Chapter 47

I love it when you call me Señorita
I wish I could pretend I didn't need ya
But every touch is ooh-la-la-la,
Ooh I should be running, ooh you
know I love it

I love it when you call me Señorita

------------

Mata si gadis terus terbuka disebabkan satu gerakkan yang dia tidak menyangka. Tubuhnya terus terbangun dari posisi baring.

Dia tidak terkata, MinMin sudah bergerak?? Telapak tangan si ibu mengusap perutnya. "M-M-MinMin??" Min Young memanggil lembut anaknya.

Telapak tangannya dapat merasakan jari-jemari si kecil disebalik kulit perutnya yang kian menipis. Sang anak menyahut panggilan si ibu.

Ini adalah perkara terindah buat setiap ibu iaitu tahu yang anaknya sudah bernyawa. Tiupan roh sudah diterbangkan kepada si kecil.

"Syukur kamu si━━" Tergantung ayat si gadis sebaik matanya menangkap satu lengan manusia dipehanya.

Min Young menoleh ke sisi. Satu lagi perkara yang si gadis tunggu-tunggukan sudah pulang.

Namjoon, sang suami tidur bersebelahnya. Min Young tidak mampu bergerak, dia tidak tahu mahu beraksi.

"MinMin━━" Min Young memanggil sekali lagi nama gelaran anaknya. "Mama rasa yang mama dah gila......" Katanya dalam nada yang kecil, mata tak lekang memandang tubuh yang memeluk pehanya.

Pipi sang suami dicucuk dengan jari. "Macam betul je mimpi mama ni.."

Tubuh Namjoon yang tidur dalam posisi mengiring ditolak oleh sang isteri, Min Young mahu melihat wajah sang jejaka dengan lebih jelas.

Sekian lama si gadis menganalisis wajah sang jejaka. "Dahsyat betul. Macam betul je mamat ni."

Kakinya dilunjurkan. Kudarat yang ada di dalam tubuh si gadis, disalurkan ke saraf kakinya.

Satu tendangan ditujukan ke pinggul sang jejaka sehingga jatuh bergolek dari katil. "Aissh, sakit..." Rintih Namjoon sebaik tubuhnya jatuh bah nangka busuk.

Wajahnya dipusing kearah sang pelaku. Min Young terdiam lagikan membisu.

"MinMin!!? Dia boleh cakap!!??" Namjoon jadi biul disitu. Apa kena dengan Min Young? Tengok suami sendiri macam bukan manusia saja.

"Kau apahal tendang aku??!" Namjoon menyoal. "Wow! Sama macam betul lah! Dahsyat mimpi aku ni......." Dalam keadaan mamai, Namjoon cuba memahamkan maksud si isteri.

"Mimpi??" Giat otak geliga si suami berfikir.

Min Young turun dari katilnya, dengan jalan seakan anak itik, dia mendekati tubuh Namjoon yang masih berada di lantai.

Namjoon memerhati setiap gerak-geri si gadis dengan pandangan kepelikkan.

"Namjoon kat mana??" Si gadis menyoal sebaik dia bersila dihadapan sang lelaki.

"A-A-Apa??" Mata Namjoon terkedip-kedip pantas tanda kebingungan. Adakah Min Young sudah buta, Kim Namjoon betul-betul ada di depan matanya.

"Haishh kau ni, jawab mana kuman tu pergi??" Makin dekat pula wajah si gadis dengannya.

Namjoon menjarakkan wajahnya dari si isteri, tajam betul tenungan Min Young padanya sehingga membuatkan Namjoon terasa terancam.

Cubaan Namjoon untuk menjauhkan tubuhnya dari si gadis terus terlantar sebaik bahagian kolar bajunya ditarik kasar sang gadis.

"Bau kau pun sama macam Namjoon yang betul..." Hidung kecil si gadis menghidu aroma sang suami.

Min Young memang menyangkakan dia di dalam alam mimpi. Walhal tidak.

"Kau apahal!!??" Namjoon meleraikan tangan sang gadis dari kolar bajunya. Entah apa yang merasuk Min Young di pagi buta sebegini.

Min Young meniruskan matanya, dia kembali menganalisis sang suami.

"Perangai pun sama......" Hipotesis si gadis dikeluarkan. Namjoon memandang sang gadis dengan penuh perasaan tidak puas hati, di pagi buta dia dah kena tendang.

"Tampar aku sekali......" Arah si gadis membuatkan raut wajah Namjoon bertukar. Sang jejaka terkejut mendengar permintaan sang isteri. "Kenapa??"

"Kalau mimpi mesti tak sak━━" Wajah Min Young sudahpun tertoleh ke kanan disebabkan satu pukulan dipipinya. Namjoon tampar isterinya.

Min Young menelan salivanya. Satu kesimpulan yang sah telah dicipta di mindanya. "LAKNAT PUNYA JAN━━" Pipi sebelah kiri si gadis pula yang kehangatan. Double slaps.

Maka, Min Young dapat satu set blushing berbentuk telapak tangan sang suami dikiri dan kanan pipinya.

"SAKITLAHHH!!!" Min Young menyerang si suami. Dia sedar yang dia bukannya bermimpi.

Kedua-dua belah tangan sang gadis sedaya-upaya mahu mencapai rambut sang suami. Dia mahu carit-carit helaian rambut Namjoon sampai botak.

Malangnya, dalam posisi duduk, dia masih belum mampu sampai ke tahap ketinggian sang suami.

Dengan itu, lengannya dicapai erat oleh Namjoon. Anak mata si gadis lekat pada wajah si suami yang tersengih senget.

Atas bawah Min Young melihat sang suami. "Kau kenapa ni??" Tangan Min Young yang tinggi dilangit kerana tak kesampaian mahu menarik rambut sang suami tadi, Namjoon bawa ke bahunya.

Min Young terdiam. Jari-jemari runcingnya mencengkam bahu sang suami. "Seronok ngigaukan aku?" Kening sang suami terjongket, senyuman mengejek masih terlekat pada bibir.

Si gadis beku lidah. Namjoon tahu akan tabiat ngigaunya??!!! "H-H-H-H-HAHAHA." Betapa palsunya gelakkan sang gadis.

Dia membahang malu. Habislah jika Namjoon tahu, pasti sang suami asyik menyakatnya.

"Eh, eh, eh, lori blusher tumpah ke???" Di pagi buta sudah Namjoon mula menyakat si isteri expensivenya.

Tiada kompromi tentang harga dengan si gadis, jika mahal, sampai kesudahlah mahal.

Min Young mengetap bibirnya. "SeRoNoK..." Jawab si gadis.

-------------------

Sorang dengan blusher corak tapak tangan kat kedua belah pipi, sorang lagi corak buku lima kat kanan pipi.

"Tahu pun balik, ingat sesat sampai kesudah......." Si gadis memecahkan keheningan di antara mereka berdua.

Jam berdetik di dinding, sepasang suami isteri yang berdua-duaan di ruang tamu dengan blusher pelbagai bentuk dipipi, hanya kembali berdiam.

Kata mengejek si gadis diabaikkan Namjoon, baik dia layankan pipinya yang ditumbuk.

"Aku datang tengok MinMin je......" Namjoon menjeling sedikit, Min Young duduk dihujung sofa agak kecewa dengan jawapan sang suami tapi riak wajahnya dikawal agar Namjoon tak sedar.

Min Young berlawan dengan mindanya. Dia memang perlukan Namjoon disisi kerana dia juga turut merindui kewujudan sang suami.

Benar lah orang kata, gaduh-gaduh sayang.

Tubuh si gadis tersentak sedikit disebabkan Namjoon yang bingkas bangun dari sofa. Min Young mengikut langkah sang suami ke pintu keluar.

Namjoon mahu meninggalkan apartmentnya semula dan membiarkan si gadis kesepian?

"K-K-Kau nak keluar pagi buta macam ni??" Jam dinding menunjukkan pukul 4 pagi. Namjoon menoleh kearah sang isteri, tangannya sudah menarik sedikit dedaun pintu. "Yep, MinMin nampak elok je..." Sekali matanya terpaku pada perut si isteri.

Mahu disentuh......

Baik Namjoon lupakan saja keinginannya itu, hajatnya seumpama air besar, sampan tak hanyut. Harapannya pudar, tidak akan sesekali gadis ini memberi kebenaran untuk disentuh lagi.

Melihat air muka Min Young membuatkan Namjoon tergamam. Dia mengengam erat dedaun pintu tersebut. Sekali lagi Namjoon mahu mencuba, adakah Min Young akan berterus terang dengannya?

Katakan yang dia perlukan kehadirannya untuk membesarkan MinMin.

Ini adalah peluang terakhirnya sebelum dia pergi terus dari hidup si gadis. "Kau okay?" Soalan yang sudah ditanya buat kali ketiga pada sang isteri.

Dan peluang terakhir Min Young untuk menjawab dengan tepat.

Namjoon menunggu jawapan si isteri yang kaku. Min Young hanya menunduk memandang kakinya yang berstoking.

Min Young tidak mahu menjawab soalannya? Nampaknya Min Young memang tak mampu diubah, penyakitnya amat parah.

Cubaan Namjoon gagal, dia bukan lelaki yang layak buat si gadis. Baik dia mengorah langkah pergi dari membiarkan hatinya kian bercelaru dan remuk.

Dedaun pintu dibuka, jika Min Young benar-benar tak mahu menganggap dia adalah suaminya maka biarkan Namjoon pergi membuang pemikirannya yang sudah mula berjinak untuk mengatakan sang gadis adalah miliknya.

Tapi gerakkannya terbantut, pergelangan tangannya seakan-akan ditahan. Namjoon menoleh. Mengapa si gadis mahu menahanya pergi.

Wajah Min Young diangkat perlahan. Namjoon terkelu disebabkan si gadis mengeleng kecil.

"A-A-A-A-A-A-Aku t-a-a-tak pernah okay......" Min Young tak mampu menipu lagi, dia sudah sedar akan kesalahannya. "MinMi━" Ayat si gadis tergantung sepi. Dia tak mampu luahkan.

Namjoon mengeluh kecil, senyuman sekilas turut dihadiahkan pada si gadis.

Namjoon pelajari sesuatu, dia tak boleh memaksa si gadis untuk terus bercerita segala padanya.

Min Young pasti ada sesuatu yang dia mahu semua orang tidak ketahui. Sejarah hitam hidupnya biarlah menjadi sempadan buat Min Young. Namjoon takkan korek kecuali si gadis yang mahu bercerita.

Alexithymia dan PTSD yang Min Young hadapi perlu dirawat mengikut kemahuannya.

Kepala si gadis diusap lembut. Namjoon bersyukur Min Young menjayakan peluangnya. Itu apa yang Namjoon mahu dengar. Kejujuran.

"Kau lapar?" Soalnya.

Min Young mengangguk.

"Kita makan kongsi satu pinggan ye....." Membulat mata si gadis.

"K-K-K-K-K-KAU T-T-T-T-T-TA━"

"Yep, aku tahu lama dah." Namjoon tersenyum manis.

"Bukanlah suami kalau tak tahu apa yang isteri dia idamkan, kan?" Lengan si gadis disiku perlahan. Min Young tertawa kecil.

"Ingatkan Plasmodium bawak malaria je, rupanya kencing manis sekali...."

Namjoon tersenyum lebar. "Kurang ajar ye......."

Dengan itu, sepasang suami isteri makan sepinggan sambil bertikam lidah.

Tapi kedua-dua insan itu terasa bahagia yang amat walaupun berlakunya perlawanan cucuk-cucuk pinggang dengan garpu.


Hubungan yang terbaik adalah hubungan yang bertengkar semalam tetapi masih bertegur sapa pada keesokkan hari

Percayalah

-----------------------------

MAAF PANJANG BABE >U<

AMACAM MA DEAR?

OIII START-START NAMJOON KASI RASPY VOICE KAT TELINGA AKU!!!

BAHAHAHA HABIS TERTONGENG AKU DIHADAPAN LAPTOP

YOONGI PUNYA EH EH EH AKU DEAD LAH TvT

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top