Finale
“Kita dah sah cerai. Aku dah tanda kontrak tu…”
“Aku tunggu kau. Sampai Min Joon bangun. Aku janji…”
--------------------
Setahun telah berlalu. Tidak Min Young menyangka masa berlalu dengan pantas sejak dia sudah bergelar sebagai janda. Senyuman manisnya menghiasi wajah tatkala melihat bingkai gambar dibilik pemakaman.
Sejambang bunga dihadiahkan buat si mati. Keluhan kecil memenuhi keheningan bilik.
“Dah setahun. Tak sangka kan?” Ujar Min Young pada si mati. Tawa sayu dilepaskannya.
“Maaflah Rayyan. Nampaknya hasrat kau tak menjadi. Aku still dapat hidup.” Setiap tahun, inilah rutin Min Young. Walaupun Rayyan cuba membunuhnya, si gadis tidak menyimpan dendam. Well, jika Rayyan tidak membohonginya tentang status dirinya, mungkin dia dan Min Young masih boleh bersama.
“Aku hargai kau suka aku sampai sanggup━━” Belum sempat Min Young mahu feeling luah perasaan dengan debu mayat Rayyan, datang pulak yang mengacau.
“Uit bakal bini disana. Rancak sembang dengan ex~” Si gadis mengulingkan bebola matanya. “Awak tunggu kat luar lah. Jangan kacau.” Namjoon pula hanya tersenyum riang lalu menghampiri bakal isterinya.
“Eh eh. Mana boleh tinggal awak sorang-sorang dengan ex. Nanti dia bangun, bawak awak lari? Siapa yang susah?”
Min Young mengeluh kecil. “Yelah~ Awak janganlah risau. Macam tak kenal je saya ni cam mana. Hmm.”
“Hahaha~ Mestilah tau.” Bahu si gadis lantas diusap lembut. Min Young pula pantas menepis.
“Awak jangan macam-macam. Rayyan ni dahlah mati broken terjun bangunan hospital. Nanti tak pasal-pasal dia ikut awak balik. Hormat sikit arwah single ni.” Alasannya buat Namjoon meluat aje.
“Esok dah nak jadi bini pun, nak jual-jual mahal lagi. Cis.” Min Young tak tau nak cakap apa. Makin lama dia kenal Namjoon, baru dia tahu yang bakal suami dia ni manja orangnya.
Berkarisma dipentas tetapi manja bersama Young. Makin melebar senyuman si gadis.
“Okay. Okay. Habis kita doa, kita balik.” Pujuk si gadis. Namjoon menatap lembut wajah si gadis. Seukir senyuman dihibahkan tatkala mengganguk.
--------------
“Oi! Mama! Bakal pengantin dah balik tu. Syok nau dating kat makam ex.” Keluar-keluar aje dari kereta, laju si Seo Jung menyapa dua ketul bakal pengantin tersebut. Seo Jung yang baring diriba si ibu yang duduk di pangkin rumah lantas bangun.
“Hahaha. Ni. Young ni. Lama sangat sembang dengan ex.” Ujar Namjoon tatkala baring diriba ibu mertua.
“Ish, ish. Esok dah nak jadi isteri orang pun takleh move on. Payah anak mak ni.” Macam biasa, Min Young pasti dibangkang sang ibu.
“Alo mak ni. Sikit-sikit Joon je. Menyampah.” Min Young pulak mencebik lalu rebah diriba kanan sang ibu.
“Eh. Mana ada sikit-sikit. Kalau menantu mama ni, banyak-banyak je ye.” Diusap-usap rerambut dua ketul insan diribanya. Sang ibu sayang dua-dua, just menantu lebih sikit.
Sesaat Min Young melihat laman rumahnya. “Mana MinMin?” Si gadis kepelikkan. Selalunya Min Joon ada aje main dihalaman rumah, tibe harini takde pulak.
“Ouh. Dia keluar dengan Sang Hoon and ayah.” Seo Jung pula yang menjawab. Min Young dan Namjoon kebinggungan sekejap.
“ Dia kan satu hari nanti jadi suami aku. Dia kenalah menepati unit piawai bakal suami aku. HAHAHA.”
“Eceh ko. Dulu kata nak laki international. Ending, mamat tu jugak jadi pilihan HAHAHAHA.” Sempat Young meng’anjing’ orang tu. Seo Jung hanya tersengih jahat.
“Eleh. Cakap orang. Dia pun sama. Mula nak cerai, pastu nyesal bila dah cerai. Sanggup sergah dorm BTS. Nasib tak kena tangkap. HAHAHA.”
Hah, meng’anjing’ orang at last kena batang hidung sendiri.
“MAMA! TENGOK SEO JUNG!” Dari baring terus bangkit plus terpekik tepi telinga sang ibu. Sang ibu buat muka derp sahaja. Benda ni biasa berlaku dalam hidup si ibu. Dah sebati dah tengok dua ketul anak gadis ni bergaduh.
“Hah okay. Mak tengok.” Si ibu tenung jelah.
“HAHAHA TAK DILAYAN! BLEWEKK.”
“Ko ni memang nak kena.” Min Young pantas menyingsirkan lengan baju blousenya. Baru nak buka langkah, sebuah lagi kereta Sedan putih parking dihadapan rumah.
“EH EH! SUAMI MAMA DAH BALIK!!! SAYANGGGGGGG.” Gedebuk kepala menantu terhantuk ke lantai kayu milik pangkin.
Baru Namjoon nak lelap diriba ibu mertua, time-time tu pulak Sang Hoon dan ayah mertuanya pulang dari pasar.
Sebagai menantu yang baik, dia bangun menyapa sang bapak mertua. “Banyaknya barang, pa…” Tegur Min Young sambil membuka beberapa beg plastik di bonet kereta.
“Alahai. Malam ni kita nak menyambut birthday kamu dengan… Hiks.”
Berkaca mata si bapa bila mengenangkan anak gadisnya esok bakal jadi milik orang. Well, untuk sekali lagi.
“Papa tak menjangka cepat nau kamu dengan Seo Jung besor. Dulu, ketuk pintu rumah, kecik je lagi korang dua. Haish sorang dah berpakwe. Sorang dah nak jadi bini orang. HUWAAA.” Paroh. Drama bapak-bapak pula.
“Alo. Alo. Sayang. Lepas ni kita boleh halau dua-dua ni keluar. Boleh kita dating berdua. Rawr.” Si ibu lantas memujuk suaminya dengan manja.
Dua pasang pasangan muda tersebut hanya merenung kosong sahaja. “Erm, hyung. Nah. Sorry bawak MinMin tak kasi tau ko.” Sudah setahun, Sang Hoon masih lagi malu-malu kucing berdepan dengan Namjoon.
Si kecil, Min Joon hanya meratap kosong dengan sepasang mata coklat dragon eyes nya.
Konklusinya doa Min Young termakbul. Hampir 90% muka Min Joon seiras dengan Min Young. Hanya mata dan warna rambut je yang ikut Namjoon.
“Nyeh.” Min Joon berbunyi tatkala menyorokkan wajahnya dipangkal tengkuk Namjoon.
“Ko tau tak, MinMin dah boleh cakap but dia taknak cakap. Hmm kenapa aku dapat rasakan aura Young kat budak ni.” Komen Seo Jung sambil mencucuk-cucuk pipi si kecil.
Si kecil pula memberi reaksi dengan mengigit jari milik makciknya.
“UISH? Anak hang kebulur ke?”
“HAHAHA PADAN MUKA! AKU AJAR DIA TU! HAHAHA” Min Young pula menyampuk.
Pokoknya, dua ketul gadis itu saling bertepuk tampar. Manakala pasangan tua di bonet kereta bersemut-semut disana.
Sang Hoon dan Joon hanya kaku dan berfikir sejenak adakah mereka sahaja yang waras sekarang ni?
-----------------
Malam menjelang. Min Young duduk dipangkin rumah seusai pesta birthdaynya tamat. Tubuh berselingkuh dengan selimut agar kehangatan tubuhnya kekal.
Diperhatikan bulan dilangit. Adakala pandangannya berubah ke loket rantainya. Gelak kecil apabila terkenang date pertama di beranda hospital. Seutas rantai yang diberikan Namjoon adalah harta yang dia sayangi.
“Hai awek. Tak baik duduk luar sorang-sorang malam camni.” Celah Namjoon dengan dua gelas air.
Min Young tersenyum lalu menepuk-nepuk lantai kayu pangkin disebelahnya. Namjoon yang sudah sebati dengan signal milik Min Young langsung duduk disisinya.
“Well, MinMin dah tidur. Bolehlah kita dating eh?” Seloroh Namjoon. Min Young cuma menjongketkan bahunya. Air yang dibawa Namjoon dihirupnya sebelum saling berpandangan dengan bakal suaminya. Tersengih kecil si gadis.“Bukan kita dah selalu dating ke?”
“Yelah tu selalu. Kita busy aje setahun lepas. Awak busy settlekan kuliah, saya busy konsert. Hmm, sedar-sedar esok kahwin.” Banyak betul merengek si Namjoon ni. Mengomen 24/7 je.
“Date through phone pun ok apa. Alah senang citer kita memang tak payah dating dah.” Langsung si gadis meletakkan kepalanya dibahu milik Namjoon. Kakinya pula dihayung-hayung kecil.
Bahagianya tidak terkata.
“Dulu kita kahwin kebetulan tu, dah cukup buat saya sayang kat awak.”
Geli pula hati Namjoon mendengar confession Min Young.“Saya menyesal gila tanda kontrak tu. Rasa nak hempuk diri sendiri tau.”
“Ye eh? Entahlah. Saya bersyukur kena cerai.” Terus Min Young menjengil tetap anak mata milik Namjoon. Namjoon pula terkedip-kedip dibuatnya apabila sepadu tumbukkan kena dilengannya.
“Harey punya laki.”
Namjoon tergumam. Lama Min Young tak carut-carut kat dia. Sedangkan sekarang pun dah ber’awak’ ‘saya’.
“Eh betul apa? Yelah, dapat jugak saya melamar awak macam orang lain. Dapat juga awak merasa cincin kat jari tu.”
“Ouh.” Si gadis langsung melihat jari manisnya yang sudah bersarung cincin emas. Mata berlian yang diukir serupa dengan loket rantainya direnung. Tanpa disedari si gadis, jari jemari kecilnya diusap lembut oleh sang suami.
“Tau tak, cincin ni. Saya beli satu set dengan rantai tu.”
Min Young kaku. “Eh? Jadi kenapa tak bagi sekali time awak bagi rantai ni??” Sekali lagi mata mereka berdua bertembung. Min Young memberikan raut wajah ingin tahunya.
Namun Namjoon hanya senyum lalu sambung bermain dengan jari jemari bakal isterinya.
“Entahlah. Ingat nak melamar awak time tu. Tapi tiba-tiba hati ni kata jangan. Katanya, belum waktunya nak melamar. Hahaha, betul lah firasat tu kata.” Anak mata Namjoon menatap iris coklat milik Min Young.
Tangan si gadis diramas lembut.
“Saya akan dapat peluang untuk melamar awak sekali lagi.” Min Young berubah merah disaat wajahnya mereka berdua hanya beberapa inch jaraknya.
Haish, Namjoon kian nak jadi suami, makin sweet.
“H━Hahaha. Ada hikmah lah saya tanda kontrak cerai tu?” Namjoon hanya mengangguk.
“Well, kita ditemukan dengan cara yang luar biasa. Kita putus. Dan kita disatukan semula. Jodoh tak pernah salah alamat.” Kias Namjoon.
“Alah. Awak pun setia tunggu saya. Sanggup tunggu setahun nak lamar saya.” Min Young membalas. Mata mereka masih bertatapan.
Jika boleh dia mahu Namjoon menjadi orang pertama yang dia akan lihat setiap kali bangkit tidur.
“I love you.” Luah Namjoon kepada si gadis.
Min Young kaku sesaat. “Apa tu?”
“Huh? Biar betul hang ni? Takkan tak tau? Dah sah habis diploma kan ni?” Tersentap pulak Namjoon dibuatnya. Dan-dan tak fahamnya.
Min Young terbahak dibuatnya bila melihat wajah derp milik Namjoon. “Alahai awak ni! Gurau je! Saya tau!”
Min Young langsung merapatkan semula wajah mereka berdua. Dahi mereka berdua saling bertemu. Si gadis memejamkan matanya.
“Hey, the moon is beautiful, isn’t?” Ujar Min Young sambil mengukir senyuman.
Ungkapan tersebut langsung membuatkan Namjoon tersenyum. Sedetik anak matanya melirik kearah langit. Bulan yang menerangi langit dan bintang-bintang menemainya. Langsung matanya dipejam.
Lalu Namjoon hanya mengumam kecil. “Yeah.”
Dengan itu, bibir mereka berdua disatukan dengan rasa cinta.
------------------------
© TAMAT ©
Dear, LUVYJOONS- HAPPY BIRTHDAY
WKWKKW MAKA TAMATLAH DAN DUA BONUS CHAPTER AKAN DIPUBLISH SECEPAT MUNGKIN. SEE U SOON! MESTI KORANG NAK KENAL-KENAL DENGAN MINMIN EH WKWKW
MEH KITA SALING BERINDU² BERSAMA² AUMS
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top