Chapter 58
I'll fight for you
I'll be your knight
I'll save you from your nightmare
Cause' I'm destined for you
-------------------
"Akhirnya! Kita dah balik! Yahooo!" Jerit Hoseok sebaik sahaja jet persendirian mereka membuka pintu.
"Uwu nampaknya kita sambut musim sejuk dengan family! Yeah!" Tambah Taehyung.
Seokjin hanya tertawa kecil melihat maknae line berlari bertempiaran tanda senorok pulang ke tanah air.
Sekilas memandang Namjoon yang kelihatan agak resah. "Haissh, kejap lagi sampai lah bini kau tu." Terjahnya.
Tubuh si leader terenjat sedikit seraya mengukir senyuman kecil.
Ya, dia sedang menunggu pesawat yang Min Young naik. Mereka terpaksa naik secara berasingan bagi mengelakkan sebarang spekalusi netizen.
"Kau ni. Apahal nampak macam nak mampus je ni? Diam je dari tadi?" Yoongi menyoal si Namjoon.
Sudah lama dia memerhati kelakukan sang leader. "Mana ada. Aku okay je." Balas Namjoon.
Tapi bandmatesnya tahu, dia menipu. "Baik kau cakap! Apa kena dengan kau?"
Namjoon menelan saliva ditekak. "Ini mesti kes Min Young palau kau kan?" Seokjin meneka.
"Bukan." Jawab Namjoon, yakin. Terjongket kening Seokjin. "Jadi?"
Sang leader mengetap bibirnya, ragu-ragu mahu menceritakan masalahnya.
"Haritu, penyakit Min Young tu menyerang...." Yoongi dan Seokjin hanya mengangguk faham.
Mereka semua memang sudah tahu akan masalah mental si gadis. Pasti sukar Namjoon mahu menangani ia.
"━━ Sebab sorang laki." Riak wajah mereka berdua bertukar terkejut.
"Eh! Ada laki lain nak third wheel korang punya hubungan ke?" Seokjin menyoal dengan nada yang agak cemas.
Namjoon mengeleng. "Tak. Aku rasa macam Min Young bencikan laki tu. Pasti ada pastlife tentang laki tu dengan Min Young. Tapi aku tak tahu apa...."
"Ouh, kau tak tanya apa-apa kat dia?" Soal Yoongi.
"Tak. Dia macam langsung taknak ingat laki tu. Macam trauma sangat bila dia pandang laki tu." Balas Namjoon.
Buat seketika mindanya teringat akan kata si gadis.
"K-k-k-kau kena bertenang. Itu Namjoon bukannya Hae Ryun. Mamat tu dah mati. Kau dah penggal kepala dia! Takkan kau tak ingat, bodoh!?"
"Siapa pula Hae Ryun?" Getus hatinya. Sekian lama dia meneka tiba-tiba bahunya diterjah kuat.
Langsung lamunannya terhenti seraya memandang tuan badan yang menyentuh. "Tu. Dia dah sampai." Tegur Jungkook.
Pandangannya lantas melihat si gadis yang melepasi pemeriksaan imbasan beg.
Si gadis ditemani dengan seorang lelaki yang diupah untuk menghantar akannya ke tempat yang Namjoon sudah tetapkan.
Sehela hembusan nafas dihembus. Hilang perasaan resahnya sebaik melihat si gadis berjalan melepasi pintu besar.
Namjoon masih dalam stesen pemeriksaan cuma melihat, lagak Min Young tak ubah seakan mereka langsung tidak mengenali.
Min Young langsung tidak berpaling melihat akannya.
Mengapa dia begitu dingin?
"Sebarang persoalan, jangan dijawab. Cuma senyum je." Kata beberapa orang pegawai. Mereka hanya mengangguk langsung melangkah ke luar.
Jeritan dan sorakkan bergema. Mereka hanya tersenyum. Rindu akan tanah air dan peminatnya.
Dan apa yang Namjoon takutkan turut ada disitu. Paparazi.
"NAMJOON! KES BERDUA-DUA DENGAN GADIS DI NEW YORK TU! SILA BERI KETERANGAN!"
"SIAPA GADIS TU?"
"KIM NAMJOON!"
Iya, namanya disorakkan dengan pelbagai pertanyaan. Dia hanya tersenyum dan berdoa agar cepat kes itu hanyut dengan isu lain.
Keselamatan identiti Min Young penting buatnya.
Mereka semua selamat masuk ke dalam van mewah yang disediakan.
---------------------
"Bye! Bye! Hyung!" Jungkook melambai-lambai tatkala Namjoon turut membalas lambaian sebelum kelibat van bergerak di jalanan.
Namjoon memandang sekeliling sehingga matanya tertacap pada sebuah kereta hitam yang parking ditepi jalan.
Langkahnya perlahan ke arah kereta dengan beg diheret. Pintu dibuka seraya dia menyelesakan diri dengan duduk di kursyen belakang bersama Min Young.
Sang pemandu disapa sekali lalu mengubah pandangan pada sang isteri yang murung.
Kereta laju dipandu di jalanan. Min Young pula asyik memandang tetingkap. Jelas wajah tiada perasaannya.
Si gadis berubah yang amat, dulu ceria kini duka. Namjoon mengeluh. "Sial punya jantan." Carutnya di dalam hatinya.
Marahnya ditujukan pada jejaka yang membuat isterinya menjadi murung. Kerana lelaki itu, Namjoon hilang akan gadis cerianya.
"Siap kau, kalau aku dapat." Gumamnya lalu turut memandang pokok-pokok diluar tingkap.
-----------------------
"Kita dah sampai!" Jerit ceria Namjoon sebaik tiba ke destinasi. Senyuman manis diberi kearah si gadis yang mengheret beg bajunya.
"Eh, biar aku bawakkan." Tawar Namjoon seraya merampas beg baju si gadis.
Min Young hanya memberi, matanya kaku pada rumah yang disewakan. Kalau dulu apartment mewah, kini sebuah rumah agam.
Namjoon suka bazirkan duit buatnya.
Si gadis mengeluh kecil disebalik masknya. Tubuhnya masih penat walaupun sudah tidur sepanjang masa penerbangan.
Pintu dibuka buat si gadis, pandangan Min Young mengerling sekilas pada sang suami. "Silakan." Pelawa Namjoon dengan senyuman yang tidak lekang.
Min Young menuruti dan dia terpegun.
Gaya rekaan dalaman rumah sungguh klasik tapi elegan.
Rekaan dalaman yang menekankan konsep lantai dan dinding diperbuat daripada kayu jati yang disyelekkan. Tidak lupa sedikit ukiran disertakan pada pintu-pintu.
Sumpah cantik dimata si gadis.
Min Young berjalan perlahan sambil melawat kawasan.
Ruang tamu yang luas bersertakan sebuah pintu slide door lutsinar yang memaparkan pemandangan luar.
Jika di New York, pemandangan indah langit tapi di Korea, Namjoon sediakan buat Min Young pemandangan pokok-pokok hijau yang mampu menenangkan si gadis.
Si gadis menyentuh lembut akan kaca slide door tersebut.
Dia tersenyum kecil. Cantik sungguh ciptaan tuhan. Sebuah taman yang besar dilengkapi kolam ikan dan pokok-pokok hijau, menjadi tatapan si gadis.
"Kau suka?" Namjoon menyoal. Dia berdiri bersebelahan akan isterinya. Si gadis langsung tidak memandang tetapi membalas dengan anggukkan kecil.
Kini matanya berubah arah, dipandang pula koridor rumah yang berdekatan slide door.
Si gadis melangkah seraya Namjoon mengikutnya.
Dia berjalan melalui koridor tersebut, dan tiba ke bahagian dapur rumah. Besar akan strukturnya yang lengkap dengan keperluan dapur.
Dia kembali ke ruang tamu setelah berpuas hati dengan keadaan rumah. Jika logiknya, dia tak menyangka yang dirinya akan melihat rumah besar sebegini.
"Kali ni, main room ada kat bawah. Tingkat dua, ruang rehat dengan pawagam. Tingkat tiga, studio aku and library." Terang Namjoon.
Sebuah pintu diruang tamu dibuka oleh Namjoon. "Ni bilik kau. Nak apa-apa, aku ada kat sebelah." Dulu bilik mereka bertentangan kini bersebelahan. Hmm.
Bila lah sebilik? ('・ω・`)
"Erhh, kau nak maka ━━" Ayat sang jejaka disentapkan dengan hempasan pintu.
Iya, Min Young masih mengabaikkannya.
Namjoon hanya mengeluh kecil, sebenarnya mengeluh kecewa. Kasihan dia melihat isterinya sebegitu.
Tubuhnya masih tidak berganjak, dia masih terpacak dihadapan pintu bilik si gadis.
"━━ Ouh, errh, tak-takpelah. Kau nak tukar baju dulu eh? Takpe! Aku tunggu kau. Kita makan sekali, ye?" Sedaya upaya Namjoon mengukir senyuman pada muka pintu. Dirinya kekal berdiri.
Dia menunggu.
------------------------
Si gadis duduk dikatil empuk yang barunya. Dia mengeluh. Tangannya mengengam sehelai kertas yang dia perlu memberikan keputusan.
Iya, kontrak cerainya.
Diperhati sebelah kanan kertas, tandatangan suaminya sudah terpapar. Min Young menyentuh lembut akan nama yang tertera.
Kim Namjoon.
Beberapa saat dia mengubah pandangan disebelah kiri kertas. Satu ruang kosong yang dia perlu tanda atau abaikkan.
Berminggu dia menyoal dirinya, patutkah dia lepaskan Namjoon?
Mindanya memutarkan kata-kata si peguam sewaktu jejaka itu menghulurkan kontrak persetujuan cerai itu.
------flashback-----
"Min Young, kau tahu tak yang kau tak tandatangan kontrak cerai korang?"
Membulat mata si gadis, bukankah dia dengan Namjoon sudah tanda sebaik kali pertama mereka bertemu Jackson?
Si gadis bingung. "Eh, aku dah tanda lah!"
Jackson mengeleng dengan senyuman lembut diwajah seraya menghulurkan kontrak itu.
"Yang dah tanda tu Namjoon, kau belum. Kau lupa yang kau pengsan masa tu?" Lantas si gadis mengimbas semula pertemuan pertama dia dengan Jackson.
Iya benar, dia pengsan pada masa itu.
"Ouh." Jawabnya, pendek.
"Kalau kau tak tanda ni, kau dengan dia sah sebagai suami isteri sampai bila-bila."
Kata-kata sang peguam membuatkan Min Young tersentak. Langsung dia mengangkat wajahnya agar bertatapan mata dengan sang peguam.
"Kau bukan isteri sembilan bulan dia kalau kau tak tanda. Kau, selama-lamanya." Tambahnya dengan senyuman lembut.
Min Young kaku. Jika dulu dia memang mahu cerai dengan Namjoon tapi setelah 7 bulan bersama, perasaan itu pudar.
"Kalau kau nak cerai dengan dia, kau tanda." Jelas Jackson.
Si gadis mengigit bibirnya. Hatinya berbolak-balik untuk membuat keputusan.
"Tapi kalau kau taknak ━━" Jackson menghentikan kata-katanya. Mata merenung isteri clientnya.
"Kau koyak kertas tu depan mata aku."
Si gadis terkedu. "A-Aku ━━" Si gadis tergagap-gagap. Mana satukah pilihannya?
"A-A-A-Aku perlukan masa. Sekarang ni Namjoon tak sihat, aku penat nak pikir." Alasan si gadis, Jackson mengangguk faham.
Namjoon sudah lama tidur dibiliknya sebaik ubat masuk ke dalam tubuhnya.
"Tapi Min Young, tolong buat keputusan yang betul." Si gadis makin kaku lidah.
Jackson tersenyum. "Kau tahu dia banyak korek rahsia kau? Dia tahu penyakit kau. Dia tahu."
"Dia buat semua tu ━━"
Mengapa makin bercelaru hati si gadis mendengarnya? Perasaan apa yang sudah masuk dalam hatinya yang dilindungi dengan 'tembok batunya'?
"Sebab dia taknak lepaskan bidadari hidupnya." Dengan itu, berderai tembok si gadis yang terbuku dihati.
Dia sudah ditawan dengan perasaan yang dia kunci sekian lama, perasaan yang tidak mahu sesiapa lepaskan.
Tapi Namjoon sudah membuat si gadis melepaskannya.
Iya, perasaan sudah memberi keputusan.
"Aku cintakan kau, Kim Namjoon." Getus hatinya.
-------------------------------
Dia pasti terluka kerana membuka hatinya buat seorang jejaka yang pastinya akan pergi....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top