Chapter 69
She's the survivor
He's the keeper
--------------------
"Bangun! Matahari dah terpacak kat kepala pun nak tidur lagi ke? BANGUN!" Arah sang suami talkala tangan ralit mengoncang tubuh kecil Min Young.
Min Young hanya mengerutkan wajahnya. Matanya kekal terpejam, dia masih belum puas tidur.
"Senyap. Aku nak tidur. Blah kau! Semalam menyibuk tidur sekatil dengan aku! Blah!" Pinta si gadis seraya menarik selimut tebal bagi menebat angin sejuk pagi.
Namjoon merengus. Sempat dia memandang jam di dinding. Beberapa minit lagi, pastinya akan ada jururawat menghantar sarapan pagi buat pesakit.
Dengan akal yang dikurniakan tuhan buat Kim Namjoon, dia lantas memerah otak bagi memujuk sang isteri untuk bangun dan mandi. Sejenak dia berfikir dan mindanya memberi jawapan. Well, sebuah cara untuk mengejutkan si gadis yang liat bangun pagi.
Min Young yang baru sahaja leka melayan mimpi serta-merta membuntang mata sebaik merasakan tubuhnya diangkat. Mata yang terbuka luas dijamukan dengan wajah suaminya yang mengangkat tubuh kecilnya. Yep! Bridal style carry to bilik mandi :D
Belum sempat Min Young nak memberi sebarang reaksi. SPLASH!
Masuk je dalam bilik mandi, muka Min Young kena pecikkan air yang dahsyat. Nampaknya, ini kali kedua suaminya mandikan dia.
"WOI! WOI! YAH! BERHENT ━" Sendu akan nasib Min Young. Tak sempat dia mahu mengamuk sakan, Namjoon dah terjah mulut dia dengan berus gigi.
"Ish, ish, ish, kau berus gigi macam mana selama ni? Belah belakang ni kau kena gosok betul-betul. Haish! Kau ada gigi susu lagi eh? Jangan risau, nanti aku buat appoitment dengan doktor gigi untuk kau."
Ya tuhan, disaat itu Min Young memang mahu tumbuk-tumbuk muka suaminya ini.
Keadaan bilik pasangan Kim ini sungguh riuh kerana bunyi saling menghumban air ke muka diantara satu sama lain. Dan disebabkan itu juga, keadaan wad VIP menjadi agak riuh dipagi hari sehingga menarik perhatian segenap petugas yang menjalankan tugas.
"Selamat pagi! Macam mana pesakit hari ni?" Tegur ceria seorang doktor gadis yang bertandang ke kaunter jururawat yang ditugaskan menjaga wad pesakit VIP.
Jururawat tersebut hanya memberi senyuman janggal. "Nampaknya, pagi ni riuh. Pesakit yang tunggu tarikh bersalin kat bilik sana tu, hmm, riuh betul. Baru semalam kena tahan wad."
Ah Rin meletuskan tawa kecil setelah mendengar keterangan sang jururawat. "Bila cerita tentang mak mengandung, aku teringat pulak kat sorang perempuan ni. Aku jumpa dia kat New York. Ya tuhan! Itulah gadis mengandung yang paling dahsyat pernah aku jumpa! Dia boleh kungfu orang dengan batang paip waktu macam tu! Pergh! Aku respect!"
Jururawat itu mengangguk kecil tanda faham. "Kebetulan pulak, pesakit bilik sana tu memang nampak macam ganas semacam, semalam dia mengamuk sampai katil pun dia nak flip sebab takde siaran kartun."
"Alang-alang tu, Rin hantarlah sarapan untuk pesakit tu, mana tahu boleh berkenalan. Rasanya semalaman dia dengan suami dia kat bilik tu." Cadang sang jururawat. Ah Rin lantas tersenyum lalu menerima pintaan itu.
Ah Rin menolak akan troli makanan dan melangkah ke bilik yang dinyatakan. Dia sempat mengemaskan dirinya dahalu sebelum mengetuk pintu. Seperti apa yang jururawat katakan, bilik tersebut memang riuh.
Ah Rin lantas mempamerkan senyuman setelah merasakan pintu bakal dibuka oleh penghuni bilik. Malangnya, buka sahaja pintu tersebut, suatu jembalang berambut panjang dan berpakaian putih melintas pantas dihadapannya.
Ah Rin kaku. "KAU TAKLEH TANGKAP AKU!" Itu dia, Min Young yang baru selesai 'dimandi paksa' oleh Namjoon berlari keluar dari bilik wadnya dengan hanya tuala putih menutupi tubuh. "YAH! SINI! PAKAI BAJU KAU! YAH! KAU NAK KEMANA TU!?"
Ah Rin yang kekal disitu langsung dihiraukan Namjoon dan Min Young. Dua ketul itu sudah main kejar-kejar kat hospital. Good.
"I-I-I-Itu, Unnie Young dengan ━ KIM NAMJOON??!"
--------------------
"Saham di Korea kini meningkat bla bla bla bla..." Min Young duduk bersendirian di wadnya sambil menonton televisyen. Dia merenung kosong akan televisyen tersebut sambil menongkat dagu. Dia tak faham apa yang dia sedang tonton.
"Mama tahulah ini hospital tapi takpayah lah tayang cerita macamni!" Teriak Min Young seorang diri. Selesai sahaja Namjoon menyiapkan dia tadi, Namjoon langsung melebuh keluar. Katanya malam nanti dia pulang.
Si Ah Rin pula, menemannya tadi. Tahulah bagaimana becoknya gadis itu. Min Young bersyukur kerana Ah Rin menerima panggilan kecemasan. Maka, dia kini bersendirian. "Apa? MinMin rindu Spongebob? Ouh, mama pun rindu kepala kotak tu. Hmm."
Seperti biasa Min Young meluah perasaan pada anaknya yang masih dalam tubuhnya. "Mungkin aku patut sembang dengan pesakit lain." Cadangan Min Young lalu turun dari katil dan melangkah keluar dari bilik wadnya.
Keluar sahaja wajah Min Young berseri-seri melihat para jururawat wanita yang berada dikaunter penjagaan. Nampaknya, dia lihat lubuk emasnya untuk menghilangkan kesepian semasa Namjoon tiada.
Langkah kecilnya dibuat bagi mendekati. Para jururawat yang melihat bakal ibu itu menghampiri lantas menghadiakan senyuman buat Min Young.
"Ada apa-apa yang tak kena ke, Puan Young?" Lantas soalan dikemukan buat Min Young. Si gadis hanya memberi pandangan yang redup seraya memainkan jarinya pada permukaan kaunter tersebut.
"Kenapa saya sorang-sorang je dalam bilik tu?" Pertanyaan Min Young hanya dibalas dengan tawa dari para jururawat. "Sebab ini ruang VIP. Suami puan yang tempah wad ni untuk puan." Keterangan itu langsung dibalas dengan mimik muka menyampah dari Min Young.
"Saya takde suami." Haish, nak beranak pun Min Young masih taknak akui statusnya. Nampaknya, Min Young memang jadi bahan gelak jururawat yang bertugas. Dengan lembut mereka memberi Min Young sehelai kertas keterangan.
Min Young serta merta membaca bait-bait perkataan yang tertulis.
Penjaga: Kim Namjoon Status: Suami :)
Dengan itu, Min Young hanya berdengus. Satu je yang Min Young boleh taksifkan, tak guna. Saja je nak buat Min Young terasa janggal dengan keadaan. Mana tak janggal bila netizen tahu yang dia adalah isteri untuk bintang idol popular.
"Jangan risau puan. Segala data pesakit adalah sulit. Jadi, jangan risau." Kata salah seorang jururawat dengan diakhiri kenyitkan mata yang memberi makna untuk tidak risau. Min Young balas dengan keluhan.
"Apa-apa pun, puan memang setiap hari ceria eh? Riuh sungguh pagi tadi dengar puan dengan suami main kejar-kejar." Kenyataan itu cuma membuatkan Min Young makin janggal tambahan malu. Ya tuhan, kemanalah otaknya pergi pagi tadi?
"Kalau tak keberatan, sebenarnya pagi tadi kami terima pesakit keguguran. Mungkin puan boleh sembang-sembang dengan di ━" Belum sempat jururawat itu habiskan ayatnya, Min Young sudah menghentak meja dengan matanya yang penuh sinaran kegembiraan.
Ya benar, Min Young dah tak tahan sembang dengan cik-cik jururawat. "Mana biliknya??!" Tanya Min Young, teruja. Usai sahaja dia menerima hala tuju ke bilik gadis malang yang dikatakan. Min Young mengetap bibirnya semasa berada dihadapan pintu masuk.
Dia gementar. Maklumlah, gadis yang bakal dia berhadapan adalah gadis yang baru kehilangan bayinya. Min Young pula, hanya menunggu masa untuk MinMin tiba ke bumi nyata. Min Young gentar jika gadis tersebut terkilan.
Akan tetapi, dia menolak segala perasaan dan membuka sedikit akan pintu dengan senyuman ikhlas diukir. "H-Hai awa ━" Senyuman yang tadinya manis langsung menjadi kendur. Min Young kaku melihat gadis yang duduk dikatil.
Tangan Min Young terketar melihat wajah gadis itu. Gadis yang sedang duduk dikatil itu adalah gadis yang sama Min Young lihat di dalam gambar semasa dirumah Rayyan. Saliva ditekak ditelan rakus. "Maknanya... Rayy ━" Sekali lagi kata-kata Min Young disentapkan setelah bahunya ditepuk lembut.
"Maaf. Tumpang la ━ Young?" Iya, mimpi buruk Min Young menjadi kenyataan. Wajah jejaka kacukan itu kembali menghantui kebahagiaannya.
----------------
YA TUHAN! OTAK GUE MINTAK AKU TULIS SEMUA NI! HIKS!
//FELIP MOYA//
WATTPAD TAK KASI GUE LETAK GIFS! AKU TUNGGU BENDA TU PUSING PUNYALAH PUSING ENDING TAKLEH RELOAD!
ANYWAY! ENJOY!
7 chapters on countdown
ROAD TO FINAL ✔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top