Chapter 46

Don't you ever leave me, don't you ever go
I've seen it on TV, I know how it goes
Even when you're angry, even when I'm cold
Don't you ever leave me,

Don't leave me alone

----------------

"APA??! DIA KUNGFU DENGAN BATANG PAIP!!!!" Jackson hanya meredhakan wajahnya disembur dengan butiran-butiran donut.

"Telan dulu baru nak jerit, boleh tak?" Tegur si peguam.

Namjoon seakan-akan insan yang terkena histeria, dia jadi tak tentu arah disebabkan cerita si Jackson.

Demi membantu si Namjoon, dengan kerelaan hati Jackson menerima permintaan clientnya yang dikasihi ini.

"ARRGGHHH! AKU SESAK NAFAS! NAK INHALER!" Tapi sudah melampau pula sang clientnya ini. Feeling sungguh mendengar ceritanya.

"Wahai Kim Namjoon, aku tak pernah tahu yang kau tu pernah ada asma dan kalau nak menipu pun agaklah. Orang asma kat dada bukannya kat kepala........." Namjoon ada ciri-ciri mahu diterajang keluar nampaknya.

Baru Jackson cerita separuh kisah Min Young yang dia dapat tahu dari sang gadis kecil bernama Ah Rin itu, dah gelabah sakan si Namjoon.

"Soalan aku, kenapa dia keluar dari rumah??" Namjoon menyoal.

"Kau ingat bini kau tu lembu?" Slurpee dihirup perlahan. Namjoon sempat berdegus kuat disebabkan sang peguam sekor ini.

"Kau ni kenapa hah? Aku tanya elok-elok, jawab elok lah sikit!!"

Jackson menjongketkan keningnya. "Betul apa aku cakap, Min Young bukannya lembu nak terperuk je dalam apartment kau tu! Suka hati dia lah nak keluar." Jackson menegakkan kebenaran.

Min Young juga mempunyai hak untuk bebas. "Aku tak kisahlah tentang dia!!? MinMin!!?? Dia tu yang aku risau!" Jelas Namjoon.

Sang peguam hanya menangkat bahu tanda tidak tahu. Makin tambah haru biru sang suami dibuatnya.

"MINMIN??! ANAK AK━━" Highnote tahap ala-ala Beyonce disekat sepantas kilat dengan menggunakan sebijik donut coklat ke dalam mulut Namjoon.

"Haissh kau ni, ada jugak aku lengsing sampai Nigeria karang." Namjoon berdiam diri tanda tak puas hati.

"Kau nak risau apa, MinMin tu duduk dalam badan perempuan telan besi! Aku jamin lah, takde apa-apa yang akan jadi kat anak sorang kau tu....." Pujuk Jackson demi menenangkan keadaan yang kian tegang.

Namjoon menguyah donut yang disumbat di dalam mulutnya. Ada benar juga kata si Jackson, MinMin bukannya berada di dalam tubuh gadis yang biasa-biasa. Min Young pun kelihatan dalam keadaan baik-baik saja.

Alkisahnya, Namjoon hanya mengekor sang isteri kemana sahaja untuk seharian. Mundar-mandir dia mengikut gerak geri si isteri demi memenuhi hasratnya, mengintip Min Young.

Namjoon tak mahu mengkategorikan itu adalah rindunya pada sang teman gaduh. Dia menganggap yang dia risau akan keadaan Min Young.

Tidak tentu arah anak mata Namjoon bergerak, kekiri kekanan."Ceh! Rindu bini eh??" Sakat Jackson seraya sengihan wujud diwajah sang peguam.

"M-M-MEREPEK!!" Gelak tawa sang peguam memenuhi ruang pejabat disebabkan tona kulit Namjoon yang berubah secara tiba-tiba.

"BAHAHAHAHA MACAM TELUR TERLEBIH REBUS JE!!! BAHAHA." Namjoon mencebik. Jahat punya peguam.

"Aloooo aloo aloo, kenapa merah, merah ni? Nak kaki?" Bawah dagu Namjoon dicuit-cuit si Jackson.

"SANALAH HANAT!!" Tubuh Jackson kembali ditempatnya iaitu dihadapan Namjoon. Mereka duduk secara bersemuka dan dipisahkan dengan meja kecil ditengah.

"Kalau rindu kan dia, pergi jelah balik. Jangan merajuk lama-lamalah." Segigit besar donut dikunyah perlahan oleh sang peguam.

Namjoon yang layu bah bunga tak cukup siram, teransang sedikit mendengar kata-kata Jackson.

Lengan memeluk tubuh. "Mana ada aku rindu..." Namjoon mempertikaikan perasaannya.

Sedikit sebanyak memang timbul perasaan rindu itu. Maklumlah, berbulan hidup dengan si gadis memang menyeronokkan.

Sikap jual mahal Min Young, amat seronok dilayan walaupun kadang-kala ia menyakitkan hati tapi itu adalah aset berharga Min Young yang membuatkan Namjoon terasa seperti tercabar.

"Joon. Kau tu suami dia. Act seperti suami lah!" Lamunan Namjoon terus lesap. "Baliklah. Bini kau bukannya jenis perempuan cari timba." Jackson kembali menikmati makanannya.

Namjoon berfikir buat seketika.

Jackson mengalihkan pandangannya ke arah clientnya yang tiba-tiba bangkit dari sofanya.

Langkah Namjoon bergerak ke pintu keluar, tombol dipulas perlahan. Dia menoleh bagi melihat rakannya yang ralit memakan donut.

"Terima kasih.." Jackson tersenyum. "Weiii!" Sang peguam memanggil Namjoon semula.

Oleh itu, terbengkalai seketika hasratnya untuk keluar. Namjoon menjongketkan keningnya tanda ingin tahu.

"Min Young selalu mengingaukan kau..."

Namjoon tersenyum lebar seorang diri. Jackson faham amat bahasa tubuh clientnya seorang itu.

Dengan itu, pintu pejabatnya ditutup erat, Namjoon sudah keluar. Satu senyuman menghiasi wajah Jackson.

"Dua-dua sama saja. Rindu tapi jual mahal......." Gumamnya.

---------------------------

"Joon........" Terkumat-kamit mulut si gadis memanggil sang suami. Kepulangannya adalah hadiah buatnya. Kerinduan membuak-buak dihati.

Teman malam Min Young cumalah patung-patung comel sang suami. Dipeluk erat seolah-olah patung lembut itu suaminya.

"B..ba.......liklah..." Lemah nada sang gadis di dalam tidurnya. Tiada apa yang boleh mengantikan kemahuan sang anak, tiada.

Hanya bapanya sahaja yang MinMin mahukan.

Dulunya hanya MinMin tapi kini, Min Young juga perlukan sang teman gaduh disisi.

Satu-satunya manusia yang berkemampuan untuk meruntuhkan tembok hati Min Young.

Kim Namjoon, dasar pemusnah.

Gambar-gambar sang suami diletakkan bersebelahan. Min Young perlukan sesuatu untuk membantu mindanya membayang 'sang suaminya'.

"B......ba.....bi.." Carutan dalam ngingau.

"Tidur pun boleh mencarut..."Komen jejaka yang ditunggu oleh Min Young, Iya, Namjoon pulang.

Dibirai katil sang suami bermain-main rambut si isteri, berkemungkinan sudah menjadi tabiatnya. Gambar-gambarnya yang tersusun elok disisi Min Young, ditolak ke lantai.

Digantikan dengan tubuhnya yang lesu. Matanya rakus melihat insan yang sudah sebulan dia tinggalkan.

Patung miliknya yang menjadi pemisah akan tubuh mereka berdua, Namjoon alihkan.

Ditarik sahaja patung itu lantas dada sang suami menjadi tempat gadis bergantung.

Seerat yang mampu Min Young memeluk badan suaminya. Bau, rasa, dan haba yang dia sudah berbulan idamkan sudah kembali didalam pelukkannya.

Pinggang Namjoon terasa dicengkam. "C.....c...c...ci..bai..."

Ubun kepala sang isteri diketuk sekali. Tak padan tidur, masih boleh mencarut. "Masalah betul minah ni......." Bebel Namjoon.

--------------------------------

WELL, NAMJOON SUDAH PULANG??

HOPE ENJOY SEMACAM MANA AKU ENJOY MENULIS STORY NI!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top