Chapter 48

One taught me love
One taught me patience
And one taught me pain

Say I've loved and I've lost

-------------------

Keadaan diluar apartment sudahpun gelap, jam yang berdetik sudah menghampiri lewat malam.

Namjoon yang masih asyik menyiapkan sedikit loops songnya di ruang tamu. 

Dirinya selalu diganggu akhir-akhir ini, dia langsung tidak mampu fokus akan tugasnya.

Keluhannya meninggalkan rongga mulutnya. Penat dirinya memerah segala sel otak agar dia mampu memberikan perhatian pada kerjanya.

"Patut ke eh?" Dia menyoal dirinya sendiri. "Tak, aku tak patut.." Dia menafikan kenyataan dimindanya, dia tak boleh lakukannya. Parah nanti jadinya.

Dirinya leka dalam lamunannya sehingga segala kecelaruan diminda lesap dengan jeritan nyaring si singa dari tingkat atas atau lebih detail, bilik mandi.

"A-A-Apahal tu??" Namjoon tidak berganjak dari sofa, hanya matanya saja yang difokuskan ke beranda tingkat dua.

Kelihatan si singa bersifatkan itik berlari turun. Mmmm.

Si gadis tercunggap-cunggap mengambil nafas. Namjoon hanya memerhati salah satu keajaiban ke-8 dunia yang ada dihadapannya.

Si gadis hanya melilit tubuhnya dengan tuala putih dan rambut yang masih bersabun di kepala. Mmmm.

"Kau ni dah kenapa?" Dari atas sampai bawah si suami perhatikan.

Nafas si gadis sudahpun dapat memenuhi ruang peparu, "A-A-A-A-Ada.....sasaeng.." Luruh jantung Namjoon mendengarnya.

Langsung dirinya bangkit dari sofa, laptopnya sudah entah kemana diamnya. Bahu si gadis dicapai.

"K-K-K-K-Kat mana??!!" Matanya menikam anak mata si isteri. "D-D-Dalam bilik mandi aku......" Hah sudah.

Namjoon membetulkan akan suaranya yang terketar-ketar kerisauan.

"Ma-Macam mana diaorang masuk ke bilik mandi kau??" Gila lah jika Namjoon tak risau, karang tak pasalnya dia sedar ada berlakunya pembunuhan kat dalam bilik mandi apartmentnya.

Gadis bunting cekik orang sampai mati......

Berita akhbar yang akan viral habis. Tak mahu lah pula jika MinMin dilahirkan dipenjara. Sentap dia karang.

"Dulu kau pernah kata kan, yang sasaeng kau bijak semacam...." Namjoon mengangguk, dia menyokong akan kenyataan si gadis.

"T-T-T-Tadi ada lalat dalam bilik mandi aku....." Namjoon kaku. Apa?

"Macam mana kalau lalat tu sebenarnya camera tersembunyi yang dicipta khas dlam bentuk lalat??!!! Ma-Ma-Macam dalam babak dalam movie spy kids??! Weii! Kita kena pindah!"

Namjoon, lost connection.

Sang suami amat mengagumi imaginasi si gadis tahap babun ini, dia sungguh bangga ada bini seperti Min Young.

Isteri yang mampu buat otaknya jadi lembap semacam.

"Aku terajang juga karang kau ni!" Min Young layak menerima tunjalan si suami dek kerana otaknya yang terlebih terendam air ini.

"Kau ingat kepala aku ni takde insuran ke sampai kau nak tunjal-tunjal hah??!" Herdik si gadis.

"Bukan takde insuran tapi takde otak!" Panas lagikan berperisa hinaan sang suami. Min Young menahan marah.

"AKU SEBAT KAU KARANG!" Si gadis mengugut. Well, Namjoon hanya tersengih. "Hah, mari lah! Aku tarik kau punya tuala nak??!" Ugutan Namjoon lebih menakutkan.

Haru biru Min Young mendengarnya. "Sekarang pergi mandi betul-betul! Dah malam-malam macam ni baru nak mandi!" Arah sang suami.

"Taknak!!!!" Enggan si isteri. Min Young masih berpendirian teguh yang bahawasanya lalat kecil itu merupakan komponen robot yang dicipta oleh sasaeng BTS.

Memalam macam ini pula lah si lalat mahu masuk, tambah pulak Min Young adalah gadis yang mudah ditipu cerita kartun yang ditontonnya.

Ada ke pulak si gadis mengidam nak makan kat restoran Krusty Krab???! Mana kan pula Namjoon mahu menyelam ke sana sedangkan Bikini Bottom tu tak wujud??!

Dengan IQ 148 yang Namjoon kurniakan, sang suami menyatakan yang restoran itu sudah bankup.

Bagus....

Sang suami mengetap bibir menahan geram, "Baik kau pergi mandi sekarang!" Arahnya dengan nada yang lebih tegas.

Well, Min Young sudah lali dengan mata dominant sang suami. Dia sudah tidak akan termakan lagi akan tektik lapuk itu.

Min Young turut bertikam mata dengan Namjoon, kedua-dua manusia ini tak mahu sesekali mengalah. "Kalau aku kata taknak, maksudnya taknak!" 

Jika cara percakapan tidak terjalan, kita guna cara paksa.

Lengan Min Young dicengkam erat, tubuhnya ditarik kuat oleh Namjoon. "KAU NAK BUAT APA NI!!??" Si gadis sedaya-upaya meleraikan cengkaman itu tapi usahanya sia-sia. 

Soalan Min Young ibaratkan air yang mencurah ke jamban lalu diflush. Soalannya tidak dijawab dan tidak dipedulikan.

Apa yang dia sedar hanyalah dirinya sudah masuk kembali ke dalam bilik mandi di dalam bilik tidurnya.

Pintu dikunci sang suami. Min Young menjauhkan dirinya sehingga belakangnya bertemu dengan dinding. "K-K-K-K-Kau! Keluar!" Tuala ditubuhnya digengam erat. 

"Kau taknak mandi? Meh sini aku mandikan......."

---------------------

"Pandang cermin tu...." Pinta si suami. Usai sahaja isterinya dimandikan dengan cara paksa sehingga dirinya sekali turut di'mandi'kan dek kerana si Min Young.

Namjoon simbah dia dengan air, Min Young pun turut simbah jejaka itu dengan sebaldi air.

Special untuk si suami, dia turut di'sabun'kan oleh Min Young. Macam tongkang pecat bilik mandi dibuatnya. 

Min Young memerhatikan wajahnya dicermin meja solek miliknya. Tubuhnya dibalut dengan bathrobe putih yang besar untuk mengelakkan sebarang anggotanya terdedah.

Tidak akan dibenarkan walaupun seinchi kulitnya ditatap si suami.

"Kenapa benda-benda yang aku beli ni macam tak luak?" Namjoon menyoal akan si isterinya.

Dia aysik membelek-belek akan produk kecantikkan yang dia belikan buat si isteri. 

Si gadis menoleh kesisinya. "Ouh, kulit aku tak gatal lagi sebab tu aku tak pakai." 

Buat seketika Namjoon berfikir. "Tak gatal? Maksud kau?" Soalnya. Adakah produk kecantikkan yang dia pilihkan buat si isteri tidak bersesuai dengan kulitnya sehingga menyebabkan gatal-gatal?

"Itu kan krim sapu bila kena gigit nyamuk kan?" Selamba rock si isteri berkata. Muka blank Kim Namjoon terserlah disisi si isteri.

"Kau ni betul ke perempuan? Meh sini aku check...." Jari-jemari sang suami menarik sedikit akan bathrobe si isteri untuk mengintai dada bininya.

Dengan itu, Namjoon terima satu hentakkan dipangkal lehernya. Kuasa Tai Chi si isteri amat memedihkan.

"GATAL PUNYA JANTAN!" Min Young menyilangkan lengannya disekitar dadanya. Bahaya sungguh akal liar si suami.

Lehernya digosok-gosok bagi meredakan kepedihan Tai Chi si isteri. "Sakitlah!" Jelas Namjoon.

Tangan si gadis memang berbisa. Adakah ini kuasa MinMin berikan pada Min Young sewaktu prengnancynya?

Jika ya, tolonglah MinMin tarik semula sumpahanya, Namjoon tak mampu bertahan lagi. 

"Ini pakai kat muka! Ini semua untuk jaga kulit kau yang akan rosak sebab waktu prengnency!" Petah sang suami berkata.

"Sel kulit kau akan banyak rosak time maca━━" Jari telunjuk si gadis lekat dibibirnya. 

"Kau dengar tak?" Min Young menyoal, Namjoon mengeleng. Dia langsung tak dengar apa-apa.

"Ouh, tadi ada Plasmodium sembang sains dengan aku. Nampaknya dah diam dah." Perlian si isteri memang menyakitkan hati.

Panas membara Namjoon dibuatnya kerana menahan geram. Kalau boleh mahu saja dia picit-picit tubuh si isteri sampai lunyai.

"Aku tengah basah kuyup macam ni, kau jangan nak buat ona eh!" Kata sang suami, tegas.

Si gadis hanya mengulingkan bebola matanya. Ingat dia takut? Ceh! Blahlah.

Namjoon mengabaikkan si isteri, dia lebih fokus pada plag hair dryer yang dimahu pasangkan.

Kepala plag hair dryer dicucuk ke dalam plag penyambung di dinding.

Entah bagaimana dia ketuk kepala plag hair dryer tersebut, habis patah kekaki kepala plag dibuatnya. "Alamak...." Keluhnya. 

Min Young yang nampak akan kemusnahan yang Namjoon lakukan pada hair dryer tersebut hanya berdegus kasar.

Kuasa pemusnah Namjoon makin hari makin level up.

Hair dryer yang baharu Min Young keluarkan dari drawer meja soleknya. Langkahnya bergerak ke sang suami yang kaku melihat kekaki plag hair dryer yang terpatah itu.

"Kau ni kalau tak rosakkan barang, tak sah." Tegur si isteri.

Namjoon memutarkan bebola matanya. "Yelah." Dia terima saja kata si isteri.

Plag hair dryer yang baru dicucuk ke penyambung di dinding. "Takleh harap punya laki!" Sempat juga Min Young mengkritik suami sendiri. 

Jari runcingnya menekan suis hidup.

Dan langsung lampu yang menerangi bilik tidurnya terpandam. Habis black out satu apartment. 

"WoW~~ hEbAtNyA kAmU! yAkInNyA kAmU~~" Amboi Namjoon.

"Sebelum benda aku rodok dalam mulut kau, baik kau diam!" Merah padam wajah si Min Young disebabkan malu akan sifat keangguhannya tadi.

Dan-dan juga lah karma mahu menyerang waktu-waktu sebegini.

"BAHAHAHAHA KENAPA? SAKIT HATI KE? BAHAHA." Dalam gelap sebeginilah Namjoon mahu mengilai bergelak sakan.

Nasib adanya cahaya dari slide window bilik Min Young yang menyinari kegelapan.

"Dah! Kau panggil khidmat pelanggan tentang ni!" Pinta si gadis.

Tidak mahu dia duduk dalam gelap dengan lelaki dalam terang pun bahaya. Karang ada yang kena sambar.

"Haissh, takpayah lah!" Namjoon menolak akan permintaan si isteri.

"Kau! Jangan berani eh!" Min Young menjauhkan dirinya dari sisi Namjoon. "Kau ni, otak kotor saja." Kata si suami.

"Tengok tu......" Min Young memandang mengikut telunjuk Namjoon. Dia terpengun buat seketika.

Cantik sungguh ciptaan tuhan, cermin slide windownya yang lutsinar menyinari bilik dengan cahaya bintang-bintang dilangit biru gelap.

Langkah sepasang suami isteri kian mendekati cermin tersebut, dibuka lembut lalu berdua-duaan bersantai di beranda apartment.

"Cantik kan?" Namjoon menoleh kearah Min Young yang masih kelu melihat bintang-bintang.

Sudah sekian lama bintang tidak memenuhi ruang langit dimalam hari, tak sangka hari ini dia dapat melihat langit yang bersinar-sinar dengan bintang.

"Lama weii aku tak tengok bintang penuh kat langit macam ni...." Si gadis teruja yang amat.

Tubuhnya terasa akan angin dingin malam, terasa seakan-akan hidup semula dirinya.

"Ramai yang dah kembali dengan tenang ke langit....." Gumam Namjoon.

Min Young mengetap bibirnya. Dia terkelu memandang sisi Namjoon. Angin malam meniup-niup akan rambut halus sang suami.

Namjoon bagaikan portrait yang dilukis dengan teliti.

Kacak sungguh rupanya sehingga Min Young membahang malu.

Jari-jemari Min Young bermain dipalang beranda seolah-olah palang tersebut adalah kekunci piano. Namjoon sempat menangkap perbuatan Min Young.

"Bila kau mula main piano..." Namjoon mengambil keputusan untuk mengetahui segala perkara remeh temeh hidup si gadis.

Min Young mengangkat wajahnya sebaik mendengar soalan sang suami.

"13 tahun, waktu aku umur 13 tahun." Terjongket sedikit kening Namjoon. "Aku cuma reti main satu lagu je━━" Ayat si gadis seperti ragu-ragu.

Namjoon tahu ada kisah silam yang si isteri mahu luahkan tapi ditahan.

Perlahan telepak tangan sang jejaka mengusap lembut ubun kepala Min Young. "Okay lah tu. Satu pun dah memadai." Puji Namjoon.

Kian merah si gadis. "Lagu apa?" Segaja Namjoon menyoal. Min Young malu-malu mahu berkata.

Kepalanya giat mengimbau masa lampaunya. "Can't help falling in love with y ━"

Namjoon mencantas ayat si gadis. "Ouh lagu tu.." Lagu romantis yang indah dimainkan dengan piano, tak sangka itu yang Min Young reti dendangkan.

Lagu karya agung Elvis Presley yang menerima pelbagai anugerah sehingga kini.

Lagu yang sering dinyayikan semula oleh artis-artis popular antarabangsa walapun sudah berabad hits itu dikeluarkan.

Sang penyanyi mengenali beliau sebagai legend.

"Hahaha....." Gelak palsu si gadis kedengaran. Dia agak ragu-ragu. 

"Wise mens say...." Terkelu sang isteri mendengar suara suaminya.

"Only fools rush in..." Wajah Namjoon melihat si gadis yang sudah leka memandang si suami.

"But I can't help....." Suara si suami memenuhi ruang malam. "Falling in love..." Intonasi lagu dinyanyikan dengan penuh karisma.

"With you........."

Merdu suara sang suami menerjah ke telinga si gadis. Berderai hatinya.

Min Young terkenang seseorang yang dia amat benci dipandangannya kini.

Wajah lelaki yang dulunya bersamanya, menyanyikan lagu cinta ini secara berdua-duaan dihadapan sebuah piano kecil di rumah milik mereka.

Cinta pertama si gadis yang banyak mengajar Min Young segalanya. Kemanisan percintaan, kekuatan semasa bercinta dan kesengsaraan di dunia kasih sayang.

Jejaka yang menjaga si gadis selepas Min Young meninggalkan pusat penjagaan kanak-kanak semasa berumur 12 tahun.

Min Young bertemu dengan kekasih pertamanya diusia 13 tahun.

Tinggal bersama disebuah tempat yang mereka gelarkan rumah.

Lelaki yang mengajar si gadis bermain piano, mempertahankan diri, menyayangi diri sendiri dan menjadi kekuatan buatnya.

Tapi kini? Jejaka yang dia amat sayang itu sudah tiada. Min Young benci akan lelaki itu.

Dia telah meninggalkannya terkontang-kanting di dunia secara berseorangan.

Sang jejaka cinta pertamanya pergi ke syurga tanpanya disisi.

Janji manis si lelaki katanya mahu tiba bersama di pintu syurga, nampaknya buah hati pertamanya hanya menunggu di pintu nun jauh dilangit.

Min Young benci! Kerana lelaki itu membiarkan dirinya dibunuh dengan berdas-das tembakkan demi menyelamatkan Min Young.

Oleh itu, Min Young sudah berhutang nyawa dengan si jejaka.

Sang jejaka mengorbankan dirinya demi membiarkan Min Young dapat menyorok dibelakang piano yang sering mereka luangkan masa bersama, dengan lagu kegemaran mereka dinyanyikan setiap hari.

Can't help falling in love with you, menjadi lagu gelap si gadis.

Kali terakhir si gadis nyanyikan lagu itu adalah semasa dia secara berseorangan menyemadikan tubuh buah hatinya dibelakang rumah mereka.

Dan sekarang? Namjoon nyanyikan semula lagu itu ke telinganya. Jari-jemari si gadis digengam erat.

Hatinya sakit yang amat. Mindanya jelas mengambarkan buah hati pertamanya tersenyum riang.

Sekali matanya memandang Namjoon. Dia tersenyum manis. Min Young menelan air ditekaknya.

"Like a river flow....." Nada si gadis terketar-ketar tapi dia mahu nyanyikan lagu itu.

"Surely to the sea...." Jelas nada marah si gadis kedengaran. Kesedihannya benyak menjadi dendamnya.

"Darling, so it goes some━━" Nyanyian Min Young tergantung. Dia sakit, hatinya remuk.

Kian erat gengamannya pada palang beranda. Giginya saling diketemukan tanda menahan marahnya.

'Kenapa kau bodoh pergi selamatkan aku!!!!!!!!' Degus hatinya.

"Take my hands......." Tangan si gadis disentuh lembut, telapak tangannya ditemukan pada sang jejaka yang baru, suaminya. Kim Namjoon.

"Take my whole life too....." Pinggang si gadis disentuh untuk mengeratkan tubuh diantara mereka.

Gerak kaki mereka seiiringan, tidak memijak kaki semasa sendiri.

Mata saling bertemu. "For I can't tell falling in love with you...." Lembut nada sang suami seraya senyuman lesung pipitnya lekat diwajah. Min Young kaku.

Ini adalah lagu yang dia benci tapi Namjoon mengubah prefektif si gadis. Makin erat sang suami memegang pinggangnya.

Lirik terakhir lagu dinyanyikan. 

"For I can't tell....." Bibir si suami, Min Young lihat. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya amat jelas.

"Falling in love with.........." Namjoon membuka peluang buat isterinya untuk menghayati lagu tersebut.

"You............" Perkataan terakhir lagu dinyanyikan senafas. Berdua. Di malam hari. Di sinari bintang.

Di dalam posisi erat bersama dengan sebelah tangan dipegang. Dan senyuman ikhlas Min Young hadiahkan pada Namjoon.

Namjoon turut tersenyum. Dia sedar akan tingkah laku Min Young. PTSD nya menyerang. Oleh itu, sentuhan kasih diberi pada si gadis. 

Kepala si gadis diusap lembut. "Selamat hari lahir, Min Young...." Akhirnya Namjoon mengambil keputusan untuk katakannya.

Sudah berhari-hari dirinya asyik diganggu akan lima perkataan itu sehingga dia hilang fokus dalam menulis lirik lagunya. 

Dan segalanya sudah dilepaskan. Dia puas hati. Dia puas hati melihat si gadis memeluk tubuhnya erat.

"Terima kasih....." Kian dalam si gadis membemamkan wajahnya didada sang suami. 

"Sama-sama...." Namjoon membalas pelukkan si gadis sambil dicahayai dengan bintang-bintang.

------------------------------------

HAPPY BIRTHDAY MIN YOUNG KU SAYANG!

MAAF PANJANG GILA!

AMACAM? SWEET TAK?? BAHAHAHA

WELL AKU NANGIS WEIII! NAHAHAHA BODOHKAN? HAHAAH

HARAP KORANG DAPAT FEEL SEPERTI AKU! BAHAHA

SPEACIAL CHAPTER:
qnynaa

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top