Chapter 63

They say oh my god I see the way you shine
Take your hand, my dear, and place them both in mine
You know you stopped me dead when I was passing by
And now I beg to see you dance just one more time

ᴅᴀɴᴄᴇ ᴍᴏɴᴋᴇʏ - ᴛᴏɴᴇꜱ ᴀɴᴅ ɪ

---------------------

Salam fajar pagi sudah menjelma, sebegitu juga sepasang suami isteri Kim ini. Dipagi hari, Min Young sudah mengheret Namjoon keluar bersamanya.

Perjalanan mereka berdua agak janggal. Jarang sekali Min Young yang mengajak Namjoon keluar, selalu dia yang sering memaksa isterinya untuk mengambil udara segar tetapi kali ini berbeza pula.

Oleh itu, Namjoon hanya berdiam diri sambil berjalan seiringan dengan Min Young. Dijeling akan si isteri disebelahnya yang membawa sejambak bunga. Musykil juga terhadap kelakuan Min Young pagi ini. 

Walaubagaimanapun, Namjoon menghormati tujuan isterinya pagi ini. Dia juga teruja melihat kawasan lapang kampung dipagi hari. Kelihatan begitu indah dimatanya, tidak kurang juga senyuman manis Min Young yang menghiasi wajah manis si gadis.

Kelihatan Min Young juga gembira.

Namjoon menghembus nafas lega.

Kegembiraan si isteri adalah kebahagian buatnya.

"Alamak..." Min Young memecah keheningan pagi. Namjoon menjongketkan kening tanda soal. "Kenapa?" Soalnya prihatin sebaik melihat Min Young seolah-olah terkejut besar melihat sesuatu atau seseorang?

Lengan Namjoon dicengkam oleh Min Young. Tubuh Namjoon lantas diheret bagi berpatah arah semula.

"EH?! MIN YOUNG?!" Teriakan yang menghentikan dua ketul tersebut.

"Mampus kita." Keluh Min Young. Namjoon pula bingung.

"A-apahal?" Namjoon menyoal perlahan.

"Kau! Orang kat sini mana boleh tahu aku kahwin dengan idol!!!!!!!!" Mata Namjoon langsung membuntang. Tekaknya turut dibasahkan. Dia baru ingat yang dia sekarang berada ditempat awam.

"Hey! Youngie lama kau melebuh ke New York! Dengar cerita kau dah kahwin! Wah, tahniah!" Sapa seorang lelaki yang menegur tadi.

Namjoon dan Min Young perlahan-lahan memalingkan tubuh agar dapat bersua muka dengan lelaki yang menyapa.

Tidak dilupakan senyuman paling kekok dipamerkan.

Wajah lelaki tersebut langsung berubah kepada riak yang serba tergamam. Dia terkejut melihat Namjoon.

"Omo?! Kim Namjoon????" Soal lelaki itu sambil menghulurkan tangan yang agak terketar-ketar bagi menyambut pertemuan diantara dia dengan idol dunia tersebut.

Namjoon juga lebih kurang sahaja, dia turut tertawan dengan wajah tampan lelaki yang menyapa.

Justeru, Namjoon menyambut salam lelaki itu. Sumpah kekok.

"A-A-Apa yang enci ━" Kata lelaki itu, gugup. Namjoon mengosok tengkuknya sedikit, keadaan makin janggal dibuatnya. 

"Eh, Namjoon. Panggil Namjoon saja." Balas Namjoon dengan senyumannya.

Hampir saja lelaki itu jatuh pengsan mendengar keizinan itu.

"Sang Ho! Tak payahlah jakun sangat!" Akhirnya Min Young bersuara setelah menyaksikan pertemuan fanboy dengan idolnya.

Lengan Min Young pantas ditarik Sang Ho. Dia membawa Min Young jauh sedikit dari Namjoon supaya dia dapat berbicara dengan si gadis secara personal.

"Young, apa dia buat kat sini? Dan apa yang kau buat dengan dia?" Min Young menelan saliva ditekak. Dia sudah jangka soalan ini.

"Erh, a-a-aku se-sekarang kerja sebagai pengurus dia HAHAHAHA." Kata Min Young dan berharapan bekas rakan setempat kerjanya ini percaya.

Pernyataan itu langsung membuatkan Sang Ho makin terkejut besar.

"Wow?! Rayyan tak marah ke?" Sakit pula hati Min Young mendengar nama Rayyan.

Sebelum ini berita tentang dirinya dengan Rayyan tular bahkan kisah cinta artis.

Para penduduk kampung tahu cerita berkenaan Min Young mahu berkahwin dengan Rayyan disebabkan Min Young sudah tidak tahan dengan sikap prejudis penduduk kampung tentang dirinya.

Sudah berapa kali Min Young dan Seo Jung menerima lamaran dari lelaki dipelusuk kampung sehingga mereka tekad mencari cerita untuk tidak diganggu dengan hal tersebut.

Maka Min Young mengambil langkah drastik dengan mencari teman lelaki.

Tetapi diakhir kisah, dia berkahwin pula dengan Namjoon.

"Dia dah mampus." Ujar Min Young dengan nada bengisnya.

"Kau tak kerja ke harini?" Dia mengubah topik sebelum Sang Ho menyoal dengan lebih mendalam. Lelaki muda itu mengukir senyuman manisnya seraya menggeleng.

Sang Ho menunjuk sesuatu dengan jarinya. Min Young turut mengikut arah jari telunjuk lelaki itu.

Hampir terhenti jantung Min Young dibuatnya. "Oh tidak. Mati aku." Getus hatinya sebaik melihat sekumpulan kanak-kanak berlari mendekati.

"Ssaem Sang Ho! Kitaorang lukis buk ━" Hujah kanak-kanak lelaki itu langsung tergantung setelah dia kaku melihat Min Young.

Min Young melambai kekok seraya menyelitkan rambutnya disisi telinga.

"SSAEM YOUNG DAH BALIK!!!!!" Kumpulan kanak-kanak itu lantas memeluk betis milik Min Young.

Min Young sedaya upaya untuk mengimbangi dirinya dari jatuh diakibatkan kanak-kanak tersebut berpaut dibetisnya.

"Ssaem dah gemuk." Salah seorang kanak-kanak kecil mengomel akan susuk tubuh Min Young.

Sang Ho langsung berdehem kecil bagi mendapatkan perhatian anak didiknya dan juga bekas anak didik Min Young.

"Anak-anak, ssaem Young tak gemuk. Dia bawak budak dalam perut dia." Jelas Sang Ho.

Sekumpulan kanak-kanak tersebut langsung terkelu dengan hujah gurunya.

"Dan sekarang ssaem Young dah kerja jadi pengurus Kim Namjoon." Tambah Sang Ho seraya menghalakan tangannya pada Namjoon. Kanak-kanak yang melihat, pegun buat seketika.

Secara langsung, mereka mengukir senyuman lalu berlari pantas kearah Namjoon. Namjoon pula tidak tahu mahu memberikan reaksi seperti mana. Selalunya dia dikejar peminat yang boleh dikategori remaja atau dewasa tetapi kini, kanak-kanak ribena.

Walaupun sebegitu, sekejap sahaja sekumpulan kanak-kanak itu menambat hati Namjoon.

Salah seorang kanak-kanak kecil yang bernama Mia mengangkat tangannya tinggi seraya mengedip-gedipkan matanya yang sudah serba bulat kearah Namjoon.

"Mind dukung titew?" Kau tahulah bagaimana jantung Namjoon berdegup waktu tu.

It goes boom boom!

Tanpa sebarang komen, Namjoon langsung mengangkat gadis kecil itu. Mia tertawa riang apabila dapat didukung. Ketawa si kecil itu makin 'membunuh' Namjoon.

"You're the most beautiful angel I've ever seen!" Puji Namjoon pada Mia lalu dikucup pipi lembut si kecil. Mia tergeli hati talkala wajahnya mula berubah warna. Dia mula tersenyum malu disebabkan pujian itu.

"U too!" Balas si kecil dengan pelat inggerisnya.

Kanak-kanak yang lain turut meloncat-loncat disebabkan mereka juga mahu didukung dan dijulang tinggi seperti Mia.

Min Young dan Sang Ho keras membatu. Ini kali pertama mereka melihat kanak-kanak jagaan mereka mahu duduk diam dan mendengar kata.

Selama ini, degil nak matey sekarang? Amboi.

Namun Min Young memandang Sang Ho yang turut terkesan dengan agenda comel itu. Bahu lelaki itu disapa oleh Min Young dengan lembut bagi mendapatkan perhatiannya.

Sang Ho menoleh kearah bekas rakan setempat kerjanya ini.

"Tolong tumbuk muka aku, Sang Ho."

Please, Min Young can't take it ;-;

----------------------

RM: Me? I wanted to be a dad.

ME AT HOME: ARGHHHHHHHHHHH! U MAKE MA HEART KEBABOOM! AKU DOAKAN KAU BE THE BEST DADDY EVER! I SUPPORT KAU PUNYA IMPIAN BRO! I GOT YOUR BACK BABY! (iДi)

*otak meletop akibat cuteness overload, inalilahiwainairojiun*

Perggh, lama aku tak menaip. Apapun, enjoy 💜


ʀᴏᴀᴅ ᴛᴏ ꜰɪɴᴀʟ ✔





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top