Chapter 71
Put down the weapons you fight with and kill em' with kindness
--------------
Namjoon sentap. Sumpah dia sentap bila dengar nama si gadis berambut biru itu dimention. Berdetak laju jantungnya. Bibir langsung diketap seraya merenung redup akan sang isteri.
Riak wajah Min Young yang kosong makin membuatkan Namjoon senyap lagikan tidak berkutik. Min Young marah kah?
"C-Cerita? Ce-cerita apa? Hahaha! Kakak kau tu mana ada c-cerita apa-apa kat aku. Aku hurmmm..." Serba salah pulak Namjoon nak bohong kat Min Young.
Jadi Namjoon mengelakkan dari melihat orbit mata sang isteri. Si gadis berdecit. Min Young sudah tahu segalanya dari mulut Seo Jung sendiri.
Oleh itu, tidak usahlah Namjoon cuba untuk berdalih. Segalanya Min Young dah tahu. "Kau dah tahu semuanya kan? Tak payah tipu aku. Cakap apa yang kau tah ━"
"Huwaaaa! Aku mintak maaf weh. Aku takde maksud nak sibuk. C-C-Cuma a-a-aku HUWAAA!" Effect takut bini tu sampai Namjoon melutut sebelah Min Young lalu bersujud sambil mintak maaf.
Min Young sudah membuntang mata. Waduh, suami dia dah main sujud-sujud depan dia. Ingat Young sejadah kah?
"YAH! APA KAU BUAT NI?" Plepek ~
Sedas kena kat kepala. Langsung Namjoon duduk melutut lepas kena hempukkan dikepalanya. Sempat sang jejaka berdesis sakit tapi dia memang layak pun kena begitu.
Si gadis langsung duduk menghadap si suami yang melutut demi meraih kemaafan. "Sampai mana Seo Jung cerita kat kau?" Namjoon blur sekejap. Sempat dipandang sekeliling sebelum bertembung mata dengan isterinya.
"Hurmmmm, a-aku taknak bagitahu!" Ini tempah maut ni. Min Young tarik nafas sedalam-dalamnya.
Min Young mengengam penumbuk lalu dilepaskan pada meja. Terus terenjat setiap saraf Namjoon sehingga dia dari duduk melulut terus terbaring.
"OKAY! OKAY! JUNG CERITA DARI KAU JUMPA DIA SAMPAI LAH MACAM MANA KAU KELUAR DARI TEAM SAMSENG TU AND HIDUP DENGAN MAMA PAPA ANGKAT KAU! DAN KISAH JANTAN TAK GUNA YANG KAU GADUH KAT DEPAN MCD TU! DAN! DAN! HUWAAAAA! TOLONG JANGAN BUNUH AKU! AKU STILL MUDA! HUWAAAA!"
Namjoon mengaku dalam satu nafas lepas Min Young hempuk meja. Ini kuasa semulajadi Min Young, sekelip mata boleh buat suami sendiri mengaku segalanya.
Min Young mengangguk kecil lalu memaling tubuh semula pada makanannya. Dia kembali makan lepas Namjoon rapping free tepi telinga dia tadi.
Namjoon yang dah terbaring tadi, serta-merta terkebil-kebil dibuatnya. Min Young tak marah? Nampaknya riwayat Namjoon masih panjang.
Walaupun dalam ketakutan sebegitu, Namjoon sempat berdecit. Sampai hati Seo Jung pecah tembelang. Kata taknak kasi tahu Young. Siap janji, 'biar pecah perut, jangan pecat mulut,' lagi masa jumpa beberapa bulan lalu.
Sang jejaka perlahan-lahan mengangkak mendekati si isteri yang enak menjamu selera. Sedetik dia mengamit kecantikkan isteri sendiri sebelum kembali duduk melulut.
"K-Kau tak marahkan aku?" Soalan diputarkan buat si gadis. Darah Namjoon seolah kembali mengalir bila Min Young mengeleng.
"WAH!? Betul ni? Walaupun sebulan aku tinggalkan kau kat apartment tu sorang-sorang??" Akibat teruja, Namjoon kembali haru biru bila Min Young menjeling tajam akan wajahnya.
Waduh, dia salah ambik jalan. Memang tabiat terlajak cakap Namjoon ni, bakal membunuh dirinya sendiri.
"Hurmmm, patut ke aku marah tentang tu eh?" Soal si gadis dengan senyuman sinis talkala menoleh bagi bersua wajah dengan suaminya.
"Erh... Erhhh. Hurmm, humph. Hiks..." Namjoon sudah nampak masa depannya sebaik melihat Min Young kasi reaksi macam nak telan dia.
Sebab itu jugak Namjoon sampai terkunci lidah. Dia main-main je dengan jarinya. Hatinya berdoa agar isteri singanya tak campak dia dari beranda hospital.
"Erh ━ Saranghae ~" Bila IQ Namjoon pergi bercuti, inilah yang jadi. Sebab dah tak tahu nak cakap apa, Namjoon buat big heart sambil meneleng kepala.
Erti kata lain, ambik hati bini dengan aegyonya yang tak pernah tidak berjaya buat Min Young sejuk hati.
Min Young lepas tengok drama tiga posen tu, dia langsung kembali menjamu selera. Waduh, memang Joon suka main tektik kotor, dia tahu Min Young lemah dengan aegyo dia. "Sudah. Kau baik makan." Arah si isteri lantas membuat Namjoon kembali duduk ditempat asalnya iaitu berhadapan si isteri.
Dan disaat itu, Min Young tersentap sedetik. "Hurm, kenapa kau tak tinggalkan aku lepas kau tahu semua tu?" Soalan Min Young terus mematikan mood Namjoon nak sambung makan masakkan ibunya.
"Kau dah tahu aku ni isteri yang serba bermasalah?! Kenapa kau tak tinggalkan aku?"
"Kenapa aku kena tinggalkan kau pulak? Benda dah lepas. Bukannya kau yang mintak nak hidup camtu. Tch. Dan siapalah aku nak hakimi salah kau? Cis! Tolonglah!"
Penjelasan Namjoon cukup buatkan Min Young tergamam. Sekilas senyuman kecil terbit. Min Young tahu dia dapat bidadara dari syurga untuk menjaganya.
"T-Tapi... Joon, aku bukan macam perempuan lain! A-Aku ni. A-Aku ada rekod jenayah!? A-Aku terjebak dengan gengsterisme! A-AKU PERNAH BUNUH ORANG! AKU PENJENAYAH!!" Akhirnya, ia terlepas jua dari lubuk hati si gadis.
Min Young berjaya membiarkan Namjoon terkelu. Air muka Namjoon yang tidak dapat ditaksifkan itu ditatap si gadis dengan gelisah. "J-Jadi?? Sekarang ni kau masih camtu ke?"
Soalan yang dilontar Namjoon meninggalkan si gadis dengan lidah terkunci. "S-Sekarang, aku bukanlah penjenayah la ━━"
"KALAU BUKAN, KENAPA KAU LABEL DIRI KAU MACAM TU LAGI!??" Ayat si gadis yang dipotong dibalas dengan tengkingan amarah seorang suami.
Min Young? Jangan dibahas. Dia buntu. Soalan Namjoon membuatkan dirinya dibendung rasa yang menyakitkan. Ia perit untuk diungkapkan tapi apakan daya, dia kena jelaskan pada sang suami. Demi masa depan Namjoon juga.
"K-Kau tak faham! Kau tu! Kau tu idol, Joon! K-Kalau ada yang tahu aku ni pernah terlibat benda-benda tak elok tu..." Langsung Min Young mengangkat wajah untuk bertatapan dengan sang jejaka. Berat hatinya untuk bicarakan.
"━ Masa depan kau. Masa depan kau akan musnah, kau tahu tak?"
Minda gadis muda itu asyik membayangkan jutaan cacian dan tanggapan negetif akan menimpa Namjoon. Hilang segala kemasyuran yang Namjoon sudah kecapi dengan sekilas berita pandangan netizen.
Mata pen lebih tajam dari bilah pedang. Ianya sudah terbukti. "Ja-Jadi, patutnya kau dah tinggalkan aku lepas dapat tahu dari Seo Jung..."
Orbit iris Min Young ditenung tajam akan Namjoon. Dia menghela nafas berat lalu memicit pelepisnya. Reaksi Namjoon langsung membuatkan Min Young mengukir senyuman perit. Si gadis sudah agak segalanya. Suaminya tidak fikir masak-masak akan keputusannya.
Perlahan-lahan si gadis menekup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Dia sakit apabila mengetahui dia bakal menjadi punca impian suaminya hancur dalam sekelip mata.
"Aku sedia."
Min Young kaku. Tangan yang menghadang pandangnya langsung dialihkan. Dan penglihatan Min Young dijamahkan dengan senyuman manis milik suaminya.
"Aku sedia untuk hilang segalanya. Hilang salah satu impian yang sudah bertahun aku kejarkan." Makin tak keruan Min Young dibuatnya. Hujahan Namjoon seolah impiannya bukannya penting mana walhal itulah apa yang Namjoon cuba capai selama ini.
Tangan si gadis disentuh lembut oleh Namjoon. Senyuman manis masih dipamerkan buat Min Young agar dia tidak perlu bimbang akannya.
"Aku sedia untuk korbankannya untuk mulakan impian abadi aku."
Mata si gadis dibulatkan. "Dan mungkin, kau... Permulaan untuk aku kecapi impian tu ~" Pantas tindakkan reflek Min Young. Dia terus menarik tangannya dan menutup kembali wajahnya yang dah jadi merah menyala.
"AH KAU MEMANG BODOH!!!" Hurm, Min Young tak padan muka dah macam tomato masak still nak carut suami sendiri. Tapi, lagi buat Min Young nak hentak kepala dia kat mangkuk jamban adalah Namjoon boleh gelak. HUWAA.
"Okay! Okay! Aku memang bodoh! Well, bodoh untuk kau je ~" Seloroh Namjoon. Dan Min Young makin gila. Si gadis menekup ketat wajahnya dan secara agresif menggeleng kepalanya. Ah! Young gila tahap babun!
"AH DASAR SIAL AH! BERHENTI!" Pinta si gadis. Sumpah, Min Young nak sembam muka dia dalam toilet sekarang ni.
"HAHAHAHA! Dan..."
"... Aku rasa tentang mamat yang kau bunuh tu. Hurm, Hae Ryun tu eh? Aku rasa kalau dia kena tangkap pun, dia akan dihukum mati. Jadi, aku rasa netizen takkan kisah." Jelas Namjoon lagi bagi meredakan merah padam si gadis.
Min Young mencebik. "Hurm, okay."
"Aku sayang kau." Sakat Namjoon.
Dan Min Young kembali gila. "HUWAAA BERHENTI!!!" Dia rasa nak campak segala jenis benda yang ada atas meja tapi dia taknak bazirkan masakkan eomma Joon. Woi! Sedap woi! T-T
"Apa? Sayang? Alah ~ Esok aku kena keluar negara, salah ke aku nak manja-manja dengan kau?" Jelas Namjoon lagi. Min Young sudah merah gila-gila babi sampai takleh bergerak.
"ʰᵘʳᵐ, ᵃᵏᵘ ˢᵃʸᵃⁿᵍ ᵏᵃᵘ ᵍᵃᵏ..."
-------------------
Okay. Panjang siot. HUWAAA! AKU FELIP DIRI SENDIRI 😂
5 chapters on countdown
ROAD TO FINAL
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top