Chapter 53

If you wanna be my lover, you gotta get with my friends
Make it last forever, friendship never ends
If you wanna be my lover, you have got to give
Taking is too easy, but that's the way it is

I'll tell you what I want, what I really want

---------------------------

"Takziah, anda disahkan mempunyai tumor otak tahap nak mampus!"

"Sila sediakan keranda anda, sayang."

Salam kematian tersebut mengejutkan sang gadis dengan momentum yang pantas. Nafas yang tidak teratur, diperbetulkan.

Anak mata terus merenung teman disebelahnya. Gigi saling bertemu demi menahan kemarahan yang membuak-buak.

Telapak tangan mengubah menjadi penumbuk lalu dilukukan kepala sang suami. "Ini makannya!" Jerkah si gadis tatkala Namjoon selamat berguling kesakitan di lantai.

"SAKIT KAU TAHU TAK!?" Bidas Namjoon seraya mengusap kepalanya. Si gadis mengetap bibirnya. "Tahu. Sakitnya sesakit hati aku yang kau kacau aku tidur!" Ujar Min Young.

Berasap-asap amukan kerana Namjoon yang mengejutkan dengan bisikkan salam maut di telinga. "Aku cuma terkejut, ada jembalang tidur sebelah aku. Itu pasal aku buat macam tu." Jelas angkuh sang jejaka.

"Sial." Carut si gadis dibalas dengan hentaman bantal yang jatuh ke lantai bersama sang suami. "Mencarut memalam macam ni!" 

Nasihat Namjoon dibiarkan saja. Menasihat Min Young bagai mencurah air di daun keladi, langsung tidak dipedulikan.

"Dasar lelaki tak kenang budi! Aku penat bersengkang mata jaga kau! Kau 'main' salam tumor otak kat telinga aku! Aku ingat betul-betul tadi." Jelas si gadis.

Terjongket sedikit kening Namjoon, sengihan turut wujud diwajah. "Rileks lah! Kau bukan ada otak pun."

Dengan itu makin bertambah amukan si gadis. Kata-kata perlian Namjoon pedas seakan cili, cukup untuk menghangatkan keadaan yang memang sudah alah.

"AISSH ━━" Min Young mengambil langkah yang terbaik iaitu membiarkan kata-kata suaminya mengalir bakkan arus air. Dia tidak mahu peningkan kepalanya yang sudah sedia kala sarat. 

Tambah pula, MinMin macam taknak kasi Min Young melakukan pertandingan gusti kalah mati dengan papanya. "Sudah. Aku lapar." Itulah Min Young. Gaduh dengan Namjoon dan kemudiannya makan.

Indahnya kehidupan ( ̄¬ ̄)

Berbalik pada sang jejaka, dia asyik memerhati gerak geri Min Young yang menuju keluar dari pintu bilik.

"Aku pun lapar." Gumamnya. Tak disangka sang gadis mendengar. Oleh itu, langkah si gadis berhenti dan memandang Namjoon.

Sang jejaka mengangkat wajahnya dengan senyuman bagaikan esok tiada lagi. Manis semanis yang dia mampu.

"Kau ada otak kan? Pikir sendiri lah nak kenyangkan diri."

Bakkan ada anak panah tersusuk ke dalam hati Namjoon. Pedih balasan perlian si Min Young.

Sempat si gadis tersenyum menang seraya mengambil langkah ke biliknya. Pajamanya disarungkan kot miliknya buat menebat angin dingin.

"Eh? Kau nak kemana?" Sang suami lantas bertanya sebaik melihat Min Young membawa langkah ke pintu utama dari beranda tingkat dua apartment.

"Keluarlah! Cari makan. Kau kata kau ada otak? Takkan takleh fikir?" Bentak si gadis sambil pandangannya kekal pada sang suami yang mengorah langkah kearahnya.

"Tak boleh!" Ujar Namjoon sebaik tiba dihadapan si gadis. Sang jejaka merenung tajam wajah Min Young yang terungkap seribu satu persoalan di mindanya.

Kenyataannya, Min Young tidak dibenarkan keluar kemana-mana.

Identitinya bila-bila masa boleh terbongkar tambah pula pihak media tidak mahu mengaku kalah dengan usaha pencarian berita sensasinya.

'Siapakah gadis bertopeng bersama RM?'

'Kelihatan mesra? Adakah teman rahsianya?'

Berjuta-juta persoalan media tetapi Namjoon mengambil langkah dengan mendiamkan diri. Dia pasti pada akhirnya lapuk jua berita tersebut. Hanya khabar angin yang bertiupan walaupun kenyataan media hampir benar.

Bukan teman rahsia tapi isteri rahsia buat sembilan bulan.

"Apa? Tak boleh?" Si gadis menyoal sekali lagi tatkala Namjoon mengangguk.

"Cuaca sekarang sejuk, tak elok untuk kau." Bijak alasan sang jejaka malangnya Min Young pantas mencapai tombol pintu. "Ada aku kisah? Kau tu yang patut jangan keluar. Orang sakit duduk diam-diam dalam rumah." Bidas si gadis sambil berjalan keluar.

Namjoon terpingga. "WEII TUNGGU AKU!" Jeritnya. Si gadis memalingkan tubuhnya, memerhati figura tubuh sang suami.

Min Young membalas dengan bahasa tubuhnya seraya meneruskan perjalanannya. Gayanya tak ubah seperti kedinginan malam. Sentiasa cool gitu-gitu je.

Katanya style swagger. (; ̄д ̄)

------------------------------

Perjalanan mereka diteruskan ke tempat letak kereta yang berada di bahagian bawah apartment. Namjoon hanya mengikut belakang si gadis, dia turut tersoal-soal apa yang Min Young mahu lakukan.

Pergerakkan Namjoon terhenti manakala matanya terlekat pada sebuah kereta mewah yang dia sewakan sebaik tiba di New York. "Masuk." Arah si gadis sebaik dia membukakan pintu buat Namjoon. 

Namjoon hanya menurut perintah Min Young lalu menarik seatbelt yang terlekat. "Eh?" Dia sedar akan sesuatu.

"Weii siapa yang bawak kere ━━" Ayatnya tergantung sebaik melihat Min Young di seat pemandu.

"Kau duduk diam-diam. Lesen percubaan kau dah gagal kan?" Segaja si gadis menghentam akannya dengan kenyataan kegagalan yang dihadapi.

Akibat kecuaian diri sendiri, habis gagal ujiannya.

"Kau jangan nak ukir balik tentang tu!" Menyesal pula Namjoon cerita pada Min Young. Dia patut meneka yang isterinya akan jadikan ia sebagai bahan ejekkan.

Diakibatkan Namjoon langgar pembahagi jalan langsung gagal percubaan ujiannya. Sadis.

"Kesian. Dah tua masih tak reti nak bawak kereta tu lurus! BAHAHAHA." Selamba si gadis membahan seraya mengunyah bubblegum.

"Ouh ini pun kau tak reti kan?" Sakit hati sang jejaka melihat isterinya meniup bubblegum tersebut menjadi buih.

"Kau memang segaja kan!" Rajuk Namjoon lalu melayan perasaannya dengan memandang tetingkap kereta.

Tidak mahu bertemu wajah dengan Min Young yang gelak sakan. Sebenarnya dia cemburu. Min Young, hebat buat macam-macam berbanding dirinya yang banyak kekurangan.

Banyak benda yang dirinya tidak mampu lakukan dengan betul dan sempurna tetapi Min Young? Sekelip mata dia reti.

"Aku tak pernah tahu yang kau ada lesen." Katanya yang masih merenung keluar tingkap kereta.

"Aku mana ada lesen." Ya, tuhan (゚д゚;)

"A-A-A-APA?? KAU BERHENTI SEKARANG!" Arah Namjoon. Si gadis langsung memutarkan bebola matanya. "Kau ni. Rileks lah!" Balasnya.

"Janji aku tak langgar pembahagi jalan." Namjoon berdegus kasar. Segaja Min Young memerlinya lagi.

------------------------

Perjalanan untuk mengisi perut sudah menjadi senyap. Tiada sebarang pertengkaran berlaku akibat Namjoon sudah lena dibuai mimpi. Si gadis memandu dengan bertemankan muzik lembut yang dipasang. Matanya mengerling sekilas. 

Pergerakkan kereta dihentikan bagi menghormati peraturan jalan raya. Lampu isyarat sudah bertukar merah. Belakang badan disandarkan, keluhan meninggalkan rongga mulut dan pandangan langsung bertukar kearah sang suami.

Kot yang dia pakai ditanggalkan lalu diselimutkan pada tubuh Namjoon yang kesejukkan disebabkan dia tidak sempat mahu bersiap demi mengejar Min Young tadi.

Demam suaminya masih belum reda tapi turut berkeras untuk mengikut.

Jari-jemarinya kini sudah berani untuk melakukan perkara yang isteri akan lakukan. Sekilas usapan buat Namjoon dikepala sebelum dia kembali memegang stereng kereta. 

Lampu berubah menjadi hijau menandakan 'jalan'.

Kereta kembali bergerak disertakan siulan mengikut muzik demi menghilangkan bosan.

Minda si gadis terusik. 

Siapa sebenarnya anpanman? Namjoon atau dia? Siapa yang patut melindungi dan siapa yang patut dilindungi?

Min Young tersenyum seorang diri. Kebenarannya, dia sanggup bazirkan hidupnya untuk menjaga Namjoon.

Tidak lama selepas itu dia tiba ke destinasi, perutnya sudah meraung kelaparan. Tekak pula mengharapkan makanan segera dari McDonald. 

Min Young kini sudah mempunyai duitnya sendiri berkat Namjoon. Oleh itu, bolehlah dia berbelanja sakan tanpa menghiraukan bisikkan beg Rilakumanya.

Seatbelt ditanggalkan sebaik menemui parking kosong.

Enjin kereta dibiarkan terpasang untuk mengelakkan Namjoon kepanasan tetapi si gadis memastikan pintu dikunci dengan menggunakan kunci simpanan.

Pada mulanya dia mahu menggunakan khidmat drive-thru tetapi bila diingatkan kembali kepayahannya untuk berkata dan memahami bahasa asing, Min Young mengambil langkah untuk memesan seperti biasa.

"Okay. Bawak bertenang, kau bukan tak biasa pesan macam ni. Ingat balik apa yang mamat tu akan kata." Ujarnya pada diri sendiri. Sedaya upaya mengembalikan ingatannya untuk memesan. 

Dia sering ikut Namjoon memesan makanan. Pasti ada sisa baki ingatan cara mahu berkata tanpa kekok.

"Hello Mrs. What I can help you?" Si gadis terdiam buat seketika. Matanya terkedip-kedip menghadam maksud perkataan yang dikatakan oleh penjaga kaunter. 

Tekak yang kering dibasahkan sedikit sebelum jarinya pantas menunding kearah menu. "Ouh you want that sets?" Min Young hanya mengangguk walaupun tak faham sepatah habuk.

Min Young turut mengubah jarinya kepada dua menandakan dia mahu dua sets makanan yang sama.

Dia tak ubah bagai orang bisu, hanya membuat bahasa badan. Nasib cashier tersebut faham, kalau tak naya Min Young.

"T-T-This." Si gadis mengangkat wajahnya demi memandang cashier lelaki tersebut. Si gadis menambah sedikit pencuci mulut buatnya. Sang cashier hanya mengangguk faham.

"Coke or juice?" 

Jari ditunjuk pada mesin minuman yang berlabel 'coke'. Nasib Min Young pernah dengar soalan tersebut sewaktu Namjoon yang memesan makanan. 

"Your order will be served in any minutes so what is your name?" 

"Min Young." Balasnya. Perkataan 'name' tersebut, Min Young faham.

"Min Young? Chagiya?" Si gadis tersentap. Siapa pula berani panggil dia sebegitu? 

Langsung dia memalingkan wajahnya untuk melihat gerangan yang memanggil dia seperti itu.

Mata Min Young membulat. Tak sangka dia bertemu kembali dengan manusia yang dia benci. Tetapi riak wajah terkejutnya ditutup dengan tenang bagai langsung tiada riaksi. 

"Ouh kau. Kim Rayyan. Dasar lelaki sundal."

Si gadis menghulurkan tangannya untuk ber'mesra'. 

"Kau apa khabar, syaitan?" Tambah si gadis lagi sambil mengukir senyuman maut buat lelaki kacukan itu.

😈

"Apabila bertemu ex, jangan kasi muka kalau tak hatimu akan ditawan sekali lagi."

Percayalah.

-------------------------------

YOLOOOO! NEW CHAPTER WITH NEW CONFLIT BAHAHAHA

MARI KITA BERDANSA EWAHH

RINDU SAYA? MEH PELUK MEH YEYEAHHHH😂

SO ENJOY!






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top