Chapter 45
I'm a motherfucking woman, baby, alright
I don't need a man to be holding me too tight
I'm a motherfucking woman, baby, that's right
I'm just having fun with my ladies here tonight
I'm a motherfucker
------------------------
Kim Namjoon, jejaka yang baru kehilangan neuron akalnya. Isterinya hilang entah kemana.
"Hiasshh, kena ceroboh ke ni??" Namjoon memerhatikan dedaun pintu yang bagai mahu tercabut.
Satu keluhan berat dilepaskan, dia baru pasang hasrat mahu mengintip si Min Young.
Maklumlah, waktu pagi hari si Min Young takkan bangun selagi matahari tak terpacak kat atas kepalanya.
Tapi apa yang Namjoon lihat adalah ruang rumahnya tiada penghuni. Kosong.
Keadaan ruang tamu yang kemas seperti tidak bersentuh.
Ruang tamu memang tidak berusik.
Pintu apartmentnya kembali ditutup sebaik dia habis memantau keadaan rumah, perasaan risau jelas menguasai diri.
Isterinya hilang seakan-akan diculik! Beberapa langkah diambil oleh Namjoon, otaknya sedang bercelaru dengan pelbagai kemungkinan.
"Dia kena culik ke?"
"Atau mati reput?"
"Atau━━"
Segala spekulasi Kim Namjoon lesap sekelip mata sebaik sahaja seorang gadis menerjah akannya.
Matanya yang asyik memandang lantai terus bertemu dengan sepasang mata beriris hazel warnanya.
"S-S-Sir, y-y-you have reported issue about your number pin code..." Otak Namjoon terus lupa akan kerisauan kepada Min Young kerana kehadiran si gadis penghantar makanan yang sering menghantar dibiliknya.
"Eh? W-what??" Maafkan Namjoon, dia mengelamau melihat kecomelan si gadis yang merah padam melihatnya.
Tahap comel si gadis sampai boleh lupa bini sendiri. Sejuk hati Namjoon bila tengok air muka si gadis.
"T-T-This is your number pin code..... don't forgot it again..." Sehelai kertas dihulurkan dengan senyuman indah diwajah si gadis.
Namjoon? KEBABOOM! Dia rasa macam nak terkam si gadis penghantar makanan ini.
Bertuah Namjoon mengawal akan dirinya. Tiba-tiba teringat si Min Young, padam terus perangai liarnya. Hebat betul kuasa si isteri, walaupun tiada berdekatan tetapi dapat dirasai aura WWE si Min Young.
Tangannya pantas mencapai helaian tersebut dengan itu euphoria milik Namjoon hilang dari pandangan. Sekali lagi Namjoon mengeluh. "Comelnya....."
-----------------------
Kesemuanya sudah terjawab. "Minah ni mesti keluar lepas tu lupa number pin..." Helaian kertas itu telah memberitahunya segalanya.
Oleh itu, satu masalah Namjoon sudah selesai. Sekarang dia berbalik kepada masalah utamanya, dimana si Min Young pergi?
Beberapa minit dia berdiri di luar bangunan apartmentnya. Otaknya giat berfikir. Akibat ralit sungguh berfikir, perut sang jejaka berbunyi. Dia kelaparan.
"Haissh, perut. Time macam ni pulak kau nak berbunyi......" Namjoon pun dah pandai bercakap dengan anggota badan sendiri.
Semalam dia langsung tidak mengisi perutnya, dia terlalu sibuk memikirkan check up si MinMin.
Tidak pernah dia terlepas akan melihat anaknya, adakah disebabkan egonya dia mahu merosakkan rekodnya sebagai bapa?
Banyak kali hatinya memujuk untuk pulang ke pangkuan Min Young tapi dia tolak sekerasnya. Tugas suami untuk mengajar sang isteri erti ketulusan dalam rumahtangga.
Bukan susah pun apa yang Namjoon inginkan, dia cuma mahu jadi tempat sang gadis berpaut. Tempat si gadis untuk mengubah dirinya kearah yang lebih baik.
Peluang hanya datang sekali, jika bukan Namjoon yang mahu tolong Min Young, siapa lagi?
Tiada......
Cukup dengan apa yang dia baru tahu tentang kisah silam Min Young dari data yang diberi oleh Jackson. Cukup.
"Ni data yang kau mintak aku carikan...." Fail yang dihulurkan oleh Jackson dicapai.
Setiap yang tertulis Namjoon hadam ke dalam otaknya.
"Min Young, sekolah sampai umur 12 je!!!!??" Membulat mata Namjoon.
"Sorry sampai situ je data yang dihantar lepas tu dia macam orang mati. Takde khabar berita lepas tu......" Jelas Jackson.
Makin kuat pula perut Namjoon berkeroncong. Kelaparan mengambil alih akan perasaan kerisauan kerana kes hilangnya Min Young.
"Lantak sana lah minah tu!!! Aku lapar!!!" Bisikkan makhluk di telinga kirinya lebih kuat.
--------------------------
Namjoon terus lupa diri apabila dapat memenuhkan perutnya yang dari tadi membingit. Dalam nikmatnya, datangnya kesengsaraan.
Namjoon tersedak teruk kerana garfu yang digunakan tersentuh anak tekaknya. Terbatuk-batuk seorang diri sang jejaka di meja makan.
"T-T-Tu suara Min Young............" Kim Namjoon, habis tersedak disebabkan terdengar suara si isteri yang hilang.
Mencari-cari punca suara si gadis dari setiap sudut restoran. Sedaya-upaya dia menyorokkan wajahnya dari sang isteri sebaik sahaja dia nampak Min Young yang berdekatan.
"Kau lapar kan???? Kau nak makan apa???" Seorang gadis yang duduk berhadapan Min Young menyoal.
Namjoon mendengar dengan teliti setiap berbualan Min Young dengan gadis entah mana dia jumpa.
Namjoon memerhatikan riak wajah Min Young, Min Young kelihatan ragu-ragu akan pelawaan si gadis.
"Takpelah. Aku taknak makan...." Sang suami kenal sungguh dengan si isteri, sah Min Young sedang menipu.
"Ye ke??? Kau ni tak sedar ke yang kau tu makin kurus! Ingat MinMin tu!" Apa yang Namjoon sedar, perangai perempuan yang bersama Min Young sebijik macamnya. Membebel sahaja.
"Haissh, sial lah kau ni! Aku dah kenyang!" Berasap telinga Namjoon mendengar carutan si isteri walaupun carutan itu bukan untuknya.
"Makin menjadi-jadi mulut dia ni......" Kata Namjoon pada dirinya.
Makanan yang tadinya dia pesan terus dilupakan, dia sudah jumpa isterinya dengan berpijamas dinasour.
Memang sah, Min Young lupa number pin kod pintu dan rentap pintu yang tak bersalah itu.
Sabar jelah.
"Alahhh! Takpayah lah malu-malu! Aku nak balas budi kau semalam!" Nampaknya gadis muda itu pun ada perangai macam Min Young, memberontak je kerjanya.
Terjongket kecil kening Namjoon. "Budi? Semalam?"
"Takpelah, kau pesanlah. Kalau aku lapar baru aku cakap kat kau....." Nada sayu Min Young jelas kedengaran. Namjoon faham, mesti MinMin punya kes ni.
Namjoon menoleh semula kearah makanannya. Perasaan kesian akan si gadis terbuku di minda.
"Aku takde, dia makan apa agaknya??" Dia menyoal dirinya sendiri.
Kebetulan pula, seorang pelayan berjalan melintasi Namjoon. "Erhh! Miss!" Panggilnya lalu pelayan itu tersenyum dan mendekati Namjoon. "Yes." Sahut pelayan tersebut.
"Can I have the menu??"
"Sure..." Menu dihulurkan lantas Namjoon menyelak setiap helaian. "Can I have this and this drink??" Pelayan tersebut hanya mengangguk lalu menulis pesanan Namjoon disecebis kertas.
"Wow, great appetite...." Sempat si pelayan mengomel.
Namjoon hanya tersenyum. "Yeah.."
---------------------
Namjoon baru saja menghabiskan makanan. Jus yang masih berbaki dihirup perlahan seraya matanya teralih ke arah sang isteri.
Min Young asyik memerhati si gadis berhadapannya makan, sudah berkali juga gadis itu menjemput Min Young makan sekali tapi Min Young masih enggan.
Namjoon tersenyum seorang diri. "Makin nakal si MinMin ni......" Belum lagi lahir, sudah nampak kenakalan sang anak. Mengikut perangai siapa lah, si ibu atau sang bapa? Tidak diketahui.
"Sir, here your orders...." Segahan si pelayan membuatkan Namjoon agak terkejut. Hidangan yang dipesan diletakkan dihadapannya, nampak amat menyelerakan.
"Wait......"Arah Namjoon kepada sang pelayan.
Sudu dan garfu yang disertakan makanan tersebut dialihkan.
Sudu dan garfu yang Namjoon telah gunakan dilap dengan napkin lalu dengan perlahan, Namjoon meletakkan sudu dan garfu tersebut di kiri kanan pinggan makanan.
Jus yang masih belum disentuh, dihirup sedikit lalu straw dilap bersih.
"Dear, mind to send this dishes for that girl....." Si pelayan memandang mengikut telunjuk Namjoon. "Which girls?" Si pelayan menyoal.
"The girl with dinosaur pyjamas....." Memang takde lain tak bukan kalau Min Young. Siapa lagi yang datang makan kat restoran terkenal dengan baju macam tu.
Si pelayan tersenyum. "From?"
"Her secret admirer....." Si pelayan mengangguk faham lalu menganbil semula makanan itu dan membawa semula ke dapur.
Namjoon hanya memerhati pelayan tersebut keluar semula dari pintu dapur, maklumlah, si pelayan kenalah berlakon bagi tidak merosakkan rancangan sang jejaka.
Tak nampak obvious sangat.....
Namjoon menunggu reaksi si isteri. Dia hanya pasang telinga.
"APA!!! TAK PADAN PERUT BOYOT STILL ADA ORANG NAKKK!!??? AKU YANG SINGLE MINGLE MACAM NI, TAKDE SIAPA PUN NAK BELANJA MAKANAN MAHAL MACAM NI!!!!???"
Suara gadis yang bersama Min Young jelas kedengaran. Bunyinya macam orang yang terdesak mahu bercinta.
Namjoon hanya mendengar, tidak sedikitpun mahu menoleh. Dia taknak kantoi dengan si bini.
"Haisshh kau ni! Duduk! se-se-sec-cret~~. Apa benda tu?" Jelas sekali itu Min Young, teruk betul pronounciation nya.
"Kau ni biar betul tak tahu!!??"
"Ye! Aku memang tahu!"
"Makanan percuma......."
Hampir tersedak air si Namjoon dibuatnya. Dia rasa nak gelak kerana begitu mudah si Min Young ditipu. Namjoon menoleh sekilas, kelihatan si isteri yang mengangguk kecil.
Nampaknya Min Young sudah kena temberang. Sadis.
Pandangan Namjoon kembali kehadapan sebaik melihat isterinya makan makanan yang dia pesan. Memang tertera wajah kegembiraan di wajah Min Young.
Sekian lama Min Young merana tidak makan, biarlah hari ini dia pergi membuat pemeriksaan dengan perut yang kekenyang.
Pelayan yang berjalan ke arah dapur sempat Namjoon mengucapkan terima kasih.
Senang hatinya dapat pandang wajah ceria isterinya.
------------------------
Pintu dibuka perlahan. Hari ini amat memenatkan buat jejaka berkerjaya ini. Kotnya turut ditanggalkan lalu digantung. Tubuh lantas dihumban ke sofa yang ada di dalam pejabat miliknya.
Baru dia memasang niat untuk tidur seketika tetapi terus diganggu dengan deringan phonenya.
Nama yang tertulis diskrin membuatkan dia berdegus kuat. Ikon hijau dislide ketepi tanda menerima panggilan.
"Apa?? Aku tengah penat ni! Esoklah!" Pekiknya.
Dia mengulingkan bebola matanya. Si pemanggil jenisnya dengil orangnya. "Yelah! Kau datang sekarang! Bawakkan aku sedozen Dunkin' Donut dengan slurpee!" Sempat dia mengorder.
"Hah apa? Aku banyak songéh!? Kau tu yang terhengeh-hengeh nak aku cerita kan!!? Ikut cakap aku kalau nak aku cerita sebutir- sebutir!" Boleh naik hangin satu badan dibuatnya.
Panggilan terus diletak sebaik sang pemanggil bersetuju dengan arahannya. Phone dicampak ke sisi sofa.
Tak sampai seminit, pintu miliknya dipalu sekuat yang mampu. "Amboi, cepatnya." Komennya.
Langkahnya dibawa ke pintu. Senyuman manis diukir sebaik melihat clientnya yang tercunggap-cunggap mengambil nafas.
"Nah! Ambik! Cerita kat aku cepat!!??" Dihulurkan sekotak donut dan dua cawan slurpee yang dipesan.
"Uishhh, macam Flash lajunya. Rindu bini betul ni." Segaja diperli sang jejaka. "Kau diam Jackson! Ini demi anak aku!!!" Wajah sudah membahang disebabkan perlian si Jackson.
"Yelah Namjoon, rindu MinMin sampai aku pun kena berlakon jadi suami Min Young BAHAHAAH." Perlian buat kali kedua sang leader terima.
"Dah masuk..." Pelawa sang peguam. "Banyak benda aku nak cerita kat kau......"
------------------------
Well siapa rindu aku?? BAHAHAHA
:')
Hensem..
BAHAHA DOAKAN AKU SERING DIIRINGI DENGAN MOOD RAJIN SELALU😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top