Chapter 66
Use me as the victim for your little shit, but not on my loved ones
---------------
"Comel siak nurse laki tu! Geram aku dibuatnya!" Inilah orang kata sambil menyelam, sambil minum air. Seo Jung dengan tabiat gatalnya berpisah tiada. Sabar jelah.
Min Young tidak membalas. Dia sedang gementar nak mati untuk menjalankan pemeriksaan terakhirnya. Selepas pemeriksaan itu, dia akan menerima tarikh akhir untuk proses melahirkan MinMin ke muka dunia.
Kali ini, Seo Jung yang menemami si gadis untuk melakukan pemeriksaan. Namjoon mempunyai sesi temu ramah setelah mereka berdua pulang semula ke Seoul dari percutian di kampung.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni???!!" Seo Jung mengoncang padu akan tubuh si gadis. Min Young langsung hilang dari lamunan.
"A-A-APA? KAU APAHAL?" Goncangan si gadis berambut biru itu terhenti setelah Min Young kembali ke dunia asal.
"Humph! Memang sah kau tak dengar kan!? Kawan jenis apa kau ni!!??" Min Young memutar anak mata, dia tiada masa untuk berjimba disaat genting ini. Tarikh jangkaan MinMin bakal dikemukan.
Sumpah, Min Young takut.
Seo Jung mencebik. Sampai hati rakan karibnya atau merangkap 'boss'nya menghiraukannya. "Dari kau menggatal tak tentu pasal, baik kau fokus kat Sang Ho je." Luah Min Young, selamba. Seo Jung berdengus kasar.
"Hey! Aku dengan dia kawan je ok! Takde lebih-lebih. Dia pun bukan ciri lelaki yang aku suka k! Not my ideal type!" Bentak Seo Jung dengan angkuh. Min Young pula memberi reaksi menyampah.
"Macamlah lelaki yang kau suka tu, suka kau balik! Ceh! Tak sedar diri." Penyataan tanpa tapisan Min Young tersebut langsung dibalas dengan tumbukkan padu di bahu si gadis.
Min Young merintih kecil seraya mengusap lengannya. Figura Seo Jung direnung tajam.
Min Young mengepal tangannya. "Aku tumbuk muka kau sampai bertabur gigi baru tahu!" Ugut Min Young seraya menghalakan penumbuknya ke muka si gadis berambut biru.
Seo Jung hanya tertawa. Haish, sikap panas baran Min Young memang tidak dapat dinafikan.
"Sang Ho pun memang dah kenal kau kan. Dia da-dah tahu segalanya tentang kita berdua!" Tambah Min Young dalam nada berbisik. Seo Jung mengangguk kecil.
Ya, memang benar, Sang Ho tahu segalanya tentang kisah silam mereka berdua.
Siapakah diri Min Young dan Seo Jung yang sebenar. Kisah tentang perlibatan mereka di dalam salah satu kumpulan samseng terbesar kota negara.
"Dia mesti terima kau! Sang Ho hensem juga tau! Tipu, kau tak perasan dia tu hensem!" Segaja Min Young mencuit-cuit lengan si gadis.
Seo Jung melepaskan tertawa kecil. "Kau tu? Encik suami tahu ke?" Seo Jung mengubah topik. Min Young menelan air ditekak lalu mengetap bibir.
Si gadis berambut biru menaikkan keningnya tanda tersoal. Matanya membuntang setelah memahami keadaan.
"W-W-Weh!? Kau tak bagitahu dia lagi??" Pekik Seo Jung.
Min Young pantas bertindak dengan menutup mulut si gadis. Dia mengharapkan Seo Jung tidak menyoal dengan lebih mendalam. Malangnya, tiada apa yang dapat menghalang si gadis berambut biru tersebut.
Seo Jung menepis tangan Min Young. Mata Seo Jung tepat menikam anak mata rakannya yang kegelisahan.
"Kau dengan dia dah dekat sembilan bulan hidup serumah! Kau tak pernah cakap kat dia apa-apa pun? Weh! Dia tahu tak mama dengan papa bukannya keluarga mertua dia yang sebenar? Weh dia tahu ke kau ni ketua ga ━━"
Sekali lagi Min Young menghentikan bebelan Seo Jung dengan menutup mulutnya. Min Young menggeleng pantas. Sebaik Seo Jung melihat penafian si gadis, dia langsung menepis tangan milik Min Young lalu menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Pelipisnya digosok.
"Ya tuhan, kau ni kan, Youngie. Memang suka cari masalah!" Min Young tidak membantah. Dia hanya berdiam diri sambil memainkan jari-jemarinya. Seo Jung pula pening memikirkan hal ini. Tidak disangka rupanya Namjoon tak tahu apa tentang Min Young.
Kebenarannya, Seo Jung bukannya kakak Min Young. Dia adalah gadis yang ditugaskan untuk menjaga Min Young selepas kematian Hae Ryung. Seo Jung mengambil langkah untuk melepaskan Min Young dari masih terjebak dengan gejala gangsterisme.
Oleh itu mereka berdua lari dari kumpulan dan mengambil langkah untuk turut menggunakan identiti sebenar setelah bebas dari gejala tersebut. Mama dan papa adalah orang yang sanggup menjaga mereka berdua semasa mereka masih berada ditangga usia remaja.
Mama dan papa hanyalah ibu bapa angkat mereka!
"Aku akan terangkan kat dia nant ━━" Penjelasan Min Young terhenti sebaik melihat suaminya di kaca televisyen. Tidak pula Namjoon memberitahunya yang dia akan menghadiri sidang media secara langsung. Seo Jung turut mendongak kecil bagi melihat skrin televisyen di penjuru siling.
Mata Seo Jung membulat sebaik membaca beberapa highlights yang ditertera di kaca televisyen. Min Young tak usah dibahaskan, dia sudah kelu tak berkutik.
' Isu scandal Kim Namjoon '
"Pada beberapa bulan yang lalu semasa BTS mengadakan sesi promosi album terbaharu di Amerika, didapati beberapa isu timbul disebabkan kes kehadiran seorang gadis yang bersama anda di kawasan terbuka di New York. Sila berikan keterangan tentang itu?"
Soalan dikemukan. Namjoon kelihatan kekal tenang. Min Young yang tidak lepas mata melihat skrin hanya terkedu. "Berkenan isu tersebut, sememangnya saya bersama seorang gadis. Memang saya akui gambar tersebut adalah saya."
Beberapa ahli media yang hadir mencatat akan setiap bait hujahan Namjoon. Keadaan kembali riuh oleh kerana ramai ahli media yang berpusu-pusu mahu menyoal.
"Siapakah gadis tersebut? Adakah benar itu adalah isu scandal? Gadis yang tidak dikenali itu sudah menerima kecaman netizen yang padu disebabkan isu ini? Bagaimana reaksi anda?"
Namjoon menghela nafas. Nafasnya dapat kedengaran disebabkan mikrofon. Min Young mendengar dengan peka. Dia mahu mendengar jawapan Namjoon.
"Saya nafikan semua itu. Gadis tersebut bukannya kekasih saya."
Min Young mengetap bibir. Dia langsung mengalihkan pandangan dari skrin televisyen. Dia tahu yang dirinya tidak sepatutnya berharap lebih. Dia juga faham tentang kerjaya Namjoon.
Kerjaya lelaki itu amat penting.
"Gadis tersebut adalah isteri saya yang sah. Dan kami bakal menimbang anak pertama."
Mata Min Young serta merta membuntang memandang skrin televisyen.
"Saya menerima segala pandangan netizen. Segala hinaan, cacian, bantahan, saya terima."
Sekali lagi Namjoon menghembus nafas. Keadaan bilik sidang media, tegang tanpa sebarang bunyi. Kesemua pihak media mahukan details isu hangat ini
"Tapi, jangan sesekali menghina isteri saya. Disini saya akui, saya tidak teragak-agak mahu menjalankan saman ataupun ugutan jika ada yang meletakkan kebencian terhadap isteri dan anak saya. "
"Hate on me! Not my wife. Messing with my love? I swear to the god, I'll make your life miserable."
----------------
10 chapters on countdown
uhuk uhuk gue tak janji sepuluh. Mungkin jumlahnya makin sikit or makin banyak so yang korang need to know just ROAD TO FINAL
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top