Chapter 62
That's my girl
-------------------------
"Aduh, kesiannya anak mama ni. Sakit lagi ke?" Soal prihatin sang ibu kepada menantunya yang terbaring di sofa.
Persoalan si ibu hanya dibalas dengan anggukkan kecil seraya anak mata Namjoon menikam figura isterinya.
Min Young membalas tikaman mata Namjoon dengan senyuman sinisnya sambil berpeluk tubuh.
Terserlah keangkuhan si gadis yang bangga dengan hasil lebam di kepala suaminya.
Namjoon yang merenung tajam akan bahasa tubuh isterinya, dia faham yang amat.
"Macam mana boleh lebam macam ni eh?" Si ibu bertanya sambil mengusap kepala menantu pertama dan terakhirnya. Anak mata Namjoon langsung menilik lembut wajah ibu mertuanya.
Hampir sahaja tona wajah Namjoon berubah akibat kecantikkan serta keayuan si ibu mertua. Sumpah, tampak awek muda walhal sudah berusia.
"Anak mama okay ke ni? Apahal tak jawab?" Namjoon kembali ke realiti sebelum mengangguk.
"Joon, okay." Balasnya dengan senyuman.
Si ibu membalas akan senyumannya dan keluhan gembira. "Baguslah tapi macam mana boleh jadi camni?" Namjoon tidak berkata apa-apa, hanya anak matanya berbalik kearah si isteri.
"Mama tanyalah anak perempuan mama tu!?" Herdik Namjoon seraya si ibu menoleh bagi bersua muka dengan anak gadisnya.
"Min Young?" Nada dingin bercampur marah ditujukan kepada si gadis tetapi tidak sedikitpun mengentarkan Min Young, malah dia dengan bersahaja menghenjutkan bahunya tanda tidak tahu.
Si ibu tidak mempercayai akan sang anak langsung dia menjongketkan keningnya.
"Cakap cepat." Perintah sang ibu.
Min Young sempat memutarkan bebola matanya dan melangkah mendekati dua insan itu.
"Untuk pengetahuan mama, tadi ada 'ulat bulu' kat atas sofa ni. Namjoon terkejut lepas di terhantuk kat atas dulang ni! Itu pasal lembam tu!"
Pernyataan penipuan Min Young disertakan senyuman sinis buat Namjoon yang merenung marah akan wajah ayu si isteri.
❝ Minah senget tak guna!!!!!!!!❞ Amuk hati Namjoon yang disampaikan dengan bahasa matanya.
Min Young yang turut memahami maksud pandangan Namjoon langsung menjelirkan lidahnya tanda mengejek.
❝Padan muka!!! ❞ Pasangan kucing dan anjing ini saling bertelepati dalam perbualan menggunakan bahasa mata.
Si ibu yang berada diantara dua insan ini hanya bertukar-tukar pandangan. Kejap tengok muka anaknya, kejap menantunya.
"Korang dua ni apahal?" Langsung si ibu mencelah perdebatan mata Namjoon dan Min Young.
"Takde apa-apa mama. Dah! Kalau 'ulat bulu' tu menjelma balik, mama ketuklah dia guna hammer. Young nak pergi tolong papa kat dapur. bubyeee ~" Nasihat Min Young dengan nada menyindir.
Si ibu yang tiada sebarang clue dengan maksud Min Young hanya membalas dengan anggukan. "Jangan risau! Kalau mama jumpa ulat bulu tu, sampai lunyai mama pijak!"
Terkedu Namjoon sebaik mendengar jaminan si ibu mertua.
Min Young sempat tersenyum menang setelah melihat riak wajah takut Namjoon sebelum melangkah ke ruang dapur dimana ayahnya berada.
"Maaflah Joon. Sekarang musim sejuk, mulalah serangga masuk rumah. Maklumlah cari tempat berteduh." Hujah si ibu yang langsung meraih perhatian Namjoon.
Namjoon dengan teragak-agak mengangguk. Dia sekarang sudah berada dalam konduksi ketakutan.
Selamatkan Joon.
Dan secara tiba-tiba pintu utama dipalu kuat dari luar. Tubuh Namjoon terus terenjat akibat ketukkan kuat itu. "Siapa pulak datang time senja camni?" Gumam si ibu seraya mendekati pintu dan meninggalkan Namjoon di sofa.
Pintu dibuka dan langsung bahu si ibu dicengkam kuat oleh tetamu yang bertandang ke rumah.
Wanita pertengahan umur itu menilik tajam wajah yang dia amat kenal tersebut.
Bibir diketap kuat menahan geram.
"MAMA!? Y-Y-YOUNG DAH BALIK?!" Teriak gadis yang bertandang ke rumah. Si ibu tidak membalas tetapi dia lantas mencengkam akan rambut biru si gadis yang tiba-tiba muncul di hadapan pintunya.
"Ni lagi sekor budak yang tak reti nak balik rumah! Yah! Ni apahal rambut dah jadi biru karat camni??!!! Kamu nak mak cukur kepala kamu sampai botak??!!!" Soal geram si ibu kepada gadis tersebut.
Namjoon yang kekal disofa, memerhati dengan penuh persoalan.
'Mama? Min Young ada siblings?' Getusnya tertanya-tanya.
Pergelutan itu terlerai sebaik si ibu melepaskan rambut panjang si gadis. Dengan wajah cemberut si gadis menilik wajah ibunya.
"Ini namanya style mama! Ini style!!!!" Defendan si gadis.
Wajah tak puas hati si ibu jelas terpapar sebaik dia selesai mengimbas akan gaya anak perempuannya.
Namjoon yang berada disudut ruang tamu turut memerhati kakak iparnya. Jacket kulit hitam yang berkilat dan leather black tight jeans dikenakan. Tambah pula dengan rambut biru si gadis, hmm mak mana tak mengamuk, bukan?
"Mana si Young tu!!?? Jung nak sekeh kepala dia?! Kahwin tak ajak! Bakal adik ipar pun dia tak kenalkan! Tak guna betul!?" Hujah si gadis lantas melangkah masuk ke dalam rumah seraya mencari kelibat adiknya.
Dan kini, makin Namjoon mengerti dari mana si isteri boleh menjadi serba ganas seolah hulk, rupanya kakak dan ibu si gadis puncanya.
Dua pengaruh yang kuat disitu.
Namjoon kekal memerhati gerak-geri sang kakak ipar disofa dengan penuh minat. Timbul perasaan adore Namjoon terhadap kakak iparnya yang serba swag.
Namjoon merenung sehingga dia tak sedar yang kakak iparnya sudah berada dihadapan wajahnya yang senyum seorang diri.
Beberapa petikkan jari barulah berjaya menyedarkan Namjoon. Dengan itu Namjoon langsung berubah tona wajah sebaik menyedari kehadiran si gadis.
Namjoon lantas menoleh malu bagi mengelakkan anak mata si gadis berambut biru itu.
Malangnya hasrat Namjoon terus terlantar disebabkan wajahnya dicengkam erat si gadis. Maka bertatapanlah mata mereka berdua.
Tekak yang kering terus dibasahkan.
Aura menakutkan yang dibebaskan si gadis berambut biru membuatkan Namjoon terkelu kerana auranya seakan-akan sama dengan Min Young.
Kelopak mata Namjoon dikedip-kedip laju demi meraih simpati.
"Mama. Kenapa leader BTS boleh ada dalam rumah kita?" Soal gadis tersebut dengan nada yang tenang.
Si ibu tersenyum sebelum menjawab.
"Kata nak berkenal-kenalan dengan adik ipar sendiri. Tu dah ada kat depan mata, tanyalah dia sendiri!" Balas si ibu dengan senyuman.
Mata gadis dibutangkan sebaik memahami kata-kata si ibu. Namjoon pula menguntum senyuman manis walaupun pipinya masih kekal dicengkam erat si kakak ipar.
Well, dia kena hormat kakak iparnya. Ciri adik ipar yang baik gaiss.
Gadis tersebut membalas dengan senyuman sinis.
"Mama rasa Young marah tak kalau Seo Jung nak caras suami dia?" Soalan cepumas tersebut langsung merenjat setiap saraf Namjoon.
Dia terkejut besar.
Si ibu berfikir sejenak.
"Rasanya tak..." Jawab si ibu dengan senyuman.
Kian haru-biru jadinya sebaik Seo Jung mengambil tempat dengan duduk bersebelahan Namjoon.
Lengan si gadis berambut biru itu melingkar pada bahu si adik ipar yang serba takut. Anak mata Seo Jung menikam tajam akan mata Namjoon yang jelas gemuruh.
Senyuman syaitan terbit dibibir Seo Jung. Masa dia sakat sikit adik iparnya.
"Well, well, well, hai baby boy ~"
Nafas Namjoon terhenti disebabkan panggilan itu........
Dan figura si isteri pula sudah berdiri tegak sambil menyaksikan agenda yang sedang berlaku.
-------------------
So far, storyline still on the line 😂
And masa untuk caras suami orang! 😂
Frasa kebenaran bakal dibuka 💫
STAY TUNED
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top