Chapter 65

I said she was a work of art 
I didn't listen very hard 
When she told me she was crazy from the start

She put my name with yellow hearts

-------------

"Er-Erh te-te-terima ━" Sang Ho, dasar pemalu punya jantan. Wajahnya membahang setiap kali Namjoon senyum padanya.

Sang Ho mengipas-gipas akan wajahnya. Dia turut mencari keberanian untuk mengucapkan terima kasih pada si idol kerana menjaga anak didiknya sekian lama dia pengsan tadi.

Namjoon juga dapat merasakan kejanggalan tersebut. "Erh, benda kecil je. Tambah pulak, budak-budak tu comel."

Oleh kerana itu, wajah Sang Ho makin membahang malu. Tak pernah terlintas dimindanya untuk bertemu dengan Namjoon disaat sebegini.

"Fuhh, panaskan cuaca harini?? HAHAHAHA." Sang Ho tertawa. Well, terserlah gelak palsunya itu. Min Young yang berdiam diri langsung mengerut wajah.

"Sekarang ni dah dekat musim sejuk, mana ada panas!" Min Young membidas akan kenyataan sang jejaka dengan fakta cuaca.

Keadaan tersenyap pula selepas Min Young membidas. "Erh, apa-apapun, aku gembira jumpa dengan kau."

Namjoon menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan bersama si guru tadika tersebut. Dia turut menguntum senyuman lesung pipitnya pada si guru lelaki tersebut.

Sang Ho kaku. Dia tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Kini, hatinya hanya mahu melonjak keluar dari tubuh.

Kim Namjoon nak salam dengan dia??? Adakah ini mimpi? Sang Ho masih teragak-agak tetapi dia sememangnya mahu menerima tangan idol tersebut.

Sebelum merealisasikan impian tersebut, Sang Ho mengukir senyuman yang terbaik diwajahnya. Min Young yang dari tadi memerhati cuma bergeleng kecil.

"Kau senyum macam orang rongak." Haish, Min Young.

❝ Aish! Kau ni! Senyaplah! ❞ Namjoon menghantar amaran buat si gadis melalui mesej telepati matanya. Min Young pula membalas dengan gulingan mata talkala berpeluk tubuh. 

Sebaik Sang Ho mendengar komen si Min Young lantas dia menarik semula tangannya. Wajah ditundukkan. Dia malu.

Terbit rasa serba salah dari Namjoon diatas pihak Min Young. Maklumlah, isterinya memang mulut pakat lepas.

Sempat Namjoon menjentik kuat akan bibir mungil si isteri. Setelah terkena serangan jentikkan itu, Min Young menikam anak mata milik sang suami dengan amuk.

Namjoon menjeling malas. Segaja Namjoon menaikkan amuk sang isteri dengan menjongket kening seolah dia tidak bersalah.

"Apa-apapun ━━" Suara Sang Ho langsung membantutkan pertarungan kalah mati diantara suami isteri tersebut.

"━━ Boleh saya peluk hyung?" Sang Ho mengangkat wajah dengan telapak tangan saling bertemu.

Percayalah, guru tadika itu sama comel dengan anak didiknya.

Namjoon tersenyum lembut lalu memeluk tubuh si guru tadika itu.

"Nak jugak!!!!!!!!" Pelukkan diantara mereka berdua terlerai sebaik kumpulan kanak-kanak tersebut menghurung dengan harapan mahukan pelukkan.

Sang Ho tertawa kecil. Haish, anak didiknya sungguh comel dan suci.

"Mestilah boleh." Namjoon merendahkan tubuh bagi menyamai ketinggian kanak-kanak tersebut. Mereka secara beramai-ramai membalas pelukkan.

"Hyung, datang jumpa kitaorang lagi ye! Kalau boleh datang akhir tahun ni! Kitaorang buat persembahan lakonan kura-kura dengan si arnab!!" Ujar salah seorang kanak-kanak dengan sorakkan.

Namjoon geli hati lalu mengangguk. "Okay semua. Ucap terima kasih dengan selamat tinggal dekat Namjoon hyung dengan ssaem Young." Arah Sang Ho.

"Papai ssaem! Papai Namjoon oppa!!! Papai!!!" Sekumpulan kanak-kanak kecil itu melambai-lambai dengan gembira.

Namjoon membalas lambaian dengan senyuman manis terpamer diwajah. Min Young turut melambai tetapi dengan momentum yang perlahan.

Min Young sedang diambang marah berbaur cemburu. Dia nak pelukkan dari si suami juga.

Hiks, malangnya status 'gadis mahalnya' masih mendominasi. Dia mengemam udara di dalam pipi bagi menahan marah.

Bayang Sang Ho dan anak-anak kecil itu sudah menjauh malah menghilang. Namjoon langsung menoleh kearah si isteri.

"Okay kita nak kemana dengan bunga ni?" Soal Namjoon dengan jambangan bunga tersebut.

Min Young tidak menjawab malah mengekalkan udara di dalam pipinya. Dia di dalam sesi merajuk. Min Young menikam orbit mata sang suami dengan amarah.

"MAMPUS KAU LAH! AKU NAK BALIK!" Herdik si gadis seraya berjalan dalam keadaan menghentak kaki.

Namjoon pula kekal pada kedudukannya. Dia tidak berganjak dari tempatnya sehingga Min Young berhenti melangkah.

Min Young menoleh wajah, dia mahu bersua muka dengan si suami. Bibir dicebik. "MinMin nak coklat." Gumamnya sambil mengusap perut.

Namjoon mengguling bebola mata. Ceh, menyampah!

-----------------------

Kaki tergantung dihujung titi tasik. Min Young menghayun-hayun akan kakinya sementara menunggu sang suami kembali. Jari kaki bermain-main dengan air yang sejuk tersebut. Adakala dia tertawa kecil sambil menguap.

Sejak dua menjak ini, Min Young tidak dapat tidur yang cukup disebabkan mimpi yang menghantuinya secara tiba-tiba. Erti kata lain dia mimpikan Rayyan semula walhal sudah sekian lama dia tidak dijamahkan dengan wajah lelaki kacukan itu.

Lamunan Min Young langsung terlantar apabila terasa telapak tangan sang suami di bahunya.

"Nah! Aku beli seplastik." Plastik beg tersebut dihulur pada si isteri seraya duduk bersila dilantai kayu titi. Min Young menikam tidak puas hati akan seplastik coklat tersebut.

"Kau nak buat aku kena kencin ━━" Tak sempat komen si isteri diluahkan, Namjoon sudahpun menyuap paksa akan sebar coklat ke dalam mulut Min Young.

"Makan jelah! Baru sekarang nak fikir sakit! Berbulan dulu liat nak mati nak kurangkan gula! Sekarang pulak nak insafnya." Bentak Namjoon manakala Min Young berdiam diri.

Min Young teruskan mengunyah akan bar coklat tersebut. Adakala matanya menjeling kearah sang suami.

Namjoon kekal dalam postur bersila, Min Young mengeluh lembut. Hari ini dia sangat penat. Jika boleh, Min Young mahu berbaring di katil bagi merehatkan diri.

Min Young menguap sebesar alam. Hasutan mengantuknya sudah menjelmakan diri.

Si gadis menarik kakinya dari kekal bergantung menyentuh air. Kini, dia sudah duduk bersila seakan suaminya yang kekal disebelah. Mata milik Min Young sudah berair, hasutan tidur sudah memanggil.

"Jom balik." Pinta Min Young. Dia menoleh kearah Namjoon yang kekal duduk tak berkutik tersebut.

Min Young mengetap bibir, mungkin Namjoon mahu mengambil angin lebih lama. Oleh itu, Min Young mengambil keputusan untuk pulang bersendirian.

Tetapi belum sempat Min Young mahu berdiri. Kepalanya sudah dibawa ke pangkuan sang suami.

Min Young terkelu apabila kepala sudah selamat mendarat diatas peha milik sang suami. Min Young kelu malah tidak bergerak. Nafasnya turut tidak teratur, wajahnya membahang.

"Y-Y-Yah! K-Kau apah ━━" Min Young mahu bangun dari posisi berbaring malangnya Namjoon menarik semula kepalanya untuk kekal berbaring diatas ribanya.

"Kau mengantuk kan? Tidur jelah kat sini." Arah Namjoon tanpa sebarang perasaan.

Berkedip-kedip akan mata si gadis. What the heck is happening?

"K-K-K-Kau nak aku mati sejuk be ━━" Kata-kata si gadis disentapkan sebaik Namjoon menanggalkan akan kotnya lalu dijadikan selimut buat Min Young. Si gadis terdiam sekali lagi. Dia tidak tahu bagaimana mahu keluar dari situasi ini.

"Tidur jelah. Aku tunggu kau bangun k." Nada suara Namjoon mendayu. Hasutan tidur si gadis lebih terangsang sebaik Namjoon mengusap-gusap akan rambutnya.

Min Young mengalah. Dia mengubah posisi baringannya kepada mengiring. Sambil dia mahu hanyut di alam mimpi, dia mahu melihat akan air tasik yang tenang tersebut.

"Moga takde mimpi buruk yang kacau kau tidur." Baru sahaja Min Young melelapkan mata.

Dia langsung membuka luas semula matanya. Walaupun sebegitu, dia kekal dengan postur mengiringnya. Si gadis berdehem kecil. "K-Kau tahu?" 

"Mestilah aku tahu." Balas Namjoon sambil mengusap lembut kulit mulus si gadis. Min Young mengetap bibir. Ya tuhan. Banyaknya suaminya tahu. 

Min Young menghembus nafas seraya mengukir senyuman. Namjoon adalah lelaki yang begitu baik sekali yang dia pernah temui.

"Aku doakan suatu hari nanti kau jumpa jodoh yang lagi baik dari aku." Gumam Min Young sambil melukis-lukis di lutut sang suami dengan jari runcingnya.

Namjoon tertawa kecil. "Yelah. Mungkin suatu hari nanti." Balas Namjoon. Min Young melelapkan matanya. Peha sang suami memang empuk dijadikan bantal. 

"Tapi, kenapa aku nak cari yang lebih baik sedangkan aku dah ada yang terbaik...."

Min Young tersentak seribu bahasa. Apa yang Namjoon baru sahaja luahkan? Ya tuhan?

Apakah itu?

"Sudah tidur!" Arah Namjoon sambil mengusap-gusap rambut sang isteri. Min Young kembali tenang.

Baik, kali ini dia lelapkan mata dengan kegembiraan dihati. Kegembiraan itu membuatkan dia nyenyak di alam mimpi dalam beberapa saat.

"Sleep tight, my wife. I love you." Gumam Namjoon sambil bermain-main dengan jari jemari si isteri yang tertidur dipangkuannya.

----------------------

Road to final

Maaf sayangku Shazjoon gif yang kau hantar berat sangat. So aku tukar gif yang lain...

STAY TUNED




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top