Chapter 72

Killing me slow with the words you wrote
The heart you broke

Thin white lies

-----------------

Sarapan yang hangat, terhidang elok diatas meja berhadapan katil. Tapi ia tidak disentuh Min Young. Iya, si gadis sedang melayan perasaan...

"DOWH! WEH! AKU SYAK JOON DAH MERENG! WEH! APA MAKSUD DIA YANG AKU PERMULAAN IMPIAN BARU DIA?? DOWH! CUBA TERANGKAN KAT AKU WEH!?" Tercunggap-cunggap Min Young dibuatnya. Segala luahannya berjaya dikeluarkan dengan pipi yang membahang.

"AH BAGUS! AKU YANG GILA CAKAP SORANG-SORANG DENGAN KERUSI HUWAAAAAA!!!" Sendu si gadis rupanya dia cakap sorang-sorang. Langsung si gadis mengembungkan pipinya dengan udara talkala berpeluk tubuh.

Dipandang akan kakinya yang masih berselindung di dalam selimut. Nampaknya, sepanjang hari ini dia mungkin akan berbaring sahaja diatas katil bersendirian.

Min Young rindukan Namjoon. Baru dia sedar betapa suram hidupnya jika Namjoon tiada. Min Young rindu Namjoon walaupun baru subuh tadi suaminya berlepas ke luar negara.

Baru sehari hilang suami, Min Young dah rindu. Dia musykil macam mana dia mampu bertahan semasa Namjoon mogok tak balik sebulan dulu. Hurm, nampaknya, banyak yang sudah berubah.

Dalam lamunannya, secara mengejut pintu bilik si gadis diketuk. Min Young mengukir senyuman. Dia memang menantikan sesiapa untuk dijadikan teman disaat ini. Banyak benda dia nak sembangkan.

Walaupun begitu, senyuman manis Min Young pantas pudar dan langsung dia merengus kuat tanda menyampah dengan Rayyan yang tiba-tiba datang menjenguknya.

Min Young pantas menukar posisi baringnya. Dia langsung baring secara mengiring bagi mengelak dia dan jejaka itu bertentang mata.

Si gadis menangkap bunyi detakkan tapak kaki jejaka itu. Dia sedang menghampiri si gadis. Min Young kekal dalam posisi baringnya.

Si gadis memejam matanya erat. Dalam beberapa saat biliknya sepi. Bunyi derapan tapak kaki pun tidak kedengaran.

Perlahan-lahan si gadis membuka matanya apabila menyedari keadaan tenang.

"Dah keluar eh?" Getus si gadis dengan segaris senyuman kecil. Kelopak matanya dibuka dan perlahan-lahan mengangkat wajah.

Sekali lagi, riak ceria Min Young hilang apabila matanya tepat merenung iris hazel milik Rayyan. Si gadis merintih kecil lalu memutarkan bebola matanya. Ya tuhan, kuatkan semangatnya.

"Hai..." Kedengaran sapaan mesra dilontar khas buat si gadis. Malangnya, ia tetap tidak mampu melawan rasa tegang yang sedang berlaku.

Sapaan mesra tidak dibalas oleh si gadis. Min Young menarik nafas yang dalam sebelum perlahan-lahan mendudukkan dirinya.

Kelihatan Min Young mengalami sedikit kesusahan disebabkan third trimesternya. "O-Ouh! Biar aku tol ━━" Sang jejaka cuba untuk membantu tapi tindakkan si gadis lebih pantas.

Min Young lantas menolak talkala membetulkan sedikit kedudukkannya.

"Takpayah. Aku isteri orang. Jangan sentuh." Amaran keras si gadis langsung membuatkan Rayyan mengetap bibir.

Gadis yang dia pernah kenal kini sudahpun berbeza. "Kau nak apa?" Kini Min Young pula menyoal.

Langkah sang jejaka kian mendekati sehingga tubuhnya benar-benar bersentuhan dengan katil si gadis. Min Young mendongak sedikit.

"Young, aku ingat kau dah maafkan aku..." Si gadis serta-merta meletuskan tawanya. Maaf itu adalah mustahil buat jejaka ini.

Orbit hazel sang jejaka dijadikan tatapan si gadis. Tatapan ia penuh dengan rasa benci dan marah. Sengihan sinis khas buat sang jejaka turut dipamerkan.

"Wow, maaf? Yep, aku maafkan kau sebab sakitkan hati aku..." Ayat yang tergantung tersebut kian membuatkan suasana tegang.

"Tapi, maaf atas sebab isteri kau keguguran... Sememangnya takkan!" Ujar Min Young tegas.

"Cis! Lepastu, berani pulak datang tunjuk muka kat aku? Kau tak tau malu ke???! Kau rupanya punca isteri kau gugur!!?" Kali ini suara Min Young ditinggikan.

Betapa sakitnya Min Young bila mengetahui hal ini dari mulut isteri jejaka malang ini. Kenangnya buruk Min Young juga turut terputar diingatannya.

"Kau dasar lelaki paling tak guna yang pernah aku jumpa... Sanggup kau gugurkan anak sendiri?" Min Young mengengam erat tangannya.

"Sekarang... Pergi... Jangan tunjuk muka kau kat depan aku lagi. BERAMBUS!" Min Young sudah tahu segalanya. Cukup. Dia sudah penat mendengar cerita tipu dari mulut jejaka kacukkan ini.

Hembusan nafas sang jejaka kedengaran. Tekaknya dibasahkan. Sengihan dihibahkan. "Iya... Aku dah agak kau dah dengar semuanya. Haish, Young..."

Tangan sasa jejaka itu mengamas permukaan tilam. Wajahnya turut didekatkan dengan si gadis. "Mungkin sekarang aku tak dapat kau... Tapi dalam kehidupan kedua nanti, aku akan pastikan kau milik aku."

Usai amaran itu dihambarkan, jejaka itu langsung melangkah ke pintu. Pintu bilik si gadis dihempas. Min Young yang kekal merenung pintu hanya merengus.

"Ceh. Kehidupan kedua sangat!" Ujar si gadis angkuh talkala meneguk minuman sarapan paginya yang sudah sejuk.

--------------------

"YOW UNNIE!!!!!!!!!! KAU BUAT APA TU!!" Itu dia si Ah Rin dah mula nak munculkan diri pada tengahari kelak.

Ceria saja si doktor muda terjah bilik si Young. Si gadis muda kebingungan seketika usai melihat katil milik pesakitnya kosong.

"Eh? Mana Young?" Soalnya dengan curiga talkala mendekati katil milik Young. Langsung, tubuhnya kaku sesaat dengan penuh kebuntuan.

Si doktor muda buntu melihat tompokkan darah di selimut dan tilam milik Min Young. Ah Rin kian gusar setelah matanya menangkap beberapa titisan darah di lantai. Tekaknya yang tiba-tiba kering dibasahkan pantas.

Si doktor membuka langkah mengikut titisan darah yang berada di lantai.

Dan dia tergamam melihat susuk tubuh milik pesakitnya sedang memuntah darah di singki. Pergerakkan Ah Rin terkaku di pintu tandas tersebut.

Y-Y-Young??" Panggilnya dengan nada ketakutan.

Ketakutan si doktor kian membuak seusai Min Young menoleh.

Bibir kebiruan milik Min Young sudah dilumuri darah dan turut beberapa tompokkan dipipi dan baju.

Kaki Ah Rin yang seolah digam itu lantas bergerak sebaik badan pesakitnya yang tak bermaya mula tumbang.

Ah Rin panik melihat Min Young yang berada dalam kondusi baik tiba-tiba memuntahkan darah.

Tubuh Min Young dibaringkan semula dikatil. Punat kecemasan ditekan talu.

"Y-Y-YOUNG??" Si gadis panik. Jari-jemari milik Min Young dimainkannya sehingga sang doktor mengenalpasti sesuatu.

Beberapa saat Ah Rin memerhatikan hujung jari milik Min Young yang turut bertukar kebiruan.

Dengan kadar yang pantas sang doktor muda mengambil lampu suluh kecil yang berada di dalam poketnya. Cahaya lampu putih tersebut diarah ke anak mata milik Min Young.

Dan, sekali lagi Ah Rin tergamam.

Bilik Min Young yang kosong kini sudah sesak dengan ramai doktor dan jururawat yang bertugas.

"APA KENA NI?? KENAPA DENGAN PESAKIT NI?" Lantas tubuh Ah Rin ditolak ketepi sebaik seorang doktor senior masuk ke bilik dan memeriksa tekanan darah dan degupan jantung sang pesakit yang sudah tidak bermaya.

Keputusan tekanan darah Min Young cukup mengejutkan. Ianya turut mendadak dan juga degupan jantungnya kian perlahan.

"Tak... Dia diracun."

Semua terdiam. Diracun? Kata-kata Ah Rin dianggap mustahil kerana Min Young duduk dikwasan dibawah jagaan VIP. Keadaan makin tegang. Setiap pasukkan penyelamat yang ada di dalam bilik tersebut mula kaku.

Iya! Kaku sebaik melihat darah mula memenuhi cadar katil. "BAGI DIA 1MM EPINEPHRINE MELALUI IV LINE SETIAP 3 MINIT! SAMBUNGKAN MONITOR! SAYA NAK PERIKSA KANDUNGAN!" Situasi bertukar sibuk, berpusu-pusu para jururawat melakukan arahan yang diberi.

Sang doktor senior pantas memeriksa kandungan melalui mulut. Perut Min Young pula ditolak lembut ke kiri oleh Ah Rin.

"Nampaknya kandungan dah berusia 35 weeks. Ada peluang tinggi fetus selamat."

"Fundal height berukuran lebih kurang 36 cm. Bagi saya lihat sonogram!" Ujar Ah Rin talkala jururawat yang membantu langsung menolak mesin tersebut.

Ah Rin mengeluh. Keluhan dia langsung menangkap perhatian sang doktor senior. "Doktor, fetus... lemah. Fetal Distress. K-kita kena keluarkan bayi ni sekarang juga! K-kalau tak, ibu dan bayi takkan selamat..."

Sang doktor senior mengosok pelipisnya. Mereka buntu. "Ah Rin... Hari ni, kamu jadi ketua pembedahan..." Ah Rin tersentap tetapi dibalas dengan anggukkan. Sebuah perhormatan untuk dia yang bergelar doktor muda untuk mengetuai.

"Kita akan jalankan C-Section! I think we need to conduct a PMCD!" Arahan Ah Rin pantas dituruti para jururawat.

"Life support kit dan NICU! Doktor, bersiap sedia untuk buat neonnatal resusctation." Sang doktor senior mengangguk pantas talkala mereka mula bersiap sedia melakukan pembedah kecemasan.

Ah Rin sempat merenung wajah Min Young yang kaku dalam keadaan koma. "Kami akan selamatkan kau dan MinMin. Percayakan Rin, unnie..."

"PERALATAN PEMBEDAHAN DAH BERSEDIA!"

Atas sebab sikap cuai Min Young... Kejadian dia semasa di New York berlaku sekali lagi. Jika dulu diracun dengan pil tidur. Kini, dia diracau dengan Rodenticide.

Iya, itu apa yang Rayyan mahukan. Min Young mati dan jadi miliknya di dunia roh kelak nanti.

--------------------

Sorry! Ingat nak update semalam! But kekangan happen! And i think chapter ni sangat panjang! T-T Plus aku kena pastikan istilah perubatan aku betul. I take all my hard work seriously!! Hope enjoy! ^O^

4 chapters on countdown

ROAD TO FINAL!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top