Chapter 68

Only you can save me

-------------------------

Itu dia, pelari tidak berdaftar membuat larian pecut dikoridor hospital. Mengambil sudut 90° semasa diselekoh tajam koridor hospital. Nasib sempat membelok kalau tidak muka bertemu dengan dinding jawabnya.

Tak usah cerita betapa gopohnya jejaka bernama Kim Namjoon ini bila menerima mesej dari Seo Jung yang mengatakan MinMin sudah keluar. Dari Incheon sehingga ke Seoul, Namjoon buat larian pecut demi mengejar masa pelepasan monorail terakhir ke Seoul.

Setiba sahaja di Seoul, langsung teksi ditahannya. Tak perlu diperkatakan bagaimana Namjoon mendesak pemandu teksi yang tidak bersalah itu untuk bergerak pantas ke hospital. Kalau boleh, disaat itu juga, Namjoon mahu rampas akan stereng teksi tersebut dan menunjukkan skil drift ke longkangnya.

Tapi bertuah, Namjoon masih dapat mengawal diri sendiri dan doanya dikalbukan. Dia sampai dengan selamat dan cepat di hospital besar dikota Seoul. Sempat Namjoon menelan saliva ditekak. Dia tahu bahawa dia bakal jadi Usain Bolt untuk beberapa saat.

"Y-Y-YOUNG!!! A-A-AKU DAH ━FUH PENAT. KEJAP." Habis segala tenaga sang jejaka sebaik tiba betul-betul dipintu wad VIP milik isterinya. Tersungkur buat seketika dihadapan pintu yang hampir tercabut akibat terjahan hebat Kim Namjoon.

Nafasnya diatur lalu Namjoon mengangkat wajahnya kearah katil sang isteri. Matanya membulat apabila matanya dijamukan dengan riak wajah sedih milik Seo Jung. Kekuatannya dikerah untuk berdiri dan mendekati akan sang smurf biru.

Seo Jung yang duduk dibirai katil hospital. Namjoon makin gelisah sebaik mendekati gadis muda itu. Bunyi seakan tangisan daripada gadis tersebut. Tangan Namjoon terketar-ketar memegang bahu gadis itu. "A-A-Apa jadi??? M-M-Mana Young???!" Bahu Seo Jung digoncang kencang.

"D-D-Dia....." Ayatnya tergantung tambahan dengan gelengan kepala dengan momentum kecil. Namjoon makin tidak keruan. Segala benda buruk sudah bermain diakal Namjoon. "Di-Dia, ALWAYS HIGH FLIGHT! YEAH! THAT'S MA STYLE! L-O DOUBLE T- E━━" Plepek ~

Tak sempat Seo Jung nak tunjuk skil rapping part Hoseok dalam iklan promoting Lotte Duty Free, dia dah dapat tamparan free kat dahi dari adik iparnya. Baran Namjoon naik ke kepala dibuatnya, orang tengah tergopoh-gapah takut akan keadaan bini sendiri, boleh pulak Seo Jung ajak rapping.

Si gadis berambut smurf hanya mengosok akan dahinya yang ditampar kuat. Rasa otaknya bergegar buat sesaat. Walaupun begitu, Seo Jung tiada erti serik jika menyakat Namjoon. Sengihan diberi buat sang adik ipar yang sedang baran.

"Tahu pun sayang bini eh? HAHAHA WE GOT BEAUTY! BEAUTY! ~" Sakatannya ditambah lagi dengan aluan lagu iklan Lotte Duty Free. Seo Jung gelak sehingga terbaring dikatil dibuatnya. Namjoon pula dah cabut sebelah kasutnya, dia mahu bagi kakak iparnya 'rasa' kasut saiz 27 cm kat muka.

"Jung, kau tahu tak macam mana nak sambung balik pili air ni?" Belum sempat Namjoon nak buat balingan. Matanya kaku pada figura isterinya yang baru keluar dari tandas. Tubuh Namjoon kekal dalam gesture mahu membuat balingan homerun kasut kulit.

Wajah Namjoon berubah kemerahan akibat kecomelan isterinya dalam pakaian hospital. Rambut si gadis yang diikat menjadi messy hairbun dan berpakaian ala-ala dress labuh yang bercorak bunga-bunga pink kecil. Tambahan, pili air ditangan. Ya tuhan, disaat itu, bagi Namjoon, indahnya ciptaan tuhan.

"Eh? Bila masa kau sampai??" Min Young menyoal dan langsung angau Namjoon terbengkalai. Namjoon membetulkan suaranya sebelum berhujah. "Hurm, Jung kata MinMin dah keluar, jadi, aku datang sini." Seo Jung kembali dalam posisi duduk dikatil milik Min Young, senyuman sinisnya masih kekal.

"Well, maksud aku, MinMin dah 'keluar' dengan aunty dia yang hottie ini, k. Anak kau belum lagi ready nak keluar." Kata-kata angkuh Seo Jung diakhiri dengan kibasan rambut birunya.

Namjoon berdecit dan berdoa agar tuhan memberikan dia kekuatan untuk tidak menghempuk-hempuk Jung Avatar ini dengan kerusi hospital.

Min Young hanya mengabaikkan dua ketul manusia itu dan kembali ke katilnya. Well, dia nak tengok kartun sebelum tidur. Rutin sebelum tidurnya. Usai sahaja Seo Jung ditolak turun dari katil, Min Young serta-merta mencapai remote televisyen. Televisyen skrin 32 inch itu, dipasang.

Malangnya ia menghampakan Min Young. Tiada siaran kartunnya. "YAH! TAKDE KE?? ARGH! AKU NAK BALIK!!" Habis segala bantal Min Young campak ke lantai. Mogok nak balik. "Weh, buat sesuatu, nanti tak pasal-pasal terbalik hospital ni." Ujar Seo Jung dalam nada bisik pada Namjoon.

Namjoon hanya mengeluh.

------------------

Keadaan malam yang tenang dihospital Seoul, Min Young termenung menonton kartun dalam telefon milik Namjoon. Namjoon disisi katil sang isteri hanya membiarkan Min Young melayan apa sahaja yang dia mahukan.

Kelibat Seo Jung sudah pun menghilang, katanya dia mahu keluar membeli makanan. Maka tinggal lah pasangan Kim ini berduaan. Min Young yang duduk bersila diatas katil, dia tidak mampu fokus terhadap tontonan disebabkan Namjoon asyik memandangnya.

Ia sedikit sebanyak menakutkan Min Young. Si gadis lantas melirikkan matanya ke sisi bagi melihat wajah Namjoon yang tersenyum sambil menongkat dagu. "Kau apahal pandang aku camtu?" Min Young melontarkan soalan.

Namjoon tidak menjawab malahan bangun dari kerusinya. "Kau bangun kejap." Arah Namjoon. Jantung si gadis berdetak laju. Dengan bantuan Namjoon, Min Young turun dari katil lalu dibawa kearah sebuah cermin yang berada dalam biliknya.

"Kau apaha ━━" Ayat Min Young tersentap sebaik matanya tertancap pada pantulan dirinya dicermin. Si gadis kaku melihat seutas rantai berloket bulan sabit pada lehernya. "Nampaknya, sepadan dengan kau. Tak sia-sia aku dengan Yoongi pilih kat Incheon tadi." Kata Namjoon dengan senyuman manis.

Namjoon memandang akan wajah kaku Min Young dicermin. Si gadis kecil itu hanya berdiam diri akibat wajahnya sudah kemerahan."Young, kau nak tahu kan kenapa aku suka gadis ikat rambut?" Langsung Min Young memutarkan semula memorinya.

Si gadis hanya memandang pantulan wajah suaminya dicermin. "K-K-K-Kenapa?"

Namjoon melepaskan tawa kecil sebelum jari-jemarinya memasang akan kekunci rantai emas perak itu dibelakang tengkuk sang isteri. "Satu, takde rambut yang boleh halang aku pasang rantai kat gadis tu.."

Tubuh Min Young langsung dipusing dengan mengejut. Oleh itu, Min Young dan Namjoon saling berpandangan. "Dua, tiada rambut yang halang aku tengok wajah gadis tu..." Suara Namjoon mendayu sambil menyelitkan rambut si gadis ke cuping telinga. Pipi si gadis diusap lembut.

Min Young pula kaku dengan perbuatan Namjoon. Dia suka cara Namjoon membelainya. Rasa tenang dan selesa.

Mata mereka berdua masih bertembung. Min Young tidak mampu mengalihkan pandangannya. Wajah suaminya adalah sebuah karya seni yang agung baginya. "Tiga...."

Pipi si gadis dikucup sekali. Mata si gadis membuntang. Akalnya lesap buat seketika. "... Takde rambut yang boleh halang aku kucup pipi gadis tu." Senyuman Namjoon menghiasi pandangan Min Young.

"Well, Young, masa hari lahir kau, aku tak bagi apa-apa. Jadi, sudi kau terima rantai ni sebagai hadiah dari aku?"

Pertanyaan Namjoon dibiarkan tidak berjawab. Min Young langsung memeluk tubuh suaminya. Degupan jantung milik Namjoon beralun ditelinga si gadis. Dalam dakapan itu, Min Young mengangguk. Namjoon hanya tersenyum, nampaknya isterinya suka akan hadiahnya.

Well, Min Young adalah Moonchild tercintannya.

-------------------

22 june - 22 july

Merupakan insan yang lahir dalam zodiak 'Cancer'

Yang memberi makna, mereka adalah Moonchild.

Aku type chapter ni kul 2 pagi sambil dengar iklan lotte duty free bts, hmm 😂

8 chapters on countdown

ROAD TO FINAL

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top