Chapter 60
You're my paradise
------------------------
Hampir beberapa jam Min Young terperuk dalam bilik. Dipandang wajahnya dicermin meja solek, pipinya sudah reda. Tiada lagi berwarna merah akibat bahang malu.
Lantas mata mengubah pandangan pada pintu bilik, tekak dibasahkan. Langkahnya dibuat mendekati pintu, perlahan-lahan pemegang pintu dikaut.
Langsung pandangannya tertacap pada wajah sang suami yang terherot senyumnya sambil menonton televisyen.
Telinga sang jejaka sudah menangkap bunyi pintu si gadis dibuka, mata asyik melihat skrin televisyen.
Kedudukan bilik sememangnya bertentangan dengan sofa ruang tamu manakala televisyen berskrin besar tergantung pada dinding.
"Tengok siapa dah keluar~" Kata Namjoon sebaik isterinya duduk bersebelahanya.
"Kau nak apa, setan?" Balas Min Young, mata masih merenung skrin televisyen.
Gadis mulut takde insurannya sudah kembali. Hmm.
"Takde apa-apa." Lengan sang suami melingkar dibahunya. Langsung si gadis mengubah pandangan.
"Nak kaki ke?" Min Young menyoal sebaik mata saling bertemu dengan sang suami.
Namjoon mencebik seraya berkelip-kelip matanya. Dengan itu, si gadis berubah menjadi tomato.
Dasar lelaki tak guna main tektik kotor, main guna aegyo pulak.
"Kau kata aku comel kan?" Langsung Namjoon baring dipeha si isteri, pandangan tidak lepas dari melihat wajah isterinya dari kedudukan berbaring.
Si gadis terus tersenyum sinis. "Eh? Sejak bila aku cakap macam tu?"
Berkerut wajah Namjoon lantas bangun dari posisi baringnya. "Hello! Aku belum pekak lagi, okay! Kau kata aku comel kan!?" Bidas sang jejaka dalam nada merajuk.
"Aku rasa kau salah dengar ni. Aku kata cibai bukan comel. Dasar pekak."
Mata sang jejaka ditiruskan, bibir makin sedepa dicebikkan. "Taknak kawan." Langsung Namjoon memalingkan tubuhnya lalu memandang dinding.
Min Young merenung belakang sang suami. Dia rasa macam mahu meletus.
"Comel siak ;-;"
Si gadis menepuk-nepuk perlahan wajahnya.
Kini dia perlu kekal fokus dan memulakan bicara yang dia sudah rancangkan.
Dia berdehem sedikit bagi membetulkan suaranya.
"Weii! Aku bagi kau lima peluang tanya tentang apa saja kau nak tahu kat aku."
Kata-kata si gadis membuatkan Namjoon menoleh dengan penuh kebingungan.
"Lima peluang?" Namjoon memalingkan tubuhnya, dia berminat dengan tawaran isterinya.
Si gadis menarik nafas yang dalam. Dia yakin yang Namjoon akan soalkan tentang apa yang dia dengari.
Siapakah Hae Ryun?
Min Young pasti, itu pasti persoalan yang bermain diminda Namjoon.
"Yep." Si gadis membalas sebaik habis menghembus nafas panjangnya. Terpahat senyuman di wajah sang suami.
"Okay! Aku terima!" Balas sang jejaka dengan teruja. Min Young tersenyum kecil, dia sudah sedia untuk menjawab soalan yang pasti ditanya.
"Aku comel kan?" Ya tuhan (; ̄д ̄)
Takde soalan lain.
Kening sang jejaka digerak-gerakkan tanda menunggu jawapan.
Min Young mengulingkan bebola matanya lalu menjawab. "Ye, kau comel."
Namjoon kembali meniruskan pandangannya kearah wajah sang singa yang seakan-akan tidak puas hati.
"Ikhlas ke?" Namjoon menyoal.
Min Young tersenyum penuh dengan makna. Dia seolah mahu meletop kepanasan. Ini bukannya soalan yang dia jangka!
"tinggal 3 soalan lagi." Jawab si gadis dengan senyuman syaitannya.
Membulat mata sang jejaka. "Eh tu pun kira ke?"
"Ouh! Tinggal 2 soalan lagi!" Si gadis membuat air muka pura-pura terkejut. Dia sedang mengejek sang jejaka.
"YAH! MANA ADIL MACAM NI!? AKU TANYA SOALAN MACAM TU PUN KIRA KE???" Jerkah Namjoon dengan nada tidak puas hati akan peraturan yang Min Young buat.
"Oopss! Tinggal 1 je!" Pipi kanan Namjoon ditampar-tampar dalam kadar yang serdahana kuat. Wajah geram si gadis jelas terpapar.
Namjoon sudah membazirkan 4 peluangnya. "Tolong tanya betul-betul!" Ugut si gadis dalam nada yang geram, dia rasa mahu cekik saja suaminya ini.
Sang jejaka menghela nafas lembut.
"Kalau betul kau ikhlas cakap aku comel, kucup pipi aku sekali?"
Permintaan Namjoon membuatkan Min Young ternganga. Apa yang baru suaminya katakan??!
Min Young berdengus kasar. Telapak tangan berubah menjadi buku lima lalu ditayang pada wajah Namjoon yang segaja melentok comel kepalanya.
"Kau nak aku tumbuk muka kau sampai bersepai gigi kat lantai??! Yah! Apa jenis soalan kau bagi tu!?" Tengking si gadis.
Tubuh Namjoon langsung terenjat kerana terkejut lalu mata berubah menjadi sayu.
"Ouh ━━" Sang jejaka memandang jari-jemarinya lalu dimainkan.
"━━ Tak ikhlas rupanya." Kedengaran seakan-akan bunyi hingus ditarik. Min Young kaku, apa dosanya sehingga diuji sebegini????!
Si gadis memejamkan matanya, dia tidak mahu melihat agenda sayu suaminya walaupun mindanya sedang bertarung dengan 'serangan' comel suami sendiri.
Namjoon hanya bermain-main dengan jarinya, mata kuyu meraih simpati kekal pada lantai.
Dan tiba-tiba dia terasa texture lembut bersapa dengan pipinya. Terasa seakan darah terus 'zupp' naik ke wajahnya.
Sebaik rasa texture yang lembut itu meninggalkan pipinya langsung dia berpaling dengan wajah terpana.
"K-K-K-K-Kau??━━ " Namjoon menyoal seraya memegang pipinya sendiri.
"Soalan kau dah habis, jangan tanya." Jawab Min Young yang sudah menongkat dagu pada pemegang sofa dan pura-pura seolah dia tak buat apa-apa.
Senyuman Namjoon panjang sepanjangnya. "WAHHH! AKU SAYANG KAU!" Jerit Namjoon lantas memeluk tubuh Min Young.
"AISSH! PERGI DARI AKU!" Badan Namjoon ditolak ke lantai, tetapi dia langsung tidak terasa sakit.
Malah dia berguling-guling dilantai. Tak padan tangan berbalut ( ̄¬ ̄)
"Uwu aku tahu aku comel! Hehehehe!" Namjoon merehatkan dagunya dipeha si gadis.
"Hmm yelah, kau memang comel." Rambut sang suami diusap. Namjoon tidak ubah seperti anak kucing kecil yang mahukan belaian.
Dia membuatkan Min Young bercelaruan akan kecomelannya tapi Min Young masih lagi berlagak 'cool'.
Tenang akan hatinya sebaik melihat isterinya sudah kembali. Terpahat senyuman kecil dibibir milik Min Young, makin membuatkan Namjoon keriangan.
Keterujaan juga menguasi diri.
"Weii, aku bosan. Jom pergi adventure macam Dora dengan Boots?" Ajak Namjoon seraya melukis-lukis dengan jari dipeha si gadis. Mata dibulatkan demi menunggu perkataan 'ya'.
Namjoon mahu buang tabiat, gaiss ('-ι_-`)
"Ad-ad-ad?" Si gadis tergagap-gagap akan perkataan asing itu. Langsung dia memutarkan matanya.
"Pengembaraan!" Min Young mengangguk faham sebaik sang jejaka menterjemahkan ia.
"Kau nak aku mati kena tembak? Kau gila ke? Peminat kau bersepah kat sini."
"Rileks lah! Aku jamin mesti ada tempat yang takkan kisahlah tentang aku punya status artis ni." Bidas Namjoon.
Sepantas kilat si gadis menjongketkan keningnya, ada betul juga kata Namjoon. Pasti ada tempat sebegitu.
Idea yang terbaik bermain dia minda Min Young dan ini adalah peluang terbaik untuk tunjukkan siapa dirinya kepada Namjoon.
"Aku tahu kat mana."
Namjoon kembali kepada keadaan duduk yang normal. "Kat mana?"
"Jom, tolong aku kemas barang."Si gadis bingkas bangun dari sofa dan menuju ke arah bilik sang suami.
Namjoon tersenyum.
"Jangan paksa diri kau cerita kisah pahit kau, cerita bila kau dah sedia." Gumam Namjoon langsung mengukir senyuman kecil sebelum mengikut langkah si isteri.
Dia sudah mengambil keputusan. Dia segaja menghabiskan peluangnya dengan soalan yang tak masuk akal kepada Min Young, dia tahu isterinya pasti menderita jika memaksa diri untuk memberitahu kisahnya.
Alexithymia dan PTSD si gadis bukannya mainan. Itu adalah deritanya. Oleh itu, cerita lah sewaktu diri sudah bersedia untuk berkongsi.
Dan tidak menyangka, pipinya mendapat merasa kelembutan bibir si gadis bermulut lancang itu.
Bibirnya lembut bagai gula-gula kapas tapi kata-kata yang keluar dari bibir tersebut, sehangat bahang matahari.
Walaubagaimana pun, penuh dengan keikhlasan sewaktu berbicara.
Dusta jika Namjoon tidak merasa perasaan yang sama seakan si isteri.
Perasaan yang membuak-buak tetapi kedua-dua insan tidak mampu meluahkannya. Takut akan kes 'cinta bertepuk sebelah tangan.' Erti kata lain, cinta tidak berbalas.
Oleh itu hanya dapat berkata di dalam sanubari.
"Is this love?"
---------------------
Tidak perlukan ungkapan "aku cintakan engkau" untuk memastikan seseorang itu mencintaimu
Cukup dengan tingkah lakunya. Kerna benar apa yang dikatakan,
'Action speaks louder than words'
(^・ェ・^)
Saja tags 😂🐨:
BAHAHAHAHA SELAMAT BERPERIKSA OK!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top