanya tertumpu pada satu baju sweater dan seluar skinny jeans yang simple tapi cukup dipadankan dengan kulitnya yang putih.shawl hitam dan cermin mata harry poternya dicapai dari atas meja.

"Done"omelnya di hadapan cermin.
***
"Assalamualaikum,"sapa irfan menekan loceng rumah banglo yang didiami yusrina.pintu dibuka dan kedatangan irfan disambut baik bonda yusrina,puan husna.

"Masuklah,duduk dan minum minum dulu.yus tengah bersiap lagitu.biasalah..perempuan.kamu ni kawan sekelas yusrina yang datang jenguk dia dekat hospital tu kan?"soal puan husna cuba mengingati semula wajah jejaka di hadapanya.

"Aah,saya.saya muhammad ammar irfan..datin?.."balas irfan cuba mengenal pasti nama puan husna.yalah..first meet jumpa dengan parent girlfriend a.k.a bakal girlfriend, gila tak nervous?

"Tak payahlah nak beratin datin...panggil bonda husna je sudah.lagipun bonda tak ada anak lelaki.tu jelah seketul anak manja aunty."sambung puan husna sambil menuangkan kopi ke dalam cawan irfan yang masih kosong.

"Tapi aunty untung sebab dapat anak perempuan macam yusrina tu.sopan dan berbudi bahasa je bila bergaul dengan orang.dia pandai jaga akhlak dia,percakapan dia,perbuatan dia.senang cerita permata yang diusahakan aunty dengan uncle dah cukup memuaskan hati."puji irfan kembali meletakkan bibirnya di cawan berwarna putih emas berisi kopi tadi.puan husna hanya tersenyum.calon menantu ni...

"Bond-"mulutnya terhenti seiringan langkahnya melihat irfan yang sedang berbual dengan bondanya.

"Bonda! Kitaorang pergi dulu tau,assalamualaikum!"jerit yusrina terus menarik lengan irfan ke arah kereta mini coopernya di laman rumah.pintu dibuka dan ditutup kuat.matanya kecil melihat irfan yang sedang mrmandu.mukanya ditarik marah.

"Kau ni kenapa? Dah macam lembu kene letak tengah tengah jalan yang takde rumput.."soal irfan mengangkat kening.

"Apa kau cakap dekat mak aku?"soalnya semula

"Aik? Sebab tu je?..aduhai.anyway aku just cakap yang aku dah terlamoau in love dengan kau and aku nak hantar rombongan meminang minggu depan."jawab irfan selamba.bagai nak jatuh rahang yusrina mendengar.matanya terbunting melihat irfan.

"Kenapa? Takut? Tulah...lain kali,siap tu awal awal sikit aku tunggu kat luar tu dah nak dekat 30 minit tau."bals irfan tersenyum kambing mrlihat reaksi yusrina yang mengambil serious apa yang diguraukanya tadi.

"Woi! Sakitlah!"jerit irfan menggosok pehanya yang dicubit "ketam"yang sedang marah.

"Gatal"ujar yusrina menjelirkan lidahnya.

"Aduhai..eh?kau tak pakai sit belt ke dari tadi?"tegur irfan apabila matanya melihat sit belt di kerusi yusrina tidak digunakan.

"Malaslah..rimas"jawab yusrina.

"Ewah ewah..pakai sekarang! Nanti kalau jpj tahan,kene saman tau"marah irfan membuatkan yusrina terpaksa akur dengan jelingan.

"Fikir saman dia je.."gumam yusrina perlahan.

"Its not like thatlah..saman tu satu hal. yang lagi parahnya nanti,kau.kalau apa apa jadi, kau tak pakai sit belt,damage dia teruk.so..disebabkan keprihatinan aku terhadap kau,aku nak kau pakai untuk keselamtan kau.faham?dahlah kau ni susah nak diganti..nanti aku pulak yang gila tepi kubur kau.sebab dah sayang sangat.."terang irfan membuatkan yusrina tergelak kecil.

"Bab,bab tackle perempuan,number 1 ye cik irfan"perli yusrina mencubit pipi irfan.

"Takde perempuan lain aku nak tackle selain kau yusrina asyera.."balas irfan tersenyum manis.
***
Ejin dimatikan sebaik sahaja parking sudah dijumpai.

"Eh!jap jap!ada ulat dekat pintu tu!jangan bukak dulu!"

"Mana?!!seriouslah!aku gelilah!"

"Kejaplah!aku pergi tengok!kau tunggu je dekat dalam."

"Cepatlah wei!aku geli!"

Bahagian pintu yusrina dibuka lembut.

"Silakan,your highness,''ujar iran membongkokkan dirinya.

"Ei,kau ni!sengajakan,buli aku?!"dengus yusrina memukul urfan dengan handbagnya.

"Ok,ok!sorry! Aku just nak try je jadi ala ala prince charming yang dalam drama tu..kalau aku x cakap ada ulat nanti kau tak bagi bukak"jawab irfan membuat double jerk.

"Berangan je lah."balas yusrina pendek.

Pintu mall ditolak dan suasana mall yang riuh dengan orang dapat didengari.escalator digunakan untuk ke kedai makan yang sudah ditempah irfan.pintu kedai lovely restaurants dibuka Perlahan.mereka kemudianya ke kaunter untuk mengambil pesanan semalam.

"Muhammad ammar irfan.sit 2"ujar irfan kepada penjaga kaunter perempuan yang tersenyum senyum melihat irfan.meluat aku tengok!

"Oh,tempahan semalam tu kr? Macamnilah..yang tinggal harini,couple set je.kami minta maaf tapi bolehke?"soal penjaga kaunter itu serba salah.

"WHAT?!NO!"jerit iran dan yusrina serentak.

"Alamak..ingat couple tadi"bisik hati sarah,penjaga kaunter di situ.

"Memang takde cara lain ke?"

"Takde."

Irfan menghela nafas panjang.irfan memandang yusrina di sebelahnya.yusrina hanya mengangkat bahu dan berjalan duduk di tempatnya.

"Bolehlah.."balas irfan dengan nada berbisik.

Makann dan minuman serta ice cream couple set siap disediakan dan dianhkat perlahan oleh irfan.begitu hati hati dia meletakkan makanan tersebut di atas meja.

"Kau serious?"soal yusrina dengan rahang yang hampir jatuh.

"Its not a big deal lah..aku dah lapar ni.malas nak fikir lagi.please?"balas memegang perutnya.

"K,fine"sambung yusrina lagi.

Pasta dimakan do ngan soapan dan teratur.kentang menjadi makanna tambahan,dan air?ni lah problemnya.one big cup with two straw TOGETHER.

"Kau minum dulu?"

"Tqknak.kau dulu"

"Pahal lak?"

"Ladies first"

Fed up.yusrina terus mengambil straw itu lalu meminumnya.

"Kau ni cute jugak kan bila pakai baju selain baju sekolah?flawless je..manis dipandang.lagi lagi kalau tanduk moyang singa kau dah datang"perli irfan menongkat dagunya dengan mata yang masih tepat pada yusrina.yusrina yang sedang terkedu.

"Nah! Habiskan! Sampai kencing manis!"arah yusrina menukar topik.

"Ada je.."balas irfan tergelak kecil.
****
"Kau tunggu sini kejap,aku nak beli ice cream."arah irfan kepada yysrina sambil menunjukkan kedai irfan di depan.

"Pergilah.aku tak lari mana pun"balas yusrina mengangjat keningnya.

"Manalah tau.."jawab irfan terus berlalu pergi.

Mata yusrina melilau di segenap mall.kanak kanak,dewasa,remja takyah cakap dan warga tua.

"Eh?yus kan?!"jerit wan yang sedikit terkejut apabila terserempak dengan yusrina

"Ya allah! Wan! Bila sa-"belum sempat mulutnya petah berkata kata kakinya terseliuh kerana ketidak stabilan yusrina memakai heels.namun Tangan wan sempat menyambut perlahan dan lembut merangkul pinggang yusrina.tapi..hari tak selalunya cerah.perbuatan wan yang agak tidak senang di mata irfan disaksikanya.ice cream mc flurry yang dipegangya hampir jatuh.terasa lemah peganganya sekarang.perasaan marah dan sedih mengerumuni perasaan.

"Yusrina,kau balik dengan sesiapa boleh tak? Aku ada hal"suara garau yang sunggu jelas marahnya mengejutkan yusrina dari ganggang telefonya dari irfan.

"Kenapa?.."

"Tak tahu.."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top