Chapter 59
Baby, take my hand
I want you to be my husband
Cause you're my Iron Man
And I love you three thousand
---------------------
Perut yang berkeroncong membuatkan si gadis membuka mata, sendinya bagai sudah mati akibat asyik tidur.
Terasa badan sedikit sakit dan leguh. "MinMin lapar eh?" Si gadis menyoal kandungannya.
Jika si kecil mampu berkata, pastinya jawapannya 'iya'. Dari dalam pesawat Min Young langsung tidak menjamah makanan walaupun dia menaiki pesawat 'first class'.
Dia penat, penat memikirkan keputusannya.
Dia selalu menyoal dirinya, benarkah Namjoon berasa begitu ataupun Jackson hanya mereka cerita?
Bibir diketap, kini anaknya lapar.
Oleh itu, segala masalah dilupakan lalu bangkit menuju bilik mandi.
Dia mahu membersihkan dirinya dahulu kerana tiba saja di rumah terus dia terlena sehingga larut malam.
Sebaik baju yang selesa dikenakan, langkahnya membuka pintu diteruskan.
Keadaan rumah gelap tetapi Min Young masih boleh melihat jalan kerana ruang tamu dicahayai sinar bulan diluar tingkap.
Baru saja dia membuka langkah, kedengaran bunyi sesuatu jatuh menghentak lantai.
Min Young kaku kerana sesuatu itu jatuh dihadapan kakinya. Matanya membulat.
Tubuh sang suami jatuh terbaring dihadapan kakinya. Langsung Min Young merendahkan tubuhnya bagi melihat keadaan Namjoon.
"A-Apasal ni?" Soalnya pada diri sendiri, cemas.
Nafas lega dihembuskan sebaik si gadis yakin yang Namjoon masih bernafas.
Sangkakan Namjoon sudah mati rupanya hanya tidur.
Tapi si gadis menyoal dirinya sekali lagi, mengapa dia tidur dilantai?
Secara tiba-tiba mindanya memberi jawapan.
"━━ Ouh, errh, tak-takpelah. Kau nak tukar baju dulu eh? Takpe! Aku tunggu kau. Kita makan sekali, ye?"
Namjoon menunggu akannya?
Wajah sang suami yang terbaring, ditatap sayu si gadis lalu dipejamkan. Dia terasa sakit akibat mengabaikkan suami sendiri. Serba salah menguasai.
Namjoon langsung tidak berganjak dari pintu biliknya.
Dengan penuh sabar jejaka itu menunggu diluar tanpa menghiraukan dirinya yang sudah kelaparan.
Dia sudah berjanji mahu makan bersama, oleh itu, dia tunggu walaupun sehingga tertidur.
Dia setia menunggu.
Min Young menghela nafas yang berat. Mata dibuka dan jari-jemari mengusap pipi sang jejaka. Senyuman terukir melihat Namjoon.
Jejaka yang berada dihadapan matanya ini bukan saja ikhlas tapi setia.
Tubuh suaminya tidak boleh dibiarkan terus tidur dilantai maka dia mengambil keputusan untuk membawa Namjoon tidur disofa ruang tamu.
Nyenyak sang jejaka tidur walaupun baju yang dikenakan pagi tadi langsung tidak ditukar.
Si gadis menyelimutkan tubuh yang sedang asyik di alam mimpi lalu duduk dilantai.
Lengan direhatkan pada permukaan sofa yang empuk. Kepala dibaringkan diatas lengannya seraya menatap wajah sang suami.
Senyuman masih kekal. Sudah lama dia tidak tersenyum sebaik bertemu jejaka durjana yang tiba-tiba menyatakan dia mahu peluang kedua.
Maaf, bagi Min Young, cinta tiada peluang kedua.
Jika betul-betul mencintai, mengapa bazirkan semasa mempunyai waktu membuktikan ia?
Oleh itu, dalam cinta tiada peluang kedua buat si gadis sedingin Min Young.
Tiada.
Kini dia punyai suami dan dia membenarkan buat kali ini hatinya memutuskan keputusan. Iya, dia pilih untuk mengikut perasaannya, cintai lelaki bergelar suami tersebut.
-------------------------
Pagi menjelma, Min Young sudah terjaga lalu membuka pintu. Sendi dibetulkan.
Penat sungguh mengangkut Namjoon ke katil. Boleh tahan berat jejaka itu.
Kepala digaru sedikit tetapi langsung wajah si gadis dikerutkan.
"Bunyi apa tu?" Soalnya langsung bergerak ke koridor yang menyatukan ia dengan ruang dapur.
Min Young menatap wajah sang suami yang langsung menyorokkan sesuatu di atas dapur.
"Errhh, k-k-kau dah bangun! P-P-P-agi!" Wajah sang suami ceria tetapi penuh dengan keraguan.
Min Young mendekati. Apa yang suaminya lakukan dipagi hari ini?
"Eh! J-J-J-J-Jangan dekat!" Langkah Min Young terhenti. Apahal pulak Namjoon ni?
Si gadis tetap bergerak mendekati tanpa menghiraukan arahannya.
Makin cemas sang jejaka menyorokkan apa yang dia sedang lakukan dengan tubuhnya tetapi langsung Min Young menolak Namjoon ke sisi.
Si gadis menjongketkan keningnya sebaik melihat dapur yang dah macam tongkang pecah.
Kelihatan kuali yang sudah membara apinya. Langsung si gadis membuka kabinet dibawah singki.
Fire extinguisher kecil diambil lantas disembur pada punca kebakaran. Apabila api sudah terpadam, wajah Namjoon ditenung dalam.
Sang jejaka hanya memandang kakinya, tidak mampu berkata tetapi dia kena beri keterangan.
"A-A-A-Aku ingat nak ━━" Sang jejaka kekal memandang lantai. "━━Buatkan kau sarapan."Min Young tersentak.
"K-K-K-Kau mesti penat sangat sampai tertidur semalam ━━" Jari dimainkan tanda Namjoon mahukan simpati si gadis.
"━━Mesti kau lapar kan? Jadi aku ingat nak buatkan Kimchi Fried Rice untuk kau tapi ━━" Ayatnya tergantung. Dia mengetap bibir.
"━━Tapi nasi tu tak masak-masak! Jadi aku naikkan lagi dapur punya suhu api d-d-d-dan lepastu, kuali tu pulak yang terbakar! A-A-A-Aku simbah air t-t-tapi api jadi makin besar! Jadi aku pun, lintang-pukang lari! B-B-But tak bermaksud nak kejutkan kau."
Banyak betul 'tapi' nya. Hmm.
Jelasnya tergagap-gagap tetapi sudah berani mengangkat wajah.
Sumpah, Min Young terharu. Namjoon sungguh comel.
Dia tidak mampu berfikir apa-apa hanya betapa comelnya sang suami mengaku salahnya. Bagai kanak-kanak kecil.
"Tapi aku dah ━━" Tiba-tiba lonceng rumah kedengaran. "Hah! Dah sampai! Kau tunggu situ! Aku pergi bukak!" Sang suami pantas berlari ke pintu rumah.
Min Young hanya memerhati bayang sang suami yang telah lesap dari kawasan dapur.
Dipandang sekilas 'karya agung' sang suami yang hangus. Si gadis terus tertawa kecil. "Patutlah nasi tu tak masak, kau masak beras."
"Dan siapa masak nasi guna kuali? Bukan pakai periuk nasi ke?" Min Young menyoal.
Walaupun iq tinggi, lembap bila masuk dapur. Nampak sangat ciri tak pernah masuk dapur tu.
Si gadis tersenyum.
"Terima kasih." Ucapnya.
---------------------
"UwU aku pesan makanan untuk kita! Well, aku tak tahu mana satu kegemaran kau, jadi, aku order semua dalam menu." Ya tuhan.
Min Young kini memandang setiap hidangan yang dibeli. Nak buat kenduri ke apa ni?
Setiap set makanan dipesan, dua hidangan. "K-K-K-Kau pilih lah! Aku nak makan yang mana kau makan." Katanya, bersungguh-sungguh.
Si gadis hanya mengambil apa yang suaminya berhasrat mahu masak pada pagi ini. Namjoon yang melihat pilihan isterinya langsung mengambil hidangan yang sama.
Kelihatan Namjoon sudah menjamu selera terlebih dahulu. Si gadis hanya menganggap suaminya lapar kerana semalaman tidak makan.
Si gadis pula mencapai mugnya lalu disisipkan pada bibirnya.
Malangnya, mug sudahpun kosong. Dia menghela nafas tanda kepenatan. Dia bangkit dari kerusinya langsung Namjoon memandang.
"Eh! K-K-K-Kau nak air ke?! Biar aku ambik!" Sang jejak turut bangkit.
Mug si gadis lantas dicapai dan bergerak kearah water purifier yang berada tidak jauh dari meja makan. Min Young hanya memerhati dengan senyuman.
Namjoon. Ikhlas, setia dan prihatin akannya.
Berbalik pada Namjoon, dia sebenarnya tidak tahu menggunakan water purifier yang disediakan.
Selama ni dia guna jenis lain kini lain pula. Oleh itu, agak lama dia memerhati alatan tersebut.
"Hot?"
"Cold?"
"Mana satu yang Min Young nak?" Dia menyoal dirinya lantas memandang si gadis tetapi dia tidak mendesak untuk bertanya sebaik melihat Min Young sedang menikmati makanannya.
Namjoon kembali memandang alat tersebut. "Mungkin air panas? Sekarang dah dekat winter."
Dia menekan meletakkan mug pada pilihan air panas. Namjoon mengeluh. Dia buntu mahu membuat isterinya bercakap dengannya.
Apa salahnya turut dia tidak tahu.
Akibat lamunanya, tangannya terkena lempahan air panas. "ARGGH!" Raungnya.
Langsung mug yang dipegang dilepaskan ke lantai. Dengan itu berderai kaca tersebut.
Sang jejaka merintih kesakitan. Tangannya yang melecur digengam erat agar kesakitan hilang.
Tiba-tiba dirinya terasa tarikkan dari belakang. Namjoon kaku, dia perhatikan kaca yang pecah.
Dia hampir memijak kaca tersebut nasib Min Young pantas bertindak dengan menarik tubuhnya kebelakang.
Si gadis merenung tangan sang suami seraya mencapai dan dibawa ke sinki.
Air sejuk dilalukan pada bekasan lecur yang masih berada di dalam status first-degree burn. Namjoon merintih sakit kerana pedih.
"Erhh, t-t-t-takpe! Kau pergilah makan. A-A-A-Aku handle sendiri." Namjoon menarik tangannya dari pegangan si gadis.
Min Young memerhati seraya mengambil tuala dapur lalu dibasahkan.
Tangan sang suami dicapainya lalu ditutup dengan tuala tersebut.
"S-S-Sudah! Aku settlekan sendiri." Kata Namjoon. Dia tidak mahu menganggu isterinya makan.
Si gadis langsung memekakkan telinga. Kata-kata sang jejaka diabaikkan lalu diheret ke ruang tamu.
Tubuh sang suami didudukkan seraya Min Young mengambil First Aid Kit.
"T-T-Takpe! Aku boleh buat sendiri." Namjoon menarik tangannya daripada si gadis yang sudah memegang pembalut.
"Kau lapar kan? Aku taknak kacau kau makan. Jadi, biar aku bu━━" Ayat Namjoon disentapkan dengan plaster luka dilekat pada mulutnya.
Dia mengalah. Dia hanya biarkan Min Young membalut tangannya.
Apabila siap balutan, si gadis mengangkat wajah bagi melihat mata sang suami.
Namjoon hanya terkedip-kedip pantas dengan plaster yang masih terlekat dibibir.
Si gadis perlahan-lahan menanggalkan plaster tersebut, mata masih lekat merenung anak mata coklat sang suami.
Min Young tersenyum melihat wajah cuak Namjoon.
"Comel." Pujinya seraya mencubit lembut pipi sang suami.
Dia kaku. Min Young baru puji dia?
Dengan momentum pantas, si gadis melekat semula plaster ke bibir Namjoon dengan kadar yang kuat sehingga terpelanting tubuh sang jejaka dibuatnya.
Sepantas kilat, si gadis berlari ke arah biliknya dan mengurung diri kerana wajahnya sudah merah menyala. Namjoon pula terbaring kaku.
Plaster dicabut, senyuman terukir. "C-C-C-Comel??" Langsung Namjoon berlari ke pintu si gadis.
"OUH? AKU COMEL? KAU BARU TAHU KE? HAHAHAHAHA INI KIM NAMJOON LAH! DIMPLES AKU NI DAH LAMA MAIN PERANAN NGORAT ANAK DARA ORANG!UWU EXPENSIVE GURL PUN TAKLEH RESIST AKU BAHAHAHAHA!"
Min Young yang bersandar pada permukaan pintu bilik hanya tertawa kecil.
"Baru puji sikit kau kasi karangan 3000 patah perkataan kat aku. Haissh Joonie." Gumamnya seraya mendengar dari luar 'karangan' memuji diri sendiri yang disampaikan oleh Kim Namjoon.
----------------------------
BERKEMUNGKINAN DOUBLE CHAPTER PETANG NI! (KALAU RAJIN)
ANYWAY HARAP MEMUASKAN.
VOTE & COMMENTS?
AMAT DIHARGAI SEKALI 😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top