Chapter 54

But I don't care 
Break up with your girlfriend
Yeah, yeah, 'cause I'm bored

--------------------------------

"Min Young. Kejap! Jangan pergi! A-A-Aku boleh terangkan!" Lengan si gadis ditarik kasar lalu tubuhnya dipalingkan menghadap wajah yang dia amat benci. Lelaki yang membohonginya.

Katanya dia tidak mempunyai sesiapa tapi kini pastinya jejaka durjana tersebut sudah sah menjadi hak milik gadis yang sungguh malang tersebut.

Min Young merentap lengannya dari pegangan tersebut. Wajahnya didongakkan untuk menatap wajah yang dia benci. Si gadis turut memberi kebenaran untuk jejaka tersebut terangkan segalanya.

"Cakap cepat. Aku lapar ni." Segaja perkataan 'lapar' tersebut ditekan Min Young. Berkat kesabaran Min Young, dapat jua dia tunggu makanannya disiapkan seraya mengorah langkah keluar. Malangnya, Rayyan mengejar.

"Aku tahu kau dah pergi rumah aku." Katanya. Si gadis mendengar sambil mengunyah jejari kentangnya. "Jadi? Dah habis?" Soal Min Young, dingin.

"B-B-Belum. Aku tahu mak aku cakap tentang pertunangan aku." Tambah Rayyan lagi.

"Kau tahu aku datang rumah kau tapi kenapa kau tak cari aku?" Min Young menyoal manakala Rayyan sentap beribu bahasa. 

"A-A-A-Ak ━━" Tergagap-gagap sang jejaka mahu membuat alasan. Si gadis serta-merta tersenyum menang.

"Kau setuju dengan pilihan mak kau kan? Sebab tu kau tak cari aku? Kau taknak betulkan hubungan kita eh?" Rayyan hanya mengetap bibir. Jauh benar pemikiran si gadis.

Min Young tertawa kecil. "Bagus keputusan kau."

Rayyan mengangkat wajahnya untuk memandang Min Young. Si gadis maafkan akannya?

"Sebab aku takkan sesekali jadi mangsa kau lagi. Tak guna." Min Young mengambil langkah pergi, tidak mahu mendengar alasan lelaki durjana itu.

"M-M-M-Min Young! Kau salah faham! Aku tak sejutu." Sang jejaka masih belum mengaku kalah. Dia masih perlukan masa untuk menerangkan dirinya.

Rayyan turut terkejut bertemu Min Young dan terkelu melihat gadis yang dulunya sekali bermesej, manis bagai gula. Kini, dingin yang amat.

"Kau pun. Kau pun curang dengan aku!" Ujar Rayyan.

"Ini! Anak siapa? Kau mengandung?" Soal Rayyan lagi.

Tanpa sebarang perasaan, si gadis menghirup sekali air berkarbonat di tangan sebelum menjawab. "Ouh, ini? Anak aku lah. Nama dia MinMin." Senyuman syaitan si gadis diukir. 

"Dan aku tak curang dengan kau. Aku dapat MinMin ni, selepas aku tahu yang kau tu penipu." Sekali lagi air dihirup. Kim Rayyan terdiam. 

"Kau rela tidur dengan lelaki lain sebelum aku sempat terangkan?" Jerkah Rayyan.

Si gadis hanya memutarkan bebola matanya. "Mestilah sanggup, setan."

"Masa aku keluar dari rumah agam kau tu, aku bukan balaci kau lagi." Tenang si gadis menerangkan dirinya.

Min Young  yakin, dia tidak bersalah. Si gadis tiduri Namjoon selepas mengesahkan Rayyan bukan miliknya lagi.

Adakah itu dikelasifikasikan sebagai curang? Tak kan?

"Min Young. Kau tahu kan aku sayang kau?" Panas hati si gadis mendengar perkataan 'sayang' itu. 

"Kau gugurkan kandungan. Kita boleh kembali seperti dulu. Aku janji aku terangkan kat mak aku tentang kita! Aku nak kahwini kau!" Jelas wajah terkejut terpahat pada Min Young. Dia kelu.

Tiba-tiba saja lelaki yang berbulan pergi dan muncul semula, memintanya untuk mengugurkan si kecil yang langsung tiada kena mengena dengannya?

Sedangkan Namjoon! Bapa kepada anak kecil itu, langsung tidak menungkap perkataan 'gugurkan' padanya. Dimanakah kewarasan manusia ini?

"YAH! KAU SIAPA NAK MINTAK AKU BUAT MACAM TU!?" Tengking si gadis. Dia sudah tidak kisah akan mata-mata yang melihat.

"Kau sanggup nama kau kena cemar sebab anak tak sah ni? Kau tahu tak, kau akan kena kutuk sebab anak ni takde bapak??" Tubuh si gadis digoncang kuat. Mata sang jejaka saling bertatapan dengan Min Young.

Kata-kata Rayyan hanya membuta tuli. Kolar baju lelaki itu digengam kuat, wajah mereka berdua sungguh dekat.

Tangan si gadis menggigil. Dia nak sangat tumbuk wajah lelaki kacukan itu. 

"Budak yang aku kandungkan ni, ada bapak. Dan aku kahwin dulu sebelum dapatkan budak ni. Dia sah!"

Rayyan tersentap. Sehingga sebegitu sekali Min Young terus melupakannya. 

"Dan lelaki yang aku kahwin tu, lagi baik dari kau." Tambah Min Young. Matanya masih menikam mata Rayyan yang ketakutan. 

"Kau nampak apa lelaki tu dah bagi aku? Apa yang dia dah buat kat aku?" Rayyan menelan air ditekaknya seraya memerhati si gadis.

Benar.

Min Young banyak berubah.

Dari segi penampilan, kelihatan seakan gadis mewah.

Pakaian mahal menutupi tubuh.

Dari segi rupa paras, makin berseri.

Dulunya kelihatan pucat, kini berseri dengan kecantikkan. Anggun sehingga berjaya menarik perhatian ramai lelaki disekeliling, serta menarik minat bekas kekasihnya.

Namjoon mengubahnya, memanjakan si gadis dengan apa yang dia boleh beri iaitu keikhlasan.

"Dia buat aku jadi cantik macam ni. Dia bagi aku rasa hidup mewah. Dia ikhlas jaga aku!" Dengan sekali tolakkan, Rayyan jatuh ke tanah.

Kedengaran beberapa bisikkan orang sekelilingi. Mengapa? Tak pernah tengok orang gaduh dijalanan?

Sang lelaki berdesis kesakitan sebaik Min Young mendaratkan kaki pada bahu kirinya. Air karbonat ditangan si gadis selamat dicurahkan pada wajah jejaka kacukan yang terbaring.

Bonus, ludahan di muka.

Si gadis tersenyum sinis.

"Kau jilat balik ludah tu macam mana kau nakkan aku balik!" Bahu yang dipijak, dihentak sekali dengan kaki.

Langkah angkuh Min Young, meninggalkan jejaka terbaring itu.

Rayyan yang basah kuyup tersebut langsung dikerumuni orang sekeliling. Ada yang membantunya, ada yang menyoal apa sudah berlaku. Pelbagai agenda.

Tetapi anak mata sang jejaka kekal pada Min Young yang sudah berada di pintu kereta.

Rentak seribu hati sang jejaka sebaik melihat si gadis berpaling untuk melihatnya, berpaling dengan middle finger buatnya lalu masuk ke dalam kereta.

Gerak kereta hitam mewah tersebut diperhati sehingga kelibat kereta dipandu masuk ke lebuh raya.

Bibir diketap. Jika direnung sekali, memang jelas Min Young merasa hidup mewah. Jelas dengan gayanya.

Tapi ingatlah, pasti ada yang akan menjilat ludahnya semula jika 'sampah' yang dibuang sudah secantik bidadari dan sedingin ais.

Percayalah.

Senyuman sinis terukir, Rayyan jenis yang tekad.

Dia tekad mendapatkan sesuatu yang dimahukan.

"Aku nak bersemuka dengan lelaki yang rampas kau dari aku tu."


---------------------

Prepare yourself, Kim Namjoon.

--------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top