Chapter 57

Ouh shit!
Maybe I miss you?

-------------------

Pintu yang diketuk lantas dibuka, senyuman manis Namjoon hadiahkan buat tetamunya.

"Akhirnya! Korang sampai!" Tiga insan yang kacak lagikan rupawan turut membalas senyuman sang leader.

"Mestilah kitaorang sampai! Nah, hadiah untuk MinMin." Jimin menghulur sebuah kotak besar kepada Namjoon. 

Sang leader hanya berdegus kasar. "Kan aku dah kata aku takkan terima hadiah untuk MinMin!" Ujar Namjoon lalu menolak pemberian Jimin.

Jimin hanya mengulingkan bebola matanya. 

"Alahh, hyung ni! Biar kami yang spoil habis-habisan anak hyung tu! Hyung pulak, spoil lah bini tu!" Jelas Taehyung. Dia turut membawa hadiah buat MinMin sama seperti Jungkook. 

Ketiga-tiga insan itu sudah lama mahu memberi hadiah buat MinMin, malangnya, Namjoon tidak mahu menerimanya.

Namjoon tekad mahu menyediakan segala keperluan MinMin dengan wangnya.

Dia yang akan spoil anaknya.

"Dah alang-alang korang sebut tentang Min Young, korang tengok tu." Namjoon mengubah tajuk perbualan seraya menunding jari ke arah si gadis yang asyik menonton televisyen.

Mereka memandang sambil mengerutkan wajah. Tiada apa-apa yang boleh dikatakan. "Apahal? Elok-elok je bini hyung." Tegur Jungkook.

"Elok? Dah seminggu dia palau hyung." Mereka bertiga terdiam seketika. Dalam beberapa saat selepas itu, gelak tawa memenuhi ruang tamu apartment.

"Padanlah muka kau." Balas Taehyung tatkala memukul belakang si leader.

Jungkook mendekati si gadis yang leka mengunyah gula-gula berperisa buah-buahan.

Tangan dilambai-lambaikan dihadapan wajah si gadis, tiada sebarang reaksi diberikan. "Wow! Dia tak nampak kita ke?" Soal Jungkook.

Namjoon menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. "Mungkin dia ada dunia sendiri kot." Jimin pula memberi spekulasi.

"Uwu, Min Young mungkin nampak arnab kat bulan kot!" Tambah si Taehyung pula dengan senyuman petaknya.

Jimin sudah duduk bersebelahan si gadis. Matanya asyik merenung Min Young dari sisinya.

"Kenapa dia palau hyung?" Jimin memalingkan wajahnya bagi menatap wajah si leader.

Sekali lagi Namjoon menjongketkan bahunya. "Kalau aku tahu aku tak panggil korang datang sini."

"Dah seminggu juga dia tak mencarut." Tambah Namjoon.

"APA??!" Mereka bertiga terkejut mendengar kata-kata sang leader. Mereka memang arif tentang mulut lancang isteri sang leader yang mampu bertanding dengan Yoongi.

"Okay. Ini parah." Kata si maknae.

"Wahai gadis mulut puaka! Engkau mengapa memalau leader kami?" Jimin menyoal seolah mahu menjampi si Min Young.

Min Young tidak menjawab mahupun memandang wajah Jimin, mata kekal pada skrin televisyen.

"Tutup tv tu!" Arah Jungkook seraya Taehyung mencapai remote televisyen.

Sebaik skrin televisyen menjadi gelap, Min Young pantas mendaratkan kedua belah kakinya di meja kecil yang ada berhadapan sofa. Kaki disilangkan ala-ala boss.

Jari jemari mencapai beberapa biji gula-gula lalu dimakannya. 

Kewujudan empat orang jejaka di dalam ruang tamu langsung tidak mengugatnya.

"Ceh! Aje handal minah ni!" Komen Jimin dengan nada tidak puas hati.

"Hello!? Marikh kepada Min Young!? Anda dengar tak?" Giliran si Taehyung mencuba, malangnya masih sama. Min Young hanya berwajah kosong.

Mereka turut buntu mahu buat apa, Min Young langsung tak pedulikan mereka.

"Dahlah tu, meh sini." Pelawa Namjoon yang berada di kaunter dapur. Mereka lantas mengambil tempat langsung mencapai air yang disediakan sang leader.

Dalam beberapa saat juga, mereka menyembur keluar air tersebut. "Air longkang apa yang hyung hidang ni?" Taehyung menyoal seraya mengelap lidahnya.

Namjoon tersengih. "Sedap air longkang yang korang kasi hadiah kat aku?" Sindir si leader.

Persoalan Namjoon dibiarkan sahaja akibat mereka bertiga sudah terbantuk-bantuk disebabkan air hijau itu memasuki rongga mulut. "Tak reti bersyukur betul!" Bidas Jimin.

"Eh, apahal pulak?" Namjoon menyoal, bingung.

Taehyung sudah tersengih manakala Jungkook hanya mengeleng kecil. Tak sangka leadernya masih belum sedar.

"Rasanya dah lama kitaorang bagi air kesihatan ni. Kesannya pun memang dah nampak gilaa weiii BAHAHAHA!" Si Jimin menyiku lembut lengan si leader yang buntu.

"Kan. Tergugat nafsu Taetae masa masuk rumah ni tadi. BAHAHAHA." Gelak tawa tercetus.

Namjoon mengangkat kening tanda tidak faham akan lawak mereka. "Apa yang  tergugatnya?"

Jimin membuat wajah terkejut fakenya.

"Innocent gila leader kita ni! Tak nampak lagi effect air longkang ni!?Dah bertaubat ke?" Ya tuhan, perlian Jimin itu sungguh menyakitkan dan terasa mahu humban saja anak Park ini masuk parit.

Taehyung berdehem kecil. "Cakap straight to the point jelah. Takpayah kasi pembayang bagai."

Jungkook cuma berdiam diri tapi sudah mengukir senyuman penuh makna.

Jimin berdehem untuk membetulkan suaranya sedikit lalu lantas menjeling sinis ke arah Namjoon. Namjoon tersoal-soal akan maksud pandangan itu.

"Syok tengok bini sendiri body dah macam Kylie Jenner?" Segaja Jimin main kenyit-kenyit mata pada sang leader.

Namjoon sudah terkejut beruk mendengarnya. "Uwu suka lah tu! Makin dahsyat lah Fitty Shades Of Kim kita~~~" Tambah Taehyung langsung memberikan give me five pada Jimin.

Vmin couple detected.

Apa yang vmin couple itu sedar adalah kepala mereka sudah dihempuk dengan buku oleh si leader.

"Hah! Otak tu kalau kasi rendam, mesti hitam airnya!" Sindir Namjoon dengan wajah yang membahang malu.

"Cuba jadi macam Jungkook! Baik je!" Puji Namjoon seraya menunding  jari pada Jungkook. 

Jungkook, acah baik (ʃƪ¬‿¬)

Pemikiran liarnya hanya disimpan di dalam otak. Dia kena lagak maknae. Innocent padahal tak.  ' ͜ʖ'

"Sudah! Merepek je korang ni! Sebab Min Young ke yang buat hyung panggil kitaorang?" Jungkook mengambil langkah untuk mengubah topik, takut terlepas jua wild thoughtnya

Namjoon mengangguk.

"Aku rasa aku nak bawak dia balik Korea. Kat sini ━━" Ayatnya tergantung. Minda Namjoon jelas memaparkan wajah lelaki yang membuatkan Min Young murung sebegitu. 

Mindanya asyik menyoal, siapakah lelaki itu?

"Kat sini?" 

Dia kembali ke dunia nyata. "Kat sini, bahaya untuk dia." Namjoon menjeling kearah si isteri. 

"Ouh!? bahaya? Kenapa? Dah ada yang tau tentang ━━" Jungkook mengulingkan matanya kearah Min Young tanda signal agar Min Young tidak isu identitinya yang hampir terbongkar.

Sang leader hanya mengeluh. "Tak." Jawabnya, pendek.

"Aku nak tenangkan fikiran dia." Senyuman manis dihadiahkan langsung mereka bertiga mengangguk perlahan.

Mereka tahu. Mereka tahu leadernya ada masalah yang tersemat di minda.

---------------------------

I LOBE MYSELF! BAHAHAHA

WELL THE MAIN THING

I LOBE MA READERS  (○゜ε^○)

Haissh kylie 😂



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top