Chapter 49


And maybe for you I wasn't already made me
But you designated me and you resumed me
I'd be calling your name in this universe

My hearts on fire for your love

---------------------------

Rutin sepasang mempelai yang bagaikan kucing dan anjing diteruskan, berdua-duaan berjalan di taman yang indah pemandanganya. Berjalan seiiringan sambil asyik melayan perasaan masing-masing.

Sorang macam ini perangainya, sorang begini. Dua-dua sama sahaja tingkah lakunya setiap kali bersiar-siar di taman pada subuh hari. Mulut sentiasa lancang mengeluarkan kata-kata ketidakpuasaan hati.

Perbalahan di dalam hubungan sepasang suami isteri Kim ini tidak akan pernah reda, sentiasa adanya isu yang mahu diperbangkitkan. Tidak kira dari apa segi.

"Kau jangan nak memandai guna jalan pintas! Nanti sesat macam haritu, siapa yang susah!!?" Sang suami mengungkit kisah yang berbulan lepas telahpun berlalu.

Min Young berdegus kuat tanda tidak puas hati. "Aku tak suruh pun kau ikut aku kan?! Kau yang terkinja-kinja macam beruk nak ikut aku."

"Mestilah aku kena ikut! Kalau apa-apa yang jadi macam mana? Macam kau kungfu orang dengan batang paip tu??!" Sang gadis menangkat keningnya.

"Mana kau tahu tentang tu?" Namjoon terdiam.

Dia dah terlepas kata. Si gadis menikam anak mata sang jejaka. Namjoon menegup salivanya. Habis jika Min Young tahu akan apa yang dia telah lakukan.

"Jawab soalan aku...." Ketajaman pandangan si gadis membuatkan Namjoon terus terduduk di bangku taman.

Sang jejaka mencari setiap alasan dimindanya. Dia buntu mahu jawab apa pada si singa bunting.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, matilah engkau, Kim Namjoon.

Tak tentu hala anak mata sang suami bergerak, tak berkemampuan sang suami mahu melawan kuasa choleric si isteri yang datang secara tiba-tiba. "Aku dah agak..." Min Young tersengih kecil.

Namjoon makin cemas. Mengapa dekat sangat wajah mereka berdua! Tambah pula, mereka berada dikawasan terbuka.

"Kau yang reka lalat elektronik tu kan?" Namjoon terkelu, irisnya melihat si gadis dengan wajah tergamam.

Tak habis-habis lagi tentang lalat yang masuk dalam bilik air si gadis semalam.

"Bangang!" Telapak tangan Namjoon selamat menghentam dahi si isteri. Serta-merta tubuh Min Young menjauhinya disebabkan inersia yang dikenakan.

"HAH KAU MENCARUT!" Herdik Min Young. Sang suami berpeluk tubuh, belakang disandarkan pada bangku.

Walaubagaimana pun, Namjoon bersyukur kerna isterinya tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Langkah Min Young pantas mendekati si suami. Dia duduk bersebelahan sang suaminya, Min Young kembali menenung mata Namjoon.

"Baik kau cakap benda betul! Lalat tu kutu-kutu kau kan?" Namjoon turut merenung mata si isteri.

Perasaan nak tolak si gadis jatuh gaum pun ada terlintas diminda Namjoon.

"Eh, kutu-kutu aku nyamuk ok.." Namjoon hanya mengikut flow si isteri.

"Aku suka hisap darah..." Segaja Namjoon membiarkan ayatnya tergantung, dia menilit tubuh si isteri yang betul-betul dekat dengannya.

"Terutamanya darah perempuan body mantap macam kau....." Membulat mata si gadis, pipinya membahang kepanasan.

Perasaan malu akan sakatan si suami terserlah dengan jayanya.

"DASAR PARASIT LAGIKAN PELESIT!" Tumbukkan mendarat di paha sang suami. Namjoon mengerang kesakitan.

Sang suami terus mengosok-gosok akan bekasan tumbukkan si isteri. Syaitan punya isteri.

"PAGI TADI KAU NAK BUAT PINGGANG AKU PATAH! SEKARANG NAK BUAT AKU TEMPANG PULAK KE!!??"

Min Young menjeling sang suami yang sudah kemerahan dek kerana amarah.

"Aduh, aku takde niat pun nak humban kau pagi tadi, aku terkejut je..." Otak si gadis serta-merta mengenang kejadian dipagi hari.

Min Young memang terkejut besar apabila dia sedar dipagi hari yang dia tidur berpelukkan bersama sang suami dikatil.

Sememangnya tidur berpelukkan itu adalah perkara biasa buat mereka tapi apa yang luarbiasa ialah keadaan tidur mereka.

Min Young terjaga dalam keadaan hanya berpakaian dalamnya. Bathrobe yang dia pakai semalam sudah dilantai.

Namjoon pula sudah tinggal seluar saja. Baju yang menutup tubuhnya semalam turut dilantai bilik.

Apa yang mereka telah lakukan semalam? Tapi yang terjamin, MinMin pasti suka. 🤤

Sempena hari lahir Min Young, entah apa yang mereka lakukan sehingga jadinya amnesia dikeesokkan harinya.

Disebabkan terkejut, tindakkan tidak berasaskan akal si gadis menjelma dengan menghumban tubuh sang suami dari katil.

Boleh kedengaran bunyi tulang Namjoon berbunyi disebabkan dihumban dari katil.

"Kau tahu tak betapa sakitnya pinggang aku ni??!!" Jelas Namjoon. "Padan muka kau." Kata Min Young selamba.

"Dan macam mana kau tahu semalam hari lahir aku?" Si gadis menyoal muskyil.

Selama dia hidup bersama Namjoon, tidak pernah dia bercerita tentang dirinya.

"Ouh, dari visa kahwin aku ada tulis." Berkerut sedikit dahi si gadis. "Visa kahwin???" Namjoon mengangguk.

"WEII! KAT MANA VISA AKU!!??" Min Young cemas. Dia baru saja teringat akan visanya yang entah kemana sudah pergi.

"Kalau visa aku hilang, Bermaksud passport dengan id aku pun hilang sekali!" Rambutnya diragut sendiri.

Namjoon hanya tersengih kecil disebalik masknya.

"Sentap. Tu lah, letak lagi barang merata-rata." Namjoon umpama cermin. Tidak sedar yang dia pun sama saja.

"Kau ada nampak tak kat mana beg Rilakkuma aku tu??!" Min Young mengharapkan jawapan 'ya' dari mulut sang suaminya.

Namjoon menoleh wajahnya kearah sang isteri yang mendongak memandangnya.

Mata puppy eyes si isteri menusuk sanubarinya. "Ada." Tersenyum riang si gadis mendengarnya. Selamat lah dirinya dari ditangkap polis imigresen.

"Kat mana??!" Lengan Namjoon digoncang kencang. Namjoon menarik mask diwajah turun ke paras dagunya.

"Kat kedai......" Tempahan keranda on the spot diperlukan.

----------------------------------

Tubuh si gadis yang kecil bergerak perlahan pulang ke apartment dengan beban dibahunya.

"KAU BERAT MACAM SIAL!" Tengking si gadis, dia mengeluh kepenatan kerana terpaksa memapah tubuh si suami.

Disebabkan itu, bibir merah si gadis dipukul kuat. "Mencarut!" Bentak sang suami yang berpaut pada tubuh si isteri untuk bergerak.

Pinggang Namjoon sudah tak mampu bergerak kerana Min Young berinya hentaman bagai One Punch Man, boleh melayang tubuh Namjoon dibuatnya. Min Young merenung tajam mata sang suami.

"Kau nak aku humban kau dari tingkat apartment ke??" Ugutan maut yang membuatkan Namjoon terdiam sehingga mereka tiba dihadapan pintu.

Perlahan hujung jari si gadis menekan punat berdigit bagi membuka pintu.

Selama ini kod rumahnya hanyalah '000'. Haissh, buat bazir tenaga Min Young dengan gadis bernama Ah Rin itu menghentam pintu tempoh hari.

Masuk saja ke dalam, terus Min Young melemparkan 'bebannya' keatas sofa. "AISSH LETAK LAH AKU ELOK-ELOK!" Namjoon mengomen akan cara Min Young menjaga orang sakit.

Kelibat si gadis sudahpun lesap ke dapur, kabinet dapur dibuka luas. "Kau diamlah. Kira bertuah aku papah kau dari aku heret kau." Balas Min Young.

Dia asyik menyelongka kabinet dapur yang penuh dengan pelbagai snacks.

Dapat saja makanan yang dia mahukan, langsung dia kembali ke sofa.

Sang suami yang terduduk lemah hanya diperhatikan sebelum Min Young duduk berdekatnya.

Paket coklat dibuka dengan sekali rentapan lalu dihulur kepada Namjoon.

Namjoon faham yang amat maksudnya. Dengan wajah terpaksa tapi daku relakan, Namjoon mencapai paket itu.

Coklat bar tersebut dipatahkan menjadi kepingan kecil dan disuapkan di dalam mulut Min Young.

'Alahan' yang MinMin berikan pada Min Young tidak akan pernah sewenang wenangnya dilonggarkan. MinMin ada ciri perangai Namjoon, apa yang dia mahukan wajib dituruti tidak kira apa cara.

Bah kata perpatah, bapak borek, anak rintik. :')

Mata si gadis terlekat pada televisyen tapi bulu romanya jelas menegak.

Melalui tubir matanya, dia nampak Namjoon yang menenung akannya. Langsung si gadis menoleh dan terus Namjoon memandang ke tempat lain.

Lakonan Namjoon kaku. Dasar kayu punya orang.

Kini mata Min Young pula yang tertacap pada sang suami. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki Min Young menganalisi Namjoon.

Perlihatan si gadis tertarik pada jari-jemari sang suami.

Min Young tersenyum lembut, ada sesuatu yang Namjoon mahukan darinya tapi tidak mampu berkata.

Tangan si gadis mencapai lembut sebelah tangan milik sang suami. Tangan Namjoon dibawa pada permukaan perutnya.

"Nak rasa MinMin cakap jelah." Min Young mengkerling kepada sang suami yang sudah hilang kata-kata.

Min Young tahu. Namjoon sudah sedar akan pergerakkan anak mereka. MinMin sudah mula bergerak.

Satu kebahagian buat sepasang suami isteri ter'kahwin' ini. Terlekat satu senyuman dibibir Namjoon. Ungkapan yang dia tunggu-tunggu sudahpun dikatakan.

Kebenaran dari sang isteri.

"Betul ke ni??!!" Namjoon seolah-olah tidak mempercayai apa yang baru dia dengari. Demi kepastian, sekali lagi dia menyoal. Jawapan Min Young masih sama, "Iya."

Tanpa membuang masa, Namjoon terus menyoal khabar sang anak.

"MinMin?? Anak papa sihat tak? Uhuhu papa tak pernah dapat peluang sembang dengan MinMin, si singa ni mesti hempuk papa...." Ubun kepala Namjoon dilukukan.

"Sakitlah!" Min Young memberikan senyuman tak ikhlasnya pada sang suami.

"Hahaha MinMin mintak aku luku kepala kau BAHAHAHA!" Dahi Namjoon ditunjal oleh Min Young. "Ceh!" Degus Namjoon lantas membaringkan tubuhnya.

Tubuh Min Young terenjat sedikit. Pinggangnya dipeluk sang suami yang merebahkan kepalanya dipehanya.

Bertukar tona dipipi. "T-tepi!" Min Young menghalau sang suami malangnya dia tidak mampu melawan. Makin erat Namjoon memeluk.

"Biar aku peluk kau lama sikit. MinMin mintak semua ni..." Membulat mata Min Young, saliva ditekak ditelan.

"Lepas MinMin lahir, dia takkan rasa pelukkan ayah dia lagi." Minda si gadis terus teringat akan proses cerai mereka.

Min Young memandang rerambut sang suami. Tangannya mahu mengusap kepala Namjoon tapi dia lawan perasaan itu.

Dia tak boleh Namjoon mempermainkan hatinya. Cukup dengan pengalaman gelap yang dirinya pernah lalui.

"Aku pun taknak lelama terhutang budi dengan kau." Sokong Min Young. "Kau berhutang dengan aku sikit je....." Sang gadis kebingungan.

"Aku berhutang nyawa dengan kau." Namjoon kembali kepada posisi duduknya. Matanya merenung si gadis.

"Pastikan kau selamat waktu lahirkan MinMin." Min Young terkelu. Namjoon banyak mengingatkan dirinya akan cinta pertamanya.

"Janji dengan aku?" Pinta Namjoon. Tangan si gadis dicapai.

Min Young mengetap bibirnya lalu mengangguk. "Aku akan pastikan MinMin dengan aku selamat. Kau takpayah risau." Jaminan Min Young membuatkan Namjoon tersenyum manis.

"Terima kasih kandungkan anak aku. Aku bersyukur sangat." Seperti yang Min Young sudah agak.

Suaminya adalah jejaka yang luarbiasa. "Aku nak tengok kau dengan MinMin sebelum kita cerai." Min Young tersenyum.

"Jadi. Pastikan kau ada sebelah aku nanti." Siku Min Young dengan padu menyiku pinggang sang suami. "ADOII!!" Namjoon kesakitan.

"Weii! Alamak! Aku lupa yang kau sakit pinggang!" Dah sudah, terus lumpuh Namjoon disebabkan kuasa bisa siku Min Young. 😂

"Tolonglah MinMin! Tarik baik kuasa singa ni!!" Rayu Namjoon. Sekali lagi, kepala Namjoon dilepukkan.

"Aissh! Aku ni orang! Bukannya singa!" Jelas Min Young. "Tak kisahlah orang ke apa! Jangan lepuk aku lagi!" Min Young terkekeh-kekeh ketawa.

Perangai Namjoon memang sama dengan orang yang dia patut raikan pada hari ini.

'Jae Hyun, aku jumpa lelaki yang sama baik macam kau. Atau lelaki yang lebih baik untuk aku. Selamat bersemadi Jae Hyun.'

Jae Hyun, jejaka cinta pertama Min Young yang meninggalkan dunia pada sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran Min Young.

Makin hancur tembok si gadis buat Namjoon, semakin dekat dirinya untuk bertemu keperitan cinta. Percayalah.

----------------------------

SIAPA RINDU AKU!?

BAHAHA MAKIN SWEET PULAK STORY NI!!

ANYWAY NEXT PROBLEM WILL BE COMING 😫

BE READY

🇵🇷🇴🇲🇴🇹🇮🇴🇳


imyourkookies thanks kerna lahirkan ff joon yg best ini😭

Ada masa update ye

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top