Chapter 55

Your phone is buzzing, so pick it up
I know she calling, so what the fuck
I should've known a cheat stays a cheater
So here we are

And there goes the alarm ringing in my head
Like somebody said, "don't you trust him, no"

---------------------

Pintu kereta dihempas tanda amuknya sedang menguasai. Sekilas dia memandang wajah Rayyan ditingkap tinted gelap.

Jelas wajah terpana lelaki itu tersebut. Min Young juga terkejut akan perbuatannya, patutnya dia pijak saja leher lelaki itu.

Biar patah terus sehingga tak mampu bernafas.

Nafas ditarik lalu dihembuskan semula. Pedih disanubarinya masih berbisa.

Mengapa sakit sungguh perasaan sebegini?

"Kau gugurkan kandungan. Kita boleh kembali seperti dulu. Aku janji aku terangkan kat mak aku tentang kita! Aku nak kahwini kau!"

Itu yang paling menyakitkan. Kedustaan tahap apakah itu?

"Sial punya jantan." Handbrek ditarik lalu bergerak pulang. Min Young berdoa agar dia boleh bertahan. Tubuhnya terasa seakan menggigil kesejukkan padahal dia panas. Panas sesangatnya.

Dia perlu bertenang, Namjoon berada disebelahnya. Jangan babitkan lelaki ini dalam isu silamnya dan sebuah rahsia besar Min Young.

Jika Namjoon tahu? Apa yang dia akan fikirkan? Si gadis merupakan seorang yang mudah didustakan dengan ayat-ayat manis? Janji-janji manis?

Adakah itu spekulasi Namjoon? Mungkin.

Brek ditekan. Si gadis memberhentikan kereta ditepi jalan, tidak mahu membahayakan nyawa insan-insan yang tidak bersalah.

Jangan disebabkan kesalahannya, nyawa MinMin dan Namjoon dipertaruhkan.

Dahi direhatkan pada steering kereta. Mindanya asyik memutarkan semula memori lamanya. Memori yang dia mahu lupakan.

"Kau gugurkan kandungkan kau! Aku taknak bertanggungjawab! Salah kau sebab mengandung!"

Permintaan itu membuatkan salah seorang rakannya mati di tali gantung. Tali gantung pada kipas siling. Rakannya yang turut senasib dengannya.

Dua gadis yang hidup di dalam kisah cinta toksik. Cinta paksaan.

"Kau jaga diri kau, Min Young. Jangan bagi lelaki tu hancurkan kau macam mana dia buat kat aku. Sayangi diri kau."

"Kau lawan kekasih kau tu, habiskan riwayat Hae Ryun untuk aku."

Ingatan si gadis masih segar dengan kejadian silamnya. Selepas Jae Hyung dibunuh kejam, datang pula lagi seorang jejaka dalam hidupnya. Jejaka yang berkeinginan tinggi, mahukan Min Young sebagai teman hidupnya.

Sehingga sanggup merampas dari Jae Hyung, adik sendiri.

Kekasih keduanya, seorang lelaki yang tamak. Ramai gadis dijadikan mangsa jualannya. Entah mengapa Min Young pilihan untuk dijadikan teman gadisnya.

Mungkin segaja menjadikan dia sebagai punca untuk membunuh adiknya sendiri.

Kehilangan Jae Hyung menjadi impak besar dalam kehidupan Min Young tapi hanya buat sementara. Hae Ryun pula mengubahnya.

Mengajar akannya erti kehidupan di atas dunia yang penuh dengan kekejaman dan tiada belas kasihan.

Pada mula si gadis langsung tidak memahami tetapi buat tiga tahun berdamping dengan jejaka tiada sivik tersebut, dia faham segalanya.

Jangan sesekali tunjukkan diri kau lemah.

Tambah pula, kau seorang gadis tapi Min Young berjaya menemui falsafah baharu.

"Kau boleh buat sebagaimana lelaki boleh malah lagi bagus."

Dia berpegang dengan tema hidupnya. Hidup sebagai gadis yang bukannya menunggu putera datang menyelamatkan.

Hidup sebagai puteri yang berhasrat menjadi maharani.

Kalahkan sainganmu.

Seperti itu dia lakukan, gunakan tektik halus untuk memusnahkan musuh.

Dulu berada dibawah tawanan jejaka bengis yang menerajui kumpulan samseng terbesar, kini dia merdeka dan berjaya menawan kumpulan samseng tersebut.

Pernah memegang status 'queen' sekian lama dahulu. Min Young pernah merasa luka yang dalam ditubuh.

Dari gadis yang dilamun cinta menjadi dingin sedinginya.

Benar lah. Dendam boleh mengubah perwatakkan seorang gadis.

"Kau dah bunuh Hae Ryun, apa yang kau mahukan?"

"Bebaskan semua perempuan yang dijual dan jangan cari aku lagi."

Adakah pengorbanan Min Young cukup untuk menghentikan sindiket yang tidak bermaruah itu? Semestinya tidak.

Si gadis jua tidak kisah kerana dendamnya berbalas.

Kini dimanakah dia berada? Bersebelahan seorang idol yang nyenyak dibuai mimpi.

"Ya tuhan. Jangan buat aku ingat balik semua tu." Bisik si gadis kepada dirinya sendiri.

Satu perkara dia mahu lakukan. Dia mahu melepaskan segalanya. Tubuhnya tidak mampu untuk berhenti menggigil.

Mindanya yang memutarkan kejadian silamnya membuatkan tubuh dan segala pergerakkan tidak terkawal. Min Young tahu, penyakitnya menyerang.

Matanya membulat melihat telapak tangannya yang tidak terkawal.

"K-k-k-kau kena bertenang. Itu Namjoon bukannya Hae Ryun. Mamat tu dah mati. Kau dah penggal kepala dia! Takkan kau tak ingat, bodoh!?"

Ujar si gadis pada tangannya sendiri.

"Aku kata berhenti!" Katanya sedikit kasar seraya menghentakkan tangan sendiri pada steering kereta.

Belakang badan direhatkan pada permukaan kursyen kereta. Nafas hilang aturan. Rambut panjangnya diragut kasar.

Satu tarikkan nafas yang dalam diambil. Anak mata menjeling kearah insan di seat penumpang.

"Kau dah bangun kan? Baik kau diam je, sial." Dengan itu perjalanan bermula semula.

Tubuh Namjoon kaku. Min Young sedar yang dia cuma berpura-pura tidur. Tekak dibasahkan sedikit. Namjoon pasti akan korek segala rahsia Min Young.

Pasti.

------------------------

Sebab semua kata min young kak gangster, aku buat dia jadi kak gangster 😂

bahahahaha

Actually diilhamkan dari komik fav ❤
Lookism

Jae Hyung
Hae Ryun
Kim Rayyan
-Kim Namjoon-

Okay, aku dah kirakan semua list boyfriend si min young😂







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top