Chapter 73
Feel like a failure
'Cause I know that I failed you
I should've done you better
'Cause you don't want a liar
I need to be the one who takes you home
------------------
Nafas dalam diambil memenuhi peparu. Kelopak mata dibuka perlahan dan si gadis melihat dirinya di dalam pantulan cermin. Perlahan-lahan nafasnya dihembus talkala senyuman kecil menghiasi mukanya. Harinya sudah tiba. Sang suami sudah pulang akhirnya.
Tiga hari tanpa Namjoon disisi, memberikan kesan hebat pada si gadis. Well, segalanya sudah dirancang bijak oleh sang musang licik. Apa yang diangan-angankan Min Young, hancur dalam sekelip mata. Tapi, takpelah. Benda nak jadi, tidak mampu dihalang.
Dibelek-belek sedikit kulit wajahnya. Tidak mahu ada yang cacat cela semasa mahu menyambut kepulangan sang suami yang dirindui. Min Young pastikan penampilannya tampak anggun walaupun dirinya baru dihempap musibah. Kesedihan bukan penghalang buatnya untuk kekal tersenyum. Well, dia dah biasa.
Usai puas dengan penampilannya. Lantas dia meninggalkan bilik mandi. Orbit iris milik Min Young merenung akan bagasi diatas katilnya. Kini, dia sudah bebas dari tahanan wad. Nampaknya, dia sudah boleh pulang.
Perkara yang sungguh si gadis nantikan telah tiba sebaik mendengar ketukkan dipintu. Langsung kaki Min Young melangkah teruja ke pintu. Tombol pintu yang sejuk dicapai dan langsung dibuka.
Senyuman manis yang tertacap diwajah diganti dengan muka annoy.
"Jung? Mana mamat tu? Kau kata kau pergi jemput dia kat lobi?" Muka Seo Jung pulak yang tercenguk dipintu bilik Min Young. Lain yang dia tunggu, lain yang datang.
"Haish, dia ada je. Just, tadi doktor nak sembang-sembang dengan dia ~ Yelah, dia baru je sampai." Balas Seo Jung sambil berpeluk tubuh. Min Young pula membalas dengan keluhan. "Hey. Kau betul nak jumpa dia sekarang ke? Kalau tak, aku suruh dia..." Ayat Seo Jung dibiarkan tergantung.
Raut wajah Min Young telah memberitahu segalanya. "Tak. Aku nak jumpa dia. Kau tahu kan? Aku rindu dia."
"Pfft. Kau rindu dia? Ya tuhan, terima kasih kerna bukak bijik mata adik gue ni. Finally, tau jugak dia sayang suami." Tak taulah adakah itu perlian ataupun tanda syukur akhirnya Min Young dah tahu erti berumahtangga. "Hah, panjang umurnya. Dia dah sampai."
Akhirnya, penantian Min Young telah tamat. Kehadiran Namjoon dimuka pintu wadnya sudah cukup memberikan dia nafas untuk kekal hidup dibumi yang nyata. Belum sempat Min Young nak menyapa Namjoon, laju saja Seo Jung nak mencelah.
"Apa kejadah sembang kat depan pintu?! MASUKLAH!" Lantas Seo Jung menolak belakang tubuh Namjoon dengan kudrat gadisnya. "Hah, suami isteri kena sembang dalam bilik. PrIvAsI ~~" Sebaik ayat 'berisi' Seo Jung mengelongsor dari bibir, terus pintu wad milik Min Young ditutup.
"Nasib kau tak jatuh atas aku. Kalau tak- Kenapa kau pandang aku camtu?" Renungan kosong Namjoon membuatkan Min Young tertanya. Tawa kecil milik Namjoon kian membuatkan Min Young tercengang.
Atas bawah Min Young scanning suami sendiri. Seram sejuk menerepa tubuh si gadis sebaik Namjoon melangkah mendekati dirinya. Min Young menelan kelat salivanya. Tidak dinafikan, Min Young ketakutan apabila Namjoon cuba mendekatinya.
Struktur tubuh Namjoon seolah Rayyan membuatkan dia lebih gugup. Selepas kejadian keguguran itu, tiada seorang lelaki pun dibenarkan mendekati bilik wad Min Young. Tetapi, apabila berita Namjoon sudah dapat pulang ke tanah air, Min Young memujuk para doktor untuk benarkan dia bertemu dengan Namjoon.
Rasa gementarnya hilang seusai si gadis ditarik lembut lalu didakap erat di dalam lengan milik sang suami. Nafas ditarik dalam dan senyuman diukir setelah Min Young dapat menghidu perfume milik sang suami. Langsung si gadis membalas akan pelukkan itu. Wajahnya dibenamkan ke dada milk sang suami.
Benar, dia rasa selamat.
Malangnya, Min Young teringat akan sesuatu yang penting. Hal itu langsung membuatkan si gadis menolak tubuh Namjoon agar jauh darinya. Namjoon pula yang terpingga.
"M-Maaf. Aku- Haish! Takde apa-apalah." Hujah si gadis talkala pantas ke katilnya.
Segala baju yang sudah dilipat dimasukkan ke dalam bagasinya. Namjoon yang masih bingung hanya mendekati si gadis.
"Dah makan?" Soalan Namjoon berjaya menghentikan tingkah si gadis. Tiba-tiba sahaja dirinya dibelenggu dengan kemalangan peritnya. Min Young mengetap bibirnya. Cuma tuhan sahaja yang tahu rasanya.
"B-B-Belum."
"Dah berapa lama?" Soalan tersebut membuatkan si gadis menjadi serba gugup. Selepas kejadian tregadi itu, si gadis menahan dirinya dari menyentuh makanan. Adakala, minuman juga dia tidak sentuh. Dirinya dibungkus dengan trauma yang tidak dapat diujarkan.
"Hurm, kau dah boleh keluar wad eh? Jadi, boleh lah kita balik eh? Takpelah. Kot kau tak suka makanan kat hospital. Kita boleh makan kat rumah je." Terang Namjoon dengan sehibah senyuman manis miliknya.
Min Young pula? Dia kaku lagikan tak berkutik. Nafas ditarik sebelum dia memberanikan diri untuk bersua muka dengan sang suaminya. "Joon... Aku bukan balik rumah kita."
Sekali lagi, Namjoon terpingga. "Jadi? Kau nak balik rumah mak kau? Ouh, kau balik dengan Seo Jung lah ni?" Malangnya, tekaan Namjoon dibalas dengan gelenggan.
"A-Aku..." Berat sungguh hati si gadis mahu memberitahunya. Akibat tidak mampu, si gadis mengeluarkan sehelai kertas dari bahagian kecil dalam bagasinya. Langsung sehelai kertas yang dilipat dua itu dihulurkan kepada Namjoon yang masih buntu.
"Aku dah tandatangan surat cerai kita ni." Terlucut sahaja pengakuan Min Young itu, langsung membuatkan Namjoon sedar segalanya. Lantas kertas itu dirampas dan dibaca setiap bait perkataan yang tertera.
Seutas garisan dikiri kertas itu sudahpun berkata segalanya. Ia telah tamat.
"O-Okay. Selamat tinggal." Langsung Min Young mengheret bagasinya. Dia mahu pergi. Pergi sejauh yang dia mampu. Biarkan memori indahnya lenyap secara perlahan-lahan dan mulakan kehidupan yang baharu.
Melihat si gadis kian mendekati pintu. Lantas lengan milik Min Young ditarik Namjoon. Namjoon masih tidak puas hati dengan perbuatan si gadis. Dia perlukan penjelasan kukuh. "Y-Young? K-Kejap? K-Kenapa? Kenapa tiba-tiba je kau tanda benda ni? Aku-"
Membulat orbit iris coklat milik Namjoon melihat Min Young mengalirkan air mata. Tidak pernah Namjoon lihat Min Young mengeluarkan sebarang emosi selama ini. "Young?" Pantas si gadis merentap lengannya. Air mata yang keluar dilap rakus.
Walaupun dilap, kornea mata si gadis tampak merah. "Joon. Terima jelah. Hubungan kita sampai sini je! Cukup! A-Aku dah tak tahan! Biarkan aku pergi! Cari pe-perempuan lain! Ramai lagi yang nakkan kau!"
"K-Kau! Kau tak tahu apa yang aku rasa! Be-Berapa banyak dugaan yang aku dah kena!? K-K-kau takkan tau! Cukup! Kita dah memang takde apa-apa. M-M-Min Min pun..." Air mata jernih yang bertakung kini tidak mampu ditahan. Ia mengalir tanpa henti. Sedaya upaya si gadis mengelapnya. Tapi ia kekal mengalir.
"Young? Nak dengar sesuatu tak?" Senyuman manis milik Namjoon masih tidak lekang. Rambut hitam milik si gadis dimainkan bagi memberikan signal pada si gadis bahawa 'dia selamat dengannya'.
Walaupun tiada sebarang reaksi dari Min Young, Namjoon menganggap jawapannya 'iya'. Namjoon berhati-hati membawa Min Young ke sofa berdekatan. Sang jejaka duduk diatas sebuah meja kayu yang turut disertakan dalam bilik tersebut.
Kini, Namjoon pula mendongak melihat si gadis yang sudah teresak-esak dalam tangisan. Min Young mengesat setitisan air mata. Tersedu-sedu dia menangis. "Maaf. Betul apa yang kau kata."
"Aku tak bantah. Betul cakap kau. Aku tak faham apa yang kau lalui." Balas Namjoon. Anak mata lembut merenung kornea merah milik sang isteri. "Tapi Young. Aku tahu apa itu kesakitan."
"Kau nak tau? Masa mula-mula aku nak jadi idol ni, banyak betul dugaannya. Hahaha! Sampai ada dapat surat kena ugut nak kena bunuh lagi."Tiba-tiba sahaja hati Min Young tersentak. "Lepas tu kan. Aku ingat bila aku dah famous, tenang dah hidup aku. Ceh, rupanya makin teruk kenanya."
Terkedip-kedip mata si gadis. Langsung tidak dilepaskan eyes contect diantaranya dan Namjoon. "Jadi Young? Kau tahu faham tak apa yang aku lalui?" Si gadis mengetap bibir lalu mengeleng kecil.
"Iya. Sebab kau tak rasa dugaan yang sama. Sebab tu kau tak tau. Dan samalah macam aku. Aku tak rasa dugaan yang kau rasa. Tapi... Kita sama-sama tahu apa tu 'sakit'"
Penerangan Namjoon cukup membuatkan Min Young kian lemah lutut. "Dan... Aku dengar dari doktor, kau dah putus asa eh?" Jari jemari milik si gadis dimainkan bagi menenangkan lagi jiwa Min Young.
"M-M-Min cuma a-ada 50 peratus nak hi-" Meletus sekali lagi kantung air mata milik Min Young. "-Mustahil."
Namjoon mengangguk faham. Tipulah jika dia tidak terkilan melihat anaknya sendiri dicucuk segala wayar demi jantung si kecil kekal berdegup. " Young, peratusan itu cuma nombor. Tak tentu kalau doktor kata kau mati esok, means kau mati esok juga."
"K-Kau tak patut putus harapan. Kau tu 'semangat' untuk MinMin. Kau yang paling rapat dengan dia. Jadi, jangan putus asa."
Ayat Namjoon cukup membuatkan Min Young sebak. Akibat tidak mampu bertahan, bahu milik Namjoon dijadikan tempat dia meneratapi. Dipeluk erat talkala duduk diriba milik bekas suaminya.
"Jangan risau. Aku ada dengan kau sampai Min-"
"-Min Joon. Kim Min Joon..."
Namjoon tersentak seketika dibuatnya. Belakang tubuh si gadis diusap lembut talkala merehatkan dagu dibahu milik si gadis. Dan apa yang Min Young rasa beberapa titisan air jatuh ke bahunya.
"A-Aku t-tunggu sampai Min Joon bangun..."
---------------
HAI PUTERI DAN PUTERAKU. AUTHORMU INI TELAH MENGHILANG SELAMA 5 BULAN AND BARU SEKARANG TERCYDUK NAK UPDATE. AND YOU KNOW WHAT!? RAMAINYA MENANTI GUE UPDATE. BTW SORI SEBAB PANJANG BEBENOR 😭
Sorry gais. Thanks sebab stay tuned. And enjoy! Btw, gue rindu kalian! ❤
Road to final
3 chapters on countdown
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top