BAB 9
Restoran de'Buceau merupakan sebuah restoran masakan Perancis mewah di bandar itu. Restoran itu sudah hampir 20 tahun lamanya. Kay melangkah masuk ke dalam bangunan mewah itu dengan pakaiannya yang basah lalu bergerak ke kawasan dapur. Di dapur itu terdapat langsir hitam yang memisahkan satu ruang yang lebih dalam dan misteri. Tanpa menghiraukan teguran pekerja-pekerja di situ, dia menerpa masuk ke dalam satu bilik yang kelam dan samar.
"Encik... encik tak boleh.." seorang chef menegur namun kata-katanya terhenti di situ apabila melihat seorang wanita berpakaian ala-ala maid menunjukkan isyarat supaya membiarkan sahaja Kay masuk ke dalam. Wanita itu ialah Serina, iaitu doktor peribadi yang menguruskan tauke restoran itu yang sakit dan tidak mampu melakukan semua kerjanya sendiri. Chef itu hanya menurut sahaja kerana sudah tahu bahawa wanita itu lebih tinggi pangkatnya.
Serina segera berjalan masuk ke dalam bilik yang dimasuki oleh Kay tadi. Langkah lelaki itu terhenti apabila tangan wanita yang tua dua tahun daripadanya itu menyentuh bahunya. Dengan wajah yang mencuka dia berpaling.
"Kau kenapa?" Kay menyoal sambil mempamerkan riak wajah jengkel. Serina hanya tersenyum. Tangannya ditarik kembali. Dia menggosok-gosok sedikit jarinya yang menyentuh baju yang dipakai Kay tadi.
"Kenapa basah?" soal gadis itu.
"Kau peduli apa?" Kay menjawab penuh jengkel. Dia berpaling semula dan menyambung kembali langkahnya. Serina terdiam. Dia sudah sedia maklum dengan perangai lelaki itu. Kehadiran lelaki itu ke sini pasti untuk membeli maklumat lagi.
Serina hanya berdiri di situ sambil menunduk. Itu yang telah diarahkan oleh tuannya, Encik Saigon. Dia dan Saigon merupakan seorang imigran daripada Jepun yang menetap di Malaysia hampir 18 tahun yang lalu. Ketika usianya 5 tahun, dia telah diambil oleh Saigon sebagai anak angkat dan sekarang, untuk membalas jasa Saigon, dia menawarkan diri untuk berkhidmat untuk lelaki itu.
"Oh, ya. Kau lebih baik sediakan apa yang patut." Kay tiba-tiba bersuara.
Serina menunduk hormat lalu berlalu pergi. Kay mencebik. Dia tidak faham mengapa gadis itu sanggup membazirkan masa mudanya dengan berkhidmat untuk lelaki tua macam Saigon itu. Dia kembali menyambung langkahnya.
Kelihatan seorang lelaki tua yang dibaluti sweater berdiri di sebuah pantri sambil mengacau minumannya. Serina muncul serta-merta untuk membantu.
"Tuan Saigon, tuan patut berehat." Lelaki tua itu hanya menurut. Dia sudah lama sedar dengan kehadiran Kay namun dia berpura-pura tidak mengetahuinya dan buat-buat sibuk. Dengan selamba dia duduk berhadapan dengan Kay yang masih lagi berdiri dengan pakaian yang basah.
"Serina, kenapa kamu tak ambil pakaian untuk Kay? Cuba kau lihat dekat dalam almari aku tu. Banyak baju masa aku muda-muda dulu..."
"Tak payah!" ujar Kay sekali gus mematikan kata-kata Saigon. Saigon tertawa kecil. Oh, ya. Dia lupa bahawa Kay bukanlah seorang kanak-kanak yang harus dilayan sebegitu. Pemuda itu sudah lama hilang perasaan untuk dimanjai sejak enam tahun yang lalu. Serina mula teragak-agak untuk pergi atau tidak.
"Kay, kau nak minum apa-apa ke?" Saigon menyoal. Dia memberikan isyarat dengan tangannya supaya Serina pergi ke tempat lain dahulu buat seketika. Kay hanya mencebik.
"Aku tak ada masa untuk menempah minuman Saigon." Kay menyindir selamba. Tiada langsung nada hormat dalam percakapannya meskipun Saigon adalah bapa angkatnya yang sah. Saigon menjongketkan keningnya.
"Kay!" Serina tiba-tiba sahaja bersuara. Dia berasa kurang senang dengan tingkah laku Kay yang biadap setelah Saigon cuba untuk berbicara baik-baik dengan lelaki itu.
"Serina! Jangan masuk campur." Saigon menegur. Serina segera meminta maaf dan berlalu pergi.
"Mana maklumatnya?" Kay menyoal. Saigon tersengih.
"Ada, ada. Kau jangan risaulah Kay. Tapi..."
"Tapi apa?" Kay mula tidak sabar.
"Maklumat kali ini agak mahal." Saigon masih lagi berdolak-dalik. Kay mula tersenyum. Dia mula mengerti mengapa maklumat itu mahal. Mangsanya kali ini pastinya bukan calang-calang orang. Itu pasti akan menambahkan keseronokannya nanti. Dia mula tidak sabar-sabar untuk mengetahui mangsanya kali ini.
"Berapa?" Kay menyoal. Senyuman di bibirnya masih belum lekang.
"100 ribu." Pantas sekali Saigon menjawab. Matanya diluaskan sambil merenung wajah Kay. Dia mula teruja untuk melihat reaksi Kay.
"Maklumatnya?" soal Kay tanda bersetuju. Dia langsung tidak perlu berfikir panjang seolah-olah kemenangan sudah berada di pihaknya.
Saigon tiba-tiba sahaja tertawa. Dia segera mengarahkan Serina untuk mengambil fail dan sampul yang berisi maklumat tentang penyeleweng kali ini. Setelah mendapatkan sampul tersebut, dia menghulurkannya kepada Kay. Lelaki itu segera mencapai sampul tersebut namun Saigon tidak mahu melepaskannya.
"Ceh, apa pulak kali ni?" Kay bersuara malas. Tangannya dilepaskan.
"Orang yang kau nak tipu kali ini bukan calang-calang penyeleweng. Nah, tengok gambar dia!" Saigon menghulurkan gambar seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an kepada Kay. Dengan malas Kay merenung gambar itu. Hmm, macam biasa je.
"Boleh terangkan?"
"Heh, semuanya dah ada dalam sampul ni. Kau bacalah sendiri. Dalam sampul tu pun ada gambar mangsa yang terbaharunya. Mungkin kau boleh buat sesuatu dengan lelaki ni." Kay menyambut huluran itu. Kali ini barulah Saigon dengan rela melepaskan sampul tersebut.
"Kay, sampai bila kau nak buat kerja ni?" Saigon tiba-tiba menyoal saat Kay baru sahaja hendak melangkah pergi. Kay tersengih dan berpaling. Sweater milik lelaki tua itu ditarik menyebabkan lelaki tua itu terdorong ke hadapan.
"Kalau bukan sebab kau, aku takkan jadi macam ni!" Kay menyoal dengan suara yang ditekan-tekan. Saigon tersenyum. Kalau dia masih muda dan sihat, sudah pasti lelaki ini tidak berani memperlakukannya sebegini. Serina yang melihat mula cemas namun dia tidak mampu melakukan apa-apa.
"Jadi, kau nak bunuh aku?" Saigon menyoal. Sengaja ingin memprovok lelaki itu. Dia suka melihat lelaki muda itu menahan perasaan marahnya.
"Memang! Memang aku nak bunuh kau! Lepas semuanya dah selesai, kau orang pertama aku akan bunuh!" Kay menolak orang tua itu ke belakang. Nasib baik Saigon sempat bertongkat di meja pantri itu. Serena segera menerpa ke arah tuannya.
"Tuan Saigon!"
"Aku tak apa-apa." Saigon tersengih sambil menahan keperitan akibat ditolak oleh Kay. Dari sorot cahaya yang malap itu, matanya hanya mampu menjeling langkah Kay yang pantas hilang daripada pandangannya.
***
Kay tidak berlengah lagi. Dia segera menuju ke rumah mangsa terakhir kes penipuan tersebut untuk mendapatkan maklumat tambahan. Suasana di rumah itu agak kecoh. Tanpa memberi salam mahupun meminta izin, dia melangkah masuk ke dalam rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku.
"Sal, abang minta maaf! Abang minta maaf!" lelaki yang hampir separuh abad itu melutut di hadapan isterinya. Puan Salmi mulai sebak melihat keadaan suaminya yang sebegitu. Alangkah bersyukurnya dia apabila suaminya tidak apa-apa.
"Dah, bangun. Tak apa Sal maafkan abang." Seira yang melihat situasi itu turut berasa sebak. Nasib baik Allah masih sayangkan dia dan bapa saudaranya.
"A..abang hampir bunuh diri, ta...tadi." Mengucap panjang Puan Salmi mendengar pengakuan daripada mulut suaminya.
"Abang! Astaghfirullahalazim! Kenapa bang? Kenapa? Ya Allah. Kalau pun ada masalah yang besar seperti sekarang ni, Salmi kan ada. Kenapa kita tak boleh berkongsi masalah? Abang tak percayakan Sal ke?" Puan Salmi mula berjauh hati. Dia mula menangis teresak-esak.
"Sebab dia bodohlah dia nak bunuh diri!" tiba-tiba ada suara lelaki menyampuk. Mereka semua berpaling ke arah pintu dapur.
"Awak? Kenapa awak kat sini?" Seira tiba-tiba sahaja bersuara. Terkejut bukan kepalang dia apabila tak sampai sehari mereka berpisah dan sekarang sekali lagi mereka dipertemukan. Kegilaan apakah ini? Dahla masuk tak bagi salam.
Kay tidak menghiraukan suara gadis itu yang jelas terkejut dengan kehadirannya apatah lagi tuan rumah itu sendiri.
"Encik Musa kan?" Kay menyoal. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Encik Musa teragak-agak untuk menyambut salam yang dihulurkan oleh Kay itu. Belum sempat tangan mereka bersentuhan, Seira segera menarik Kay ke belakang.
"Gila ganas..." Kay mengomen tanpa segan silu. Seira mengetap bibirnya. Apasal lelaki ni kurang ajar sangat hah?
"Kenapa awak cakap macam tu dekat Pak cik saya. Awak tak faham apa yang berlaku so, jangan berlagak pandai! By the way, thanks. Sebab tadi selamatkan saya." Lega sebentar hati Seira setelah berjaya mengucapkan terima kasih terhadap lelaki itu.
Kay blur. Kata-kata Seira dipandang sepi. Cis, buang masa aku betullah budak ni! Dia berpaling menghadap Encik Musa yang masih termanggu-manggu sejak tadi.
"Encik Musa kan?" lelaki itu mengangguk-angguk mengiyakan.
"Encik..?" giliran Encik Musa pula menyoal.
"Aku Kay." Ringkas sahaja pengenalan dirinya. Encik Musa baru sahaja ingin menyoal dengan lebih lanjut tetapi Kay terlebih dahulu menerangkan niatnya.
"Aku dapat tahu, kaulah mangsa sebuah syarikat penyelewengan bukan? Jumlah wang yang ditipu...hmm agak banyak juga, 10 ribu bukan? Dan...sepatutnya kau akan dapat keuntungan lima kali ganda daripada apa yang kau laburkan dalam masa sebulan, tetapi setelah itu syarikat itu hilang begitu sahaja bukan?" satu-persatu dia menerangkan apa yang berlaku. Terlopong semua yang mendengarnya.
"Ma,macam mana encik err Kay tahu? Encik ni siapa?" Encik Musa mula ragu-ragu dengan kehadiran lelaki itu lebih-lebih lagi masa dia dan Seira diselematkan oleh lelaki itu.
"Alah, tak payah nak berencik dengan aku. Panggil je Kay. Kerja aku sama macam orang yang menipu kau tu." Kay tunduk melihat kanak-kanak lelaki yang yang berdiri di sisi Encik Musa. Wajah kanak-kanak itu sedikit mencuka.
"Hai, nama kamu apa?" Kay mengukir senyuman penuh mesra terhadap kanak-kanak itu.
"Haikal, nama abang Kay kan?" petah sekali kanak-kanak itu menjawab. Kay tertawa senang. Kepala kanak-kanak tersebut digosok. Seira tersenyum melihat Kay yang begitu mesra dengan kanak-kanak itu.
"Maksudnya err, kau ni penjenayah? Apa yang kau nak hah?" Encik Musa bersuara dengan nada yang tinggi. Dia bimbang andai pisang berbuah dua kali. Kay tersenyum mendengar bicara lelaki itu. Dia lantas bangkit.
"Aku akan bantu kau dapatkan balik duit 10 ribu kau yang hilang tu!" terkejut Encik Musa mendengarnya. Nonsense. Ini tidak logik sama sekali. Macam mana?
"Macam mana?"
"Senang je. Aku akan tipu dia balik untuk dapatkan duit kau, tu je." Kay berjalan-jalan ke sekitar dapur itu. Peti sejuk dibuka dan tanpa meminta izin dia mengambil sebatang lollipop yang berada di dalamnya.
"Hei, itu yang Haikal..." Haikal bersuara sayu. Sedih melihat gula-gula dimakan oleh seorang lelaki dewasa.
"Buatlah apa yang awak nak buat, tapi kita ada undang-undang. Saya dan Pakcik akan pergi jumpa polis dan buat laporan. Kami takkan bersubahat dengan..." Seira tiba-tiba menyampuk namun kata-katanya terhenti apabila Pakciknya bersuara.
"Baik! Cakap apa sahaja yang perlu aku lakukan untuk dapatkan balik duit tu!" Encik Musa kelihatannya sudah termakan dengan tawaran Kay.
"Pakcik!" Seira menjerit tidak percaya. Kay pula sudah tersenyum kemenangan.
"Ok, deal. Aku akan terangkan segalanya. Kerjanya tak susah pun. Ikut sahaja dan semuanya akan berjalan lancar. Jangan risau. Aku pun benci dengan penjenayah macam tu." Ujar Kay sambil menghisap lolipop ditangannya.
"Terima kasih! Kay aku mohon dekat kau, tolong aku dapatkan balik duit tu!" Encik Musa tiba-tiba sahaja melutut di hadapan Kay. Sungguh situasi itu langsung tidak menggembirakan hati Seira. Tindakan bapa saudaranya itu amat bertentangan dengan prinsipnya iaitu tidak akan bersubahat dengan sebarang penjenayah. Ini langsung tidak masuk akal!
Kay tersenyum. Mana mungkin ada yang sanggup menolak peluang ini.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top